Kak Sharizah turut menyiarkan gambar seekor lagi anak kucing yang sakit mata teruk dan selsema. Kemungkinan adik beradik Heroin.
Sehari berikutnya, iaitu pada 18 Mac 2012, beberapa orang Scratcher telah ke kawasan berkenaan. Di sana mereka menemui 3 ekor anak kucing yang sakit mata teruk dan selsema.
2 anak kucing di atas berkemungkinan adik beradik Heroin.
Ini pula anak kucing yang kecil dan muda sedikit dari yang lain-lain.
Ini pula anak kucing yang kecil dan muda sedikit dari yang lain-lain.
Heroin yang sakit mata, cirit birit dan lumpuh separuh badan.
Tak dapat mengawal pergerakan kaki dan terpaksa dipakaikan lampin kerana cirit birit yang agak teruk.
Tak dapat mengawal pergerakan kaki dan terpaksa dipakaikan lampin kerana cirit birit yang agak teruk.
Heroin bersama 3 ekor anak kucing ini dibawa ke Gasing Vet Hospital untuk rawatan.
Menurut Doktor, Heroin kemungkinan telah dilanggar kereta. Kecederaan di tulang pinggulnya adalah kecederaan lama dan dalam proses pemulihan. Doktor memberikan ubat untuk merawat sakit mata keempat-empat kucing ini dan ubat cirit-birit untuk Heroin.

Memandangkan kak Sharizah hanya mampu menjaga Heroin dan anak kucing kecil yang di bawa bersama untuk rawatan, kami telah shout out di Facebook untuk mencari urgent adopter bagi 2 ekor anak kucing yang lain.
Kami telah dipertemukan dengan saudari Suriana Sukeri pada malam yang sama. Anak-anak kucing ini di bawa ke Kuantan oleh Suriana pada malam yang sama juga.
Kami telah dipertemukan dengan saudari Suriana Sukeri pada malam yang sama. Anak-anak kucing ini di bawa ke Kuantan oleh Suriana pada malam yang sama juga.
2 anak kucing yang di adopt oleh Suriana.
Pada 1 April lepas, kami menerima gambar terbaru anak-anak kucing ini dari Suriana.
Jangkitan pada mata dan selsema sudah pulih sepenuhnya. Pada awalnya kedua-duanya mengalami masalah kecacingan yang teruk. Setiap kali membuang najis, pasti beserta dengan cacing. Kucing-kucing ini telah di nyahcacing dan minggu ini akan divaksinkan oleh Suriana.
Kedua-dua anak kucing ini juga dah berjalan jauh mengikuti tuan baru bertugas. Dari Jalan Gurney ke Batu Caves, Kuantan, dan kini akan mengikuti tuan baru ke Machang, Kelantan.
Bil perubatan kucing-kucing ini di Gasing Vet Hospital dibiayai oleh sumbangan orang ramai ke Dana Scratch.
Bil nyahcacing dan vaksinasi anak-anak kucing yang telah di adopt oleh Suriana dibiayai sendiri oleh Suriana. Tapi kami berharap SCRATCH dapat membiayai bil pemandulan kedua-duanya apabila mencecah usia matang nanti. Terima kasih, saudari Suriana. Sudah rezeki kedua-dua anak kucing di kedai makan ini menerima tuan baru yang menjaga mereka dengan penuh tanggungjawab. Alhamdulillah :)
Alhamdullillah, dulu Jalan Gurney tuh tmpt saya round2 dgn basikal jerr now mmg dah tak kenal dah area tuh ......
ReplyDeleteCOMEL SGT BL DAH SEMBUH..SEMOGA SEHAT SELALU..NYAWWW
ReplyDeleteBlh sy tau brp lama tempoh penyembuhan mata kucing ni? Sy ade bela anak kucing dan mata dier sakit dan sama seperti gmbr atas. Sy dh bwk ke klinik haiwan dan mendapat 1 suntikan. Hr ni hr ke2 selepas dicucuk tp mata dier x nmpk perubahan. Risau sgt2.
ReplyDeletehana,,saya ada jumpe anak kucing dia mcm kene gigit dgn anjing or kucing bsar..bdn dia separuh bdn mcm lumpuh tk bleh jln.da bw jmpe doctor da tp doctor tk dpt nk bg jamin bleh jalan semula ke tak..comot awk brp lama br pulih kaki dia..
ReplyDelete