Wednesday, January 9, 2013

Anak Kucing Dengan Tali Pusat Masih Tergantung (Afifah Mohammad)

Isnin - 7 Jan 2013, 6.30pm : 

Salam KTAJ

Saya jumpa this beautiful kitten dekat dengan kawasan kedai. Dia sangat jinak dan active. Orang kedai kata ada orang buang kitten ni. Saya perasan yang ada benda tergantung bawah perut dia dan kaki dia penuh bekas darah. Bau dikaki dia macam darah busuk. Saya bawak balik sebab mmg nk adopt. Tapi saya tak tahu nak buat macam mana dengan benda bawah perut dia tu. Saya check dekat internet benda tu 'umbilical hernia'. tapi kesian saya tengok dia dan bekas darah tu sangat menakutkan. Sekarang ni saya just cuci sikit2 kaki dia dan letak minyak gamat dibawah perut tu n buat loose bandaging. Plus, saya hanya ada adult kibbles, boleh ke bagi dekat this little guy? 

Saya tinggal di Kuang,selangor. Saya bawak pergi ke Vet di Bukit Rahman Putra sebab yang tu the nearest. Vet confirm yang tu hernia and need to do surgery. Rough estimation RM400-500 confirmed.Saya tak boleh pergi jauh-jauh sangat sebab transportation agak limited. Lubang dia dah mengecil dan nak heal tapi the organ dah kat luar.Bila saya bagi makan (saya hancurkan small portion of adult kibbles), saya usap-usap dia. Menangis saya bila dia pandang saya. My parents nak help him tapi the surgical cost is quite big. He's such a wonderful kitten and saya kalau boleh tak nak dia gone. 

Please advise, thank you. 

Afifah Binti Mohammad. 

Afifah mengirimkan gambar-gambar anak kucing berkenaan bersama email yang dihantar kepada kami. Anak kucing ini ditemui di hadapan sebuah kedai ekzos di Batu 20, Kuang, Selangor. Menurut Afifah, bahagian pusatnya di lilit dengan plastik hijau. Tidak dapat dipastikan kenapa ia ditemui dalam keadaan demikian dan apa tujuan ia diikat dengan plastik tersebut.




 


Kami telah bersetuju membiayai 50% daripada kos rawatan anak kucing ini. Anak kucing ini akan di bawa ke Pawsome Pet Clinic, Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 

Sekiranya ada pihak yang turut sama ingin menyumbang kepada kos perubatan anak kucing ini, emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com. Sumbangan orang ramai amat diperlukan setiap kali ada rescuer yang menemui kucing-kucing yang memerlukan rawatan dan pembedahan.



Tuesday, January 8, 2013

The Price :: The Black Cat

Kucing hitam biasanya mempunyai karekter yang unik dan tersendiri, berbeza dengan kucing-kucing lain. Menurut kebanyakan pemilik kucing hitam, kucing hitam kurang bersosial dengan kucing-kucing lain.

Kucing hitam yang saya diberi nama Bellack, ditemui 3 tahun yang lepas di lif lobi apartment saya. Saya sedang melangkah keluar lif sambil bercakap dalam telefon. Dan ketika itulah seekor anak kucing berwarna hitam berusia lebih kurang 2 bulan, terjelepok di kaki, meminta dimanja. Saya berjalan melangkah keluar dari lobi lif. Dan ketika itu juga ia berlari mengejar kemudian terjelepok lagi di kaki saya.

Bellack sangat manja. Namun apabila semakin dewasa, Bellack lebih banyak menjauhkan diri, tidak bersosial dengan kucing lain, lebih banyak memerhati dan membuat aktiviti sendiri. Kadang2 mengejar bola kertas sendirian, kadang2 membelasah kucing2 lain, kadang2 melepak di atas grill pantry dapur menghirup udara malam. Bila melangkah, ia sangat berhati-hati. Bila dipeluk, suka merengus.

Dan bila menonton video ini, terasa ingin pulang ke rumah, mencium dan memeluk Bellack saya sepuas-puasnya...

Setiap kucing/anjing yang dipertemukan dengan kita, pasti ada cerita tersendiri. Lebih-lebih lagi, si kucing hitam. Tonton video ini, dan kongsikan cerita anda pula, ya :) 



-GB-

Saturday, January 5, 2013

RIP, BLESS :((

Ini email yang Anis kirimkan kepada kami pada 29 Disember 2012 yang lalu untuk update tentang BLESS ;

Hi . Slamat malam . Sya dah ambik Bless dari klinik ptg tadi . Bless sihat Alhamdulillah . cuma pucat , darah bnyak hilang . Badan pon dah berisi . Luka surgery masih basah . insyaAllah 5 hb jan suture removal .

Saya nak bgtau yang untuk second surgery saya ada buat kutipan derma dikolej saya . Alhamdulillah saya dapat kutip rm700 tepat . dan total surgery kedua rm692.60 . tidak termasuk A/D dan vitamin tambah darah . takpe itu saya guna duit belanja saya . cuma disini , saya tidak akan meminta subsidi KTAJ sbb saya dah pun langsaikan kos pembedahan Bless . dan bialah KTAJ bagi subsidi pada kucing lain yg tak bernasib baik. saya nak berterima kasih bnyak bnyak sbb bantu saya dari segi kewangan dan support . terima kasih bnyak bnyak . ni sertakan gamba Bless yg terbaru . kalau tak keberatan . kalau admin ada tau mana mana pet shop yg jual kerusi roda kucing mintak tolong inform saya . kesian tgk Bles struggle nak main dan jalan mcm biasa. 
Terima kasih sekali lagi . insyaAllah sya akan update lagi perkembangan Bless.









Belum pun sempat kami membalas email yang Anis kirimkan, hari ini kami dikejutkan berita pemergian BLESS.


Jumaat, 4 Jan 2013, 3.36pm
Hi . Anis here . saya nak bagitau yang Bless dah mati . dua hari lepas . Maaf sangat saya lambat bagitau . sbb saya uruskan hal kolej saya sejurus lepas tanam Bless . hari ni baru saya ada masa nak email admin .

kisahnya dua malam semalam macam biasa sebelum saya tido saya akan bawak dia kencing berak dalam litter box . saya baringkan dia tepi atas bantal dia and kain dia . dia suka main tali and malam tu jugak saya main dgn dia sampai dia tertido . saya provide air sebelah dia and kibbles . masa tu dalam pukul 2 stenga pagi . saya tak boleh solat so saya bangun pukul tujuh nak bawak dia p litter box and bagi makan ubat sume saya jengah dia , dia tak bernafas . air yg provide malam tadi habes . kibbles pon luak . saya tak sangka dia nak mati sbb tanda tanda langsung . bekas surgery makin pulih and luka semua kering .

hari hari sebelumnya Bless mcm biasa sangat . makan bnyak . main . tido . tahi dia air kencing dia sume okay . :"/ saya tak tau kenapa dia mati . saya dah cuba buat yang terbaik utk dia . memandangkan saya tgh cuti sem saya jaga dia je dekat rumah sepenuh masa . maaf kalau berita ni pon buat admin sedih . sya cuma nak ucapkan terima kasih sbb bnyak tlg saya masa Bless hidup . cuma saya terkilan tak dapat jaga dia lama . terima kasih skali lagi . :'(







Melihat ketabahan BLESS mengharungi penderitaan dan menyembunyikan kesakitan membuatkan saya insaf. Sebagai manusia, saya seringkali bersedih apabila kesakitan dan musibah menimpa. Baru diberikan sedikit dugaan, manusia mudah menangis, meratap, berputus asa, mengurungkan diri, berlapar, menyalahkan takdir, malah ada yang sanggup bunuh diri.

Sedangkan, haiwan yang didera, yang hidup berjudikan nasib di jalanan menerima ketentuan takdir dan terus bersemangat untuk hidup sehingga ke hujung nyawa. Dalam kesakitan, BLESS menghabiskan makanannya supaya dirinya cepat sembuh, supaya ia dapat bermain dengan Anis dan berjalan semula dengan apa bentuk bantuan sokongan sekalipun.

Namun, takdir menentukan BLESS perlu pergi dan berakhir sudah penderitaan dan kesakitannya di dunia.

Kepada Anis, semoga tabah dengan pemergian BLESS. Kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan BLESS, terima kasih dan teruslah membantu haiwan-haiwan yang memerlukan di luar sana.