Tuesday, December 6, 2011

Terkini Kes Petknode

Wallpost dari Zarina Zack di dinding Facebook Scratch pada 5pm, 5 Dis 2011, semalam. Zarina merupakan salah seorang pemilik kepada kucing-kucing yang menjadi mangsa kekejaman Petknode.

" Baru tadi dapat call dari Jabatan Veterinar. Dengar khabar, ada 8 kes kekejaman Petknode akan di bawa ke mahkamah. Kes pertama akan didakwa di mahkamah pada 14 Disember 2011 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Yang lain-lain akan dibawa ke mahkamah secara berperingkat, "

Walaupun pemilik Petknode masih menghilangkan diri sehingga kini tanpa dapat dikesan (hebat!!), tapi kami amat berharap agar pemilik-pemilik kucing yang menjadi mangsa kekejaman kes yang berlaku pada 4 September lepas mendapat keadilan yang sewajarnya. InsyAllah..

Monday, December 5, 2011

The Pet Project Malaysia


Bertemakan 'Getting Active to Help Save the Animals', Sabrina Saw dengan usahasama dari The British International School of Kuala Lumpur, telah mewujudkan The Pet Project Malaysia bagi membantu kutipan dana untuk disumbangkan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam aktiviti menyelamatkan haiwan jalanan.






Program ini disokong penuh oleh Department of Veterinary Services (Ministry of Agriculture & Agro-based Industries Malaysia) dan kutipan akan diedarkan kepada NGO-NGO seperti SPCA Selangor, PAWS, Paws Mission, HOPE, MDDB, SCRATCH, Save a Stray, Independent Pet Rescuers dan Zoo Negara.

The Pet Project akan akan mengadakan 12 jam 'Get Active marathon' yang terdiri daripada pelbagai aktiviti berunsur tarian, sukan, senaman dan sebagainya. Bagi yang kurang minat untuk bersukan, anda boleh bersantai dengan mengunjungi karvinal booth jualan, pameran dan adoption pada hari tersebut.


Tarikh : 7 Januari 2012, 11am-11pm.
Lokasi : The British International School of Kuala LumpurLink


TIKET BOLEH DIBELI SECARA ONLINE DI - KAUNTER TIKET ONLINE PETFINDER


Laman Web Rasmi : The Pet Project Malaysia
Facebook Event : The Pet Project Malaysia - Facebook


Artikel berkenaan The Pet Project Malaysia di :
NST
The Star


JUMPA ANDA DI SANA!!!!!!!!!

Adopt GINGER, please....! (Rescued by Nieza Abdullah)

Nieza Abdullah menghubungi kami pada 2 Dec 2011 lepas untuk berkongsi kisah anak kucing yang beliau selamatkan.










Anak kucing yang berusia kurang dari umur 2 bulan dan diberi nama GINGER ini ditemui dalam keadaan kaki depannya yang cerdera dan membusuk (gangrene). Selain dari masalah di kaki, anak kucing ni berada dalam keadaan sihat dan aktif.


Anak kucing ini dirujuk ke SHAH ALAM VET CLINIC, di Seksyen 13. Doktor memutuskan akan kaki depan yang itu di potong kerana kaki tersebut sudah tidak berfungsi.


Ginger selamat menjalani pembedahan. Kos rawatan sebanyak RM600 di biayai oleh Nieza Abdullah dengan bantuan 50% subsidi dari My Animal Care.


Ini gambar terbaru Ginger selepas pembedahan.




SCRATCH cuma mampu membantu Ginger mendapatkan tuan baru.




Ada insan baik hati yang boleh adopt Ginger?

Ginger akan di nyahcacing dan dinyahkutu sebelum di bawa pulang dari vet.

Nieza boleh dihubungi via emel - niezaabdullah@gmail.com


UPDATE ON 6 DEC : GINGER HAS BEEN ADOPTED! YAYYY!

Sunday, December 4, 2011

Apa Itu MENYELAMAT (Rescuing)?

Seringkali kami dihujani dengan pelbagai kes berkenaan dengan haiwan jalanan.

Kes yang paling banyak diterima selalu berkaitan dengan anak-anak kucing.

Anak-anak kucing di buang sejurus dilahirkan tanpa ibu mereka.
Anak-anak kucing yang gagal di susukan oleh ibu mereka.

'Menyelamat' anak-anak kucing yang masih belum dapat berdikari dan makan/minum dengan sendiri adalah antara tugas yang paling mencabar. Anak-anak kecil ini perlu disusukan setiap 3-4 jam. Perlu pastikan suhu badan mereka sentiasa panas dengan meletakkan
heating pad berhampiran. Perlu pastikan mereka 'membuang' sejurus selepas disusukan. Sangat susah menggantikan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh ibu kucing itu sendiri. Lebih² lagi jika kita terikat dengan tugas-tugas lain, terutama bagi individu yang berkarier.

Penyelamat/rescuer terdiri daripada 2 kategori , Penyelamat Segera / Instant Rescuer dan Penyelamat Sebenar / True Rescuer.

Bila ada sesuatu kes yang kami siarkan langsung di FB, ramai 'Instant Rescuer' yang terus bergegas ke kawasan terlibat untuk 'menyelamat'. Contohnya, seperti misi menyelamat kucing-kucing yang menjadi mangsa Petknode Boarding Centre pada hari raya yang lalu. Beberapa orang individu yang terdiri daripada pencinta haiwan, bergegas ke kawasan terbabit bagi memberi bantuan seperti mengeluarkan haiwan dari premis tersebut, memberi makan dan minum, membawa ke klinik haiwan berhampiran.

Semua individu termasuk yang bukan pencinta haiwan, boleh melalukan tugas instant rescue. Tapi berapa ramai yang mampu menjadi 'Penyelamat Sebenar'?

Melihat kepada kes Petknode yang lalu, kami telah ditemukan dengan penyelamat-penyelamat segera yang terus bergegas ke kawasan terbabit untuk memberikan bantuan segera. Kami juga dipertemukan dengan fosterer-fosterer segera yang sanggup menjaga kucing-kucing ini sementara di tuntut oleh tuan masing-masing. Kami juga dipertemukan dengan insan-insan yang membantu dalam bentuk bantuan kewangan.

Melalui bantuan yang kami terima, kami mampu membiayai kos perubatan dan kos pemandulan kucing-kucing ini setelah tiada yang menuntut.

Oleh kerana tiada siapa yang menuntut, apa jadi dengan nasib kucing-kucing ini?

Ada fosterer yang menawarkan diri untuk terus membela kucing-kucing ini. Sebahagian lagi dicarikan tuan lain. Tapi ada yang tidak bernasib baik, dilepaskan semula ke jalanan tanpa sempat dimandulkan kerana kedegilan fosterer yang menentang kempen pemandulan kami.

Dan sebahagian lagi masih menunggu tuan baru agar sudi menerima dan menjaga mereka. Berkali-kali kami iklankan gambar mereka di FB, tapi memang sudah nasib kucing kampung dewasa, sangat susah bagi mereka mendapatkan tuan baru yang sudi menyayangi mereka seadaanya.

Semua orang boleh menyertai misi menyelamat, tapi berapa ramai yang akan terus menjaga, membela, dan 'menyelamat' haiwan-haiwan yang telah diselamatkan dalam misi-misi menyelamat ini sehingga akhir hayat kucing-kucing tersebut?

Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menyelamat sekiranya haiwan yang diselamatkan memerlukan sejumlah wang untuk meneruskan rawatan?

Sekiranya tiada NGO yang menyediakan bantuan subsidi yuran rawatan dan pemandulan, berapa ramaikah yang akan terus menyelamat? Atau adakah haiwan-haiwan ini akan dibiarkan di tepi jalan?

Rantai.Art Event 2011 (REVISIT)

RANTAI.ART ialah sebuah oganisasi pencinta-pencinta seni yang menggabungkan dan menyatukan pencinta-pencinta seni dari setiap lapisan kesenian dan kebudayaan. Setiap tahun, RANTAI.ART akan mengadakan festival seni. Festival ini dihadiri oleh pelbagai individu dan kumpulan pencinta-pencinta seni. Pelbagai pertunjukan di adakan dalam festival ini, seperti Persembahan Muzik, Pembacaan Puisi, Tayangan Filem Pendek, Pameran Seni dan sebagainya.

Sebagai inisiatif amal, SCRATCH turut dijemput bersama menjayakan festival
Rantai.Art Event 2011 yang bertemakan 'REVISIT' ini.





Tarikh : 16 - 18 Dec 2011
Masa : 2.00 pm - 11.30 pm
Tempat : Urban Village, 25 Jalan Abdullah,
Off Jalan Bangsar, 59000 KL, Malaysia.
Link FB : Rantai.Art Event 2011 "Revisit"





Bersempena dengan festival yang akan di adakan pada 16-18 Dec 2011 ini, SCRATCH telah mengadakan
Pertandingan Gambar ; Rantai. Art Photo Contest, yang bertemakan




Berikut adalah hadiah-hadiah untuk pertandingan gambar kucing ini :

-20 undian tertinggi akan menerima goodie bags tajaan PET WORLD


-5 undian tertinggi akan menerima tshirt yang tertera gambar kucing masing² tajaan Mr Reza from MYT.COM.MY



-3 undian tertinggi akan menerima hamper & sijil penyertaan tajaan PET WORLD


-3 undian tertinggi akan menerima trofi eksklusif tajaan
Ms. Hanie Razaif dari ANGGUN HANI ENTERPRISE




- 3 undian tertinggi akan menerima fancy car sticker tajaan FURKIDS PROJEKT



Pemenang akan diumumkan di Facebook SCRATCH dan dihubungi via email.


Hadiah akan di sampaikan sendiri oleh para penaja dan SCRATCH pada
hari AHAD, 18 Dec 2011, 11 pagi.