Sunday, November 27, 2011

We Miss U, Owen


It has been more than 2 weeks since u left us.

But we can still feel the severe pain inside.

We miss u, Owen...

Friday, November 25, 2011

PHOTO CONTEST!!

Dear loyal community members of SCRATCH (formerly known as KTAJ),

We at SCRATCH are pleased to announce our very first contest!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Theme


Contest Timeline

1. This contest is open to all who are currently with SCRATCH community

2.Contest will run from 25 November 2011 and

closes at 11.59 pm, 4 December 2011.

Poll will end on the 6th December 2011.


Submission format

1. All images submitted must be the work of the individual submitting them and must not have been published elsewhere or have won a prize in any other photographic competition

2. Photographs must be in digital format. Only online entries will be eligible. All digital files must be 5 megabytes or smaller, must be in JPEG or JPG format, and must be at least 1,600 pixels wide (if a horizontal image) or 1,600 pixels tall (if a vertical image).

Submit to ktaj0311@gmail.com with subject:

Rantai.Art Event Contest (name of mommy or daddy and kitty).

3. Copyright in all images submitted for this contest remains with the respective entrants.

However, in consideration of their providing the contest, each entrant grants a worldwide, irrevocable, perpetual licence to SCRATCH and its allies to feature any or all of the submitted images in any of their publications, their websites and/or in any promotional material connected to this contest.

4. To protect your privacy, we won't publish last names, full faced photographs of adults or children, or caption text information that discloses where the people in the photographs live. (Beware that depictions in the photograph might link you to the location of your residence and we are not responsible therefore.)

5. Kitty must be a stray. Submission is accompanied with a brief story behind adopting kitty.

6. Submission fee is RM5 per kitty's picture per submission. You may submit as many entry as you wish but must be of different kitty.

7. Submission fee is payable to:

Public Bank Account Number: 3151793708

(Community Development and Integration Initiative Bhd)

Please email to ktaj0311@gmail.com and state date of submission and reference/transaction code. A scanned copy of transaction is most appreciated.


Mechanism

1. Each picture submitted will be posted in our contest album.

2. Twenty (20) pictures with the most "like" by SCRATCH community members will be displayed prominently at our event booth at RANTAI.ART EVENT 2011 "REVISIT" on the 16th-18th December 2011.

3. In the event of ties, SCRATCH Admins will open the decision to force-rank to SCRATCH community members within a time decided by the Admins.


Special invites to top twenty(20) participants

1. Top twenty (20) Mommies or daddies will be invited to our event to receive token of appreciation, courtesy of our kind sponsors.

2. Top three (3) winners will receive special prizes, courtesy of our sponsors

3. Photography session with participants


Terms and condition of submission

All information detailing how to enter this competition forms part of these terms and conditions. It is a condition of entry that all rules are accepted as final and that the competitor agrees to abide by these rules. The decision of the judges is final and no correspondence will be entered into. Submission of an entry will be taken to mean acceptance of these terms and conditions.You release SCRATCH and any person, firm, corporation or association deriving any rights of license from SCRATCH from any and all claims or liability for damage, for libel, slander invasion of the rights of privacy, or any other claim arising out of this terms and conditions.


HAVE FUN WITH YOUR KITTIES, EVERYONE!

SCRATCH-ers

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Kepada ahli-ahli komuniti SCRATCH yang kami sayangi,

Kami dengan sukacitanya mengumumkan peraduan kami yang pertama!


Tema


Syarat-syarat penyertaan

1. Penyertaan terbuka kepada semua ahli-ahli komuniti SCRATCH

2.Peraduan akan berlangsung dari 25 November 2011 dan

ditutup pada 11:59, 4 Disember 2011.

Undian berakhir pada 6 Disember 2011.


Format Penyerahan

1. Semua penyertaan yang dikemukakan mestilah hasil kerja individu dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana; atau telah memenangi hadiah dalam mana-mana pertandingan fotografi yang lain

2. Penyertaan gambar mestilah di dalam format digital. Hanya penyertaan melalui email akan layak bertanding. Semua fail digital mestilah di dalam bentuk 5MB atau kecil, mestilah dalam format JPEG atau JPG, dan sekurang-kurangnya 1,600 pixels panjang (jika imej mendatar) atau 1600 pixel tinggi (jika imej yang tegak).

Emelkan ke ktaj0311@gmail.com dengan subjek:

Rantai.Art Event Contest (dengan disertakan nama mommies/ daddies dan nama anak bulus)

3. Copyright dalam semua imej yang dikemukakan untuk pertandingan ini kekal dengan para peserta masing-masing. Walau bagaimanapun, sebagai balasan penyertaan ini, peserta membenarkan lesen kekal di seluruh dunia, yang tidak boleh ditarik balik, kepada SCRATCH dan sekutu-sekutunya untuk menampilkan mana-mana atau semua imej-imej yang dihantar dalam mana-mana penerbitan, laman web mereka dan / atau dalam apa-apa bahan promosi yang berkaitan pertandingan ini.

4. Bagi melindungi privasi peserta, kami tidak akan memaparkan nama penuh, gambar yang menunjukkan muka penuh sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Maklumat peserta adalah sulit. (Gambar yang dihantar berkemungkinan memberi petunjuk kepada lokasi kediaman anda dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan.)

5. Kucing-kucing mestilah yang diselamatkan dari jalanan. Setiap gambar disertai dengan cerita ringkas pertemuan anda dengan si manja.

6. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM5 bagi setiap gambar. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi mestilah dengan kucing yang berbeza.

7. Yuran penyerahan dibayar kepada:

Public Bank: 3151793708

(Community Development and Integration Initiative Bhd)


Sila e-mel kepada ktaj0311@gmail.com bukti transaksi. Satu salinan "scanned" amat dihargai.


Mekanisma

1. Setiap gambar yang dihantar akan di upload dalam album peraduan kami.

2. Dua puluh (20) gambar-gambar yang paling banyak menerima"Like" oleh ahli-ahli komuniti SCRATCH akan dipamerkan di ruang pameran acara kami di RANTAI.ART EVENT 2011 "REVISIT" pada Disember ke-16 ke-18 December, 2011.

3. Sekiranya ada "tie", Admin SCRATCH akan membuka keputusan untuk "force-rank" dari ahli-ahli komuniti SCRATCH .


Jemputan Khas

1. Dua puluh (20) Mommies dan daddies akan dijemput ke acara kami untuk penerimaan cenderamata, ihsan dari penaja-penaja.

2. Tiga (3) pemenang utama akan menerima hadiah khas, ihsan dari penaja-penaja.

3. Sesi fotografi dengan para peserta


Terma dan Syarat Penyerahan

Semua maklumat untuk pertandingan ini tertakluk kepada terma dan syarat. Ia adalah syarat kemasukan bahawa semua kaedah yang dipakai akan diterima sebagai muktamad dan para peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan ini. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Tuesday, November 8, 2011

Penggabungan KTAJ & MCCP

PENGUMUMAN :




Malaysian Cats Care Project (MCCP) dan Kucing Terbiar Dan Anjing Jalanan (KTAJ) telah bergabung dan dikenali sebagai SCRATCH. MCCP dan KTAJ akan di mansuhkan dan digantikan dengan SCRATCH. SCRATCH merupakan projek kebajikan berkaitan kucing di bawah organisasi bukan kerajaan Community Development and Integration Initiative. Bagaimanapun, Facebook KTAJ dan blog KTAJ akan dikekalkan, tetapi logo dan nama MCCP akan dikeluarkan dari blog MDDB. Lebih banyak pengumuman mengenai penggabungan ini akan dibuat dari masa ke semasa. Harap terus menyokong kami. Terima kasih.

Bones

Kami menerima emel daripada Amirul Adli pada 30 Oct lepas.




Melihatkan gambar² yang dikirimkan bersama emel tersebut, kami terus menghubungi Aishah Ismail di Penang. Ketika dihubungi, Aishah sudah pun dalam perjalanan ke Klinik Haiwan Hazlim, Seberang Jaya.

Dr Hazlim mengesahkan kaki kucing tersebut patah, sehingga tulang pehanya terbonjol keluar dari daging. Ini gambar yang dikirimkan oleh pembantu beliau.


Bahagian peha yang cedera


Kakinya tidak dapat diselamatkan dan vet mencadangkan agar di potong terus bagi mengelakkan jangkitan dan bagi menyelamatkan kucing betina yang diberi nama Bones oleh Aishah.

Pembedahan mengambil masa sejam setengah. Pemandulan hanya akan dijalankan sebulan dari pembedahan ini bagi membenarkan luka pembedahan kakinya pulih.

Sebentar tadi Cik N melawat Bones sebelum diambil pulang oleh penyelamatnya Aishah. Gambar² Bones yang sempat dirakam :


Bones di pangkuan Aishah Ismail.



Bahagian kaki yang terpaksa di potong.


Menurut Aishah, kucing bertuah ini ditemui di gerai sate di Penanti. Kerana tidak sanggup melihatkan penderitaan kucing ini, Aishah tetap membawanya ke vet bagi menyelamatkan haiwan ini meskipun beliau sendiri sudah mempunyai 4 ekor kucing dan tinggal di apartment.

Kos pembedahan dan rawatan ialah RM400. Aishah telah membiayai separuh daripada kos rawatan Bones.

Alhamdulillah, lagi seekor kucing jalanan mendapat pembelaan dan perhatian insan yang berhati mulia dan ada belas kasihan. Diharap Bones boleh menyesuaikan diri dengan keadaaan, persekitaran, adik beradik dan mama papa baru. InsyALLAH :)

Tuesday, November 1, 2011

Update On Owen

Hari ni dah 3 hari Owen tak nak makan.

Rina dan Fad bergegas membawanya ke Klinik Wawasan untuk penilaian tahap kesihatan untuk mendapatkan rawatan RetroMAD1.

Berita sedih, keadaan Owen terlalu lemah untuk membolehkannya memulakan rawatan RetroMAD1. Liver Owen dah rosak. Rawatan RetroMAD1 hanya akan memburukkan lagi keadaan Owen. Kami buntu.




Owen sedang di bawa pulang ke Honey Vet Clinic untuk fluid therapy. Selebihnya, kami hanya mampu berserah pada Tuhan agar mempermudahkan urusan kami dan menghentikan penderitaan Owen jika sudah itu yang ditakdirkan untuk kami setelah setahun mencuba menyelamatkan Owen.

Dr Joe dari HVC mencadangkan lagi satu ujian darah untuk mengukur kerosakan dalam Owen. Tapi...................

Terdetik di hati ini, adakah saya terlambat membuat keputusan untuk Owen? Kalau saya bertindak awal merujuk Owen ke HVC, adakah keputusan ujian penilaian untuk rawatan RetroMAD1 tu berbeza hari ni? Sekiranya saya cepat menghubungi Dr Tan untuk rawatan RetroMAD1 tu, adakah mungkin hari ini keadaan Owen berbeza?

Kami ingin membawa Owen pulang kerumah. Tapi rumah siapa? Sebagai pembawa FeLV, sukar bg kami membuat keputusan. Untuk membiarkan Owen terus di HVC, juga bukan pilihan yang kami sanggup lakukan saat ini...

Ya Allah,
Kau permudahkan urusan kami...

Ya Allah,
Kau hapuskan penderitaan Owen...

Ya Allah,
Kami bukan mengalah... cuma kami buntu.. bukakanlah jalan untuk kami, Ya Allah..

Ya Allah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.