Thursday, October 13, 2011

KEI Si Ibu Kucing Buta Sebelah dan Hernia

Ingat lagi BEEB, kucing yang kaki belakangnya hancur dilenyek kereta dan berjaya diselamatkan oleh Zetty di JB pada 18 September lepas? Beeb bengkak puting susu. Zetty bimbang kalau² Beeb masih ada anak² untuk disusukan.

Sehari selepas menghantar Beeb ke Global Pets Medical Center JB, Zetty pergi semula kawasan dia menjumpai Beeb dengan harapan menemui anak² sekiranya ada.

Pada 19 Sept 2011, selepas saya pulang dari kerja jam 6.30 petang, Zetty meninjau² kawasan dia menemui Beeb. Entah macam mana, Zetty terpandang seekor kucing yang sedang sarat membunting, menyandarkan diri di tepi tangga pejabat pos Bandar Baru Uda. Zetty mengusap belakang badan kucing tersebut kemudian berlalu pergi kerana tidak menyangka apa-apa yang berlaku pada kucing tersebut.

Setelah yakin anak-anak Beeb tidak ada di situ, Zetty berpatah balik dan sangat terkejut mendapati kucing tadi rupanya sedang sangat lemah. Dengan bersusah payah si ibu kucing cuba berdiri, menampakkan perut labuhnya menyentuh lantai, kemudian rebah semula. Zetty terus memeriksa si ibu kucing, mendapati darah meleleh keluar dari dubur dan kakinya terketar-ketar. Allah sahaja yang tahu perasaan Zetty ketika itu.




Tak jauh dari lokasi Zetty menemui kucing tersebut, Zetty menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kuat di dalam kotak sampah. Di sisinya anak kucing tersebut ada seekor lagi anak kucing yang. Di buang orang barangkali?




Zetty ambil kesemua kucing² tersebut dan bergegas ke Global Pets Medical Center, Nusa Bestari di JB. Anak kucing yang sudah mati diserahkan kepada seorang kawan yang tinggal berhampiran untuk ditanam.





Di klinik, vet melakukan rawatan kecemasa, dan mendapati si ibu kucing kemungkinan telah dilanggar anak kemungkinan juga kandungannya mati. Pembedahan caesarian dilakukan segera untuk mengeluarkan anak-anak kucing di dalam perut si ibu kucing yg malang.




Si kecil yang gagal diselamatkan


Ada dua ekor anak kucing yang berjaya dikeluarkan, hanya seekor saja yang dapat diselamatkan. Ketika pembedahan caesarian dijalankan, doktor mendapati si ibu kucing mengalami masalah hernia; iaitu dimana sebahagian organ dalamannya beralih ke sebelah kiri. Mungkin daripada impak pelanggaran. Hernia repair dilakukan pada masa yang sama.






Zetty menamakan si ibu kucing sebagai KEI. Dalam bahasa Jepun bermakna 'bernasib baik'. Si anak yang terselamat dalam kandungan di namakan Keici sementara yang gagal di selamatkan sebagai Keiko.

Anak kucing yang saya jumpa di dalam kotak sampah, Zetty nama sebagai Serena.


Serena


Malangnya, Serena tak dapat bertahan lebih dari seminggu lepas diselamatkan. Serena pergi dalam pangkuan Zetty. Umur Serena lebih kurang 12 hari. Kemungkinan Serena kurang mendapat antibodi yang sepatutnya dari ibu. Walaupun Serena sempat menumpang menyusu dengan Kei, tetapi masih tidak cukup untuk menyelamatkan Serena.




Kos rawatan Kei, RM906.70. Rawatannya telah dibiayai menggunakan sumbangan orang ramai ke KTAJ Medical Fund.

(salinan resit)

Seminggu selepas di bedah, Kei dibawa semua ke vet kerana luka jahitannya mengalami jangkitan yang mungkin terjadi akibat Kei kerap menjilat bahagian luka tersebut.

Ketika dibawa ke vet, doktor juga mendapati jahitan pada bahagian dalam abdomen (untuk membaiki hernia) terbuka. Sebahagian pundi kencing dan usus Kei terkeluar. Doktor terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dan kemudian Kei ditahan selama 5 hari di klinik.

Kos pembedahan kedua ialah RM590 dan biayai dahulu oleh Zetty.

(salinan resit)

Sepanjang ketiadaan Kei, si kecil Keici di susukan menggunakan botol supaya tidak mengganggu proses pemulihan si ibu.

Setelah 5 hari, Kei dibawa pulang dan disatukan semula dengan Keici. Kei terpaksa di pakaikan bengkung untuk mengurangkan pergerakan, dan sebagai langkah berjaga-jaga tidak boleh menjilat bahagian luka jahitan dan supaya tidak dicederakan oleh kuku si Keici ketika menyusu.







Kini, setelah 2 minggu menjalani pembedahan kedua, Kei kini pulih dengan cepat. Mungkin hasil doa semua serta kesabaran Zetty dan fosternya menjaga dan menjamu sup haruan rebus dalam proses 'berpantang'. InsyAllah tidak lama lagi Kei dan Keici akan dibawa ke Putrajaya untuk berjumpa tuan baru mereka. Kami dan Zetty berharap Kei dan Keici dapat dijaga dengan baik.







Mesej dari Zetty,

" Kepada yang telah banyak membantu saya seperti admin KTAJ, KTAJ VoRT members, fosterer (Nurul Kadariah), semua penderma, dan adopter baru Kei & Keici, terima kasih yang tidak terhingga. Semoga anda semua di limpahkan kurnia dan rezeki yang banyak. Amin. "


Mata Kei buta sebelah. Tak tau dah berapa lama Kei berkeadaan begitu. Takde apa yang dapat dilakukan oleh vet, tapi Kei cepat menyesuaikan diri dengan keadannya.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kucing² yang diselamatkan oleh para rescuers. Terima kasih kepada saudari Zetty yang telah bersusah payah. Kami tahu bukan senang menyelamatkan haiwan dalam keadaan yang terbatas dan beberapa masalah yang menghalangi niat murni untuk menyelamat.

Untuk saudari Zetty, Allah temukan kamu dgn kucing² ini sebagai penyelamat mereka. Dan kamu dah jalankan amanah itu dengan sempurna. Alhamdulillah.. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan sentiasa mempermudahkan urusan kamu....


Si kecil Keici

12 comments:

  1. Comelnya Keici - si tuksedo cat :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, moga kei boleh hidup dengan aktif selepas ini. Tahniah zetty.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an Allah luaskan rezeki Zetty dan semua yg terlibat, aminnn....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..hepi dengar perkhabaran baik ini.

    ReplyDelete
  5. God bless you dear Zetty, you have the kindest and most passionate heart. And also to those that makes it possible to save the cats.

    ReplyDelete
  6. terharu sgt baca kisah ni..

    kagum dgn semangat Zetty yg bersusah payah dan bersungguh-sungguh membantu mereka, pasti besar ganjarannya utk kamu Zetty :)

    juga kepada mereka yg bermurah hati menghulurkan derma utk menyelamatkan si comel-comel ini

    ReplyDelete
  7. terharunye...nak tanya..sy duk jb gak..leh tak sy dapatkan contact kak zetty...??

    ReplyDelete
  8. zetty, hanya Allah yang dapat membalas segala perbuatan baik yang dilakukan...hati hiba tgk Kei...semoga Kei dan Keici sihat kemabali sepenuhnya

    ReplyDelete
  9. moga Kei dan anaknya sentiasa sihat slalu..

    ReplyDelete
  10. salam..trharu dgn usaha zetty..smuga ALLAH pmudahkn sgala urusan utk mnyelamatkn kucing2 dn anjing2 trbiar ini....

    ReplyDelete
  11. terharunya..InsyaAllah..org yang berbuat kpd binatang..tambahan pula pada kucing..binatang kesayangan Rasulullah..mudah2an murah rezeki anda..Amin..

    ReplyDelete