30 Mac lalu, Ecah posted up di wall KTAJ di FB berkenaan seekor anak kucing yang jatuh dari bumbung tempat Ecah dinner malam tu. Pada asalnya Ecah nak iklankan anak kucing tu untuk adoption.
Tapi keesokannya baru Ecah perasan yang kucing tu ada masalah pada bahagian belakang badan dan kaki belakangnya.
Terus Ecah bawak anak kucing tu ke St Angle Vet di Puchong mendapatkan khidmat x-ray dan rawatan.
Alhamdulillah khabarnya anak kucing yg jatuh bumbung tak mengalami kecederaan serius, tapi ambil masa nak pulih.
Ini kos rawatan untuk anak kucing yang jatuh bumbung ni. RM134. Tapi oleh kerana Medical Fund KTAJ semakin surut, kami cuma mampu membantu sebanyak RM100 sahaja. Maafkan kami ye Cah. Terima kasih sebab Ecah sudi menanggung sebahagian kos rawatan untuk kucing ni.
Di klinik itulah Ecah bertemu dengan anak kucing malang yang mau di PTS oleh tuannya kerana bawah perut anak kucing tu melecet dan melelas, dan kebetulan hubby tak suka kucing.
Errrkkk esok kalo hubby tak suka mak ko yang dah tua dan nyanyuk, apa mau PTS orang tua tu jugak? *emo*
Nasib baik la ada Ecah di sana. Setelah berbincang dengan tuan punya kucing, tuan punya kucing pun sepakat mau membayar bil rawatan si anak kucing malang itu untuk Ecah bawa pulang. Kisah penuh di sini.
Ini adalah sebahagian gambar anak kucing malang yang mau di PTS oleh tuannya. Kami ambil dari post Ecah dalam blognya. Sedang dirawat dan berehat di rumah Ecah. Gambar dan recovery progressnya akan Ecah update dari masa ke semasa. InsyAllah.
Hari ini, anak kucing Tanpa Nama (No Name, nama yang diletakkan dalam bilnya. Huhu..) yang jatuh bumbung dah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini buktinya. Sempat membuli anak kucing yg mau di PTS oleh tuannya tu.
Notty kamu, ya No Name!
Anak kucing yang mau di PTS oleh tuannya tu pun bole tahan lasak. Semoga cepat sembuh dari luka. Ecah dah bagi sup ikan haruan. Harap lukanya cepat kering dan bole buli No Name balik. Yeehaa!
Sesiapa yang ingin adopt salah sekor atau kedua-dua anak kucing ini setelah mereka sembuh amatlah di alu-alukan :)
Wilebiu, Cah! ♥ ♥ ♥ ♥
Apa yer, no akaun KTAJ? Manalah tahu, kot2 ada yg sudi menyumbang ala2 under dog..
ReplyDeleteSemuga kedua2 budak tecit no name ni, cepat sembuh dan meneruskan kehidupan dengan sempurna
try sapu minyak gamat tak?
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTry sapu myk gamat mcm Southern Girl ckp..
n kalau rajin bg minum air gamat sekali supaya cpt pulih lukanya..
sy doakan yg trbaik utk chumel2 ni..
Amin
ada baca jugak kisah ni kat blog ecah, simpati dgn 2 ekor si comel tu mujur lah bertemu dgn Ecah yg penyayang
ReplyDeleteharap2 si comel comel tu cepat pulih dan semakin sihat :)
huhuhuhu...sebak rasanya tengok si kecil ni tabah untuk terus hidup....harap2 ada orang sanggup nak adopt. nasib la bukan kat KK, else dah lama gi amik....
ReplyDeletesktnyer sebijik mcm kucing sye skrg.. perotnyer luke.. smlm bru bwk jmpe doktor.. doktor dah cucuk pastu kasi ubat sapu ngan pil jer.. pil tu mkn pg ngan ptg.. die x balut pon.. lps tgk blog ni smlm, sye sggh farmasi beli kain balutan tuh.. ade sape2 bley tlg.. cane nk die cpt sembuh.. kite nk sapu ubat pon rse sakitnyer :(
ReplyDelete