Wednesday, March 20, 2013

Cat Speutering Day (JB) 2013

CAT SPEUTERING DAY & CHARITY DRIVE (JB) 2013


Hari pemandulan murah untuk kucing-kucing berpemilik dan jualan amal untuk mengisi Dana SCRATCH bagi membantu Nek Jah dan Nek Zaharah di Johor Bahru!

Tarikh : Ahad, 14 April 2013
Masa : Bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang (First come first serve basis)
Lokasi : KLINIK HAIWAN TIRAM - No 21, Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor.





Misi utama penubuhan KTAJ-SCRATCH adalah untuk mengurangkan populasi haiwan jalanan dan menggalakkan lebih banyak pemilik-pemilik kucing mengambil kucing-kucing jalanan sebagai 'kucing-kucing angkat' dan memandulkan haiwan peliharaan masing-masing.

Pembuangan kucing-kucing ke jalanan oleh pemilik-pemilik kucing tidak akan dapat dihentikan sekiranya pemilik-pemilik kucing gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka. Kebanyakan pemilik-pemilik tidak bertanggungjawab ini mengambil jalan mudah dengan membuang kucing-kucing milik mereka apabila telah beranak-pinak dan tidak mampu dipelihara lagi.

Kebanyakan penyelamat haiwan dan pencinta haiwan sudah tidak mampu menempatkan kucing-kucing yang semakin hari semakin banyak dibuang, terutama sekali kucing-kucing yang sakit dan cedera, anak-anak kucing yang dibuang ketika belum putus susu dan ibu-ibu kucing yang sedang sarat mengandung.

Akibatnya, semakin banyak kucing-kucing yang menghuni jalanan, pasar-pasar awam, kaki lima kedai-kedai makan. Kucing-kucing ini terdedah kepada ancaman bahaya oleh kucing-kucing lain, anjing liar, manusia yang tidak berperikemanusiaan, kenderaan, penyakit, kematian dan sebagainya.

Justeru itu, KTAJ-SCRATCH dengan kerjasama dan jasa baik KLINIK HAIWAN TIRAM dan page komuniti WIRA FANS CLUB ingin mengadakan Hari Pemandulan Kucing (Cat Speutering Day) dengan mempromosikan program pemandulan murah bagi pemilik-pemilik kucing memandulkan haiwan peliharaan mereka.


YURAN PEMANDULAN


RM60 untuk seekor kucing jantan (Caj normal ialah RM80)
RM80 untuk seekor kucing betina (Caj normal ialah RM140)


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Hanya kucing-kucing berpemilik yang didaftarkan dengan kami layak mendapatkan yuran pemandulan murah seperti yang kami iklankan.

Untuk mendaftar, emailkan [Subjek : CSD JB] ke ktaj0311@gmail.com
- nama pemilik dan no. kad pengenalan
- nama si comel/jantina/umur
- no. telefon bimbit pemilik
- gambar si comel

2) Pemilik perlu membuat pembayaran yuran pemandulan terus ke akaun rasmi Kucing Terbiar & Anjing Jalanan semasa pendaftaran. Yuran tidak akan dipulangkan.

Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran yuran pemandulan ialah 11 April 2013, jam 8 malam.

3) Kad vaksin WAJIB di bawa semasa pemandulan.

Sekiranya kad vaksin tidak di bawa bersama, pihak KTAJ SCRATCH dan KLINIK HAIWAN TIRAM menganggap kucing ini tidak divaksinkan dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komplikasi dan jangkitan berlaku ke atas kucing milik anda selepas pembedahan.

Sekiranya kucing anda belum divaksinkan, anda boleh membawa kucing anda untuk vaksinasi pada tarikh berkenaan dan KLINIK HAIWAN TIRAM akan menetapkan tarikh lain untuk pemandulan kucing milik anda.


SYARAT-SYARAT KUCING YANG INGIN DIMANDULKAN

1. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2kg.

2. Anda perlu membawa sendiri kucing² yang ingin dimandulkan ke KLINIK HAIWAN KAMPAR.

3. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.

4. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.

5. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Sekiranya tidak, caj wad/boarding akan dikenakan.

6. Kucing² yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan bermain/keluar.

7. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke KLINIK HAIWAN KAMPAR dengan segera.

8. Sila pantau kucing² yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.


PENGAMBILAN KUCING-KUCING ANGKAT

Kucing-kucing ini merupakan kucing yang dibuang di kawasan premis KLINIK HAIWAN TIRAM. Sebahagiannya lagi terdiri daripada kucing-kucing yang ditinggalkan oleh rescuer dan pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab setelah kucing-kucing ini diberikan rawatan sewajarnya oleh pihak klinik.
Pihak klinik mengalami kekurangan dan kekangan sangkar untuk merawat kucing-kucing pelanggan lain memandangkan Boarding Room yang ada telah digunakan untuk menempatkan kucing-kucing malang ini.

Adoption fee adalah mengikut budi bicara doktor di KLINIK HAIWAN TIRAM.


SUMBANGAN BAGI MEMBANTU NEK JAH & NEK ZAHARAH.

Kisah nenek-nenek ini pernah dipaparkan di sini. Bagi membantu kedua-dua warga emas ini, SCRATCH dan WIRA FANS CLUB akan menyediakan tabung derma dan juga jualan amal bagi membantu mengisi tabung ini. Hasil sumbangan akan diserahkan kepada kedua-dua warga emas ini.

Jangan lepaskan peluang menyertai kami kerana program ini hanya akan berlangsung mungkin hanya setahun sekali :)

1 comment:

  1. salam...kos utk kembiri kucing betina rm brp? saya area kota tinggi johor. dan ada 5 ekor kucing betina nak di kembiri.ada diskaun x utk 5 ekor sekali? tq

    ReplyDelete