Bagi anda ini sangat 'macho' kononnya. Tapi bagi kami, ini amat menjijikkan.
Anda mendakwa anda seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Lulusan dari salah sebuah Maktab Perguruan di Bandaraya Kuala Lumpur. Tahniah. Anda seorang pendidik. Pendidik anak pelbagai bangsa. Mendidik anak-anak dari bangsa sendiri juga. ALhamdulillah. Anda seorang yang terpelajar. Mempunyai pengetahuan dan pastinya dapat membezakan yang mana boleh dan tidak.
Namun alangkah malangnya kerana sifat keprihatinan dan keperimanusian anda hanya di paras buku lali. Malang bukan? Anda sudah punya profesion yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi salah seorang kakitangan kerajaan yang di idam-idamkan oleh orang lain.
Tapi mengapa ini terjadi? Mengapa otak anda begitu dangkal untuk memberi peluang orang lain mengehentam anda? Mengapa?
Mengambil kucing jiran tanpa izin. Agak simpati ianya adalah anak kucing yang baru menyusu. Di tangkap, di bungkus kemudian di campak di tepi jalan dan di semak. Nyaris juga seekor lagi di campak ke dalam sungai? Gilakah anda Azri? Tidak waras?
Isu ini sangat sensitif untuk saya. Saya tidak mewakili mana-mana pihak. Ini adalah blog saya dan apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya rasa dengan tindakan bodoh anda itu. Lebih dungu lagi ianya menjadi bahan jenaka anda bersama anak-anak murid anda! Mengapa? Mengapa perlu menyesatkan pemkiran anak-anak tersebut dengan perangai buruk anda? Apa salah mereka hingga anda membabitkan mereka sama dalam sikap kurang ajar anda melayan jiran dan kucing-kucingnya?
Tindakan biadap anda bukan satu gurauan seperti yang di dakwa. Bergurau dengan ada batasnya. Anda telah mencuri. Mengambil kucing-kucing jiran anda tanpa izin dan membuangnya mengikut suka hati anda.
Pernahkah anda fikirkan seandainya yang di ambil tanpa izin itu dari kalangan ahli keluarga anda? Di perlakukan sebagaimana anda melakukan terhadap anak-anak kucing malang itu? Tidak mengapa bukan? Itu hanya gurauan. Betul? Apalah sangat! Anda boleh senyum sekarang!!
Sebagai guru anda sepatutnya menunjukkan kepribadian yang baik dengan masyarakat terutamanya dengan anak murid anda! Sepatutnya andalah yang perlu menerangkan, mana yang buruk dan mana yang baik tentang sesuatu perkara. Membimbing agar mereka tidak melakukan sesuatu perkara negatif. Tetapi, apakah yang telah anda lakukan? Anda telah merosakkan pemikiran anak-anak murid anda dengan menunjukkan dan melakukan tindakan yang sangat negatif.
Masalahnya, kucing berak bersepah. Bolehkan ianya di bawa berbincang? Tiada tolak ansur? Mengapa sampai mahu buat program 'pelupusan kucing'. Sudah tidak waras? Di manakah tolak ansur? Perbincangan? Penyelesaian yang baik?
Kucing-kucing tersebut sudah semestinya hanya memiliki otak dan tidak akal. Tetap sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran sepatutnya boleh berfikir dan cari jalan penyelesaian yang baik.
Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita semua. InsyaAllah. Namun kemaafan sesama manusia amat sukar di cari.
Sama-samalah kita memuhasabah diri En. Azri.
Segalanya sudah bermula,
pasti sukar untuk berakhir...
Terimalah hakikat, anda berada dalam lingkungan manusia yang amat peka dengan kekejaman terhadap haiwan!
TOLONGLAH! HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP BINATANG!!
---------------------------------------------------------
Update pada 5 Julai 2011 :
Emel permohonan maaf dari Cikgu Azri untuk semua pencinta haiwan yang mengikuti kisahnya.
Emel yang di balas oleh KTAJ :
Sekali lagi emel meminta maaf oleh Cikgu Azri :
Kita semua dah baca penjelasan Cikgu Azri.
Jika beliau bersalah, itu dosa beliau dengan kucing² tersebut dan dosa beliau pada Tuhan.
Ambil ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
kurang ajar la cikgu ni, geram plk bace.. x fkr ke kucing tu kecik lg, bodoh punye cikgu, mesti cikgu umo 25 ke bawah ni,huh!
ReplyDeletetak sekolah betol2 punya cikgu. mcm ni pun ada.
ReplyDeleteakai letak kt lutut.
meh sini nak komen .
ReplyDeletesaya merupakan seorang guru pelatih di institut pendidikan guru kampus pendidikan teknik a.k.a maktab perguruan teknik yang orang atas ni attend .
setahu saya , mana2 guru pelatih yang berada di institut pendidikan guru malaysia / maktab perguruan hanya berkhidmat di sekolah rendah . KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah) juga akan mengajar sekolah rendah . sekiranya mahu mengajar sekolah menengah , seseorang itu perlu melanjutkan pelajaran ke UPSI .
maka kesimpulannya , saya rasa bahawa individu di atas sudah menipu info . dann , amat mendukacitakan lah kalau dia guru tapi berperangai macam setan laknatullah tu .
kata2 saya pada individu di atas :
KAU JANGAN NAK MENCEMAR NAMA MAKTAB PERGURUAN DENGAN PERBUATAN CILAKA KAU NI !! GO TO HELL LAA BODOH !!
maaf panjang . segala salah silap harap maaf .
ish, bodoh giler mamat nih. macam ni ker cikgu kiter skang? rosak la anak2 murid semua..boleh ker kalo saya nak share di fb saya?
ReplyDeletemula2 baca..marah gak kat insan ni..tapi bile baca email..kesian pon ada...mgkin die da sedar..mgkin die insaf ataw mgkin die trauma..itu antara die dengan Allah..hanya die yg tahu..harap perkara ni jd tauladan pd smue..itu je kot nak komen..harap insan bernama guru ini sedar kesilapan die n tebus kesalahan die dengan mengajar generasi muda untuk menyayangi smue mahluk Allah..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteemail pertama dr 'pendidik' tu ery tertarik dgn 2 perkataan iaitu MARUAH...dan BAYANGKAN(KTAJ di tmpat 'pendidik' tu)
adakah cikgu dpt membygkan, memisahkan ibu dr anak2 yg masih menyusu?
'campak' makhluk Tuhan yg berkongsi udara dgn kita di alam ini? (klu benarlah cikgu berbuat begitu)
dptkah cikgu letak kan diri cikgu pd kucing tersebut pula...
BAYANGKAN...hanya bayangkan...jgn salahkan sapa2 ats kesilapan sndiri...teringat nasihat guru sy kecik2 dulu...buat baik terhadap manusia dan haiwan..Allah S.W.T syg semuanya...:)
itulah perasaan kami pencinta2 haiwan kat luar ni...
jgn ulangi lg kesilpan ini
cikgu ke ni?
ReplyDeletebaik jadi beruk.
perangai tu ada sikit macam setan.
sikit atau lebih? hmm..
ayooooooooo
ReplyDeleteAs salam, kepada cikgu Yen Azrie yg mengajar di sekolah men dato abu samad tg ipoh, yg memegang jawatan seorg CIKGU/PENDIDIK...aku dah bc semua pasal ko dan emel mohon maaf kau gak. dari satu persatu aku baca emel ko, ko asyik cakap maruah ko apsal? mahal sangat maruah ko tu berbanding nyawa2 kucing2 tu? pada aku, maruah ko tu cikai je. takde maruah kot, sbb ko buat bnde yg tak bermaruah. pastu ada hati NAK TEGAKKAN BENANG YG BASAH. aku mmg pantang kalau org buat penderaan terhadap binatang. lantak lah apa alasan ko pasal taik kucing ke, berak ke mkn ke, aku pun bela kucing, kucing2 tu berak merata-rata gak, kdg2 ada gak kucing lain dtg tumpang berak umah aku, takde plk aku bunuh. dah puluh tahun aku kena mcm tu, tapi aku boleh bersabar, ko tahu sebab apa aku bersabar CIKGU? sbb aku pk kucing2 tu tak berpeluang bersekolah mcm KAU lah. dorg mana bole berfikir. adoi, kenapalah ko ni ek cikgu? cikgu ni cikgu kan? belajar pun mesti tinggi. pernah tahu tak pasal DOA MAKHLUK TERANIAYA? ok...jgn harap kucing2 tu nak doakan yg baik utk ko, perasanlah kau ni cikgu. ko dok pk layanan yg ko terima mcm anjing jalanan? abis ko lyn kucing2 tu bnde? sampai mati ko bunuh kucing tu bai....dahlah...jwb lah kat akhirat. jgn mintk maaf kat kitorg dan org2 yg malukan ko tu, mmg patut pun ko di malukn supaya org lain amik iktibar dan ko dapat habuan atas tindakan hina ko tu, g mintk maaf kat ALLAH SWT & KUCING2 tu. ko phm tak bahasa malay aku ni? ke nak aku ckp bahasa perancis?wassalam.
ReplyDeleteAstaghfirullahalazim. Komentar di atas, bawak mengucap la. Memang cikgu tu kejam, memperlakukan haiwan tidak berdosa dengan tanpa berfikir. Tapi janganlah anda semua menghina dia sebegitu rupa. Ingat, kita SAUDARA SESAMA MUSLIM. dan Allah murka dengan hambaNya yang memusuhi saudaranya sendiri.
ReplyDeletedan KTAJ, saya harap lepas ni kalau ada kes kekejaman haiwan berlaku lagi, KTAJ just tayang bukti printscreen tu saja. bukti yang dia telah melakukan kekejaman. tapi janganlah sebarkan sesuatu yang tidak berkaitan, seperti gambar, yang boleh mengaibkan pelaku tersebut. jikalau dia kejam, kita juga akan ikut sama berlaku kejam kerana mengaibkan dia. at least, show that kita lebih berperikemanusiaan. kan lebih bagus.? :)
quote:
"Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa."
quote:
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
cikgu paling bodoh n takder akal penah aku come across.. dah buat mcm tu, ada hati nk mintak org jaga perasaan dia.. btw, in d 2nd email, mula2 dia kata x letak dlm plastik tp dlm guni besar.. tp masa dia dok bg detail satu2 tu, dia sebut plastik pulak.. nampak sgt nk menipu..
ReplyDeleteohmaismurfetts dia adalah junior saya..n die ala adik2 tak sangka selaser ini..ermm..
ReplyDeleteCikgu tu mmg salah. Tp ko pun tak ptut tulis mende mengaibkan org. Atleast delete muka dia. Nama dia dan fb dia yg ko.pampang tu..sekdar teguran tuk ko..tu je.
ReplyDeleteni la namenyer org bodoh semulajadi...
ReplyDelete