Jumaat :: 20 April 2012 :: 2.45am
Hai, saya ada terjumpa seekor kucing terbiar di sebuah kedai makan di sini (Pulau Pinang) kucing ini tidak boleh berjalan dan hanya menyeret badannya kerana kedua-dua belah kaki belakangnya luka teruk... saya telah membawa kuvcing ini pulang ke hostel tempat belajar saya iaitu USM. saya telah cuba untuk merawat kucing ini dengan membawanya ke pusat veterinar daerah. saya berasa agak sedih kerana pengaiwai perubatan itu kata peluang untuk pulih amat tipis.. saya tidak mampu untuk membawa kucing ini ke klinik haiwan swasta kerana saya hanya seorng pelajar.. saya harap pihak tuan dapat membantu..Norrabidah MoidenFB id: Cik Norrabidah017283xxxx
Bersama email ini, saudari Norrabidah menghantar gambar kucing yang dimaksudkan.
Ini pula gambar yang diemailkan kepada kami pada 21 April 2012.
Norrabidah menghubungi kami semula pada 28 April 2012.
Kucing jantan ini dinamakan sebagai CHAR, memandangkan ia ditemui di gerai Char Kuey Teow. Norrabidah telah merawat sendiri luka CHAR menggunakan dettol dan minyak gamat memandangkan kewangan beliau yang tidak mengizinkan.
CHAR telah dibawa ke Hope Veterinary Clinic, Sungai Nibong, Pulau Pinang. Keadaan CHAR dilaporkan sihat, cuma tidak dapat dipastikan sekiranya ada tulang yang patah selagi xray tidak dilakukan. Doktor yang merawat telah memberikan antibiotik, ubat saraf,
ubat cacing dan Regal untuk CHAR dan CHAR diminta membuat
rawatan susulan dalam tempoh dua minggu. Kos rawatan pertama Char ialah RM136.00
Pada 6 Mei 2012, CHAR tidak pulang seharian. Apa bila pulang, terdapat luka pada bahagian testisnya. Kemungkinan bergaduh dengan kucing luar.
Norrabidah sekali lagi membawanya mendapatkan rawatan pada 8 Mei 2012. Doktor memberikan tambahan antibiotik, Magtoz spray dan Regal. Bil terbarunya ialah RM106.00.
Ini pula video CHAR yang Norrabidah kongsikan di wall Facebook SCRATCH - Video Char 8 May 2012. CHAR sudah boleh berjalan meskipun tidak sesempurna asalnya.DI harap sedikit hari lagi, CHAR dapan bergerak secara normal.
SCRATCH membiayai RM150.00 daripada keseluruhan bil perubatan CHAR.
Terima kasih kepada Norrabidah kerana telah menyelamatkan dan mendapatkan rawatan untuk kucing jalanan ini :)
Alhamdulillah.
Alhamdulilah..Good work guys!
ReplyDeleteTahniah kepada Norrabidah krn berusaha sehabis daya untuk membantu Char..Masih ada pilihan,cm terpulang pd individu sama ada mahu @ tidak mengambil tanggung jwb membantu haiwan yg melarat
ReplyDelete