Tuesday, November 1, 2011

Update On Owen

Hari ni dah 3 hari Owen tak nak makan.

Rina dan Fad bergegas membawanya ke Klinik Wawasan untuk penilaian tahap kesihatan untuk mendapatkan rawatan RetroMAD1.

Berita sedih, keadaan Owen terlalu lemah untuk membolehkannya memulakan rawatan RetroMAD1. Liver Owen dah rosak. Rawatan RetroMAD1 hanya akan memburukkan lagi keadaan Owen. Kami buntu.




Owen sedang di bawa pulang ke Honey Vet Clinic untuk fluid therapy. Selebihnya, kami hanya mampu berserah pada Tuhan agar mempermudahkan urusan kami dan menghentikan penderitaan Owen jika sudah itu yang ditakdirkan untuk kami setelah setahun mencuba menyelamatkan Owen.

Dr Joe dari HVC mencadangkan lagi satu ujian darah untuk mengukur kerosakan dalam Owen. Tapi...................

Terdetik di hati ini, adakah saya terlambat membuat keputusan untuk Owen? Kalau saya bertindak awal merujuk Owen ke HVC, adakah keputusan ujian penilaian untuk rawatan RetroMAD1 tu berbeza hari ni? Sekiranya saya cepat menghubungi Dr Tan untuk rawatan RetroMAD1 tu, adakah mungkin hari ini keadaan Owen berbeza?

Kami ingin membawa Owen pulang kerumah. Tapi rumah siapa? Sebagai pembawa FeLV, sukar bg kami membuat keputusan. Untuk membiarkan Owen terus di HVC, juga bukan pilihan yang kami sanggup lakukan saat ini...

Ya Allah,
Kau permudahkan urusan kami...

Ya Allah,
Kau hapuskan penderitaan Owen...

Ya Allah,
Kami bukan mengalah... cuma kami buntu.. bukakanlah jalan untuk kami, Ya Allah..

Ya Allah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

4 comments:

  1. saya tau owen kuat...KTAJ kene kuat juga..jgn bg owen nmpk korunk sedey...nanti die pon sedey....
    sy harap owen akan sembuh.....

    InsyaALLAH...owen kuat..n mampu utk lawan....

    ReplyDelete
  2. Sedih keadaan Owen tambah membimbangkan... Rasanya tak ada masalah untuk sesiapa menjaga Owen sekiranya Owen dikurung agar tiada kontak dengan kucing2 lain... Chiku kak e ada FeLV tapi dia bebas walaupun dinasihatkan agar dia dikurung... dan Chiku sempat menerima antiviral daripada Dr. Tan... Semoga ada yang akan menjaga Owen, kak e susah sikit sebab hujung minggu akan balik JB, minggu depan pun sama juga... kalau tak, boleh saja bantu untuk menjaganya...

    ReplyDelete
  3. speechless...so heartbreaking. KTAJ..jgn berputus asa...tell owen how much we care about him...

    ReplyDelete