Monday, April 30, 2012

Kelas Asas Skuba

SCRATCH dengan kerjasama juruselam profesional PADI dari Aquadolf telah mengadakan kelas Scuba Diving di pusat Akuatik di Shah Alam. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sebagai program pengenalan kepada scuba diving di bawah pengawasan profesional dan sesi pembelajaran yang sangat bersantai.

Di bawah pengawasan profesional, penyelam baru mempelajari konsep asas keselematan, pemakaian dan pemasangan kelengkapan, dan menyelam dalam pengawasan yang tinggi.

Tarikh : 28 April 2012
Lokasi : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam
Masa : 1st session - 10.30am, 2nd session - 2.30pm  

Ini antara gambar-gambar yang boleh kami kongsikan sepanjang sesi pembelajaran. Rugi tau siapa yang tak dapat join :) 




Pada penghujung program ini, Aquadolf telah menyumbangkan RM800 daripada keseluruhan yuran pembelajaran kepada Dana SCRATCH.

Kami berharap program-program seperti dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. InsyALLAH. 

Terima kepada saudari Maslinda A. Talib dan Aquadolf kerana sudi mengadakan program sebegini.

Tuesday, April 24, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS - 21 April 2012

6 ekor kucing betina dan 1 ekor kucing jantan dimandulkan pada 21 April 2012 menggunakan Subsidi Pemandulan dari Dana SCRATCH. 

Saudari Chika membawa 3 ekor kucing untuk dimandulkan. 




Kucing-kucing comel yang dibawa oleh Chika.








Saudari Siti Hazimah bersama kucing-kucing yang dibawa oleh beliau. Hazimah membawa 4 ekor kucing jantan untuk dimandulkan.





Kucing-kucing yang di bawa oleh Hazimah yang sedang menunggu giliran untuk dimandulkan. 




Comel walaupun pengsan ;)





Jumlah Subsidi Pemandulan oleh Dana SCRATCH ialah RM380.00

Monday, April 16, 2012

Puppy Subsidy (Sharon Tan)

Sharon Tan telah menghantar email kepada SCRATCH meminta bantuan subsidi untuk anak anjing yang memerlukan kos pembedahan yang tinggi.

Pup under surgery


This lil pup was found hiding in a tyre at night! All sad and lonely. I rescued him and after a while, he had internal complications where by his intestince and and organs folded in like a telescope. Because he was a rescue dog, how it occured could be due to various reasons, could even be due to abuse or something but can’t really know the root cause.

He wasn’t eating for a few days and the vet did an xray and found out. So the vet said he either had a few days to live or else put him to sleep or a 50 50 chance of surgery. During the complicated surgery even, the vet called me up to ask if I wanted to put him to sleep as his heart as is stopped beating 3 times during the surgery. I decided to proceed as I didn’t think it was fair to put him to sleep.

It was a miracle that he made it thru, and now he’s in recovery stage. His intestine was cut off abit, and now still waiting for this fighter puppy to pull thru and adjust. He’s eating much better now and finally putting on weight. Overall, successful surgery he’s a very active loving puppy.

1. The accurate medical condition of the animal – Intestinal Intussusception

2. Details of the treatments provided – Performed intestinal resection and anastomosis due to developing intestinal intussusception






Oleh kerana bil untuk anak anjing ini mencecah RM2230, maka Sharon telah memohon Joint Subsidy daripada SCRATCH, My Animal Care & Petfinder.

Bantuan yang diberikan oleh SCRATCH untuk anak anjing ini adalah 20% daripada keseluruhan bil perubatan dan pembedahannya iaitu RM446.00

Sharon turun mencari tuan baru untuk anak anjing ini. Sekiranya ada yang berminat untuk adopt anak anjing ini, boleh hubungi Sharon di settc@hotmail.com


Tuesday, April 10, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS - 8 April 2012


Kami menerima permohonan Subsidi Pemandulan dari individu-individu di bawah untuk pemandulan 11 ekor kucing di Klinik Kembiri Setapak yang diadakan pada 8 April 2012.

1. Aqilah Alias :  3 ekor kucing betina
2. Mazida Azmi : 1 ekor kucing betina
3. Nina Yusoff : 2 ekor kucing betina 
4. Zuridah Rais : 1 ekor kucing jantan + 1 ekor kucing betina
5. Farrizza Sufian : 2 ekor jantan + 1 ekor betina

 Gambar di bawah ini adalah gambar-gambar kucing yang dibawa oleh pemohon:










Walaubagaimana pun, hanya 5 ekor kucing betina dan 2 ekor kucing jantan yang dimandulkan pada hari tersebut. Beberapa ekor kucing yang lain tidak dapat dimandulkan kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan dan selsema. 

Peserta-peserta yang tidak dapat dimandulkan pada kali ini akan dimandulkan dalam sesi yang akan datang.

Jumlah yang dibiayai dan disubsidikan oleh Dana SCRATCH ialah RM380.00.

Friday, April 6, 2012

KELAS SCUBA DIVING SEHARI

SCRATCH dengan kerjasama juruselam profesional PADI dari Aquadolf akan mengadakan kelas Scuba Diving di pusat Akuatik di Shah Alam. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sebagai program pengenalan kepada scuba diving di bawah pengawasan profesional dan sesi pembelajaran yang sangat bersantai.

Di bawah pengawasan
profesional, penyelam baru akan mempelajari konsep asas keselematan, pemakaian dan pemasangan kelengkapan, dan menyelam dalam pengawasan yang tinggi.



Tarikh : 28 April 2012
Lokasi : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam
Masa : 1st session - 10.30am, 2nd session - 2.30pm


Jadual Program (anggaran 3 jam, maksimum 8 peserta dalam satu sesi) :
- Registration & Briefing
- Equipment Introduction
- Intro to SCUBA diving


Kedalaman kolam renang ialah maksimum 5m.
Kelengkapan menyelam disediakan.

Yuran RM150 SAHAJA termasuk Instructor Fees, kelengkapan menyelam dan group photo.
Deposit RM50 (un-refundable) diperlukan untuk mengesahkan penyertaan anda.
Penyertaan TERHAD kepada 16 orang sahaja!

Syarat-syarat penyertaan :
* umur 10 tahun dan ke atas
* kebolehan berenang tidak wajib


SAHKAN PENYERTAAN ANDA DENGAN BUTIRAN DI BAWAH :Link

1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. Email
4. Deposit RM50 (*Deposit tidak akan dipulangkan)


Jika berminat, sila emailkan ke ktaj0311@gmail.com untuk pendaftaran.
Tarikh tutup pendaftaran ialah 15 April 2012.

Thursday, April 5, 2012

Update Anak-anak Kucing dari Jalan Gurney, KL.

Kisah HEROIN, anak kucing yang ditemui lumpuh separuh badan di kedai makan disiarkan di Facebook SCRATCH oleh kak Sharizah Wahida pada 17 Mac 2012 lepas.

Kak Sharizah turut menyiarkan gambar seekor lagi anak kucing yang sakit mata teruk dan selsema. Kemungkinan adik beradik Heroin.



Sehari berikutnya, iaitu pada 18 Mac 2012, beberapa orang Scratcher telah ke kawasan berkenaan. Di sana mereka menemui 3 ekor anak kucing yang sakit mata teruk dan selsema.



2 anak kucing di atas berkemungkinan adik beradik Heroin.



Ini pula anak kucing yang kecil dan muda sedikit dari yang lain-lain.


Heroin yang sakit mata, cirit birit dan lumpuh separuh badan.



Tak dapat mengawal pergerakan kaki dan terpaksa dipakaikan lampin kerana cirit birit yang agak teruk.

Heroin bersama 3 ekor anak kucing ini dibawa ke Gasing Vet Hospital untuk rawatan.

Menurut Doktor, Heroin kemungkinan telah dilanggar kereta. Kecederaan di tulang pinggulnya adalah kecederaan lama dan dalam proses pemulihan. Doktor memberikan ubat untuk merawat sakit mata keempat-empat kucing ini dan ubat cirit-birit untuk Heroin.




Memandangkan kak Sharizah hanya mampu menjaga Heroin dan anak kucing kecil yang di bawa bersama untuk rawatan, kami telah shout out di Facebook untuk mencari urgent adopter bagi 2 ekor anak kucing yang lain.

Kami telah dipertemukan dengan saudari Suriana Sukeri pada malam yang sama. Anak-anak kucing ini di bawa ke Kuantan oleh Suriana pada malam yang sama juga.



2 anak kucing yang di adopt oleh Suriana.

Pada 1 April lepas, kami menerima gambar terbaru anak-anak kucing ini dari Suriana.

Jangkitan pada mata dan selsema sudah pulih sepenuhnya. Pada awalnya kedua-duanya mengalami masalah kecacingan yang teruk. Setiap kali membuang najis, pasti beserta dengan cacing. Kucing-kucing ini telah di nyahcacing dan minggu ini akan divaksinkan oleh Suriana.





Kedua-dua anak kucing ini juga dah berjalan jauh mengikuti tuan baru bertugas. Dari Jalan Gurney ke Batu Caves, Kuantan, dan kini akan mengikuti tuan baru ke Machang, Kelantan.

Bil perubatan kucing-kucing ini di Gasing Vet Hospital dibiayai oleh sumbangan orang ramai ke Dana Scratch.

Bil nyahcacing dan vaksinasi anak-anak kucing yang telah di adopt oleh Suriana dibiayai sendiri oleh Suriana. Tapi kami berharap SCRATCH dapat membiayai bil pemandulan kedua-duanya apabila mencecah usia matang nanti. Terima kasih, saudari Suriana. Sudah rezeki kedua-dua anak kucing di kedai makan ini menerima tuan baru yang menjaga mereka dengan penuh tanggungjawab. Alhamdulillah :)

Sunday, April 1, 2012

Update Kes Sporo #1 : Fitri (Myza Nordin)

FITRI merupakan kes Sporo pertama yang dirawat menggunakan subsidi daripada Dana Perubatan SCRATCH. Selain SCRATCH, bil perubatan Fitri dibiayai bersama oleh beberapa funder lain termasuk My Animal Care.

Fitri ditemui oleh kak Myza Nordin pada bulan September 2011. Setelah beberapa bulan dirawat menggunakan anti-fungal lain dan Itraconazole di Klinik Wawasan Puchong, Fitri kini sembuh sepenuhnya. 

Gambar-gambar perkembangan kesihatan Fitri dari Sep 2011 hingga Jan 2012 boleh dilihat di sini.

Ini gambar Fitri yang diambil pada 3 Mac 2012. 


 Luka yang semakin mengering


Kos rawatan Fitri ialah RM750 sebulan. Memandangkan had subsidi bagi funders yang terlibat hanyalah RM500 per funder untuk satu-satu kes, dan kami tidak lagi dapat memberikan subdisi untuk Fitri, maka Fitri di rawat sendiri di rumah rescuer.


 

Ini gambar Fitri pada 25 Mac 2012.


 

Fitri kini tinggal bersama beberapa haiwan lain di rumah rescuer.


Rawatan Sporo merupakan cabaran kepada pemilik kucing atau rescuer kucing yang mengidap Sporo. Kos perubatan untuk Sporo agak tinggi memandangkan tidak ramai pemilik/rescuer sanggup merawat sendiri di rumah. Kos yang tinggi perlu dikeluarkan untuk membiayai 'boarding fee' di Klinik Haiwan dan pemulihannya mengambil masa berbulan-bulan. 

Dengan penjagaan yang betul, Sporo sebenarnya boleh dikuarantin dan boleh dirawat sendiri di rumah. Kos ubat-ubatan untuk rawatan sporo hanyalah RM120-200 sebulan.

Namun, berapa ramai antara kita yang sanggup berhabis wang untuk kucing peliharaan sendiri, apatah lagi untuk kucing jalanan? Kebanyakan pemilik haiwan mengambil jalan mudah untuk PTS kucing mereka dengan alasan kewangan dan bimbang Sporo menjangkiti keluarga dan kucing2 mereka yang lain.

Apa-apapun, kami di sini sangat kagum dengan rescuers yang mendedikasikan hidup dan wang ringgit mereka untuk haiwan-haiwan jalanan di luar sana.