Monday, February 22, 2016

Meow Pemeriah Suasana Berkursus

Hi Kawan-Kawan! 

Salah seorang volunteer kami ada kursus teambuilding di Melaka. Haaa memang tak sangka yang anak anak bulu nih joined sekali. kursus 3 hari dan mereka ni gigih duduk bersama. boleh dapat sijil macam nih. 

kucing-kucing ini dijaga baik oleh pihak resort. cuma nanti kena educate tentang pemandulan bagi mengelakkan populasi kucing-kucing ini bertambah. 


Khusyu' betul dia mendengar pengisian kursus! kucing ni boboi yang sangat manja. kerja nya asyik mintak digaru2 dan diusap usap. 

meow muka comot nih adalah yang paling baik sekali! tak berbunyi2 dan duduk diam jer atas lap salah seorang peserta yang juga pencinta kucing. Alhamdulillah di mana mana pun ada pencinta kucing! 

haaaa ini paling best! penat beraktiviti dia bantai tidur atas alas kaki! ha ha ha. tak hirau orang yang lalu lalang dan langkah dia. penat benar ni! 

Tuhan atau takdir kirimkan kepada kita meow yang comel ini bagi memeriahkan keadaan dan suasana tempat kita berkursus. jadi jangan sombon dengan mereka. 


Encik MemeranGemok


Thursday, February 18, 2016

Kucing, Outstation dan Rindu

Hi kawan-kawan, 

Korang ada tak berperasaan macam ni bila selalu kena pergi outstation? How we wished yang anak-anakbulu kita nih boleh text dan update keadaan diri mereka kan? 

Kredit Gambar: Cik Idaxu Rais


kebiasannya kita akan tinggalkan kunci rumah kepada rakan yang kita percayai untuk menjaga mereka sekiranya tempoh outstation agak panjang. kalau outstation sekejap-sekejap biasanya anak anak tinggal sendiri. tapi nanti bila balik akan ada banyak harta karun di atas lantai! bertabah lah tuan punya anak anak bulu yer! 

Apa pun bila balik dari outstation melihat telatah mereka memang boleh menghilangkan stress dan penat. okay okay lepas tuh penat jugak la kutip harta karun but we, of course, dont mind kan?! ;-) 

-Encik Memerangemok-
#kucingkembirikool #rinduanakbulu