Tuesday, September 11, 2012

Subsidi Pemandulan di KKS 9 Sept 2012

14 ekor kucing yang terdiri daripada 9 ekor kucing jantan dan 5 ekor kucing betina telah dimandulkan pada 9 September 2012. 


 

1) Kucing yang di bawa oleh Snip Coordinator kami Cik Mira - 3 jantan


Mocha
Ice & Snowy

2) Kucing yang didaftarkan oleh seorang feeder cik Shah Dolores - 1 betina


Adopter kucing ini, Amy

Nina

3) Kucing yang didaftar atas nama feeder Diyana Jamari - 2 betina



Chibi

Amada

4) Nur Nadia Zakaria - 2 jantan + 2 betina




Hero

Hero di dalam cardboard carrier :)

Gummie

Puss

Elle

5) Nurhuda Jamaluddin - 2 jantan



Calit
Tot

6) Kucing komuniti oleh Snip Coordinator kami, Cik Sri - 2 jantan
Coffee Blue
Brown

Kos pemandulan sebanyak RM800 dibiayai oleh Dana SCRATCH.

Subsidi Pemandulan di KKS 26 Ogos 2012


10 ekor kucing yang terdiri daripada 5 ekor kucing jantan dan 5 ekor kucing betina telah didaftarkan untuk dimandulkan pada 26 Ogos 2012. Peserta yang memohon subsidi pemandulan kali ini terdiri daripada rescuer dan feeder yang pernah menyertai Snip Program kami di Klinik Kembiri Setapak sebelum ini.  

a) Mohd Razeef - 3 jantan + 1 betina




b) Nurhuda Jamaluddin - 2jantan + 2 betina






2 ekor kucing betina lagi di bawa oleh Snip Coordinator kami, cik Sri untuk dimandulkan dan dilepaskan semula sebagai kucing komuniti jika tiada yang sudi adopt kucing-kucing ini.

Kos pemandulan minggu ini sebanyak RM600 di biayai oleh Dana SCRATCH

Sekiranya anda merupakan pelajar, surirumah dan mereka yang berpendapatan tetapi aktif memberi makan kucing jalanan di kawasan anda, anda boleh memohon Subsidi Pemandulan untuk kucing-kucing ini. Kucing-kucing ini kemudiannya boleh dicarikan adopter dengan mengisi BORANG PENGIKLANAN  untuk mengiklankan kucing-kucing ini di KTAJ Online Adoption House.

Cara memohon Subsidi Pemandulan sila rujuk di SINI

Subsidi Pemandulan (Nor Masdiana Md Said)

Masdiana telah memohon Subsidi Pemandulan untuk kucing-kucing terbiar di sekitar kampus USM Pulau Pinang untuk kucing-kucing berikut :

 




2 ekor betina telah selamat dimandulkan. Jumlah subsidi yang diberikan ialah RM140 menggunakan Dana SCRATCH.



Bongsu selepas dimandulkan
 

 
Achik selepas dimandulkan

Diharap dengan wujudnya kemudahan subsidi ini, lebih ramai pelajar yang sudi membantu mengawal populasi kucing jalanan di kawasan kampus bagi mengelakkan kucing-kucing ini dibuang dan sebagainya.

Monday, September 10, 2012

Kenapa Kucing Perlu Vaksinasi?

Setiap pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan masing-masing.

Penjagaan asas seperti pemakanan, dan amalan kebersihan perlu dipraktik dengan betul.

Selain itu, perkara asas penjagaan dan kesihatan seperti menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas) dan vaksinasi perlu diambil berat untuk memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda berada pada tahap maksima.

Kenapa vaksinasi itu penting?

Seperti bayi manusia, vaksinasi haiwan juga berfungsi sebagai kunci utama dalam memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda dan melindungi haiwan ini daripada dijangkiti virus-virus dan bakteria.

Feline Leukimia Virus merupakan pembunuh utama kucing, terutama anak-anak kucing yang lemah imunisasi. Di ikuti dengan Feline Enteritis / Panleukopenia yang merupakan pembunuh kedua kucing. Juga dikenali sebagai feline distemper di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit adakalanya berdarah, muntah dan sangat mudah menyerang anak-anak kucing yg masih kecil.

Pastikan kucing-kucing anda mendapat vaksinasi seawal umur 2 bulan dan ulangan vaksinasi pada umur 3 bulan dan setiap tahun.




Bagaimana vaksin berfungsi?

Vaksinasi ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Tujuannya untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria tersebut.

Vaksinasi perlu diulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan agar menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Haiwan peliharaan perlu mengambil masa sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi badan selepas di suntik dengan vaksin.

Pastikan haiwan peliharaan anda divaksin dalam keadaan sihat. Haiwan yang divaksin dalam keadaan stress, sakit, atau selepas pembedahan boleh merisikokan kesihatan haiwan-haiwan ini.

Untuk kucing-kucing yang baru diselamatkan, doktor akan menyarankan agar kucing-kucing di kuarantikan sekurangnya 14 hari untuk memantau kesihatan kucing-kucing ini. Sekiranya tiada tanda-tanda penyakit, tiada masalah selera makan dan aktif, maka kucing ini layak di vaksin selepas dikuarantinkan dan boleh dicampurkan dengan kucing-kucing sedia ada di rumah anda.

Jenis - jenis Vaksinasi

Vaksinasi yang biasanya disarankan untuk kucing peliharaan ialah Vaksinasi 4 in 1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus-virus berikut :

  • Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda-tanda awal ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti.
  • Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Feline Panleukopenia (Distemper) - Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress, malnutrisi dan kurang tahap kebersihan.
  • Feline Chlamydia (pneumonitis) - Sejenis bakteria yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu. 
Bagi rescuer dan fosterer yang aktif menyelamatkan dan membawa pulang kucing-kucing sakit yang perlukan rawatan, doktor akan menggalakkan agar kucing-kucing yang dipelihara di rumah mereka agar diberikan Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) di mana vaksinasi kelima ini melindungi kucing peliharaan daripada dijangkiti :
  • Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian kepada kucing . Tiada rawatan untuk jangkitan FeLV. Rawatan sokongan hanya membantu kucing dari segi meringankan simptom-simptom yang dialami. Seperti Leukimia yang menyerang manusia, virus ini boleh menyebabkan kanser. Virus ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin 5 in 1 atau standalone FeLV vaccine. Bagaimanapun, sebelum mengambil vaksin ini, kucing-kucing perlu menjalani snap test untuk memastikan kucing tersebut bebas daripada FeLV sebelum pengambilan vaksin ini. FeLV dikatakan pembunuh utama kucing-kucing jalalan dan kucing-kucing 'outdoor'.
Sekiranya telah diserang dengan virus FeLV, pengambilan vaksin FeLV sudah tidak memberi apa-apa kesan perlindingan atau penyembuhan kepada kucing yang telah dijangkiti. Dapatkan pelindungan dari FeLV sebelum terlambat.


Virus-virus Lain Yang Biasa Menyerang Kucing Jalanan di Malaysia

Selain daripada virus yang disenaraikan di atas, berikut adalah virus yang kerap menular kucing-kucing di Malaysia, terutama kucing yang dibiarkan bebas bergaul dengan kucing-kucing jalanan di luar sana.

  • Feline Infectious Peritonitis (FIP) - FIP merupakan pembunuh kedua kucing dewasa dan anak-anak kucing selepas Feline Leukemia Virus (FeLV). Virus boleh disebarkan melalui air liur, air kencing dan najis haiwan yang dijangkiti. Virus ini mampu bertahan dalam persekitaran selama beberapa minggu, malah beberapa bulan. FIP terbahagi kepada 'wet FIP' dan 'dry FIP'. Tanda-tanda FIP terdiri daripada perut yang membusungkan cecair, demam, susut berat badan, hilang kawalan pergerakan badan, lumpuh, jangkitan teruk pada mata. Tiada rawatan dan vaksin untuk pesakit FIP. Kucing yang disahkan FIP akan mati dalam masa berapa minggu/bulan. 
  • Feline Immunodeficiency Virus (FIV / Feline AIDS) - Seperti pesakit HIV/AIDS pada manusia, FIV boleh mengakibatkan kematian dan tiada rawatan. Virus ini mengganggu sistem imunisasi, menyebabkan kucing yang dijangkiti mudah terdedah kepada penyakit serius yang lain. Sekiranya kucing anda mempunyai luka pada mana-mana bahagian badan yang sukar sembuh, menanah dan berulat, pastikan kucing anda menjalani ujian FIV & FeLV. Kebanyakan kucing yang diselamatkan oleh rescuer dan mempunyai luka berulat biasanya positif FIV dan mudah dijangkiti selsema dan penyakit lain. Meskipun di Malaysia ada vaksin FIV dijual, namun ia tidak disarankan kerana selepas disuntik, virus FIV akan terus menjangkiti kucing anda. Namun sekiranya ada kucing di rumah anda yang telah disahkan positif FIV, anda boleh mendapatkan saranan dari doktor sekiranya kucing-kucing yang belum dijangkiti boleh disuntik dengan FIV vaksin.
Sekiranya kucing telah dijangkiti dengan mana-mana virus di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar dan menelan belanja yang besar dan tempoh rawatan yang panjang. Kerana itu anda digalakkan mengvaksinkan kucing peliharaan anda dan mengelakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing-kucing lain yang tidak divaksinkan. 

Fund-raising Program : Discover Scuba Diving!

Discover Scuba Diving Program is back! 


SCRATCH dengan kerjasama MissDivers akan mengadakan kelas Scuba Diving di PJ. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah sebagai program pengenalan kepada scuba diving di bawah pengawasan profesional dan sesi pembelajaran yang sangat bersantai.

Di bawah pengawasan profesional, penyelam baru mempelajari konsep asas keselamatan, pemakaian dan pemasangan kelengkapan, dan menyelam dalam pengawasan yang tinggi.

Tarikh : 29 & 30 September 2012.
Lokasi : Kolam PJ Palms, Petaling Jaya (www.pjpalms.com)
Masa sesi pembelajaran : 9am -1pm

Jadual Program :
- Registration & Briefing
- Equipment Introduction
- Intro to SCUBA diving

 
Kedalaman kolam renang ialah maksimum 5m.
Kelengkapan menyelam disediakan.

Yuran RM150 SAHAJA termasuk Instructor Fees, kelengkapan menyelam dan group photo.
Deposit RM50 (un-refundable) diperlukan untuk mengesahkan penyertaan anda.
Penyertaan TERHAD kepada 10 orang per sesi! Ajak kawan-kawan cepat!

Syarat-syarat penyertaan :
* terbuka kepada orang dewasa dan kanak-kanak. 
* kanak-kanak terhad kepada umur 10 tahun dan ke atas
* kebolehan berenang tidak wajib

SAHKAN PENYERTAAN ANDA DENGAN MELENGKAPKAN BORANG DI BAWAH INI : http://missdivers.wufoo.com/forms/scratch-missdivers-charity-discover-scuba-session/

Tarikh tutup pendaftaran ialah 20 September 2012.

P/S : Sebagai persediaan asas kepada kelas scuba ini, peserta yang telah mendaftar boleh datang setiap hari Selasa & Khamis pada jam 8 malam untuk 'water confidence' etc sebelum Kelas Scuba tersebut bermula. Tiada yuran tambahan dikenakan untuk 'water confidence' ini. Hanya perlu membayar yuran masuk ke kolam renang :)

Friday, September 7, 2012

HERA (SCRATCH)

Ini email yang kami terima dari Sabrina : 


Selasa, 21 Ogos 2012 - 6.28pm

Kucing ni dijumpai saya di Blok 4, Rumah pangsa Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di belakang Maybank Sri Serdang. Kucing tersebut telah tempang kaki kanannya kerana mempunyai 3 luka baru yg agak dlm sehhingakan saya ternampak tulang kakinya. 1 lagi di bwh lehernya. ia dtg btl2 dpn rumah saya utk meminta bantuan. saya telah beri makanan & minuman kpd kucing tersebut namun ia masih meraung kesakitan. teringin membantunya namun saya tidak mempunyai pengangkutan utk menghantarnya ke Vet. Saya bimbang ia akan kehilangan kaki kanannya sekiranya tidak dirawat. Diharap Pihak SCRATCH dpt membantunya. Kucing tersebut juga tlh hilang suaranya akibat drpd meraung kesakitan.

Bantuan drpd pihak SCRATCH amat diperlukan.

Diharap rescurer Scratch dpt membantunya segera.

Terima Kasih.






Kami terlepas pandang email Sabrina, lalu terus menghubungi beliau. Dan email yang kami terima sangat memeranjatkan kerana setelah 6 hari melihat kucing itu di situ, tiada usaha dan bantuan yang diberikan untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Isnin, 27 Ogos 2012 - 8.27am

The cat is still injured, its raining non stop and its as cold as air cond in the morning here. No on cares abt her. She was sitting in a corner at the staircase because the box that i made for her was thrown by the cleaner. She got thinner a lot day by day. i tried to fed the cat with dried food but she did not want 2 eat. And i noticed that the cat's injured wound was infected. I juz look at herat a glance 30min ago as i was going to work. Could u please ask some1 to take care of her??? Her condition is getting worse.

She lost her voice and couldnt purr to me as always. I couldnt brought her into my house as i ardy had a kitten that i need to keep an eye on her and she is afraid of new cats.

-----------------------------

Im going bck 2 penang on this thursday after completed my industrial training in UPM. I couldnt keep the cat because my cat in house will attack strangers espacially a new cat. I will try 2 post it on different pages on FB. Im so sorrry. Its not that i dont want to but i dont hv the ability 2 take care of it. thts y i asked for ur help.

Mujur ada admin yang bertugas ketika itu. Bayangkan jika admin berkenaan tak perasan email tersebut, atau tiada masa membuka serta membalas email kerana tuntutan kerja, adakah anak kucing ini akan dibiarkan mereput di situ dan harap malaikat akan turun dari langit membantu haiwan malang ini?

Kisah dan gambar kucing malang ini segera kami siarkan di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook sekiranya ada yang sudi membantu. 



 
Wallpost kami mendapat perhatian saudara Darren dan beliau telah membantu menghantar kucing ini ke Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine pada hari yang sama, dengan mendahulukan wangnya sebanyak RM100 sebagai deposit. (Kami relah membayar semua deposit kepada Darren. Terima kasih, Darren). 



 




Nasib anak kucing tidaklah begitu baik kerana tiada perancangan susulan untuknya setelah mendapat rawatan di klinik tersebut. Dengan bahasa yang lebih mudah, ini adalah salah satu contoh kes, 'rescued-then-dumped'. 

Anak kucing telah diselamatkan dan diberikan rawatan awal tetapi kemudiannya dibiarkan di klinik haiwan dengan harapan pihak SCRATCH akan mencari adopter ataupun fosterer untuk kucing yang ditinggalkan di sana, termasuk membiayai semua kos perubatan kucing ini.

Pada 28 Ogos 2012, pihak klinik telah dihubungi oleh Coordinator kami. Dan kami bernasib baik kerana salah seorang SCRATCHer, Ayie, telah menawarkan diri untuk berbincang dengan pihak klinik tentang keadaan kucing ini, mendapatkan anggaran kos untuk rawatan dan berbincang tentang rawatan yang akan diterima oleh kucing ini. 

Kucing ini diberikan nama HERA oleh saudara Ayie. 




Menurut Dr Zul, HERA mengalami lecur akibat disiram dengan air panas oleh manusia yang tidak berhati perut. Kesan lecur ini kemudian menjadi luka di bahagian kaki hadapan serta di bawah dada. 




Luka yang terdedah telah dijahit. 





HERA kelihatan sangat lapar dan muntah kerana makan terlalu lahap. 



Lebih memburukkan lagi keadaan kesihatan HERA, terdapat 10x5 cm benjolan keras di bahagian bawah perut HERA. Bila ditekan menyebabkan kesakitan kepada HERA. Doktor yang merawat mengesyaki benjolan itu adalah tumor. 

Klinik haiwan ini tidak mempunyai kelengkapan untuk mengesahkan benjolan tersebut. Maka Doktor menyarankan agar HERA dirujuk ke UPM. 

HERA di keluarkan dari Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine pada 29 Ogos 2012, dan kemudian di bawa ke UPM pada keesokannya oleh Ayie. Baki bil HERA RM342 dan bayaran bil di UPM telah didahulukan oleh Ayie. Terima kasih Ayie!



Menurut doktor di UPM, HERA berumur 6 bulan. Anak kucing biasanya jarang mendapat tumor. 

Setelah xray dilakukan, doktor memaklumkan benjolan itu mungkin hanya inflammation yang boleh dirawat dengan antibiotic dan melalui pemakanan serta kasih sayang yang banyak! 







Dalam kesibukan mencari penjaga baru untuk HERA, kami ditemukan dengan saudari Suliana Ab Mohd Khalid. Beliau kebetulan sedang bercuti 2 minggu dan menawarkan diri menjaga HERA sementara HERA sembuh dan sesuai ditempatkan di Adoption Drive kami bagi mendapatkan tuan baru. 

Syukur Alhamdulillah, kini HERA ditempatkan sementara di bawah jagaan Suliana yang sangat penyanyang dan sangat rajin memberitahu perkembangan kesihatan HERA. Terima kasih, Suliana!

Sebagai seorang rescuer ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Sekiranya mahu menyelamatkan kucing atau apa sahaja haiwan, kita perlu mempunyai perancangan. Menyelamatkan haiwan itu wajib, utama dan pertama dalam apa keadaan sekalipun tetapi perancangan selepas rawatan bukanlah ditangga kedua. 

Ini bagi mengelakkan pihak lain yang ingin membantu (contohnya seperti SCRATCH-ers dan DANA SCRATCH) tidak dibebankan dengan masalah yang tidak perlu. 

Pekerjaan dan pendapatan tidak sepatutnya dijadikan issue dalam hal menyelamatkan haiwan dan kemudiannya mengalihkan tanggungjawab seterusnya ke pihak lain. Sekiranya kita tidak mampu membawa haiwan cedera ke vet ataupun ada keterbatasan belanjawan, bantulah menjadi penjaga sementara sehingga kucing atau haiwan tersebut pulih. Jangan melepaskan tangan dan membiarkan orang lain memikul beban. 

Rescuer juga perlu ada pengetahuan atau rawatan asas untuk menyelamatkan haiwan. Penting untuk rescuer mendapatkan second, third dan kalau boleh fourth opinion dari vet yang berlainan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jangan mudah berputus asa membantu haiwan yang anda selamatkan.

Menyelamatkan haiwan adalah usaha yang murni, janganlah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab.  

Kami terpaksa menolak untuk membantu menjaga memandangkan kami sedang menjaga kucing-kucing yang perlukan rawatan perubatan dan sesetengahnya perlu dikuarantinkan kerana membawa jangkitan dan sebagainya. Sekiranya semua pihak saling memahami peranan masing-masing, kerja-kerja menyelamat haiwan pasti akan lebih mudah. 

Keseluruhan bil perubatan dan rawatan HERA dibiayai oleh Dana SCRATCH. 


Thursday, September 6, 2012

GINGER (Pn Yahasmida Yaacob)

Kisah GINGER telah kami siarkan dahulu di SINI. Penghantar email ini, iaitu Adik Nur Irdina Afiqah Sabri sebenarnya berumur 11 tahun dan telah menulis email kepada kami bagi pihak ibunya, Puan Yahasmida Yaacob. 


Ginger semasa ditemui

Ini gambar terbaru GINGER yang dikirimkan oleh adik Irdina selepas GINGER menjalani rawatan. 


Ginger selepas rawatan

Team Coordinator kami telah menghubungi Doktor yang merawat dan Doktor mengesahkan GINGER terpaksa menjalani pembedahan membetulkan rahangnya dengan memasukkan besi pada rahang dan diwadkan untuk tempoh yang lama kerana perlukan IV drip dan tidak boleh makan dengan sendiri. 

GINGER diminta datang semula ke klinik pada bulan hadapan untuk mengeluarkan besi dari rahangnya. 

Kos rawatan GINGER ialah RM1020. SCRATCH telah memberikan subsidi maksimum RM500 untuk membantu rawatan GINGER. Terima kasih kepada yang telah menyumbang untuk GINGER. Semoga GINGER pulih sepenuhnya dengan segera.