Friday, April 4, 2014

Saya nak neuterkan kucing awak, bukan awak!

As salam...
Salam Jumaat yg penuh barokah...

Ramai yang akan mempersoalkan dan memberi alasan (kadang2 alasan bodoh juga) apabila isu pemandulan/pengkasian diutarakan..

Antaranya:

" Saya tak mahu menghalang kucing saya dari mengingini dan menikmati hubungan kelamin serta berkeluarga"

Pencerahan: OK, ini la komen paling kelakar dan masuk dalam kategori lawak tak boleh diterima. Untuk kucing, hubungan seks hanya melibatkan pengaruh hormon dan sifat kemandirian yang memang ada dlm setiap haiwan ie animal instinct, tiada sebarang perasaaan lovey dovey atau emosi cintan cintun yang terlibat. Sebenarnya, proses ini agak menyakitkan terutama utk kucing betina.

Kalau anda pernah betul2 memerhatikan proses kucing mengawan, pada akhir proses, kucing betina akan mengerang (dlm kesakitan atau distress), berdesis (hissing) dan ada kalanya mencakar dan menghambat si kucing jantan. Kemaluan kucing jantan mempunyai satu struktur kecil yang mana boleh menyebabkan kesakitan pada kucing betina apabila ia dikeluarkan dari kemaluan kucing betina selepas proses mengawan. Kucing yang telah dimandulkan tidak mempunyai keinginan untuk mengawan. Mereka lebih tenang dan kurang membuat bising seperti biasa (belum dimandulkan).

" Pemandulan menyebabkan kucing saya gemuk dan malas"

Pencerahan: Salah tu!! Yang menyebabkan kucing itu gemuk dan menjadi malas adalah kerana terlebih makan dan kurang bergerak/senaman. Itu jer..kan!!

• " Saya mahu anak saya menyaksikan kucing saya melalui proses melahirkan sekurang2nya sekali, untuk tujuan pembelajaran.." 

Pencerahan: Selalunya kucing akan beranak di tempat yang tersorok dan peluang menyaksikan proses ini secara live adalah sangat tipis. Jika anda mahu mendidik dan memberi penerangan pada anak2 anda tentang proses kelahiran, ada banyak video (seperti di Youtube) dan rancangan tv (seperti saluran Animal Planet, rancangan National Geographic) yang ada boleh tonton.

• "Saya masih belum bersedia la.."

Pencerahan: OK...ini sangat kelakar (facepalm)...sbb yang perlu dimandulkan itu ialah kucing nya, jadi kenapa tuannya pula yang belum bersedia...sebagai tuan yang bertanggungjawab, seharusnya kita membuat pilihan yg bijak dan tepat utk haiwan kesayangan kita..kan..

• "Kucing saya dah tua sangat, tak perlu kot"

Pencerahan: Usia kucing bukan alasan untuk tidak memandulkan kucing anda. melainkan jika ada masalah kesihatan tertentu yang dinyatakan oleh doktor veterinar.

• “Agama saya tidak membenarkan pemandulan haiwan.”

Pencerahan: Meh bukak mata besar2 sikit dan sila lihat poster di bawah. Ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM..sibuk nak pertikaikan...sape lagi pandai..JAKIM ke anda??

Ini merupakan satu isu yang agak sensitif. Meh nak tanya sikit...

Sanggupkah anda untuk membuang anak anda yang berumur 5 thn di jalanan kerana tidak mampu utk memberinya makan/minum?? Tak sanggup kan... Kenapa?? Sbb mereka tak pandai nak urus diri dan berdikari di luar sana...so..sama la mcm haiwan peliharaan kita sebenarnya...


Haiwan peliharaan tidak mampu untuk hidup dan berdikari di jalanan kerana mereka ialah HAIWAN PELIHARAAN. Tidak dinafikan mereka ada animal instict tapi sifat dan skill ini seolah2 'sudah tumpul'. Mereka sudah biasa diberi makan dan dijaga di rumah. Mereka tidak pernah kenal dengan bahaya kenderaan di jalanan, mereka takut dengan muka2 yang mereka tidak biasa lihat, mereka tak pandai meminta-minta di kaki meja atau mengorek tong sampah untuk makanan, jauh sekali bergaduh untuk mempertahankan diri kerana sudah biasa dengan persekitaran rumah yang tenang dan semua tersedia di depan mata. Mereka tidak dilatih untuk berdikari dan tidak mampu untuk mewariskan sikap utk survive di jalanan pada anak2nya nanti. Kesimpulannya, membuang mereka di jalanan adalah sama seperti menghantar mereka untuk diseksa hingga mati dengan cara yang perlahan dan menyakitkan.

Kucing yang tidak dimandulkan boleh melahirkan 4-6 ekor anak dalam 1 kali proses kelahiran. Dan apabila anak2 ini mencapai usia matang dan mula mengawan, ia akan menyumbang kepada peningkatan haiwan jalanan. Pergi ambil kalkulator dan kira kalau tak percaya. Bila tidak dijaga, kebanyakkannya tidak akan bertahan untuk mencapai usia dewasa atau mati akibat penyakit, kebuluran atau kemalangan.



Sudahnya...yang mana satu lebih ditegah oleh agama..biarkan mereka membiak dan melakukan pengabaian sehingga penyebab kepada kematian atau mandulkan mereka utk menjamin kesihatan serta membantu mengurangkan populasi haiwan jalanan yang hidup terseksa di luar sana..fikir-fikirkan la...anda kan pandai2 semuanya..kan...kan...




Reference: http://www.breeding-cats.com/spay-or-neuter.html dan google.com

6 comments:

  1. Betul tu. Saya ada seekor kucing sahaja dan dah dimandulkan. Takde masalah pun sampai sekarang. Ada sorang jiran saya ni, kucing dia nama memey, asyik bunting je. Yang kecik belum cerai susu dan bunting lagi. Haritu saya terdengar jiran saya cakap nak buang Memey sebab asyik bunting je. Apakah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kasi pencerahan sikit pd owner si Memey tu Dela...

      Delete
    2. adakh kucing betina yg tlh dimandul masih mahu mengawan?maaf , saya x fhm

      Delete
  2. Kucing jantan sy tgh on heat..awk rasa klu time mcm tu g wat neuter...agak2 ok ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya x digalakkan sbb hormon kuat dan boleh memberi masalah kesihatan lain pula.

      Delete