Friday, March 1, 2013

Kebaikan Cuka Epal Kepada Kucing



Cuka epal (Apple Cider Vinegar / ACV) merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi pelbagai jenis mineral seperti potassium, calcium, magnesium, phosphorous, chlorine, sodium, sulfur, copper, iron, silicon dan fluorine yang menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.

ACV terhasil dengan memerah epal segar yang di tanam secara organic dan diperam dan dibiarkan mengalami proses fermentasi di dalam tong kayu (wood barrel) sehingga menjadi cuka. Warna ACV ialah keperangan. Jadi jangan tersilap dengan cuka putih / cuka buatan yang terdapat di pasaran tu ya.

ACV juga di kenali sebagai 'classic tonic' kerana manfaatnya kepada kesihatan manusia secara menyeluruh. 

Selain manusia, ACV juga mempunyai pelbagai khasiat kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing dan arnab.


Kegunaan ACV pada haiwan peliharaan :




  • Gunakan ACV dalam mandian haiwan peliharaan boleh merawat kutu dan iritasi kulit. Mandikan haiwan peliharaan anda dengan syampu lembut, bilas dan mandikan semula dengan sedikit campuran ACV dalam air mandian. Kemudian, bilas secukupnya dengan air yang bersih.
  • Campurkan sedikit ACV bersama air bersih di dalam botol spray dan boleh digunakan untuk menyembur ke bulu haiwan peliharaan anda untuk merawat kutu, kemerahan, dan gatal-gatal.
  • Campuran sesudu kecil ACV ke dalam 1.5L air minuman haiwan kesayangan anda terutama sekali kucing boleh memelihara kesihatan salur kencing, sistem penghadaman, merawat alergi dan mengurangkan bau hancing kencing.
  • ACV juga memberi manfaat mengurangkan kesakitan sendi pada haiwan yang mengalami masalah arthritis dan berfungsi sebagai penyahtoksin badan haiwan peliharaan kita.


Apa yang ingin kami kongsikan dalam artikel ini ialah kebaikan ACV dalam melegakan Feline UTI (Urinary Tract Infection / Jangkitan Salur Kencing) pada kucing.

Tanda-tanda Feline UTI :
- kencing yang sedikit
- kucing enggan menggunakan litterbox, dan akan kencing di luar litterbox
- nampak sakit ketika hendak kencing
- warna kencing kucing nampak lebih gelap, atau sedikit kemerahan.
 


Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda di atas bersama kemurungan, enggan makan/minum, menyorokkan diri dan tidak aktif, kemungkinan kucing anda mengidapi Feline UTI. Feline UTI terjadi akibat jangkitan bakteria pada saluran kencing. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.


Rawatan Feline UTI Menggunakan Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Kajian yang dijalankan oleh beberapa pengamal rawatan holistik mendapati kucing-kucing pengidap Feline UTI yang dirawat dengan menggunakan ACV menunjukkan penyembuhan positif meskipun ada sebilangan kecil yang tidak 100% sembuh sepenuhnya dengan rawatan holistik ini.

Cara rawatan yang disarankan ialah memberikan 1/4 sudu kecil ACV kepada kucing yang mengidap Feline UTI, 2 kali sehari. Anda boleh mencampurkan ACV dalam wetfood kucing anda, campurkan di dalam air minuman atau cairkan dengan air masak, kemudian di pam terus ke dalam mulut kucing anda menggunakan picagari kecil tanpa jarum.

Amalkan pemberian ACV bagi menghalang jangkitan semula. 
Pastikan anda tidak melebihi sukatan ACV yang disarankan. 

Tak rugi mengamalkan pengambilan ACV sebagai tonik harian untuk memperbaiki tahap kesihan anda dan haiwan-haiwan kesayangan anda :) 

9 comments:

  1. bagi jugak jejebon tu ACV tapi sebulan sekali jer..campur dlm wetfood dorang

    ReplyDelete
  2. nnti nk beli jgk la bg bulus2 tuh...

    ReplyDelete
  3. ACV boleh menyebabkan bulu kucing gugur x? Dan berapa lama nk bg ACV untuk hilangkan kutu?

    ReplyDelete
  4. mana nk bli..kdai2 biasa ad jual ke..

    ?"

    ReplyDelete
  5. kalau nak beli bragg natural acv, ada jual kat guardian. kat certain2 farmasi pun ada...satu botol besar tu dalam rm20

    ReplyDelete
  6. Cuka epal ni bnyk jenama kn?kalo sy guna cuka apple jenama heinzz bleh ke?sy bli kt farmasi.murah je hrge nye rm8

    ReplyDelete