Monday, August 1, 2011

Snip Program Tajaan Dana KTAJ

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, KTAJ dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Snip Program secara PERCUMA untuk kucing-kucing terpilih dalam bulan Ogos ini menggunakan sebahagian Dana KTAJ yang telah terkumpul sejak kewujudan kami pada Mac 2011 yang lalu.

Program ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan penyertaan golongan yang kurang berkemampuan agar turut sama menjayakan misi jangka panjang projek TNR (Trap-Neuter-Release/Rehome) atas tujuan mengurangkan populasi haiwan jalanan.

KTAJ (Kucing Terbiar & Anjing Jalanan) akan menaja 10 ekor kucing baka domestik yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa KTAJ sendiri.

Tarikh program tersebut akan kami nyatakan kemudian. Kebiasaannya Snip Program kami berlangsung pada hari Sabtu, 8.45 pagi. Lokasi ialah di Klinik Kembiri, Setapak.

Untuk memohon, sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Snip Program Tajaan Dana KTAJ dan emailkan semula kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Tarikh tutup penyertaan ialah Khamis, 4 Ogos 2011. Pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui email.


Update pada 3 Ogos, 4.32pm :
KTAJ telahpun menerima beberapa penyertaan untuk Snip Program Tajaan Dana KTAJ. Beberapa orang masih belum membalas emel kami. Sekiranya penyertaan tidak lengkap dan kucing yang didaftarkan bukan kucing jalanan/strays/outdoor cats, kami terpaksa membatalkan penyertaan anda bagi memberi peluang kepada mereka yang benar² memerlukan.




2 comments: