Thursday, September 6, 2012

JACK SPARROW (Rahimah Hj Ibrahim)

Email yang diterima dari Rahimah : 

Selasa, 7 Ogos 2012 - 2.31pm

Assalamualaikum wbt,

Dear KTAJ,

Sy dengan ini memohon jasa baik pihak KTAJ membantu dari segi kos perubatan Jack Sparrow yang sy jumpa di kedai mamak di Taman Koperasi Polis Gombak pada Jumaat lepas bersamaan 2/8/2012 dalam keadaan yang sungguh menghibakan mengesot hanya menggunakan tangan. Sekarang Jack berada di bawah jagaan Mira Ahmad sb sy x boleh bw dia ke Gasing Vet. Jadi minta tolong Mira Ahmad. Mira baru communicate ngan sy kos X-Ray RM106 dan rawatan permulaan RM60. Sy memohon jasa baik KTAJ membantu sy merawat Jack yang kata Mira Ahmad Jack perlu ulang alik ke hosp utk rawatan fisio. 

Dengan ini sy lampirkan gambar Jack semasa sudah dibw pulang. Jack x ble kencing, Mira kata kena picit pundi kencing dia. dia po po pun bersimpuh. Harap pihak KTAJ dapat membantu. 

Sekian terima kasih.

JACK telah di bawa untuk rawatan dan dijaga sementara oleh SCRATCHer kami Mira Ahmad sebelum diserahkan semula kepada Rahimah. Ini gambar-gambar Jack dalam jagaan Mira. 





JACK lumpuh separa badan, tapi berkemungkinan JACK akan sembuh cuma perlu mengambil sedikit masa untuk proses penyembuhan. 

SCRATCH memberikan 50% subsidi untuk kos rawatan JACK.

Sesiapa yang sudi adopt JACK, sila hubungi Rahimah : miraima.hi@gmail.com.

1 comment:

  1. Terima kasih pada Scratch sudi memberikan 50% subsidi.

    ReplyDelete