Tuesday, May 3, 2011

Tolong Jangan Beri Misleading Info!

Setiap kes kami terima dengan serius. Jangan main². Kawan², sila baca kisah ini dan komen. Kami mau dengar pandangan anda semua tentang ini.

Masa sibuk launch derma kilat untuk CAPUK dan TRAVIE, page komuniti KTAJ di datangi seseorang yg ingin meminta bantuan. Lokasinya di Gombak. Khabarnya si somi melihat seekor kucing Calico betina dilanggar motorsikal dan khabarnya jugak kejadian tersebut di saksikan jugak oleh seorang bangla yg bekerja di kilang berhampiran.

Menurut pengadu, badan calico tersebut menunjukkan ia ada anak² yg masih menyusu. Kerana prihatin, keesokan paginya kami mengorbankan waktu kerja di opis untuk mencari volunteer agar kucing tersebut dapat dihantar ke vet berhampiran dengan kadar segera setelah pengadu memberitahu keadaan kesihatan si calico betina tersebut semakin menyusut, cirit birit and loss balance.

Tapi bila bantuan volunteer diterima, dan bila kami menghubungi pengadu, si suami meminta agar kami datang keesokan harinya untuk membawa calico tersebut ke vet.

Haihhh.. perlu kah kami ingatkan bahawa volunteer bukan driver bergaji yg di bayar oleh KTAJ dan boleh kami arah ke sana ke sini? Sigh...

Kami meminta alamat agar volunteer kami dapat ke sana segera untuk mengambil kucing tersebut dan kami turut mengingatkan agar si pengadu menyediakan sedikit wang sebagai deposit ke vet.

Si somi: Agak² berapa deposit ye?

Admin : Vet will decides lepas buat physical check up on the cat. Sebaiknya u guys ikut sama anta and amek kucing tu balik dari klinik lepas rawatan.

Si somi : Bukan volunteer yg akan pi amek lepas kuar vet nanti ke? Bukan free ke untuk kucing jalanan?

Admin : Nope, volunteer Cuma tolong hantar, bukan tolomg amek bela lepas rawatan. And u still have to pay the deposit. Tengok vet cakap apa, lepas tu nanti baru we decide about the treatment fee. Kita masih terikat dengan bebarapa rule KTAJ, tapi skang yang penting, harap dapat anta kucing tu ke mana2 vet berdekatan untuk rawatan. Fee boleh bincang kemudian.

Si somi : takpelah, besok i anta sendiri ke Honey Vet. Kalo hantar sendiri, free kan?

Admin : .... *terkedu sekejap*..... Mana ada benda yg free? Nak ke gomen vet pun kena bayar. Why dont u just pay the deposit, we will take care of the rest..

Tetapi pelbagai alasan diberikan dan akhirnya si somi menyatakan hasrat untuk membawa sendiri kucing tersebut ke vet. Pulanglah volunteer kesayangan kami setelah bergerak separuh jalan...Sori, pak ngah!

Terdetik di hati kami : Kamu datang mintak bantuan, perlu ke arguing dengan kami tentang deposit dan wajarkah mengharapkan rawatan secara percuma? Kalo macam ni, takde bezanya kalo mereka amek kucing tu dan tinggalkan aje depan vet, kan?

KTAJ ialah page komuniti. Kami bantu kamu bantu makhluk lain. Dana kecil kami ialah hasil derma org ramai dan hasil jualan barang² yang tak seberapa nilainya. Kami bukan NGO besar macam SPCA yg sentiasa menerima bantuan dari orang² besar, syarikat² dsb. Nak pi ‘buang’ haiwan ke SPCA pun kena bayar tau..!

Ketika kami menghubungi si somi untuk mintak alamat so volunteer boleh datang ke sana amek kucing tu, beliau bg alasan yg dia bekerja di luar sementara si isteri di rumah takde enpon. Tapi bila ada seorang rakan kami menelefon beliau tak lama lepas tu untuk membeli kucing (Oh ya, mereka penjual kucing baka), ada pulak si isterinya di rumah. Drama apakah ini?

Ok lah, malas nak amek kisah mereka tu penjual rimau ke, singa ke, gajah ke, yang penting tak libatkan kami.....

Malam pada hari yg sama pulak si isteri upload gambar di KTAJ. Kononnya dia tak dapat anta ibu kucing ke vet sbb ada org tinggalkan 9 ekor anak² ibu kucing tu depan rumahnya. Pelik jugak camne org leh tau ibu kucing tu ada ngn korang ek???? *garu kepala yg tak gatal*

Bila tgk gambar ni, kesian sangat pada si ibu kucing. Sudah la terlantar, anak pun ramai mau disusukan.. Takpelah, kami harap pasangan ini cepat² bawak kamu dapatkan rawatan ye mama cat :(

* Gambar telah di censored, tapi korang semua pun dah tgk kan? Kah kah kah*


Ingatkan sampai di situ... Tapi tidak..

Malamnya keesokannya pula dapat call dari sorang follower KTAJ bertanyakan alamat HVC (Honey Vet Clinic). Pelik juga sbb follower tu dah la jauh dari Bangi. Takkan la nak ke HVC semata² kucingnya sakit malam² gini. Kelam kabut plak tu. Kenapa tak ke vet berdekatan je? Rupanya cik adik manis kita tu di minta oleh pasangan tersebut untuk tolong antakan mereka ke HVC.

Pasangan ni menyangkakan, deposit yg kami mintak mereka sediakan untuk admitkan kucing tu ke vet ialah duit petrol untuk volunteer kami. Haiyooo... Kalo VOLUNTEER, tentulah free la bang oi... Kalo kena duit petrol tu, itu bukan volunteer, itu DREBAR TEKSI namanya... adeh...

Sampai di klinik, ini penjelasan yg diberikan oleh doktor haiwan kami :

  1. Kucing ini bersih seperti lepas dimandikan. Katakanlah korang terjumpa kucing kena langgar dan terbaring, agak²nya korang mandi dan syampukan kucing tersebut tak? kalo den, tobat tak berani. Sobab den takut ada tulang2 yg tergeliat dan patah.

  2. Takde kesan seperti dilanggar. Sekiranya memang benar ia dilanggar, pasti ada kesan seperti melecet pada kulit, kesan kotoran tayar pada bulu, atau kecederaan pada anggota badan.

  3. Kucing ini sudah berumur.. dijangkakan dalam 7 tahun. Sangat pelik bila ibu kucing yg sudah tua ni mampu beranak 9 ekor sekaligus.

  4. Physical check up mendapati kucing ni kurang kalsium akibat menyusukan anak yg terlalu banyak. Anaknya 9 ekor hokay.. boleh kering satu badan!

Setelah di consult, vet bg ubat dan supplement untuk kucing tersebut dan harap ia dapat direhatkan sementara dari menyusukan anak² sebanyak 9 ekor tu.

Bilnya cuma RM51. Sebagai penjual kucing berbaka mahal, kami pasti jumlah tu bukanlah besar mana berbanding dengan perbelanjaan makanan, susu dan syampu yang dibelanjakan untuk kucing² mahal tu. Jadi kami serahkan kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan bil si ibu kucing tu.

Diharap ibu kucing tersebut benar² dijumpai seperti yg didakwa, bukan ibu tumpangan untuk anak² kucing yang lain. Kami biasa mendengar di mana ada kes ibu kucing kampung diberikan hormone supaya terus mengeluarkan susu untuk menjadi ibu tumpang kepada kucing² baka mahal bagi menghasilkan anak² kucing mahal yg gemok dan montok. Wallahualam.

Individu ini telah di banned. Bukan kerana kes tersebut, tapi kerana melanggar etika page kami dengan mengiklankan penjualan kucing di KTAJ. Dan kami sangat terkilan dengan beberapa kenyataan tidak benar yg dikeluarkan oleh pasangan ini, sedikit sebanyak memburukkan nama baik komuniti kami. Sigh...

*********************************************************************

Ni yang terbaru.. tengok label kat bawah video ni.


*Video telah di-censored pada 3 May 2011, 11:44pm, sbb beliau kan ehem ehem. Kang susah nak cari makan..*


Aritu kata kau nampak kena langgar motor. Arini cacat dan dibuang la pulak... Yang mana satu ni? Ke kucing ni kucing kau?


Video dan gambar telah dicensored sbb kami tak sampai hati nak tgk beliau susah cari makan. Nak saman konon... RM100 pun banyak bunyi, nak amek lawyer konon. Cheit!


KAMI BENCI BACKYARD BREEDERS. ADA SESAPE TAU KAT MANA BOLEH KAMI REPORT BACKYARD BREEDERS UNTUK PIHAK² TERTENTU BUAT PEMERIKSAAN DAN PANTAUAN?


12 comments:

  1. oh !! sungguh pelik kisah pasangan tu..

    ReplyDelete
  2. isk... sakit ati membaca!!... geram tui dgn org sebegini la!

    ReplyDelete
  3. melampaunya...dorang mmg sengaja nak ambil kesempatan tuu hishhh geram betul! tapi simpati pd ibu kucing tu...apa lah nasib dia :(

    ReplyDelete
  4. boleh tak nak maki puas2 perangai jahat lagi busuk & berkira org macam tuu????

    ape bongok sangat diorang tuh????
    RM51 bape sen sangat la kalo dibandingakn dengan untung ribu2 JUAL KUCING ok..!!

    *mode panas ati & nak muntah dgn perangai org mcm tuu*

    ReplyDelete
  5. penjelasan yang mantap.. teguhkan 'identiti dan matlamat' KTAJ...

    ReplyDelete
  6. apa la lagu video ni? sedihlaaaaaa... kesiannya ibu kucing tu.. harap2 ada la menjaga dia & anak2 dia elok2.. xkisahla kena langgar ke, kena buang ke, tp mmg sedih.. (ish, effect lagu dlm video tu kot!! T_T)

    ReplyDelete
  7. There's no words to describe this kind of human being. RM$51.00 pun nak minta derma sedangkan awak dah kenyang makan hasil jualan binatang2 tu. Greedy breeders - and tak ada hati perut.

    ReplyDelete
  8. Dasar backyard breeder. Habis madu sepah dibuang.

    ReplyDelete
  9. salam pd pemilik blog ini..
    urm mksdnyer niat psgn tu bukan krn kasih dan sygkan kucing tetapi nak keuntungan dr membela kucing..berkira nak mampos!!!setakat rm51 tu pun duk celah gigi kucing jer...hish emo la plak sayer nih..hrp2 ibu kucing tu dpt bertahan nak bg susu kat anak2nyer yg ramai.

    ReplyDelete
  10. untung jual kucing 2 briban kot...
    nk kuar 51 pon kidikut...
    aq nik lg lar student g...
    ptptn pon xdpt...
    tp bleh jek bli kn mknan tuk kucing2 tbiar around aprtmnt aq nik...
    cme x bp mmpu lar nk hntr vet...
    huhuhuhu...

    ReplyDelete