Thursday, January 23, 2014

S.C.R.A.T.C.H @ SACC MAll Shah Alam

Hello Kawan Kawan 

Hampir 2 minggu yang lalu kami mendapat jemputan dari Presiden KKM untuk turut serta dengan program anjuran mereka. Kami diberi peluang dan ruang untuk membuka booth bagi membolehkan kami membuat jualan amal serta mencari rumah baru untuk kucing  kucing yang kami selamatkan. kami sangat sangat menantikan event di SACC kali ini kerana followers dan pengujung yang datang sangat supportive. Ramai di antara mereka yang tidak  lokek untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan dan juga barangan. Ada juga yang sanggup berkongsi tenaga untuk kami. Followers dan Pengunjung SACC Mall memang terbaik!

Event 2 hari ini memang meletihkan kami tapi melihat pengunjung yang datang untuk sama sama belajar tentang penjagaan kucing, kepentingan untuk memandulkan kucing kesayangan dan membantu kucing/anjing jalanan, keletihan ini sangat berbaloi. Salah seorang volunteer merangkap rescuer kami membawa 4 ekor anak kucing yang sangat comel sehingga sekali pandang memang tak jemu. Alhamdulillah kesemua mereka mendapat  rumah baru. Kami berharap tuan dan puan baru ini akan membesarkan anak anak kucing tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. 


Ouh ya! untuk pengetahuan kawan kawan juga, kami telah dibantu oleh mascot kami! Nama timangannya Megat Jackson M.Y.F atau nama sebenarnya Jaxson. JaxJax ditugaskan untuk melayan pengunjung booth kami sambil mengumpul dana untuk  kami. Ouh kami sangat gembira dengan ibu bapa yang pada awalnya agak skeptical dengan kucing, beralah untuk membenarkan anak anak mereka bermain dengan JaxJax. Seekor kucing yang super-manja dan sangat suka dipeluk, bukan sahaja kanak kanak, tetapi orang dewasa juga mudah jatuh cinta kepada JaxJax. 

JaxJax adalah kucing jalanan yang diselamatkan oleh salah seorang volunteer kami. JaxJax ketika itu berumur kurang dari 1 bulan dan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Berkat kasih dan sayang dengan makan dan minum yang cukup, vaccination yang lengkap kini JaxJax membesar benar benar bagai johan. Kita tidak perlu kepada pembelian kucing dari mana mana petshop mahupun orang backyard breeder. Sekiranya ikhlas dan keupayaan kita memandang kecantikan kucing lebih dari baka mereka, maka kucing jalanan mampu menjadi secantik serta sebaik Jaxson! 

Kawan kawan yang kami hormati, 

sama ada yang sempat singgah di SACC Mall, melalui online mahu pun apa jua caranya, kami tidak dapat mencari perkaatan yang sesuai untuk mengucapkan TERIMA KASIH kami kepada anda yang telah menyumbang kepada dana kami. 

Dana ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan dan operasi pemandulan kucing jalanan. Kami adalah NGO yang berdaftar dan akan diaudit oleh auditor bertauliah. Kami berharap kawan kawan akan terus menyokong kami baik dari bantuan kewangan, tenaga dan sokongan morale. 

Kami akan berada di Putrajaya pertengahan bulan February ini. Kami akan update dari semasa ke semasa dan harap dapat berjumpa dengan kawan kawan di Putrajaya pula kali ini! 


-Encik MemeranGemok-



No comments:

Post a Comment