" Pada lewat pukul 11 malam semalam, saya dihubungi oleh rakan saya tentang penemuan seekor kucing yang cedera di area Restoran Mamak Habib, BBU. Kucing itu dilaporkan kepada saya hancur tapak kakinya.
Oleh kerana sudah lewat, saya meminta rakan saya membawa pulang kucing tersebut dan saya akan membawanya ke vet hari ini. Walaubagaimanapun, kucing tersebut terlalu trauma dan terlepas dari tangan kawan saya dan melarikan diri.
Jadi pada petang tadi, saya bertekad untuk mencari kucing tersebut setelah dinasihatkan oleh rakan-rakan rescuer KTAJ yang lain. Saya pergi ke restoran mamak yang dikatakan dan nasib saya baik kerana sekejap saja saya berjumpa dgn kucing ini.
Saya terkejut kerana kecederaan yang dilaporkan oleh kawan saya rupa-rupanya lebih teruk dari apa yg saya bayangkan. Kaki kucing ini sudah hancur dan nanah mula membusuk di sekitar luka. Ketika saya mengangkat kucing ini, terasa puting dibawah badan agak melekit. Saya terus membuat andaian bahawa dia mempunyai anak. Dengan bantuan pekedai-pekedai di kawasan tersebut, saya dimaklumkan anak kucing yg saya cari telah di ambil seorang Melayu malam sebelumnya.
Jadi, saya terus membawanya ke Global Pets Medical Center, Nusa Bestari utk mendapatkan rawatan segera utk kucing ini. Setelah diperiksa oleh doktor, doktor mendapati puting kucing ini sudah tiada susu, bermakna anaknya sudah tidak menyusu dan mungkin sudah besar. Alhamdulillah. Tetapi berita buruknya, kakinya terlalu hancur utk diselamatkan dan doktor terpaksa meng-amputasi kaki kucing ini segera.
Oleh kerana dia dibius, saya meminta doktor memandulkan terus kucing ini.
Alhamdulillah, jam 6 petang tadi, kucing ini selamat dibedah. Untuk memastikan dia benar-benar pulih dari pembedahan, doktor menasihatkan supaya dia di wad selama 3 hari.
Kos rawatan pula bernilai RM429.50.
Sekarang ini saya meminta dan merayu kepada semua agar dapat membantu saya menampung kos ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu boleh private message saya atau inbox saya utk mengetahui bagaimana anda boleh membantu saya. :( saya benar-benar perlukan bantuan anda.
-Zetty Abdillah. "
Bersama itu Zetty sertakan gambar ibu kucing yang dimaksudkan.
Kaki belakang si ibu kucing yang hancur.
Kaki yang telah di potong dan ibu kucing ini turut dimandulkan.
Kaki yang telah di potong dan ibu kucing ini turut dimandulkan.
Gambar ibu kucing dalam bilik rawatan di Global Pet Medical Center, Skudai selepas pembedahan.
Maka kami menjalankan derma kilat pada malam yang sama ibu kucing ini menjalani pembedahan lepas vet memberikan jumlah bayaran perubatan yang perlu di bayar. Dan mencari tuan baru supaya kucing ini tidak terbiar di jalanan lagi dengan keadaannya yang sebegitu.
Alhamdulillah, beberapa org telah menghubungi kami dan Zetty untuk adopt kucing ini dan pada malam yang sama, derma yang dikumpul juga berjaya membiayai semua perbelanjaan perubatan kucing ini.
Ibu kucing ini dipanggil Bibah oleh Zetty. Tapi kami bg nama yang lebih glamour.
BEEB.
Have a good life, Beeb! :)
Bil perubatan Beeb yang telah dijelaskan.
Alhamdulillah... terima kasih semua.
Ibu kucing ini dipanggil Bibah oleh Zetty. Tapi kami bg nama yang lebih glamour.
BEEB.
Have a good life, Beeb! :)
Bil perubatan Beeb yang telah dijelaskan.
Alhamdulillah... terima kasih semua.
Salam Beeb, lupakan kisah silam...mulakan hidup dgn azam baru. Mudah2an Beeb terus ceria dan sehat selepas ini, aminnn...
ReplyDeleteT/kasih utk semua yg membantu Beeb. Muga Allah tambahkan lagi rezeki dan kebahagian dlm hidup kalian sekeluarga..
Semoga Beeb akan hidup dengan lebih sihat & gembira lepas ni bersama tuan baru! ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga yang menderma Allah murahkan rezeki mereka...
ReplyDeletealhamdulillah...dan terima kasih yg sudi bantu BEEB, kpd yg terlibat lam menyelamatkan BEEB...semoga Tuhan kurniakan kebahagiaan dunia akhirat...:)
ReplyDeletemoga2 yg menjaga beeb nnti sentiasa dilimpahi rahmat..jglah dia sepenuh kasih syg
ReplyDeletedah dapat org nak jaga die ker??? saya teringin nak jaga tp saya duduk tinggal dirumah yg tidak boleh ader pet... saya harap ader lah yg sudi berkongsi bumbung ngan si comel ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat juga Beeb ini. Terima kasih buat Zetty...
ReplyDeletekucing saya turut mngalami luka seperti itu.area johor ada ke klinik untuk tu.masalahnya saya kurg berkemampuan dan mmpunyai masalah klinik jauh dr rumah
ReplyDelete