Friday, September 13, 2013

FOSTERER Needed!! Help!!

HELP!!!! FOSTERER FOR DLH CAT NEEDED ASAP!!

Warga Scratch/KTAJ sekalian, kami mencari beberapa org volunteer yang boleh menjadi FOSTERER (penjaga sementara) kepada 11 ekor kucing DLH (bulu panjang) yang terlibat dalam kes yg sedang kami kendalikan ketika ini. 


Mereka2 yang berminat untuk menawarkan diri, menyumbang masa dan tenaga sebagai fosterer bolehlah menghubungi kami di ktaj0311@gmail.com dengan kadar segera. Sila sertakan sekali nama penuh, alamat, no untuk dihubungi (hp no) dan link profile FB milik anda utk rujukan kami. Mereka yg berjaya dishortlisted sebagai fosterer akan dihubungi oleh pihak admin. 

Kucing yg akan difoster perlulah diambil di booth Kucing Terbiar Kucing Terbiar & Anjing Jalanan pada 14 atau 15 September ini (Sabtu & Ahad) di Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya Precint 3 kerana kami akan berada di sana sempena dengan pertandingan kucing anjuran Kelab Kucing Malaysia. Sila bawa cage/carrier sendiri ketika mengambil kucing pada hari tersebut.
Seorang fosterer boleh membantu untuk menjaga 1-2 ekor, oleh itu lebih dari sekurang-kurangnya 3 org volunteer diperlukan. Terima kasih.

*Kami tidak akan melayan sebarang email yg meminta utk melihat dulu kucing2 DLH ini kerana kami mencari strictly fosterer, bukan adopter...harap maklum.



 Kami akan berada di sini selama 2 hari...fosterer yg berjaya di shortlisted perlu mengambil kucing yg akan difoster di sini juga ya..sila bawa cage/carrier anda sendiri ok..

No comments:

Post a Comment