Sunday, December 30, 2012

Kucing Guthrie (Ferozza Mohamad Sith)

Ini email yang kami terima dari Ferozza pada 14 Disember 2012, 4.39pm :
Salam,

saya telah menemukan seekor anak kucing di highway guthrie pagi td. sayangnya kucing nie luka teruk dibahagian belakangnya dan terdapat beberapa ekor ulat yg bergerak-gerak. mmg keadaan yg sgt sedih tok dilihat. kucing ni saya dah bawak ke veterina di shah alam. ape yg doctor tu bgtau sy, kucing nie boleh diselamatkan. tpi sy ade masalah kewangan utk membayar keseluruhan kos perubatan kucing ni. anggaran kos dlm RM500-RM600. dan lpas discount pun doctor setuju bg discount dlm 8% shj. so sy nak mintak pertolongan pihak KTAJ untuk membantu sy merawat kucing ni. ape yg perlu sy buat? adakah pihak KTAJ memerlukan bill dr hospital atau pun pihak KTAJ ingin membuat pengesahan terlebih dulu dgn vet yg berkenaan.

terima kasih.





Bagaimanapun, sehari selepas Ferozza menghantar email kepada kami untuk mendapatkan Subsidi Perubatan anak kucing malang ini, Ferozza dimaklumkan oleh doktor yang merawat bahawa anak kucing ini tidak dapat diselamatkan.

Mandulkan kucing-kucing peliharaan anda supaya tiada anak kucing yang bergelandangan dan ditimpa kemalangan dan kecelakaan di jalanan.

Pastikan anda sentiasa memantau kucing-kucing peliharaan anda agar tidak merayau-rayau dan terdedah kepada bahaya di luar sana.

Jadilah pemilik haiwan yang bertanggungjawab demi kebaikan haiwan peliharaan anda dan kebaikan bersama. 


RIP LITTLE ONE :( 


Tuesday, December 25, 2012

Feed Responsibly and Please Spay Neuter



If you truly have compassion for stray cats, please feed them responsibly by clearing the leftover, and feeding them away from heavy human traffic to avoid complaints from people who may have phobia or hatred of cats.

And most important part is to get these cats neutered to prevent overpopulation at your feeding area. 





Please take responsibility for cats' welfare including responsibility for their neutering or spaying as well as for their health.



Mama J dan Anak-anaknya

MAMA J, apa punya pemalas ni lepas makan tak cuci pinggan. Boleh pulak membongkang kat situ.. apa punya mak dara la ni... 





MAMA J adalah salah seekor kucing yang diselamatkan dari Premis Petknode pada hari raya tahun lepas ketika sedang sarat bunting. Mama J kini hidup dengan gembira menjadi penghuni tetap Rumah Riang Ria AD. Anak-anaknya yang 3 ekor telah dijaga oleh adopter lain, telah dimandulkan dan tinggal di kampung adopter mereka.

Kisah MAMA J boleh di baca DI SINI.

Ini pula gambar anak-anak Mama J yang 3 ekor tu. 





Yang berwarna putih dengan tompok-tompok hitam dan sedang grooming itulah mereka.
Dah besar kan?



Berhakkah Kita Mengakhiri Nyawa Haiwan Dengan Tangan Kita Sendiri?

Beberapa bulan yang lalu, seorang teman sekerja melihat sendiri di hadapan matanya seekor kucing dilanggar kereta. Dan bagi 'menyelamat'kan kucing tersebut daripada kesakitan dan kesengsaraan, beliau telah melanggar kucing itu dengan keretanya sendiri sehingga kucing itu mati.

Alasannya, " I want to end the cat's suffering". 


Apa pendapat anda tentang ini? Adakah kita yang bukan doktor haiwan bertauliah ini berhak mencabut nyawa yang bukan milik kita? Adakah kita berhak menghentikan kesakitan penderitaan dan kesakitan makhluk lain tanpa kita cuba merawatnya atau sekurang-kurangnya bawa ia ke doktor haiwan bertauliah yang boleh mengesahkan haiwan tersebut memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi?

Fikir-fikirkan...




'Dalam perjalanan kita mencari pahala, kita tak sedar kita mencari dosa'..




'Dalam perjalanan kita mencari pahala, kita tak sedar kita mencari dosa'.

Petikan komen dari salah seorang follower mengingatkan kami kepada beberapa peristiwa 'MENYELAMAT' yang dilakukan oleh individu-individu diluar sana atas niat 'MEMBANTU' haiwan jalanan, tetapi hakikatnya MENYUSAHKAN individu lain.

Contoh #1, Si A menemui haiwan jalanan yang cedera, kemudian membuang dan meninggalkan haiwan tersebut di klinik haiwan. Kalau semua rescuer berkelakuan begini, macam mana klinik haiwan nak beroperasi? Akhirnya ada haiwan malang ini yang terpaksa dimatikan kerana doktor tidak mampu menjaga dan mencarikan pemilik baru untuk haiwan-haiwan ini.

Contoh #2, Si B menemui haiwan cedera, shout out di page ini dan akhirnya muncul Si C menawarkan khidmat ingin membantu menjaga haiwan tersebut. Si B sepatutnya turut membantu si C sama ada dalam bentuk makanan, perubatan haiwan tersebut dan sebagainya. Lebih malang apabila si C adalah seorang pelajar yang menggunakan yuran pengajian untuk membiayai perbelanjaan haiwan tersebut. Namun apabila sudah tidak mampu membiayai dan merawat haiwan tersebut, si C terpaksa melepaskan haiwan tersebut ke jalanan dan harap ia dapat hidup sendiri dengan bantuan Tuhan.

Berfikir sebelum membuat sesuatu perkara. Jika ingin membantu, jangan sekerat jalan. Kerana yang akan menjadi mangsa daripada perbuatan kita ialah ialah haiwan itu sendiri. Fikir-fikirkanlah...



Merry Christmas!!!


To all kitties around the world, 
May Santa uncle get you all the toys, treats, great owners and love you have asked for.

Merry Christmas!







Monday, December 24, 2012

Mencatu Makanan Kucing Peliharaan



Gambar hiasan


Pernah tak anda membelek 'Feeding Guideline/Feeding Instruction' pada pek makanan kibbles kucing anda? Adakah anda mengikuti sukatan makanan seperti yang tertera pada pek tersebut? Atau memberi sesuka hati / free flow kibbles untuk kucing anda?

Mencatu makanan mengikut sukatan yang disarankan bukanlah bertujuan untuk menganiaya atau menzalimi kucing anda. Sebaliknya, memberi makanan kepada kucing mengikut sukatan makanan adalah sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan kucing anda berada pada tahap optimum, dan tidak obesiti.

Sekiranya kucing anda tidak menggemari makanan basah dan hanya bergantung kepada kibbles semata-mata, pastikan ia minum air yang banyak dan cuba ubah selera kucing anda dengan mempelbagaikan jenis makanannya. Terdapat banyak 'home-cook recipe' dari internet yang boleh dicuba.




Gambar hiasan



I am a homeless stray, but I am NOT worthless..


Tribute to all stray animals out there who died in the tragic ways; 


Do not stand at my grave and weep,
I am not there; I do not sleep.
I am a thousand winds that blow,
I am the diamond glints on snow,
I am the sun on ripened grain,
I am the gentle autumn rain.
When you awaken in the morning’s hush
I am the swift uplifting rush
Of quiet birds in circling flight.
I am the soft starlight at night.
Do not stand at my grave and cry,
I am not there; I did not die.
- Mary Frye - 






*******

A few years from now, we really hope there will be no cat straying on the streets, no dog digging the trash looking for food, no hopeless kittens and puppies being dumped in the rain, and no soul being tortured by heartless human. 

Ameen... 

BLESS (Anis Hussin)

Pada 11 Disember 2012 yang lalu, Anis telah menghubungi kami di mana Anis telah menemui seekor kucing berhampiran rumahnya dan keadaan kucing itu sangat lemah dan kakinya telah berulat. Menurut Anis, beliau telah membawa kucing ini ke sebuah klinik haiwan di Kajang, namun servis yang yang diberikan sangat buruk. Doktor yang merawat jijik untuk menyentuh kucing tersebut. Akibatnya, keadaan kucing itu semakin teruk. Bukan saja kaki, malah kemaluan kucing itu berulat dan kakinya semakin membusuk. 








Kucing ini diberikan nama
BLESS dan Anis kemudian membawa kucing ini ke klinik lain, iaitu Happy Paws Animal Clinic di Kajang. BLESS di wadkan di sana. Menurut doktor yang merawat, kedua-dua kaki belakang BLESS sudah tidak boleh digunakan. Sebelah kiri dagingya membusuk dan bertukar kepada hitam. Sebelah kanan pula tulang kakinya patah serta sarafnya terputus, berkemungkinan akibat dilanggar.




 

BLESS turut mempunyai ulser yang memakan gusinya, tapi tidak menjejaskan selera BLESS dan menunjukkan kesakitannya tidak sedikit mematahkan semangat BLESS untuk hidup. Anis sudi menjaganya sendiri apabila selesai pembedahan.






Ujian darah dijalankan dan menunjukkan hati dan buah pinggang BLESS berkeadaan baik, cuma BLESS kekurangan darah. Menurut doktor, kaki kiri sudah tidak boleh diselamatkan. Doktor terpaksa melakukan pembedahan membuang kaki kiri BLESS pada 14 Disember 2012. 





Selepas pembedahan, BLESS masih dipantau di klinik. Doktor menganggarkan usia BLESS sudah agak tua, dan ia menyukarkan penyembuhannya. Sepanjang pemantauan, doktor mendapati kaki kanan BLESS turut bertukar menjadi hitam, berkudis dan menanah. Bukan saja kaki, malah masalah yang sama turut dilihat pada ekor BLESS. Pembedahan kedua dijadualkan dilakukan pada 28 Disember dan BLESS bakal kehilangan kedua-dua kakinya akibat penyakit yang dikenali sebagai Thromboembolism. 







Kami menyeru agar kita bersama-sama mendoakan pemulihan BLESS. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu dalam bentuk merekabentuk kerusi roda untuk BLESS, kami sangat mengalukan. Semoga BLESS cepat sembuh. InsyALLAH.

Terima kasih kepada Anis dah kakaknya yang cuba membantu BLESS sedaya upaya mereka. Terima kasih kepada beberapa individu yang menyumbang wang perubatan BLESS dan menjadikan jumlah keseluruhan subsidi yang diterima oleh BLESS ialah RM528, iaitu 70% daripada kos yang ditanggung oleh Anis dan kakaknya. 

Tuesday, December 18, 2012

Subsidi Pemandulan November 2012

Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan November 2012.
Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan.



1) Nora Faswanti Ibrahim - 1 ekor kucing jantan yang beliau adopt daripada Balai Panjang, Melaka (kucing jalanan yang diberi makan oleh Mendiang Ms Tang).




2) Emilia Abu Bakar - 4 ekor kucing betina di kawasan rumahnya. 










3) May Ong - 5 ekor kucing betina + 8 ekor kucing jantan milik jirannya yang kematian suami dan terpaksa berpindah meninggalkan kucing mereka hampir 20 ekor. 







 4) Shafeeqa M Samueil  - 1 ekor kucing jantan + 1 ekor kucing betina yang ditemui di Burger King, Shah Alam. 




 


5) Nurshahadah Rusli - 2 ekor kucing betina di gerai makan ibunya. 





Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com.

Subsidi Pemandulan Oktober 2012

Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan Oktober 2012.

Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan. 


1) Nuaim bin Adenar - 2 ekor kucing betina daripada 9 ekor kucing yang beliau pelihara. Pemberian subsidi atas dasar menggalakkan pemandulan kucing peliharaan, terutama di kawasan yang kos pemandulan adalah agak tinggi. 





2) Nur Farazatul Akmar - 1 ekor kucing betina yang beliau adopt daripada Balai Panjang, Melaka (kucing jalanan yang diberi makan oleh Mendiang Ms Tang). 





3) Emilia Abu Bakar - 1 ekor kucing betina di kawasan rumah. 




* magda's photos to be uploaded soon*


Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com. 

Subsidi Pemandulan September 2012

Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan September 2012.

Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan.

1) Nor Masdiana Said - 2 ekor kucing betina di kampus USM Pulau Pinang







2) Aimy Rashid - 1 ekor kucing jantan luka di kaki yang dirawat dan dilepaskan semula ke koloni asal. 





3) Sara Fadillah Zakaria - 1 ekor kucing betina yang ditemui pada Julai 2012 di kawasan kilang dan terikat dalam guni bersama 2 ekor anaknya, berkemungkinan untuk dibuang. 

Permohonan Sara diluluskan kerana beliau mempunyai 26 ekor kucing peliharaan dan hanya 8 ekor lagi yang perlu dimandulkan. 





4) Nur Intan Baizura Binti Hanafiah - 2 ekor kucing betina daripada 6 ekor kucing peliharaan beliau yang kerap beranak. Subsidi diberikan atas dasar ihsan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan menggalakkan kempen pemandulan haiwan peliharaan. 






5) Emilia Abu Bakar - 1 ekor kucing jantan di kawasan rumah. 





6) Nurshahadah Rusli - 1 ekor kucing betina di gerai makan ibu beliau. 





7) Kucing-kucing milik Mendiang Ms Tang (feeder kucing jalanan yang mati diragut ketika dalam perjalanan memberi makan kucing-kucing jalanan di Balai Panjang, Melaka) - 2 ekor jantan dan 2 ekor betina yang di bawa oleh seorang sukarela, Zek Zamzuri.

Sekiranya ada di antara penduduk Melaka yang berminat untuk adopt kucing-kucing mendiang yang telah dimandulkan secara percuma, hubungi kami di ktaj.adoption@gmail.com. 








Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com.