Dengan bantuan seorang volunteer yg baik hati, Rina, kucing tersebut di bawa ke panel KTAJ, Honey Vet Clinic. Rina turut membayar deposit kemasukan kucing tersebut ke panel vet dan khabarnya sudi menerima si comel ini setelah sembuh nanti. Alhamdulillah... Semoga dimurahkan rezeki mereka dan dapat membantu lebih banyak si comel yg bernasib malang di luar sana.
Photo credit to Zeezam and friends
Si comel berwarna oren yang hensem dan gebu ini diberi nama TRAVIE oleh Zeezam. Gambar di atas adalah gambar pertama Travie ketika ditemui, 22 April 2011.
Photo credit to Rina Zahid
Gambar ini pula adalah gambar ketika di Honey Vet Clinic pada 26 April 2011. Ada sedikit bengkak di bahagian kanan badan Travie.
Ni adalah x-ray TRAVIE.
Photo credit to HVC
Kelihatan seperti takde patah/retak. Tapi hakikatnya, Travie tidak dapat pee n poo dengan sendirinya. Dia terpaksa diberikan laxative untuk membantu kelancaran pembuangan najis. Untuk kencing, vet terpaksa memasukkan tiub ke dalam pundi kencingnya dan disalurkan kepada beg. Bila agak pundi kencingnya penuh, vet akan menekan perutnya untk mengeluarkan air kencing.. kesiannya Travie!
Setelah pemantauan dibuat beberapa hari, Dr Joe dapat membuat kesimpulan ada kemungkinan Travie dipukul/dipijak di bahagian kanan badan. Ya Allah.. Nauzubillah... Tak sanggup kami nak bayangkan haiwan secomel Travie sanggup dipukul..!!! Masa banyak lagi manusia tak berakal yang menghuni bandar metropolitan ini?
Derma kilat untuk Travie juga dilancarkan beberapa lepas Travie tiba dimasukkan ke wad. Tak sangka masih ramai yang masih bersimpati terhadap nasib haiwan jalanan dan sumbangan juga menggalakkan.
Takpe lah Travie.. Tuhan akan membalas perbuatan jahat mereka terhadap kamu. Yang penting, lekaslah sembuh. Kami semua mendoakan kamu. Malah ada keluarga baru yg sedang menantimu di luar sana..
Ini pula gambar terbaru Travie oleh salah seorang geng KTAJ yg pegi melawat Honey Vet dan Travie pada 27 April lepas.
Update terbaru dari vet kami pada 30 April :
Travie's update :
Blood result (1st) revealed liver problem due to injury. Other parameters also showed some some tissue injury especially muscle. 2nd blood result also showed liver problem but in a bit lower reading, means the liver is recovering. Travie started to be able to support his back with left hind leg, even just for seconds. Hopefully, he will continue progressing.
Alhamdulillah, Travie ada harapan untuk sembuh macam biasa.. Keep purrrraying, everyone!
Sekiranya masih ada lagi papa mama, kakak abang, brader sister yang mau menyalurkan sumbangan kepada Medical Fund KTAJ, kami sangat mengalukan sumbangan anda. Umtuk menyumbang, sila PM admin kami di FB – Keen & Cik Nerq, atau shout out aje di page KTAJ di FB!
Thanks all!
Wilebiu! ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
awesome :D
ReplyDelete