Wednesday, September 14, 2011

Luahan Hati Admin² KTAJ Rentetan Kes Petknode

Kami di tubuhkan bukan semata-mata untuk membantu kes Petknode (PK). Kami di tubuhkan pada 03 Mac 2011 dan maklumat tentang misi dan tujuan kami, anda boleh baca di ruangan maklumat / 'info' di Facebook.

Sebelum kes PK, ahli kami bukan berjumlah 300 orang tetapi 3600++.
1000 followers pertama adalah penyokong setia pengasas KTAJ dan admin² baru.
Kenaikan mendadak ahli adalah satu bonus untuk kami walaupun kami lebih mementing kualiti daripada kuantiti. Walaupun jumlah kami sedikit sebelum ini, tapi kami sangat akrab dan saling mengenali antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan follower baru, 2 pengasas KTAJ merupakan 2 admin jemputan kepada satu 'fan club page' di Facebook milik seekor kucing yg kehilangan kedua² kaki hadapan. Tapi demi memperjuangkan nasib haiwan jalanan yang semakin hari semakin bertambah kes pembuangan dan penganiayaan, dan tidak fokus kepada fan club nasib seekor kucing semata-mata, mereka menubuhkan komuniti sendiri - 'Kucing Terbiar & Anjing Jalanan' bagi membantu rakan-rakan lain yang ingin membantu haiwan² jalanan.

Kami bukan NGO besar. Kami bukan bukan ahli politik atau orang kenamaan yang mahu glamour dengan menubuhkan komuniti ini. Kami hanya sekumpulan pencinta haiwan yang tidak mahu hanya 'bercakap' di depan screen dan setakat berkongsi gambar² kucing comel berbaka mahal yang gebu.

Apa yang kami lakukan untuk kes PK bukan untuk meraih nama. Kami sekadar membantu apa yang termampu, shout out for rescuers/volunteers/fosterers, sumbangan makanan dan keperluan kucing, sumbangan wang untuk biaya perubatan kucing² tersebut.

Banyak dugaan yang kami terima. Dicerca oleh pihak lain yg mendakwa mereka pencinta haiwan. Tidak ada kerjasama antara KTAJ dan rescuers/volunteers/fosterers. Kami mahukan bantuan dan sokongan berterusan. Tapi ramai yang give up separuh jalan. Yang jadi mangsa, kucing² yg diselamatkan...

Berkenaan dengan page KTAJ yang mengamalkan 'dasar tutup pintu' sejak kes Petknode ni, maaflah kami terpaksa berbuat demikian demi memberi peluang kucing² tersebut di temui oleh tuan asal dahulu, memberi peluang kami update tentang aktiviti baru dan progress kucing² yang sedang mendapatkan rawatan. Dan kami terpaksa memadam post² yang tidak berkaitan.

Harap semua faham.

Ada yg mempersoalkan 'mengapa admin tidak turun padang?'
2 pengasas KTAJ di utara tanah air. GB di Penang, Kak SS di Perak, tD di Melaka, Cik K di Shah Alam dan Cik L di Kl. Mampukah Cik K dan L nak buat semua tu? Tentu tidak. Tapi itu tak bermakna admin² tak buat kerja!

Sebahagiannya bekerja di hadapan komputer mengadap screen menunggu update dan info. Ya, mungkin ada yang menganggap kerja di hadapan screen lebih senang berbanding yang bertungkus lumus di luar sana. Kami sangat menghargai usaha volunteers yang membantu dari segi tenaga, tapi untuk menghadirikan diri kami yang beratus kilometer ke tempat kejadian, itu bukan pilihan kami.

Kami dah cuba apa yang termampu, bekerja 8+8 jam sehari demi tuntunan prihatin dan kemanusiaan membantu rakan2 lain membantu haiwan jalanan yg memerlukan. Tapi kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Dengan rendah hati, kami memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan kekurangan selama kami membantu tentang kes PK ini. Sanjungan buat semua rescuers dan volunteers yang sentiasa menunggu tepi padang untuk menghulurkan bantuan. Hats off to them!

6 comments:

  1. salam ziarah..bersabarlah KTAJ...niat yg murni kdg2 org salah phm....tp mmg tabik spring kat korang semua...xramai yg mcm korang...

    ReplyDelete
  2. salam...truskn usaha murni ini...jgn biarkn kata2 nista org2 yg x brtamadun melemahkn kumpulan ini...sokongan padu dr yus tuk KTAJ...

    ReplyDelete
  3. Jangan hiraukan sangat... yang penting kita tau hala-tuju kita...

    ReplyDelete
  4. kalau semua orang turun padang sape nak tolong shout out kan kan kan kan.. kitorang kt KL turun padang, GB n ted n da gang tlg shout out kan kerjasama tu namanya.. alahaiii

    Ekien Ashikin

    ReplyDelete
  5. kalau kita nak buat benda baik ni memang banyak dugaan

    harap KTAJ tak putus asa, tidak mengalah dan terus sukses membantu haiwan2 terbiar

    hanya Allah tahu niat ikhlas kamu dan hanya Allah jugalah lah mampu membalasnya, amin...

    ReplyDelete
  6. Teruskan usaha..saya menyokong usaha murni anda...Mereka yang mengata adalah mereka yang sebenarnya tidak punyer KEKUATAN untuk berjuang seperti KTAJ...

    ReplyDelete