Monday, October 31, 2011

Update on Owen

Sekali lagi, keadaan kesihatan Owen, kucing jalanan yang diselamatkan oleh Rescuer kami, Cik Shah mengalami penyusutan. Owen dah mula kurang makan, mata berair dan lukanya kembali merebak. Keadaannya mula merisaukan kami semua. Sudah hampir setahun keadaannya begitu. Dan pelbagai jenis ubatan, baik secara tradisinal oleh Papa Meow, dan ubatan moden di HVC telah di cuba. Sup haruan rebus, antibiotik, ubat cuci luka, Mebo, gamat, segalanya telah dicuba, namun hasilnya mengecewakan.



Sebagai jalan terakhir, kami mengambil keputusan mencuba RetroMAD1 seperti yg dicadangkan oleh senior² animal welfare community seperti kak Myza Nordin, volunteer bebas MDDB dan Furry Friend Farm dan Dr Chan daripada MyAnimalCare. Kami menghubungi Dr Tan dari Klinik Haiwan & Surgeri Wawasan, Puchong, dan temujanji dibuat pada pukul 3 petang esok, 1 Nov 2011.

Owen akan di bawa keluar dari HVC dan di bawa ke klinik Dr Tan oleh Team Coordinator 2 kami, Cik Rina Zahid dan bodyguard beliau Enchek Fad.

InsyAllah, Callie, kucing calico betina milik Petknode yang FIV+ turut menjalani rawatan yang sama di bawah pengawasan Fosterer kami, Cik Mas.

Semoga kesemua kucing dalam rawatan kami cepat sembuh dan rawatan berjalan seperti yang kami jangkakan. Sama² kita doakan yang terbaik untuk semua haiwan jalanan yang kita selamatkan... Amin...

8 comments:

  1. .owen ,get well soon . kuat semangat untuk terus hidup , owen kene kuat . :)

    ReplyDelete
  2. As. Salam.Pernah cuba Tranfer Fator 4Life.Ia nya iimmune booster. Saya ada mengunakan nya. So far ia nya berkesan. Di US ada di gunakan tetapi ia tak pakai animal dose mreka gunakan dosage utk human.Nanti saya cuba dapatkan link n forward to u,insya allah

    ReplyDelete
  3. Owen is no longer in the stage where alternative treatment is a choice. Furthermore, Transfer Factor science seems to be questionable, compared to what I learned from immunology class before.

    Be strong Owen as you always do.

    ReplyDelete
  4. Hv you tried homeopathy? Go to Brickfield, KL opposite of old town cafe, there is a homeopathic practitioner, M Shafi, I think. You won't miss old town cafe bec it's next to YMCA.

    It's the only homeopathic shop there. I always consult the doctor for my cats. Gd luck.

    ReplyDelete
  5. Tak tahu nak cakap apa, hanya doa semuga Owen menemui penawarnya dan selebih semuga Owen tabah dan kuat semangat.
    Cuma klw manusia, kudis yg sukar sembuh selalunya kencing manis...

    ReplyDelete
  6. moga owen mendapat penawar yg sesuai dan cepat sembuh.....hanya mampu doakan yg terbaik buat owen

    ReplyDelete
  7. my pray for you Owen deary. can't bear seeing u suffering. U r just like a baby, cant say or utter any words to describe your pain. it's such a tormenting situation n i can't help myself crying learning to know that ur health is deteriorating...Be strong dear Owen..remember dear..u r a fighter. our prays go to u dear 4 always.

    ReplyDelete