Friday, March 22, 2013

Trap-Neuter-Return/Rehome-Manage (TNRM)

Masih ramai yang tidak tahu apa itu konsep TNRM.

Trap-Neuter-Return/Rehome-Manage (TNRM)
adalah konsep yang diperkenalkan oleh NGO untuk mengawal populasi haiwan jalanan menggunakan cara yang lebih berperikemanusiaan, iaitu PEMANDULAN.

Konsep TNRM ini bertujuan untuk menggantikan konsep PENGAWALAN POPULASI haiwan jalanan yang di amalkan di hampir kesemua negara termasuk Malaysia, iaitu PELUPUSAN.




TNRM dijalankan oleh golongan yang kami gelar sebagai FEEDER (pemberi makan). Feeder ialah golongan yang memberi makan setiap hari kepada haiwan jalanan di kawasannya. Feeder akan menangkap haiwan-haiwan jalanan ini dengan cara yang berperikemanusiaan, divaksin/dirawat sekiranya sakit, dimandulkan dan dicarikan pemilik baru. Sekiranya gagal mendapat pemilik baru, haiwan ini dilepaskan semula ke tempat asal sebagai HAIWAN KOMUNITI.

Haiwan ini hanya akan dilepaskan di tempat asal. Sekiranya dilepaskan di kawasan lain, haiwan ini akan stress, dan semasa cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, ia mungkin akan diserang oleh haiwan-haiwan yang lebih dominan dan membawa kepada kecederaan dan penyakit.

Semasa pemandulan, telinga haiwan ini DITANDAKAN untuk membezakan yang telah dimandulkan dengan yang belum. Dan biasanya tanda ini dilakukan dengan memotong sedikit hujung telinga semasa pemandulan dijalankan supaya kucing tidak merasa sakit.

Dengan TNRM, haiwan jalanan di kawasan terbabit dibiarkan lepas bebas, dipantau dan diberi makan, sihat, serta tiada lagi penambahan populasi di kawasan tersebut. Populasi di kawasan terbabit akan berkurangan secara semulajadi.

TNRM mungkin tidak menunjukkan hasil dalam tempoh masa singkat kerana pasti ada pihak lain yang akan membuang anak-anak kucing yang baru dan menambah populasi haiwan jalanan di kawasan tersebut. Tapi sekurang-kurangnya, TNRM yang diamalkan boleh menghentikan pihak tertentu daripada menangkap dan melupuskan haiwan-haiwan ini.

Atas kesedaran inilah, kami menggalakkan pemilik haiwan memandulkan haiwan peliharaan masing-masing, dan menggalakkan pemilik haiwan memberi bantuan kepada haiwan jalanan lain di kawasan mereka. Sekiranya semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, pasti kebajikan haiwan-haiwan jalanan akan lebih terpelihara.

2 comments:

  1. hi KTAJ..saya baru bjinak2 dlm dunia kucing ni..boleh share link?

    mylovelybulus.blogspot.com

    tq =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Follower no. 623

      do follow me back yea.. heee.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/

      my 2nd blog : cat lover
      http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

      Delete