Monday, July 4, 2011

Menangguk Di Air Keruh?

Topik ini sangat sensitif untuk kami ketengahkan, kerana ianya melibatkan reputasi dan nama baik pihak lain. Namun kami terpaksa kongsikan, untuk pengajaran dan teladan bersama. Jadikan ini iktibar dan peringatan untuk semua pemilik anjing/anjing yang lain.

Beberapa minggu lalu, kami dihubungi oleh seorang pemilik kucing, Cik H. Keluarga Cik H telah memanggil satu Foster Home (FH) untuk datang ke rumah mengambil kucing Cik H. FH ini sangat aktif dengan aktiviti fostering dan adoption drive. Kucing Cik H telah diserahkan pada bersama 'handling fee' (bayaran yang perlu diserahkan oleh pemilik kepada foster home tersebut) seperti yang telah ditetapkan oleh FH pada lewat malam sabtu.

Cik H pulang ke rumah mendapati kucingnya dah takde. Oleh sbb dah lewat malam, esok paginya Cik H segera menelefon FH untuk bertanyakan tentang kucing beliau. Cik H mahu mengambil semula kucingnya dan menghalalkan bayaran yang telah dibuat oleh familynya. Tapi beliau sangat terkejut bila diberitahu kucing itu sudah di adopt.

Kenapa Cik H terkejut?

1) Sebab keluarganya serahkan kucing tu lewat malam sabtu. Kalo ikut jadual adoption drive FH, malam tersebut takde adoption drive. So bila macam kucing tu di adopt.

2) Takde butiran siapa yang adopt kucing tersebut. Pada pendapat kami, sebagai FH berdaftar (err.. berdaftar ke?) mereka sepatutnya ada rekod setiap sesi penyerahan dan pengambilan kucing² yg ditempatkan di sana.

3) FH tersebut khabarnya mempunyai hampir beratus ekor kucing dalam jagaan mereka. Kitten² yg comel pun berlambak. Mana mungkin kucing dewasa berbaka kucing kampung biasa bole dapat adopter dalam tempoh 12 jam diserahkan sedangkan anak² kucing yang comel² masih tak dapat adopter.


Timbul juga keraguan di hati kami...

Mungkinkah FH datang mengambil kucing tersebut, mengambil bayaran tanpa mengeluarkan resit/agreement, berlalu pergi... kemudian berhenti di mana² pasar/kedai makan/tepi jalan, meninggalkan kucing tersebut.. lepas tu pergi berpoya-poya makan mekdi bersama boifren dengan wang yg diperolehi tadi? Mungkinkah???

Atau kucing tersebut benar² dah dapat adopter tengah² malam tersebut dalam perjalanan ke foster home mereka? ('Dalam perjalanan' sbb malam tu takde adoption drive). Ada kebarangkalian begitu kah?

Atau apakah???


Siapa yang harus dipersalahkan?

Kami akan salahkan pihak pertama, iaitu keluarga Cik H. Sebabnya :
1) Menyerahkan kucing tanpa persetujuan Cik H
2) Membuat bayaran tanpa ambil resit/agreement. Lagi² kepada Foster Home yang tatau la kewujudannya legal atau tidak.

Kami jugak akan menyalahkan Cik H. Sebabnya, kamu bukan budak kecik. Mana mungkin family kamu bole buat sesuka hati tanpa berbincang dengan kamu? Lebih² lagi yang menyerahkan kucing itu ialah adik kamu. Kalo saya, jangan kata kucing, bilik saya pun takde adik² yang berani jejak kaki. Kucing jantan akan bergaduh sbb mereka tidak di neuterkan. Itu perkara biasa. Hormonal behavior.

Kisah ini sekadar pengajaran untuk semua, bukan nak buka pekung mana² pihak lain. Dalam kes di atas, kami tak tuduh sape², tak salahkan sape².. sekadar ajak kamu semua berfikir bersama. Kami tak salahkan FH tersebut 100%. Tapi kami akui modus operandi mereka bertentangan dengan etika kami sebagai pencinta haiwan. Tapi, kewujudan FH sebegitu adalah di atas permintaan individu yang mau buang kucing² mereka.

Pada saya, FH cerdik sebab menggunakan peluang itu untuk menangguk di air keruh. Sebagai pemilik kucing, jangan jadi bodoh. Jangan jadi air keruh yg membenarkan orang lain menangguk kamu sewenang-wenangnya.

Yang jadik mangsa, kucing tersebut. Entah apa lah nasibnya saat ini :(

Fikir² kan...


5 comments:

  1. haihhh.. FH ni memang selalu buat taik..
    boleh report ke ape ke eh?
    macam makin menjadi2 plak

    ReplyDelete
  2. As long as ada duit involved, saya sentiasa ragu-ragu... Sorry lah kalau keraguan saya tak bertempat. This is honestly what I feel. Sebabnya? Sebab ramai yang buat kerja ala FH ni tanpa melibatkan wang ringgit.

    ReplyDelete
  3. ya Allah...apa lah nasib si comel-comel tu semua yer :(

    ReplyDelete
  4. semoga si comel2 tu nasib mereka terbela..kesiannyer..aih xleh nak bygkan mcmana keadaan mereka kalau btl lah di tglkan di tepi jalan..
    :(

    ReplyDelete
  5. aku kesian kt kucing tu. mebi dah ditinggalkan di mana-mana. siannya jadi stray.....:(((

    ReplyDelete