Monday, October 31, 2011

Update on Owen

Sekali lagi, keadaan kesihatan Owen, kucing jalanan yang diselamatkan oleh Rescuer kami, Cik Shah mengalami penyusutan. Owen dah mula kurang makan, mata berair dan lukanya kembali merebak. Keadaannya mula merisaukan kami semua. Sudah hampir setahun keadaannya begitu. Dan pelbagai jenis ubatan, baik secara tradisinal oleh Papa Meow, dan ubatan moden di HVC telah di cuba. Sup haruan rebus, antibiotik, ubat cuci luka, Mebo, gamat, segalanya telah dicuba, namun hasilnya mengecewakan.



Sebagai jalan terakhir, kami mengambil keputusan mencuba RetroMAD1 seperti yg dicadangkan oleh senior² animal welfare community seperti kak Myza Nordin, volunteer bebas MDDB dan Furry Friend Farm dan Dr Chan daripada MyAnimalCare. Kami menghubungi Dr Tan dari Klinik Haiwan & Surgeri Wawasan, Puchong, dan temujanji dibuat pada pukul 3 petang esok, 1 Nov 2011.

Owen akan di bawa keluar dari HVC dan di bawa ke klinik Dr Tan oleh Team Coordinator 2 kami, Cik Rina Zahid dan bodyguard beliau Enchek Fad.

InsyAllah, Callie, kucing calico betina milik Petknode yang FIV+ turut menjalani rawatan yang sama di bawah pengawasan Fosterer kami, Cik Mas.

Semoga kesemua kucing dalam rawatan kami cepat sembuh dan rawatan berjalan seperti yang kami jangkakan. Sama² kita doakan yang terbaik untuk semua haiwan jalanan yang kita selamatkan... Amin...

Monday, October 24, 2011

Update on Owen

Proses penyembuhan Owen TERSANGAT lah perlahan.

Salah satu sebab kenapa Owen sukar dirawat ialah sifatnya yang sangat garang, terutama kepada lelaki. Mungkin akibat daripada trauma yang pernah dilalui sebelum ini.

Ini antara gambar pertama Owen hampir setahun yang lalu.




Ini gambar setelah di rawat sendiri di rumah oleh Papa Meow



Ini gambar ketika rescuer (cik Shah) membawa Owen ke HVC pada 6 Oct lepas.


Owen yang dipengsankan. Kalo tak, alamat kena cakarlah sampai lumat!


Vet memulakan proses mencuci luka


Besar kan luka Owen?


Setelah dibersihkan dan disapu ubat


Ujian FIV + FeLV Owen.

Kami pun tak berapa fasih membaca tester kit ni. Tapi menurut panel vet kami :

" Pls compare to the 1 on the left. So, we can see 3 dots, upper, left n right kan? Upper tu juz positif ctrl. Yg left dot means positive for FIV/ Feline AIDS. Yg left dot means positive for FeLV/ Feline Leukemia. If the bottom dot apperas, means the cat positive for feline heartworm, which Owen's case is negative (Alhamdulillah).."

Dan ini pula ujian darah Owen yang di ambil beberapa minggu yg lalu :



Dr Joe dari Honey Vet Clinic ada explain serba sikit pasal ujian darah Owen. Nampak tak perkataan 'Mircofilaria' kat bawah tu? Cuba korang google.

Dalam darah Owen mengandungi larva atau telur heartworm!

Heartworm biasanya menjangkiti anjing melalui gigitan nyamuk. Tapi ujian darah ini membuktikan yang heartworm jugak bole menjangkiti kucing yang anda biarkan merayau-rayau di luar sana dengan hanya satu gigitan nyamuk!!

Rawatan suntikan anti-parasit (ivermectin) di berikan kepada Owen untuk membunuh telur² cacing ini. Nasib baik baru telur. Kalau cacing dewasa???

Berikut adalah rajah kitaran hidup heartworm :


Heartworm yang menghuni jantung haiwan:





Ngeri bukan? Pastikan anda menjaga kebersihan dan kesihatan kucing/anjing kesayangan anda bermula hari ini!

Ini pula gambar terbaru yang kami terima setelah beberapa minggu Owen dirawat di HVC dan diberi makan ikan haruan rebus bg mempercepatkan pengeringan luka. Nampak mengecik, kan?



Rawatan Owen akan diteruskan sehingga lukanya benar² sembuh. Kami ingin mencari seorang adopter yang serius untuk menjaga Owen dan menanam kepercayaan Owen terhadap manusia. Sekiranya anda berminat, sila emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Ciri² adopter yang kami cari :
- wanita
- penyabar
- tidak ada membela kucing lain, tapi berpengalaman membela kucing sebelum ini.

Sekiranya anda individu yang kami cari, sila hubungi kami.

Update On Travie the Wonder Boi

Maafkan kakak² KTAJ ni Travie, sbb tak sempat² nak update pasal Travie. Sampai naik basi dah cerita Travie :P

TRAVIE The Wonder Boi
. Kenapa The Wonder Boi? Sebab Travie yang ditemui terbaring terlantar berhari-hari, tidak boleh membuang dengan sendiri, tiba² boleh berlari! Tak percaya? Nah, tengok video yang diambil oleh vet yang merawat Travie.


Ajaib kan? Kuasa Tuhan. Tuhan yang menyembuhkan Travie setelah mendengar doa semua papa² dan mama² meow yang telah mendoakan Travie :) Alhamdulillah.....!


Bersama rescuer (Zeezam, berbaju hitam) dan adopter, Papa Fad :D

Playful

Eating machine

Handsome

And cool ;)


Bil perubatan Travie telah dibiayai RM200 oleh adopter, Rina & Enchek Fad, dan selebihnya menggunakan derma yang kami terima.




Terima kasih semua yang terlibat membantu Travie. Alhamdulillah.

Thursday, October 13, 2011

Kucing Buasir (Rectal Prolapse)


Kak SS jumpa anak kucing ini di kedai makan. Kerana kesiankan keadaanya, Kak SS bawa pulang. Tapi at the moment kak SS sangat sibuk dengan tuntukan kerja. Pergi awal pagi dan pulang lewat petang. Harap dapat bawak anak kucing ini segera ke vet. Sama² doakan untuk anak kucing ini.

Ini adalah kes kedua buasir yang pernah kami terima. Kes pertama ialah kes Agnes di penang.

KEI Si Ibu Kucing Buta Sebelah dan Hernia

Ingat lagi BEEB, kucing yang kaki belakangnya hancur dilenyek kereta dan berjaya diselamatkan oleh Zetty di JB pada 18 September lepas? Beeb bengkak puting susu. Zetty bimbang kalau² Beeb masih ada anak² untuk disusukan.

Sehari selepas menghantar Beeb ke Global Pets Medical Center JB, Zetty pergi semula kawasan dia menjumpai Beeb dengan harapan menemui anak² sekiranya ada.

Pada 19 Sept 2011, selepas saya pulang dari kerja jam 6.30 petang, Zetty meninjau² kawasan dia menemui Beeb. Entah macam mana, Zetty terpandang seekor kucing yang sedang sarat membunting, menyandarkan diri di tepi tangga pejabat pos Bandar Baru Uda. Zetty mengusap belakang badan kucing tersebut kemudian berlalu pergi kerana tidak menyangka apa-apa yang berlaku pada kucing tersebut.

Setelah yakin anak-anak Beeb tidak ada di situ, Zetty berpatah balik dan sangat terkejut mendapati kucing tadi rupanya sedang sangat lemah. Dengan bersusah payah si ibu kucing cuba berdiri, menampakkan perut labuhnya menyentuh lantai, kemudian rebah semula. Zetty terus memeriksa si ibu kucing, mendapati darah meleleh keluar dari dubur dan kakinya terketar-ketar. Allah sahaja yang tahu perasaan Zetty ketika itu.




Tak jauh dari lokasi Zetty menemui kucing tersebut, Zetty menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kuat di dalam kotak sampah. Di sisinya anak kucing tersebut ada seekor lagi anak kucing yang. Di buang orang barangkali?




Zetty ambil kesemua kucing² tersebut dan bergegas ke Global Pets Medical Center, Nusa Bestari di JB. Anak kucing yang sudah mati diserahkan kepada seorang kawan yang tinggal berhampiran untuk ditanam.





Di klinik, vet melakukan rawatan kecemasa, dan mendapati si ibu kucing kemungkinan telah dilanggar anak kemungkinan juga kandungannya mati. Pembedahan caesarian dilakukan segera untuk mengeluarkan anak-anak kucing di dalam perut si ibu kucing yg malang.




Si kecil yang gagal diselamatkan


Ada dua ekor anak kucing yang berjaya dikeluarkan, hanya seekor saja yang dapat diselamatkan. Ketika pembedahan caesarian dijalankan, doktor mendapati si ibu kucing mengalami masalah hernia; iaitu dimana sebahagian organ dalamannya beralih ke sebelah kiri. Mungkin daripada impak pelanggaran. Hernia repair dilakukan pada masa yang sama.






Zetty menamakan si ibu kucing sebagai KEI. Dalam bahasa Jepun bermakna 'bernasib baik'. Si anak yang terselamat dalam kandungan di namakan Keici sementara yang gagal di selamatkan sebagai Keiko.

Anak kucing yang saya jumpa di dalam kotak sampah, Zetty nama sebagai Serena.


Serena


Malangnya, Serena tak dapat bertahan lebih dari seminggu lepas diselamatkan. Serena pergi dalam pangkuan Zetty. Umur Serena lebih kurang 12 hari. Kemungkinan Serena kurang mendapat antibodi yang sepatutnya dari ibu. Walaupun Serena sempat menumpang menyusu dengan Kei, tetapi masih tidak cukup untuk menyelamatkan Serena.




Kos rawatan Kei, RM906.70. Rawatannya telah dibiayai menggunakan sumbangan orang ramai ke KTAJ Medical Fund.

(salinan resit)

Seminggu selepas di bedah, Kei dibawa semua ke vet kerana luka jahitannya mengalami jangkitan yang mungkin terjadi akibat Kei kerap menjilat bahagian luka tersebut.

Ketika dibawa ke vet, doktor juga mendapati jahitan pada bahagian dalam abdomen (untuk membaiki hernia) terbuka. Sebahagian pundi kencing dan usus Kei terkeluar. Doktor terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dan kemudian Kei ditahan selama 5 hari di klinik.

Kos pembedahan kedua ialah RM590 dan biayai dahulu oleh Zetty.

(salinan resit)

Sepanjang ketiadaan Kei, si kecil Keici di susukan menggunakan botol supaya tidak mengganggu proses pemulihan si ibu.

Setelah 5 hari, Kei dibawa pulang dan disatukan semula dengan Keici. Kei terpaksa di pakaikan bengkung untuk mengurangkan pergerakan, dan sebagai langkah berjaga-jaga tidak boleh menjilat bahagian luka jahitan dan supaya tidak dicederakan oleh kuku si Keici ketika menyusu.







Kini, setelah 2 minggu menjalani pembedahan kedua, Kei kini pulih dengan cepat. Mungkin hasil doa semua serta kesabaran Zetty dan fosternya menjaga dan menjamu sup haruan rebus dalam proses 'berpantang'. InsyAllah tidak lama lagi Kei dan Keici akan dibawa ke Putrajaya untuk berjumpa tuan baru mereka. Kami dan Zetty berharap Kei dan Keici dapat dijaga dengan baik.







Mesej dari Zetty,

" Kepada yang telah banyak membantu saya seperti admin KTAJ, KTAJ VoRT members, fosterer (Nurul Kadariah), semua penderma, dan adopter baru Kei & Keici, terima kasih yang tidak terhingga. Semoga anda semua di limpahkan kurnia dan rezeki yang banyak. Amin. "


Mata Kei buta sebelah. Tak tau dah berapa lama Kei berkeadaan begitu. Takde apa yang dapat dilakukan oleh vet, tapi Kei cepat menyesuaikan diri dengan keadannya.

Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk kucing² yang diselamatkan oleh para rescuers. Terima kasih kepada saudari Zetty yang telah bersusah payah. Kami tahu bukan senang menyelamatkan haiwan dalam keadaan yang terbatas dan beberapa masalah yang menghalangi niat murni untuk menyelamat.

Untuk saudari Zetty, Allah temukan kamu dgn kucing² ini sebagai penyelamat mereka. Dan kamu dah jalankan amanah itu dengan sempurna. Alhamdulillah.. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan sentiasa mempermudahkan urusan kamu....


Si kecil Keici

Monday, October 10, 2011

Pelancaran Barangan KTAJ

Pada 8 & 9 Okt 2011, KTAJ telah mengadakan FUND RAISING JUMBLE SALE yang pertama di Rumah Api @ Noisy Garage, Ampang Village. Tujuan Jumble Sale ini diadakan adalah untuk menambah dana KTAJ untuk program subsidi pemandulan haiwan yang akan kami adakan tidak lama lagi bagi menggantikan SNIP PROGRAM.

KTAJ tidak lagi terlibat dengan SNIP PROGRAM yang di anjurkan oleh SPCA-DBKL bagi memberi peluang penyelamat² perseorangan (individual rescuers) menggunakan kemudahan yang disediakan oleh SPCA dan DBKL tersebut.



Flyers yang sepatutnya di edarkan oleh volunteers di LRT Ampang, tapi volunteers (bukan KTAJ core members yang konon beriya² nak bantu, semua tak datang. Frust tau~


Pandangan luar premis

Pengunjung yang datang

Barang² jualan yang didermakan oleh orang ramai


Gadis² manis KTAJ


Antara barangan yang dijual












Macam² ada. Rugi tak datang!


Permandangan dalam premis




Ruang dalam yang kosong. 9 peniaga yang sepatutnya join venture, tak datang last minute. Sigh, kami patut amek wang booking untuk mengelakkan kejadian macam ni terjadi.

Takpe, jadikan pengajaran untuk event akan datang!


Selain daripada membuat jualan amal beramai-ramai, kami turut menggunakan kesempatan ini untuk melancarkan jualan barangan KTAJ seperti tshirt, pelekat cermin kereta dan button badges.


Model² comel lote menggayakan tshirt KTAJ dengan girang :)


Model pertama, Uncle Jerry yang merasmikan tshirt KTAJ sebelum sempat kami launch jualan lagi. Kami ada model mat saleh. Kau ado? <--- ayat bakar.. hehe..


Pelekat cermin kereta


Button badges


Pada hari yang sama, PETSTER turut menjemput kami menjayakan Cutie Pet Fun Fair 2011 di New Wing Central Park, One Utama.

Remaja riang ria


Booth di Cutie Pet Fun Fair


Orang² kuat di booth


Antara barangan yang terdapat di booth, hasil kraf dan banyak lagi..


Hasil jualan tidak seperti yang diharapkan kerana cuaca yang tidak begitu baik, padang yang becak dan kekurangan kakitangan. Tapi ia merupakan pengalaman pertama untuk KTAJ dan semua volunteers yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada geng² core member KTAJ yang turun padang, memerah tenaga dan meluangkan masa untuk program ni. We love u,
Mami, chika, zeezam, diyana, sri, aisah, mawar, mira & son, liza, tedi, keen, pak ngah, farah, atie, our 1st model, Uncle Jerry dan semua yang terlibat secara rasmi atau tidak!

Pada masa akan datang, banyak yang perlu diperbaiki. Terutama sekali dalam pembahagian tugas dan perancangan. Harap lebih ramai volunteers yang bersungguh² datang membantu kami.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membeli barangan jualan kami. Alhamdulillah..