FITRI BAM BAM!
Fitri mula-mula di temui pada September 2011.
Kisah Fitri boleh dibaca di SINI.
Kini, setelah hampir 8 bulan di rawat, kami dengan sukacitanya mengisytiharkan Fitri kini bebas Sporo, dan sihat sepenuhnya.
Bantuan subsidi yang kami berikan bersama funder lain seperti My Animal Care, Petfinder dan Malaysian Dogs Deserve Better untuk membiayai perubatan si Fitri hanyalah bantuan sokongan semata-mata. Selain ubat-ubatan yang diberikan kepadanya, Fitri sebenarmya sembuh kerana kesungguhan dan kesabaran rescuer yang membawanya pulang.
Oleh kerana bantuan subsidi perubatan dari kami adalah terhad dan kos boarding dan rawatan di vet untuk kes Sporo menelan perbelanjaan RM750 sebulan, rescuer mengambil keputusan nekad untuk merawat sendiri di rumah, Alhamdulillah, Fitri menunjukkan tindakbalas yang baik terhadap rawatan yang diterimanya sepanjang dirawat di Klinik Wawasan Puchong sebelum dibawa pulang ke rumah.
Menjaga kucing Sporo tidak mudah. Fungus ini boleh berjangkit kepada manusia dengan sentuhan dan udara. Setiap kali mengendalikan Fitri, rescuernya akan mengenakan sarung tangan setelah sekali dicakar oleh Fitri ketika sedang bergurau bersama. Sekiranya anda di cakar oleh kucing yang mengidap Sporo, segeralah ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Fitri kini dibela sendiri oleh rescuernya. Selain makan dengan banyak, apa yang comel tentang keletah si Fitri ini ialah hobi barunya mengejar dan membuli anjing2 milik rescuernya di rumah. Tengok saiz badan pun boleh tau, betapa bahagianya Fitri di rumah barunya.
Nota :
Fitri kini dibela sendiri oleh rescuernya. Selain makan dengan banyak, apa yang comel tentang keletah si Fitri ini ialah hobi barunya mengejar dan membuli anjing2 milik rescuernya di rumah. Tengok saiz badan pun boleh tau, betapa bahagianya Fitri di rumah barunya.
Nota :
Kami masih menunggu update Silver (Elaine), kucing Sporo kedua yang dirawat menggunakan subsidi dari SCRATCH dan beberapa funder lain.
Kagum ngn rescuer tu..tnda2 pnykt Sporo ni luka kt hidung,muka n kaki ke?My cat ada 'sorg' ni luka2 kat kaki,nama kitty, mmg mcm tnda2 sporo.tp luka kt muka n hidung xde lg.pg vet daerah (gov),dorg just cucuk n bg ubat kuning..agknya sbb kt vet ni dorg byk deal ngn lembu,kmbng etc je kot.2mngg lps tu xbaik jgk luka sy gi vet daerah sblh lak..Vet gov gak..di Jln Datuk Kumbar, Alor Setar.vet xde,yg mrawat Kitty sy adalh pmbntu vet.dia kata sporo tp ms tu cr dia bcerita mcm xbhy sgt pn.dia srh bg mkn ubt slma sebulan je.then sy blk gugel2,br tau sporo ni bhy..sy x pulak kuarantin kitty dlm cage..tp sy biar dia bkeliaran dlm blk sy..n tdo ngn sy.klau btulla sporo,sy xmau bg dia rs sunyi slama hayat dia yg msih ada..sbb sy baca klau sporo kt mnusia msih bley diubati..wlaupun x mnta utk djangkiti tp syg kpd kitty mlebihi sgala2nya..skrg sy bg uba yg vet bg tu.1st time vet tlg suapkn..kitty muntah 2kali.smlm n hr ni sy bg dia muntah gak tp skli je..n dlm kuantiti yg makin bkurangan..hrp2 tu tnda yg baik..n hrp2 sgt bkn sporo.. Soalan sy, (pjg btul cerita br nk smpi soalan)..klau kes yg luka kt kaki je ni masih pringkat awal ke cmne?
ReplyDeleteHi Whisbassist, kindly write to us and email your cat's photos to ktaj0311@gmail.com. We will reply u from there. thank u.
Delete2 of my cats hv sporo too..we give her antibiotic.cream yg dibekalkan doc.tapi x sembuh.makin merebak.tapi x seteruk mana lagi.but still runsing memikirkan.can somwbody tell me cara sebetulnya nak menjaga kucing yg ada sporo?
ReplyDeleteFaz, better bawa ke vet lain untuk 2nd opinion. Dengan ubat dan rawatan yang betul, kucing tersebut sepatutnya semakin pulih.
Deletehi..one of my cats kena sporo but now dia still recovering.. dia da on meds sejak 2 bulan lps..luka2 fizikal da nak sembuh.. just curious,satu nostril dia tu mcm ada blackage..bila agaknya blockage tu nak hilang?thanks
ReplyDeleteboleh email saya di napster882003@yahoo.com...many thanks..
ReplyDeletehi.. my cat baru disahkan sporo minggu lepas.. sekarang masih under treatment tapi saya jaga dia sendiri kat rumah n dikuarantin. Vet kata dia tak boleh putus ubat selama 21 hari. Masalahnya, end of this month saya ada trip dengan family for 5 days. Masa tu memang cukup2 21 hari treatment and I don't think dia boleh di 'bebas'kan until benar2 sihat. Boleh tak anybody berikan saya no. tel vet yang terima kucing sporo untuk ward in dalam tempoh few days? Sebab most clinic saya tanya reject kes sporo ni sebab takut berjangkit dgn kucing lain.. I hope someone can help me.. any vet to look after him only for a few days.. dia tak garang.. senang nak bagi makan ubat..
ReplyDelete21 hari?kucing saya 4 bulan on med baru sembuh..
DeleteKucing sy Ada sporo...tahu tak any boarding cat yg trima kucing yg Ada sporo...sy nk antar mass cuti raya shj. Tq
ReplyDeleteKucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari..
ReplyDeleteKucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari..
ReplyDelete