Wednesday, May 30, 2012

TUMMY (Muhamad Najib Mustafa)


Seekor anak kucing di temui dengan luka pada kaki dan perut di sebuah kedai makan di Majidee, Johor Bahru pada 11 May 2012 yang lalu.






Pada 12 May 2012, Najib telah membawa anak kucing ini mendapatkan rawatan di Klinik Veterinar Family. Anak kucing ini juga telah diberikan nama TUMMY.





Xray telah dilakukan untuk mengenalpasti kecederaan pada kaki TUMMY ini. Doktor mengesahkan kaki kanan belakang TUMMY patah dan kakinya terpaksa di simen untuk proses penyembuhan.








Kos rawatan TUMMY ni ialah RM270.

SCRATCH membiayai 50% daripada kos rawatan, iaitu RM135 menggunakan dana kami.

Semoga TUMMY cepat sembuh.

TUMMY dibuka untuk adoption.Sekiranya ada warga JB berminat nak adopt anak kucing ini, Najib boleh dihubungi di cekedisk@gmail.com.  

BABY Anak Kucing Hernia (Nurul Huda Mat Dan)

Anak kucing ini ditemui dalam longkang oleh Nurul Huda pada 9 May 2012. 



Bawah perutnya kelihatan merah dan membengkak. Malah, ada luka pada kaki anak kucing malang ini. Kemungkinan di langgar kenderaan dan menyebabkannya terjatuh ke dalam longkang tersebut.




Pada 14 May 2012, Nurul Huda telah membawa anak kucing ini ke UPM untuk rawatan dan disahkan kucing ini hernia. Pembedahan perlu dijalankan dan luka menanah pada bahagian kaki perlu dibersihkan dan dirawat. 

Ini pula gambar-gambar terbaru anak kucing yang dipanggil BABY ini setelah pembedahan dan rawatan. 






 
 


Kos rawatan BABY ialah RM582.73. 
SCRATCH membiayai 50% daripada jumlah ini, iaitu RM291.40 menggunakan dana kami.

Si Puteh SHIRO (Afiq Luqman/Lily Kim)

Seekor kucing jantan DLH kelihatan berkeliaran di kawasan perumahan saudara Afiq Luqman.
Beberapa kali beliau cuma menangkap kucing yang dipanggil sebagai SI PUTEH ini tetapi gagal. Kucing ini kemudian tidak kelihatan selama sebulan.

Apabila ditemui semula pada 24 April 2012, didapati SI PUTIH dalam keadaan begini. Kakinya mereput dan berulat.

Alhamdulillah Afiq Luqman berjaya menangkapnya dan dibawa untuk rawatan di Pet Paradise Clinic di Johor Bahru.










Kaki SI PUTEH terpaksa di potong. SI PUTEH turut dimandulkan dalam pembedahan yang sama. 


Selepas pembedahan

Memandangkan lukanya yang berulat (luka yang berulat merupakan simptom yang menunjukkan kucing tersebut berkemungkinan pengidap FIV), ujian darah dilakukan dan SI PUTEH disahkan positif FIV.


FIV/FeLV tester kit

Kos pembedahan dan rawatan SI PUTEH ialahRM450.00.
SCRATCH telah membiayai 50% daripada kos rawatan ini menggunakan Dana Perubatan kami.

Kami turut berhasrat mencuba rawatan RetroMAD1 untuk SI PUTEH memandangkan keadaan kesihatannya yang on-off dari masa ke semasa. Kami menghubungi Dr Marlia dari Klinik Ulu Tiram. Dr Marlia berjanji untuk cuba menghubungi saintis yang membekalkan RetroMAD1. Di harap sedikit masa lagi kami akan menerima berita baik dan SI PUTEH dapat di rawat menggunakan RetroMAD1.






SI PUTEH kini dalam jagaan saudari Lily Kim.

Lily yang merupakan pemilik baru Si PUTEH menamakan kucing jantan ini sebagai SHIRO.


Si Puteh / Shiro

Di harap dengan rawatan yang akan diterima dan jagaan baik penuh kasih sayang dari Lily, Shiro dapat sembuh sepenuhnya. Sama-sama kita berdoa ya. InsyAllah.



Subsidi Pemandulan di KKS - 26 May 2012

Sebanyak 4 ekor kucing telah dimandulkan menggunakan Dana SCRATCH pada Sabtu, 26 May 2012 yang lalu. 

2 ekor kucing dibawa dari rumah anak-anak yatim Pusat Jagaan Nuri yang kami lawati pada 20 May lepas. 


Kucing-kucing PJN bersama salah seorang penjaga rumah anak yatim ini

Kucing pertama

Kucing kedua

Kucing-kucing ini akan dikurung dalam sangkar yang kami bawa untuk dipinjamkan sepanjang proses pemulihan memandangkan sangkar besar yang ingin kami dermakan kepada rumah anak yatim ini dalam proses dicat semula sebelum ditempatkan di sana.


Sangkar dari sumbangan Petzilla Online Petstore dan orang perseorangan

Selain kucing-kucing dari Pusat Jagaan Nuri, seekor community cat yang diberi makan oleh active feeder kami di kawasan Ampang turut di bawa untuk pemandulan. 


Si Grey

Ini pula kucing yang di adopt oleh saudari Aida dari KTAJ ONLINE ADOPTION HOUSE kami. Semua kucing yang di adopt dari page ini layak untuk menerima Subsidi Pemandulan SCRATCH.


Aida dan si Tortie
 
si Tortie

Kos pemandulan untuk 3 ekor kucing betina dan 1 ekor kucing jantan ini ialah RM260.00 menggunakan Dana SCRATCH.  

Tuesday, May 29, 2012

Sehari Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Nuri

Di atas jemputan oleh Encik Aidid Ismail, Pengurus Perhubungan Usahawan, Perolehan Kumpulan Telekom Malaysia, SCRATCH telah ke rumah anak-anak yatim Pusat Jagaan Nuri di Setapak pada 20 May 2012 yang lalu. 

Tujuan asal Encik Aidid menjemput kami adalah untuk memberikan penerangan penjagaan kucing yang betul kepada adik-adik yang menghuni Pusat Jagaan Nuri ini memandangkan adik-adik di sini suka memelihara kucing dan membawa pulang kucing-kucing yang mereka temui. 

Pada hari yang sama, turut diadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Jagaan Nuri, mengecat dinding dan merasmikan pusat sumber.



Adik-adik yang turut sama mengecat

Perasmian Pusat Sumber

Beberapa hari sebelum menemui adik-adik ini, SCRATCH-ers dengan bantuan Abang Ayie telah berjaya mengumpulkan pelbagai jenis makanan ringan, kudapan, alatulis dan cenderahati hasil sumbangan rakan-rakan di Facebook.

Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan barangan di bawah, terutama sekali abang Ayie dan anak-anak saudaranya yang sibuk menyediakan goodie bags :) 


Sumbangan dari Abang Ayie dan puding dari Tanti Dogmudder

Sumbangan dari Mia Emilia

Sumbangan dari Bina



Sumbangan dari Fia Razali

  
Sumbangan dari Acikvoodoo Zet
Sumbangan dari Mikhaela Dessy Chan
Sumbangan Richard Lim dari SPCA Sarawak



Sumbangan dari Carrie Anne Long
Sumbangan dari sahabat baik cik Bella

Homemade choc muffin oleh Marina Tham yang di hias dengan kotak yang cantik

Goodie bag untuk adik-adik Pusat Jagaan Nuri

Tenaga kerja yang membantu Abang Ayie packing goodie bags :)
Kanak² yang dirasuah setelah selesai kerja :)

Ini pula gambar² yang di ambil pada sebelah petang, setelah selesai sesi gotong-royong dan jamuan makan tengahari yang diadakan di padang permainan kanak-kanak yang terletak berhadapan Pusat Jagaan Nuri ini.



Selepas makan, ada sesi penyerahan goodie bags untuk adik-adik. Girang betul wajah mereka masa dapat goodie bags :D


Goodie bags. Taaaraaa~


 
 
Sesi bermain Angry Birds dalam Galaxy Tab Abang Ayie
Ok jangan rebut-rebut. Nanti kita panggil Abang Ayie belikan sorang satu Galaxy Tab ye

Kemudian tibalah sesi 'talk' oleh akak-akak SCRATCHer mengenai penjagaan kucing yang betul. Tengok ni, comel dan gebu-gebu kucing dalam jagaan adik-adik di sini.








Cik Tedi yang sedang memberi penerangan
 
Adik² yang tekun mendengar penerangan dari akak-akak
 
Yang di depan dan berbaju putih la penjaga rasmi kucing-kucing di rumah jagaan ini. Beliau dipanggil 'Abang Mus' adik-adik di sini.



Tengok tu, rajin bertanya juga :)
 
'Ibu' dan 'keluarga' bagi adik-adik yang menghuni di sini :)




Sebelum pulang, Cik Sri, Snip Program Coordinator kami sempat memberi sedikit penerangan mengenai pemandulan kucing-kucing kepada adik-adik di sini.


Dengan wang derma sejumlah RM720 dari beberapa individu tertentu, ini sajalah sumbangan yang mampu kami berikan untuk Pusat Jagaan Nuri ini.

Terima kasih kepada individu-individu di bawah :

1) Shaf Que sekeluarga RM150
2) Mr LTPK RM100
3) Ghazaly Bakar RM300
4) Zuraida Anuar RM50
5) Bina RM20
6) Puan Faizah Aziz sekeluarga RM100
 





 Sempat juga kami merakamkan gambar kenang-kenangan bersama adik-adik di sini.



Malah kami turut diberi saguhati oleh tenaga kerja Pusat Jagaan Nuri. Yaaayyyy!

Idaxu, Junior Snip Coordinator
Cik Tedi, SCRATCH Admin & Coordinator

Cik Sri, Snip Program Coordinator

Cik Hasliza, senior SCRATCH-er
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada hari ini. Di harap pada masa akan datang, kami boleh memperbanyakkan lagi aktiviti amal sebegini. InsyALLAH :)