Monday, August 11, 2014

Dilema Si Kucing Senior...

Assalammualaikum..Haii…
Dalam banyak2 kucing yg korang ada… berapa umur yg paling senior?? 10 thn??  12 thn??  15 thn??

Pic sekadar hiasan. Sumber: Google.com
Seperti manusia…kucing juga mampu mencapai umur senior yang panjang apabila dijaga dengan baik…walaubagaimanapun… bila dah namanya senior.. mcm2 la perubahan yg boleh berlaku.. sama ada dari segi fizikal ataupun mental…sungguhpun begitu.. selagi ada hayatnya… harus la kita menjaganya dengan penuh kasih sayang…tidak adil kiranya waktu ia muda kita sayang2 tp bila dah tua diabaikan...betul tak??

Bila usia makin meningkat (ada artikel yg menyatakan seawal 11 thn), memori, learning ability, awareness/alertness, pendengaran, penglihatan akan semakin berkurang. Ini menyebabkan berlaku perubahan pada pattern dan kekerapan mereka tidur dan juga aktiviti harian.

Kadangkala lupa akan habit kebiasaannya seperti lupa dan tercari2 bowl makanan atau bekas pasir kumbahannya…Ada masanya bertindak agresif terhadap ownernya dan kucing lain yang tinggal bersama-samanya… bukan sebab apa..tp mereka lupa!! Kesimpulannya..memahami keadaan mereka mampu membantu mereka utk cope dan adapt dengan situasi diri mereka itu selain mengurangkan kesakitan yg mungkin mereka hadapi tanpa kita sedari. 


Antara perlakuan yang kerapkali dilihat berlaku pada kucing senior:

  • Membuang najis di luar kotak kumbahannya
  • Membuang najis di tempat tidur atau di tempat ia makan
  • Kadang2 seperti tidak mengenali ahli keluarga dan pets yg serumah dengannya
  • Sesat di tempat yg dia biasa 
  • Merenung satu2 objek atau ruang dengan lama (mcm blur2 atau lost)
  • Berjalan atau merayap tanpa hala tuju walaupun di dalam rumah (mcm blur2 atau lost)
  • Stuck/tak mampu untuk meloloskan diri daripada halangan (cthnya mengiau2 minta didukung apabila berhadapan dengan tangga)
  • Kurang berminat untuk dibelai atau untuk berinteraksi, suka menyendiri
  • Minta perhatian lebih, bergantung dan clingy pada owner
  • Malas untuk groom bulu dan membersihkan diri seperti selalu 
  • Kurang selera untuk makan 
  • Kurang berminat dengan perkara sekeliling (walaupun diajak bermain)
  • Tidak betah/agitated
  •  Tidur tidak nyenyak, kerap terbangun di waktu malam
  •  Kadangkala menjadi sangat vokal berbanding biasa
Jika kucing senior kita ada menunjukkan tanda-tanda seperti di atas…sila lah segera ke vet untuk membuat pemeriksaan. Ini kerana mungkin ada antara perubahan2 itu merupa simptom untuk penyakit yang wujud akibat keadaan usia yang meningkat. Antara keadaan yang boleh kesakitan, ketidak selesaan dan menyebabkan limitasi pada pergerakkan ialah arthritis (sakit sendi), penyakit mulut dan gusi, disfungsi tiroid, kanser, gangguan pada pendengaran/penglihatan dan infeksi pada saluran urinari (termasuk kewujudan batu karang). Keadaan ini menjadi sebab mengapa kucing2 ini sangat sensitif pada sapaan dan sentuhan, menjadikan mereka moody dan seterusnya menjadi agresif. (Agresif ini bersebab - kucing tu memilih utk hissing atau menggigit untuk mengelakkan daripada disentuh kerana sakit, nak beredar atau lari dah x larat/malas/sakit).

Pic sekadar hiasan. Sumber: www.shannonspetsitting.net
Apa yg kita boleh bantu jika perubahan tingkah laku tidak disebabkan oleh sakit fizikal?

  • ·  Jika tiada masalah atau penyakit fizikal yang menjadi sbb perubahan tabiat dan perlakuan yg extreme ini..kebarangkaliannya ia disebabkan oleh aging of the brain…di luar negara, ada vet yg akan prescribe ubat anti-anxiety..walaubagaimanapun aktiviti ini kami tak pasti adakah ia dilakukan di Malaysia atau tidak.

  • Sediakan bekas kumbahan tambahan di beberapa tempat..kekalkan bekas yg sedia ada di tempatnya tapi cuba letakkan bekas tambahan di tingkas atas/bawah rumah jika kucing itu menghadapi masalah untuk turun/naik tangga. Pastikan ianya accessible..almaklum kucing senior..x larat nak jalan jauh..mata pun kabur2..deria pon dah berkurangan, lagi2 kalau dah ada masalah memory loss..so jgn la letak di tempat yg tersorok.. Pemilihan bekas kumbahan pon perlu yg sesuai..kucing senior kadang kala ada masalah untuk melompat masuk dan keluar bekas..jadi pilihla bekas yg mempunyai ruang masuk yg rendah dan luas bukaannya..

  • Kekeliruan dan disorientation kerap dilihat pada kucing yg sangat senior..bahasa mudah..nyanyuk…jadi jgnlah kerap ditukar jenis makanannya/pasir litternya, bimbang ia akan menolak makanan/tidak mahu guna pasir tersebut..jgn diubah lokasi bekas makanan dan pasir kumbahannya juga..kekalkan keadaan yg biasa dan rutin padanya…kalau keadaan distress masih ada..ada baiknya jika kucing ini dijaga pada satu ruang yang lebih kecil..bukan bermakna kita harus cage kan kucing ni tp memadailah dengan menghadkan pergerakkanya pada 1 floor saje dirumah anda atau menjaganya di dalam bilik. Ini memudahkan ia untuk mendapat access utk mknn dan pasir kumbahannya..so kurangla stress…bila kurang stress tentu moodnya makin baik..kan..mcm uollss la..kalau dah nak terbuang air tapi x jumpa2 toilet…harus korg stress kan..kan..silap2 tercirit…sama la keadaannya..

  • Ada banyak sebab mengapa wujud perubahan corak tidur.  Kucing mmg di anugerahkan night vision..bersifat nocturnal..common jika ia lebih aktive pada waktu mlm..tp  keadaan mungkin sedikit berbeza bila kucing itu dikategori senior. Perubahan pada deria mampu mengubah tahap lena tidur kucing sebenarnya. Peningkatan keperluan untuk membuang najis/kencing akibat organ dalam yg semakin menurun fungsinya ditambah dengan masalah nak mencari bekas pasir menyebabkan kucing kita ‘busy’ di waktu malam. Apa yg kita boleh bantu..selain membuat seperti apa yg disarankan pada point ke 2 dan ke 3 seperti di atas…kita boleh bermain dan menambahkan aktiviti mereka pada waktu siang..hakikatnya agak susah…dah pasif, x berapa minat bermain tp tak salah mencuba..bila dah penat bermain siang,mereka penat maka lebih mudah untuk tidur dengan lena..tidur yang berkualiti…bila ditengok balik..seperti kita menjaga baby..kan.. Tapi anxiety juga boleh menyebabkan mereka menjadi restless dan tak reti diam pada waktu malam. Mereka bising diluar pintu, ada yg memanjat2 kepala, kneading di perut dan peha..sepertinya meminta perhatian kita. Kucing yg bukan diumur senior selalunya suka bermain sesama sendiri, berlari atau mencari ‘adventure’ sendiri di rumah…sebab tu kita selalu kene pijak time tidur..betul tak…sebab mereka bermain..Menunjukkan stress kita pada kucing yg sedia stress seperti ini dengan cara memarahi, menghukum atau mengurung mereka tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan cara untuk kembalikan pattern tidur sicomel ini untuk mengurangkan ‘gangguan’ di waktu malam. Ingat..penat bermain siang..malam tidurnya lena..Ada yg mengatakan cubaan menggunakan pheromone spray atau diffuser mampu membantu tapi ada juga yg komplen kaedah ini tidak berkesan pada kucing mereka..Ini menunjukkan penerima antara satu kucing dengan kucing yg lain adalah berbeza2..tapi tak salah kalau nak mencuba..kan…

 P/S: Sayangilah kucing kita walau apapun keadaannya...tua, muda, sihat, sakit...kan..


Thursday, August 7, 2014

Ihsan dan Perikemanusian Yang Hilang

Assalammulaikum kawan kawan,
Hari ni kami nak kongsikan cerita sedih dan sadis. Di sebalik laungan kemanusiaan yang sekarang heboh dipekikan, ada juga manusia yang mendiamkan kekejaman kepada haiwan yang tidak bersuara ini.

Lynn merupakan feeder dan core volunteer kami. Tengah malam semalam Lynn pergi ke feeding area untuk member makan kepada kucing jalanan tetapi sampai agak lewat dari kebiasaan. Sesampainya di tempat kedua feeding area, Lynn ternampak seekor kucing terbaring di atas garisan kuning dibahu jalan raya. Tidur barangkali? Mana mungkin tidur dalam keadaan hujan rintik rintik? Tanggapan buruk yang berlegar di kepala rupa-rupanya adalah kenyataan pahit iaitu kucing yang disangka tidur itu sebenarnya telah kembali ke Penciptanya dengan darah yang masih pekat meleleh tanda baru dilanggar. Kucing jantan hitam dengan tompok putih, berbadan besar terbaring kaku dilanggar oleh manusia yang biasanya begitu lantang melaungkan perihal kemanusiaan. Dengan apa yang ada di dalam kereta, Lynn membungkus badan kaku tadi dan diletakkan di tepi kaki lima supaya tidak kebasahan dan kemudiannya boleh ditanam selepas selesai member makanan di semua feeding spots.

Berpindah ke feeding spot yang ketiga, Lynn ternampak satu tompokan hitam di tengah tengah jalan raya. Jalan sehala, dua lorong merupakan tempat yang paling baik untuk kereta mahupun motor dipandu laju tanpa perlu menghiraukan hidupan yang lalu lalang. Jangan kan kucing, manusia pun pasti tidak terlepas dari risiko untuk dilanggar. Lynn melintas menyeberang jalan tersebut untuk memberi makan seekor kucing feral yang lain dan ketika itulah dia perasan tompokan hitam itu adalah anak kucing tortoiseshell berumur lebih kurang 4 bulan terbaring. Lynn tidak berlengah meluru ke arah anak kucing tersebut dengan sangkaan pastilah anak kucing tersebut telah pun mati dilanggar. Namun mungkin kerana tahu ada orang yang mahu menyelamatkannya, anak kucing tersebut mengangkat kepala nya. Hidup lagi!! Tetapi kereta sangat laju dan tidak ada pun yang mahu berhenti memberi peluang kepada Lynn untuk mengangkat anak kucing tersebut. Banyak kereta hanya mengelak dari melanggar anak kucing tersebut dan sekiranya anak kucing itu bergerak sedikit sudah pasti dia akan bersemadi di atas jalan raya tersebut.

Tidak menghiraukan keselamatan dirinya Lynn menyambar anak kucing itu tetapi oleh kerana post trauma dilanggar, anak kucing tersebut menggelupur ketakutan tidak tentu arah. Darah bersemburan keluar dari mulut dan hidungnya. Hampir pasti, ada kecederaan dalaman cuma tidak tahu tahap kerseriusannya. Keinginan untuk hidup yang tinggi memberi semangat kepada Lynn yang ketika itu sangat panik untuk membawa anak kucing tersebut ke Vet. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Hanya beberapa Vet sahaja yang menerima kes emergency seperti ini tetapi kos rawatan tambahan (surcharge) adalah sangat mahal. Terima kasih kepada Kak Nana dan Saudara Jimmy yang membantu Lynn mendahulukan deposit rawatan anak kucing ini di Gasing Vet Hospital.

Anak kucing ini telah menerima rawatan yang extensive dan buat masa ini dalam keadaan stabil. Pihak SCRACTH telah bersetuju untuk memberi bantuan  kewangan 100% kepada Lynn memandangkan kesungguhannya untuk menyelamatkan anak kucing malang ini.


Kami kongsikan juga gambar anak kucing yang dilanggar tanpa perikemanusiaan. Lihat bagaimana darah yang keluar menitis dari mulutnya. Ngeri?? Sakit?? Kami yakin pasti ramai yang tidak sanggup melihat gambar ini tapi ini adalah kenyataan. Kami yakin ada antara kawan kawan yang akan menyuruh kami jangan upload gambar sebegini, tidak sampai hati nak tengok. Tapi sampaikah hati kita mendiamkan apa yang terjadi kepada anak kucing kecil sebegini?  Mampukah kita menutup mata berpura pura ini semua tidak berlaku?


Kami kongsi kan cerita dan gambar ini bukan mahu meraih simpati tapi kami ingin membuka minda kawan kawan bahawasanya ini adalah kenyataan yang berlaku. Anak kucing ini bertuah kerana berjumpa dengan Lynn. Lynn meletakkan kepentingan dirinya terkemudian dengan mendahulukan keselamatan dan rawatan anak kucing ini. Berapa ramai antara kita yang sanggup berbuat sedemikian? Berapa ramai antara kita yang mendabik dada bercerita tentang hal hal kemanusian, membaca ayat-ayat Quran menceritakan kesempurnaan penciptaan manusia tetapi gagal berlaku adil kepada haiwan yang dalam kesakitan dan memerlukan bantuan?  Mengapa kita manusia selalu merasakan species kita yang paling berhak hidup di mukabumi ini sehingga  mengabaikan kebajikan haiwan jalanan yang dianggap menumpang? Mengapakah kita tidak boleh berlaku ihsan kepada mereka? Dalam kes ini mungkin si pemandu tidak sengaja terlanggar anak kucing ini. Setidak-tidaknya apa yang boleh dia lakukan adalah sama ada letak di tepi supaya tidak berkali kali dilanggar ataupun bawalah ke clinic veterinary untuk rawatan. Begitu lokek dan bakhil kita dengan haiwan jalanan seolah olah kita akan miskin untuk membantu mereka dan kita masih boleh mendabik dada manusialah khalifah/pemimpin di mukabumi ini?



Kami ingin mohon  kawan kawan untuk bantu kami dengan mengubah sikap dan pandangan terhadap haiwan jalanan. Mereka juga punyai hak di atas muka bumi ini. Betul mereka tidak bersuara sama seperti kita tetapi biarlah kita menjadi suara untuk mereka. Jadilah insan yang pertimbangan dan ihsan. Jangan bakhil memberi bantuan kepada haiwan jalanan yang memerlukan. Bertimbangrasa dalam setiap perbuatan itu termasuklah ketika memandu. 

-Encik MemeranGemok-