Saturday, April 30, 2011

Si Capuk

Pada 19 April lepas, Cik Anis, student UKM memaklumkan bahawa SI CAPUK, kucing betina yang sedang sarat mengandung dan selalu diberi makan olehnya jatuh dari tingkat atas. Tidak dapat dipastikan dari tingkat berapa. Tapi ketika di temui, Si Capuk terbaring kesakitan.


Photo credit to Anis


Kelam kabut le kami mencari volunteer kerana Anis takde kenderaan dan cik² admin wonderpet dan SuperKeen sedang bekerja. Alhamdulillah, nasib baik ada Kak E. Segeralah ibu kucing tu dibawa ke panel kami Honey Vet Clinic.

Xray Si Capuk menunjukkan tulang pehanya yg patah. Bayi dalam perut juga aktif. Takde kecederaan lain yg serius kecuali trauma. Doktor kata, Si Capuk tak perlu jalani pembedahan. Hanya perlu dikurung selama 6 minggu untuk mempercepatkan penyembuhan sendiri.



Photo credit to HVC



Update terbaru beberapa hari lepas, Si Capuk masih boarding di Honey Vet Clinic dan dah beranak. 4 kittens semuanya. 1 undeveloped fetus, 1 mati ketika lahir, 2 lagi baik² saja. Alhamdulillah.
Harap dapat terus ikuti perkembangan Si Capuk lepas keluar dari vet nanti ye?


Photo credit to Anis


Have a speed recovery, Si Capuk! :)

Lebiu ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




Wednesday, April 6, 2011

PerinGaTan UnTuk MereKa yanG BerniaT unTuk MenGaDoPT kucinG. HormaTi PrinsiP daN cARa KerJa kamI.

Photobucket

Kadang-kadang terasa bosan dan jemu mahu ulang perkara yang sama tapi kalau untuk mereka yang tidak berapa mahu reti bahasa, perlu di ulang lagi. Ayat di atas saya taip di lama Facebook seorang makhluk Allah yang telah berjanji untuk mengadopt dua ekor anak kucing.

Namun beliau amat payah untuk bekerjasama. Ada saja alasannya bila tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej. Beliau juga amat tidak peka bila memberi alasan 'terlupa' sewaktu kami, saya dan kak Tuah Hanani mahu menghantar anak kucing tersebut kepadanya sedangkan kami sudah memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. What The Hell? Kau yang mahu bukan kami paksa. Tapi bila kita telefon, seribu alasan dia beri. Kami sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi anak kucing tersebut seperti yang di janjikan.

Tapi kenapa banyak sangat alasan?? Adalah lebih baik kamu berterus terang sedari awal, tidak perlu penat lelah mahu cari pelbagai alasan. Bagi aku senang saja, jika kamu berminat untuk 'adopt' kucing dan betul-betul sayangkan kucing, kamu pasti teruja tanpa akan melupakan tarikh yang sepatutnya yang telah di persetujui. Kamu sendiri yang akan telefon atau mesej kami, bukan kami yang asyik 24 jam cari kamu sedangkan kamu mengabaikan semua panggilan kami. Pelbagai alasan di beri, dari datuk sakit sampailah dekat pusat karaoke. Manusia oh manusia...

Untuk Ekyn dari Seremban,
terimalah hakikat. Tidak perlu takut atau marah sehingga mem'block' saya dari masuk ke Facebook kamu? Kenapa? Orang takut ni selalunya mereka yang bersalah. Jangan jadi pengecut. Beri apa alasan sekali pun, tapi Allah juga yang Maha Mengetahui.

Hormati prinsip dan kerja kami. Walau mereka hanya binatang tapi hormatilah mereka juga yang kamu persendakan. Jadi, peringatan kepada semua yang mem'booking' kucing dari blog saya dan KTAJ.

Kami tidak akan marah jika kamu memberitahu awal, kamu mahu membatalkan untuk mengadopt kucing tersebut. Tapi kami akan rasa kecewa jika kamu jadi seperti manusia yang di atas. Harap jelas. Jika mahu batalkan adoption sila emel atau mesej mana-mana pihak yang berkenaan. Adalah lebih baik tidak serah dari serah kepada mereka yang tidak ikhlas menerima.

By : tEDi

Sumber : http://myqza.blogspot.com/

Tuesday, April 5, 2011

Kucing 'No Name' dan Kucing Yang Mau di PTS

30 Mac lalu, Ecah posted up di wall KTAJ di FB berkenaan seekor anak kucing yang jatuh dari bumbung tempat Ecah dinner malam tu. Pada asalnya Ecah nak iklankan anak kucing tu untuk adoption.



Photo credit to Ecah


Tapi keesokannya baru Ecah perasan yang kucing tu ada masalah pada bahagian belakang badan dan kaki belakangnya.


Photo credit to Ecah


Terus Ecah bawak anak kucing tu ke St Angle Vet di Puchong mendapatkan khidmat x-ray dan rawatan.


Photo credit to Ecah


Alhamdulillah khabarnya anak kucing yg jatuh bumbung tak mengalami kecederaan serius, tapi ambil masa nak pulih.

Ini kos rawatan untuk anak kucing yang jatuh bumbung ni. RM134. Tapi oleh kerana Medical Fund KTAJ semakin surut, kami cuma mampu membantu sebanyak RM100 sahaja. Maafkan kami ye Cah. Terima kasih sebab Ecah sudi menanggung sebahagian kos rawatan untuk kucing ni.



Photo credit to Ecah


Di klinik itulah Ecah bertemu dengan anak kucing malang yang mau di PTS oleh tuannya kerana bawah perut anak kucing tu melecet dan melelas, dan kebetulan hubby tak suka kucing.


Errrkkk esok kalo hubby tak suka mak ko yang dah tua dan nyanyuk, apa mau PTS orang tua tu jugak? *emo*


Nasib baik la ada Ecah di sana. Setelah berbincang dengan tuan punya kucing, tuan punya kucing pun sepakat mau membayar bil rawatan si anak kucing malang itu untuk Ecah bawa pulang. Kisah penuh di sini.


Photo credit to Ecah



Photo credit to Ecah


Ini adalah sebahagian gambar anak kucing malang yang mau di PTS oleh tuannya. Kami ambil dari post Ecah dalam blognya. Sedang dirawat dan berehat di rumah Ecah. Gambar dan recovery progressnya akan Ecah update dari masa ke semasa. InsyAllah.

Photo credit to Ecah


Hari ini, anak kucing Tanpa Nama (No Name, nama yang diletakkan dalam bilnya. Huhu..) yang jatuh bumbung dah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini buktinya. Sempat membuli anak kucing yg mau di PTS oleh tuannya tu.



Photo credit to Ecah


Notty kamu, ya No Name!

Anak kucing yang mau di PTS oleh tuannya tu pun bole tahan lasak. Semoga cepat sembuh dari luka. Ecah dah bagi sup ikan haruan. Harap lukanya cepat kering dan bole buli No Name balik. Yeehaa!


Photo credit to Ecah


Photo credit to Ecah


Sesiapa yang ingin adopt salah sekor atau kedua-dua anak kucing ini setelah mereka sembuh amatlah di alu-alukan :)

Wilebiu, Cah! ♥ ♥ ♥ ♥

Owen si Kucing Oren

Gambar Owen dah lama digunakan sebagai profile pic di page dan di blog sejak awal pembikinan page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di FB.



Photo credit to Shahriza Idrus


Ramai yang tanya, siapa kucing dalam gambar tu? Di mana kucing tu sekarang?

Ada kisah di sebalik gambar si kucing oren ni sebenarnya.

Sebulan yg lalu, Cik Shahriza Idrus telah meminta bantuan dari animal lovers lain agar membantu beliau menyelamatkan si kucing oren yang terkoyak kulit di bahagian kepala. Kucing jantan. Besar kemungkinan kecederaan akibat bergaduh dengan kucing jantan lain. Segala persiapan telah dibuat untuk menangkap dan menyelamatkan si kucing oren. Cik Shahriza telahpun membeli sebuah sangkar untuk memudahkan si kucing oren yg liar dan garang ni mendapatkan rawatan. Malah Cik Shahriza telah menghubungi beberapa org vet berhampiran untuk bertanyakan kos dan rawatan yg akan di lakukan ke atas si kucing oren.

Malangnya, pada hari kucing oren ni sepatutnya dikejarkan ke klinik, kucing oren ni lesap entah ke mana. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bayang si kucing oren langsung tak kelihatan. Di lubuk hati kami menyangkakan si kucing oren dah pergi untuk selamanya. Tapi kami terus berdoa semoga si kucing oren selamat walau di mana berada.

Pada 31 Mac yg lalu, Cik Shahriza anta personal message di FB admin KTAJ, meminta agar gambar si kucing oren digantikan dengan gambar kucing lain. Perasaan bersalah, kesal dan sayu menghantui beliau kerana tak berjaya menyelamatkan kucing tersebut. Demi menghormati perasaan Cik Shahriza, kami meminta maaf dan menukarkan gambar profile yang lain.

Keesokkannya, kami dikejutkan oleh berita kucing oren tersebut di temui semula! Panik! Gawat! Setelah menangkap si kucing oren, Cik Shahriza bergegas ke vet berhampiran dengan menaiki teksi.


Photo credit to Shahriza Idrus


Kami sangat kagum dengan Cik Shahriza. Meskipun disahkan mengidapi bronchitis yg serius sehingga terpaksa memakai face mask ketika menguruskan si kucing oren ke klinik, beliau tetap bersungguh menyelamatkan si kucing oren. Salute!


Photo credit to Shahriza Idrus


Oleh sbb kos rawatan dan boarding fee di vet agak tinggi, kami terpaksa shout di wall KTAJ dan ALAT kalo² ada yg sudi membantu kes si kucing oren ni. Nasib baik ada badang² ALAT, Mr T dan Papa Meow sudi untuk menjaga si kucing oren di teratak Papa Meow. Berbantukan Pak Ngah, si kucing oren berjaya di hantar ke teratak Papa Meow. Alhamdulillah. Sekarang kucing oren berada di tempat yang selamat dan akan menerima rawatan lanjut. Kos rawatan semuanya di tanggung sendiri oleh Cik Shahriza. InsyAllah lepas si kucing oren sembuh, kami akan snip dia macam kucing² di KTAJ :D

Untuk ikuti kisah seterusnya tentang si oren yg diberi nama OWEN oleh rakan² di KTAJ, boleh la follow blog Papa Meow :).

Antara kisah yg Papa Meow dah update tentang si Owen ni ada di sini, di sini, di sini dan di sini. Wah, banyak post yang Papa update berkenaan si Owen :)

Terima kasih Shahriza kerana menyelamatkan Owen.

Terima kasih Pak Ngah kerana bantuan transportation.

Terima kasih Papa Meow dan Mr T kerana sudi merawat Owen.

Terima kasih Su, vet dari Hillpark Vet Clinic.

Terima kasih kerana menyelamatkan seekor lagi kucing terbiar.

Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, April 1, 2011

♫♪ Neno Neno.. Wonderpet! Wonderpet! ♫♪

"Cik Wonderpet, ada kucing jalanan di temui di kawasan sekian sekian sekian.. Sekian terima kasih, "

Erkkks!

Mentang² la musim hujan. Kami turut dihujani dengan sms/call/personal message yang meminta akan kami terbang ke tempat yg dimaksudkan untuk misi menyelamat. Perlu DITEGASKAN bahawa kami bukan badan NGO tidak rasmi. Kami takde shelter home. Kami takde sponsorship. Kami cuma sekumpulan rakan² animal lover yang cuba membantu rakan² animal lover yg lain dalam bentuk bantuan yg kami mampu. Jangan la expect kami boleh ke sana-sini sesuka hati. Jadual kami juga terbatas dengan tanggungjawab dan rutin harian kami.

Jika korang berniat untuk membantu mana² haiwan jalanan yg korang jumpa, tolong la BE RESPONSIBLE terhadap haiwan tersebut. Jangan la setakat kutip mana² haiwan jalanan, then LEPAS TANGAN pada KTAJ. Boleh mati terduduk kami di buatnya. Fahamilah keadaan kami ye kawan².

Setelah berbincang sesama admin, KTAJ kini terpaksa meletakkan beberapa syarat dan peraturan agar semua animal lovers lebih responsible :

1) Kamu rescue, kami bantu apa yg mampu.
Jika perlukan transportation untuk ke vet, kami akan shout di wall KTAJ di Facebook jika ada volunteer yang sudi membantu.

2) Mulai 1 April 2011, kami hanya akan buat derma kilat bg kes² kecederaan/kemalangan/penyakit yang bil perubatannya melebihi RM200. Rawatan tersebut hendaklah di buat di klinik² kerajaan atau beberapa klinik swasta yang kami pilih.


Owner/rescuer perlu membayar sejumlah deposit seperti yg dipersetujui/dinyatakan oleh panel vet kami. Bil yang selebihnya akan diserahkan kepada KTAJ. Deposit adalah WAJIB! COMPULSORY! A MUST!


Bil yang kurang dari RM200, perlu ditanggung sendiri oleh individu tersebut. Dalam kes² tertentu, KTAJ akan mengeluarkan Medical Fund (lebihan daripada derma untuk kes² sebelumnya) untuk membayar separuh daripada kes yang kos rawatannya tak mencecah RM200.

Our fund is running low. Kami takleh selalu meminta-minta derma. Takkan la sikit² kami nak mintak derma. Nanti apa orang kata, kan?

3) Jika mau letak adoption, pastikan kucing dalam keadaan sihat kecuali sudah dipersetujui oleh adopter. Emailkan gambar dan sedikit butiran berkenaan kucing tersebut. Kami akan cuba spread the words di sana sini (di blog² dan page komuniti haiwan yg lain).

Bersikap adil la dengan adopter. Sebelum bg org for adoption, pastikan haiwan di -deworm, de-fleas, sudah di vaksin. Jika kucing dewasa, pastikan sudah dimandulkan sebelum put for adoption.

Kami tanak terima rungutan dari adopter yang terpaksa keluar bil perubatan yang tinggi bila kucing yang mereka adopt tu ada masalah kesihatan dan sebagainya.

Jangan lupa mandulkan kucing dewasa korang. Jangan dah terberanak berlambak tak terjaga, baru cari kami untuk adoption. Awal² sudah kami pesan - MANDULKAN HAIWAN PELIHARAAN KORANG.

Maaflah kerana kami terpaksa menulis begini. Bukan niat nak menyinggung sape². Tapi kami tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Jadi kami harap agar semua dapat sama² bekerjasama.

Apa yang penting? K E R J A S A M A!

Wilebiu ♥ ♥ ♥ ♥