Wednesday, December 25, 2013

TQ HURI & KONSPIRASI WARNA!!

As Salam.....Hai.....

Apa khabar? Sihat? Team KTAJ pon sihat....busy sikit nowadays...ada byk jemputan untuk buka booth...syukur alhamdulillah...moga2 dpt kumpul lebih byk funds utk strays..siapa mintak2 diskaun kat booth nanti akan cik buaya cubit okeh...inikan charity sales..kami2 warga kerja KTAJ kalau nak beli merchandise pon akan beli pada harga jualan...tak pernah beli pada cost price tau...

Kalau korang perasan...tahun ni KTAJ/SCRATCH ada kalendar kan...sape yg terlepas pandang...meh tgk..

Cantikkan...warna2 ceria...
Ni cover depannya pulak....cover depan ni memaparkan kucing2 yg telah direscue dan telah pon berjaya di rehome kan...happy ending...sulu dijalanan gelandangan..sekarang sudah ada rumah dan disayang...sebagai NGO yg terlibat dalam misi membantu haiwan jalanan...happy ending ni sangat priceless utk kami....kudrat dan sumber kami terhad...tetap syukur bila dapat membantu sebahagian yg memerlukan...
Untuk pengetahuan semua..kalendar kami ini telah disponsor oleh 2 individu/kumpulan yg berhati dermawan...hasil jualan kalendar2 ini 100% didermakan ke tabung KTAJ/SCRACH.

Kalendar ini telah didesign kan oleh Zam Nayan dari HURI manakalah En Juba Mansor dari Konspirasi Warna telah mencetak 500 keping kalendar2 ini secara percuma untuk disumbangkan kepada KTAJ sebagai salah satu item charity sales.

Tiada kata yang dapat kami ucapkan selain setinggi2 ucapan terima kasih atas kesudian mereka menyokong kerja2 amal yg kami lakukan. Semoga usaha2 kalian ini diberkati...mudah2an dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan kalian.

HURI dan KONSPIRASI WARNA boleh dihubungi melalui link dan talian dibawah. Singgah2lah utk melihat hasil kerja mereka ya...
Zam Nayan
HURI
Website - http://www.huri.co/
FB - https://www.facebook.com/HURImedia
Contact - info@huri.co

Juba Mansor
Konspirasi Warna
FB - https://www.facebook.com/juba.mansor
Contact no - 0166880757
 

P/S: Ini la antara sebab uollss x boleh mintak diskaun di booth tau....ini charity sales wei...bukan year end sale atau sale hari raya..kehehhehehe...


Tuesday, December 24, 2013

S.C.R.A.T.C.H at MATICS

Hai kawan kawan ~!

kami nak kongsi cerita event. alhamdulillah hampir setiap bulan kami mendapat jemputan untuk menganbil bahgaian dalam program untuk menambah dana kami melalui jualan amal. Kami benar benar terhutang budi dan berterima kasih dengan presiden KKM, Pak Khalid yang sentiasa menghubungi kami sekiranya ada program yang boleh kami sertai. Kawan kawan sila support page KKM juga yer! Oh boleh tekan di sini, ye di situ ada linknya, tekan lah. 
Program ini berlangsung pada 30 November dan 1 December 2013 yang lalu. Walau bagaimanapun oleh kerana kesuntukan masa dan short of manpower kami hanya dapat hadir pada 1 December sahaja. Walaupun acara bermula pada jam 11 pagi, volunteers kami telah tiba seawal jam 9 untuk menyusun dan mengagihkan kerja kerja di booth kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuaca pun menyebelahi kami kerana pada hari tersebuut tidak terlalu panas. 

face painting atau conteng-conteng muka adalah aktivti paling 'panas' di booth kami. untuk pengetahuan kawan kawan, kami ada 3 orang cik adik yang comel, mempunyai bakat membuat face painting. setiap contengan akan dikenakan 5 ringgit dan terpulang kepada kawan kawan sekiranya mahu menderma lebih. semua bayaran untuk face painting masuk ke dana kami. face painting tidak terhad kepada kanak kanak sahaja. ada jugak cik akak, cik abang yang sangat sporting membenarkan kami menconteng muka mereka menjadi harimau, kucing cute dan sebagainya. terima kasih kepada mereka yang menyokong face painting kami. 

Seperti biasa kami akan ada kucing ataupun kitten untuk di berikan melalui proses adoption kepada pemilik baru. kucing dan anak kucing ini adalah kucing2 yang diselamatkan dari jalanan dan telah menerima rawatan sebelum dibawa untuk adoption. kami tidak ada adoption fee tapi kami amat amat berbesar hati sekiranya kawan kawan, tuan puan yang mahu mengambil kucing kami sebagai ahli keluarga baru untuk menderma seadanya. 

gambar di sebelah ini adik nienie. adik nienie dijumpai di foodcourt salah sebuah IPTS di selangor. adik nienie dijumpai berjalan2 tanpa ada ibu dan kelihatan lost. rescuer kami mengambil keputusan untuk membawa pulang dan membawa ke vet pada 3 hari berikutnya setelah semuanya tenang. adik nienie berada dalam keadaan kesihatan yang tiptop! dan dia adalah anak kucing yang paling naughty!  





ini Jimmy Boy dan Oren. diselamatkan oleh volunteer kami yang paling cute. Jimmy Boy dan Oren pernah berada di event putrajaya bulan september yang lalu. walau bagaimanapun nasib belum lagi menyebelahi mereka kerana masih belum bertemu dengan keluarga yang benar2 menyangi kucing berbulu pendek. rata rata yang bertanya kepada kami 'ada tak kucing berbulu panjang' atau 'baka itu dan baka ini'. kawan kawan,  tuan puan, kucing kampung adalah yang paling unik kerana attitude dan personalitinya. jangan diskriminasikan kucing kampung hanya kerana mereka berbulu pendek. kenali mereka dan pasti tuan tuan, puan puan dan kawan kawan akan jatuh cinta. percayalah, kami sudah menyelamatkan pelbagai jenis baka kucing dari yang mahal hinggalah yang diimport, tetapi kucing kampung tetap di hati! 

Eh nanti kami akan berada di SACC Mall Shah Alam! marilah berjumpa dan beramah mesra~~




Kredit: Gambar dari Kak Po dan Encik Bull Terrier yang Terrer.

-Encik Memerangemok-

Wednesday, December 18, 2013

Berlari Di Jambatan Pelangi

Hi kawan kawan, 

Minggu ini minggu yang agak sukar dan penuh emosi bagi warga SCRATCH/KTAJ. Satu demi satu berita kematian anak anak bulu kami terima dan memberatkan sarat di dada. Kami tidak berniat ingin menyuramkan hati para pembaca tetapi kami hanya ingin berkongsi kesedihan hati. Kami harap pembaca dan follower blog SCRACTH/KTAJ memahami apa yang kami tanggung dan lihat hampir setiap hari. 


Kes Pertama: Adik Tanpa Nama 

Tidak diketahui berapa usia adik ini, barangkali kurang dari sebulan melihat dari tapak kakinya. bahagian badan yang lain sudah mengembung dan berbau. Salah seorang volunteer kami melakukan rondaan di sekeliling flat kediamannya dan tersentak melihat sekujur tubuh kecil terbaring tidak bergerak.
Tiada alunan nafas dan tiada tindak balas ketika didekati. Adik tanpa nama disyaki mangsa langgar lari. tidak perlu deskripsi detail kerana keadaannya sangat2 menyedihkan. kesan darah kering masih ada di satu petak parkir seolah olah memberitahu adik ini telah lama tidak bernafas. lebih memilukan bilamana sekujur tubuh kecil ini disumbat ke dalam satu lubang sesalur ke longkang. mujur tidak terus jatuh ke dalamnya. apalah salahnya kalau adik ini dibalut dan ditanam tanda hormat kepada satu nyawa. sudah lah dilanggar, dicampak sahaja ke tepi longkang. bagaimana mungkin kita ini boleh mengangkat diri sebagai khalifah di muka bumi? atau menjadi 'the good shepherd'? kenapa kita terlalu sombong dan memandang hina serta sepi kepada haiwan jalanan seperti adik ini? 

Adik tanpa nama sudah pun selamat ditanam. Adik pergi terlalu awal tetapi kami yakin kini adik bergembira di jambatan pelangi menghindari dunia yang penuh dengan manusia zalim, sombong dan bongkak. kepada pembaca entry ini, kami mohon tuan tuan, puan puan, cik, encik, abang,kakak dan adik semua supaya bersifat empathy dan simpati kepada haiwan jalanan. kadang kadang mereka tak mahu pun makanan dari kita. cukup dengan gosokan di kepala dan perut. cukup untuk mereka tahu yang mereka juga disayangi. 


Kes Kedua: Hachiko 

Hachiko anjing lincah milik salah seorang independent rescuer bernama Ah Mun. Hachiko adalah anjing terbiar yang diselamatkan oleh Ah Mun kemudian menjalani sessi pemulihan menjadi anjing pengawal. Ah Mun merupakan kawan baik kepada kami warga SCRATCH. 

Pada 16 December kawasan rumah perlindungan anjing yang dibina Ah Mun dimasuki ular tedung. Hachiko menjadi wira membunuh ular tersebut dan menyelamatkan kawan kawan berkaki empat yang lain. tidak menunjukkan apa apa tanda keracunan, pagi tadi kami dikejutkan dengan kematian Hachiko. tiada tanda gigitan ular dan tiada pula buih di mulut hachiko sekiranya dia tergigit kantung racun ular tersebut. Kami diberitahu bahawa Hachiko sihat seadanya pada sebelah petang makan dan bermain dengan kawan kawan yang lain. Pada 17 haribulan kami amat bersedih dengan pemergian Hachiko yang menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan kawan kawan yang lain pada hari ini. Pengajaran di sini, kepada mereka yang selalu memandang hina anjing, kadang kala perangai manusia jauh lebih teruk dari anjing. kami bersimpati dengan Ah Mun yang ketika ini sedang bersedih dan berkabung.  


Kes Ketiga: Adik Rektum

Semalam kami menerima 1 email dari Hidayah memohon subsidi perubatan untuk anak kucing yang diselamatkannya di tepi longkang besar. Adik rektum baru berusia lebih kurang 2 bulan, mengalami rectal prolapse & badannya tersangat kurus. Bila dipegang hanya rasa tulang. Sebelum Hidayah email kepada kami, dia sudah terlebih dahulu bergegas ke klinik sejurus dia terjumpa Adik Rektum. Klinik 1 memberitahu si comel ini tiada harapan untuk hidup lama kerana keadaannya yang sgt2 teruk dan menyarankan untuk menjalankan surgery secepat mungkin atau PTS. Hidayah tidak berputus asa dan mengambil keputusan membawa ke kilnik lain untuk pandangan kedua.  

Klinik 2 memberitahu perkara yang sama iaitu adik rektum dalam keadaan yang sangat lemah kerana dehydrated, darah yang sangat2 kurang sehingga pucat & lelangit kebiruan, jangkitan di bahagian hujung usus yang teruk, badan yang terlalu kurus. doctor tidak bersetuju untuk menjalankan surgery memandangkan ianya berisiko tinggi; si comel mungkin tidak akan bangun selepas pembedahan. Doctor sarankan samada di PTS atau tunggu dalam masa 2 minggu dan sekiranya adik rektum dapat bertahan maka pembedahan akan dilakukan.

Hidayah masih tidak berputus asa. Dengan nasihat kawan2 yang lain, dia bawa pulang Adik rektum ke rumah untuk 1 malam sebelum dihantar ke Klinik 3 pada hari ini dengan harapan pandangan doctor yang ke 3 memberikan sedikit sinar untuk si kecil ini terus hidup. Walaupun ada ahli keluarga Hidayah yang tidak bersetuju untuk membawa si kecil ni pulang ke rumah, Hidayah tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing. 

Pada awalnya Adik Rektum memberi tindak balas positive setelah diberi multivitamin dan air tetapi ketentuan Tuhan melebihi perangcangan manusia. Walaupun kami telah mendapatkan fosterer serta juga adopter tapi adik rektum dipanggil kembali ke sisiNya. tinggal lah kami disini bersedih hati tetapi kami tahu, di sana adalah sebaik baik tempat untuk adik rektum. 

adik ini berkemungkin di sepak atau menerima hentakan kuat di bahagian perut sehingga menghimpit bahagian abdomen dan memaksa sebahagian usus adik ini keluar. oleh kerana tiada siapa peduli, adik terbiar tanpa mendapat rawatan sehinggalah bertemu dengan hadayah. 



Kami sebak, kami terharu, kami kagum dengan kesungguhan Hidayah yang tidak berputus asa & bergegas ke sana sini semalam demi untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing yang masih tidak mengerti apa2. kami masih sugul dengan pemergian adik rektum. kami juga berharap hidayah cekalkan hati walaupun ada sesetengah manusia sombong akan berkata 'itu hanyalah seekor kucing'. 


Kami warga SCRACTH memohon jasa baik tuan tuan dan puan puan, adik kakak abang yang membaca entry ini, luangkan la sedikit pendapatan kita untuk melakukan kebajikan kepada haiwan. nikmat dan rezeki yang tuhan kurniakan kepada kita ni amat banyak dan datang dalam keadaan yang tidak diduga. berlaku baik kepada sesama makhluk, percayalah tidak akan ada yang rugi. Sekiranya tuan tuan, puan puan tidak berkemampuan, jangan disakiti haiwan terbiar ini. kalaupun tidak menyukai mereka, cukup dengan menjauhi diri kita dari mereka. kehidupan mereka sudah sedia ada susah dan jangan ditambah lagi penderitaan yang tidak perlu. 


-Encik Memerangemok-






Monday, December 9, 2013

Pet World Johor Bahru 2013

As Salam... Selamat Sejahtera..

Kawan-kawan..kami ingin mewarwarkan satu berita gembira....sila excited cepattt!!! Heehehehhe..

Sukacitanya dimaklumkan warga kerja SCRATCH akan turun ke Johor Bahru untuk turut sama memeriahkan event Pet World Johor Bahru 2013...

Kami akan bawa bersama design terbaru T-shirt limited edition kami...ya!! limited edition tau....jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal utk membelinya..Kl pon kami belum jual lagi...khas utk org JB!! panas panas ni!! Selain dari baju, kami juga ada pelbagai headbands untuk kawan kawan beli. ada juga barangan chomel seperti key-chain, wristband dan juga penanda buku. semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung dana bantuan untuk anjing dan kucing terbiar di luar sana. Jadi kami amat berbesar hati kalau kawan boleh ajak kawan yang lain, kawan kepada kawan even kawan yang dah tak kawan pun tak per untuk datang dan membeli barangan kami. 



Bantu kami untuk membantu haiwan yang memerlukan batuan terutamanya perubatan dan pengkasian. 


Datang jangan tak datang...Jumpa di sana...jgn malu2 utk bertegur sapa dan singgah di booth kami ya...beli sambil beramal..nak ambil gambar pon boleh...

oh ya...insyaallah adoption drive pon ada....

Lai..lai...lai..








Friday, December 6, 2013

S.O.S - KUANTAN RESCUE MISSION!!

As Salam..

S.O.S - KUANTAN RESCUE MISSION!!

KAMI MEMERLUKAN SUMBANGAN BARANG2 UNTUK DIBAWA KE KUANTAN!

Keadaan banjir yang teruk di Pahang telah memaksa banyak kucing/anjing terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa pilihan. Ramai yang telah menghubungi Kuantan Animal Rescue & Education (KARE) memohon agar kucing/anjing mereka diselamatkan kerana dikhuatiri mereka sedang kelaparan tanpa makanan dan air yang bersih untuk diminum.. Berikut adalah antara barangan yang perlu dikumpulkan oleh SCRATCH untuk di bawa ke sana untuk misi menyelamat :

1. Cages/carrier

2. Cats & Dogs Kibble

3. Glucose

4. Cotton wool

5. Syringe

6. Anti bacteria wipes/ alcohol wipes

7. Ubat mata - Terramycin

8. Wet tissue

9. Sarung tangan

10. Bandages

11. Gunting

12. Used Towel/Blanket/Curtains

13. Spray Luka

14. Kitten Wet food

15. Surat Khabar Lama

16. Hair Dryer

17. Pet Supplement - Vetri DMG, Nutri Cal

18. Cotton buds

19. Face mask

20. Botol Mineral besar

21. Any disinfectant

22. Digital Termometer

23. Petroleum Gel



Beberapa warga SCRATCH (yang akan memakai baju SCRATCH) akan berada di tempat pengumpulan barang2 pada malam ini (Jumaat 6th Dec) dan esok (Sabtu 7th Dec) pada masa dan tempat seperti berikut :

1. Hadapan Bangunan Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Masa : 9.00-10.00 malam ini

2. Petronas Tesco Ampang. Masa 9.00 - 10.00 malam ini

3. Tesco Bukit Beruntung. Masa 9.00 - 10.00 malam ini

4. Mahbub Lucky Garden Bangsar. Masa : 8.30 - 10.00 malam ini

5. Shell Station sebelah Paradigm Mall Kelana Jaya. Sabtu 7th Dec. 10am - 11am

6. Drive thru McDonalds Bandar Baru Bangi (Berdekatan Billions PKNS). Sabtu 7th Dec. 9am - 10am

7. Depan LRT Sg Besi. 7th Dec. (Sabtu) 9am - 10am


Update untuk pengumpulan barang2 keperluan akan diwar-warkan dari masa ke semasa di wall FB kami di sini..

BANTUAN ANDA AMAT KAMI HARGAI....



Tuesday, December 3, 2013

S.C.R.A.T.C.H at Dogathon 2013

Hello Peeps! 


Many weeks ago (well you may say it many months ago :-P ) we were approached by Dogathon 2013 organizer, Cik Aqilla and we were invited to participate as one of the supporters in that event. Dogathon is an annual canine gathering and since their visions are in line with ours, we were more  than glad to join the event. It was a one-day event held on the 6th of OCT 2013, started as early as 630 am and ended slightly pass noon. hey peeps, if you missed this year's Dogathon, please please come next year. Dont worry, we will alert you  when the time comes. We would like to encourage the Malay community in specific because this Dogathon will give you a different perspective towards dogs, owing dogs and dogs' behaviors. For your information, the committee members were from various races and yes could see malay boys and girls working hand in hand with the other students. Dogathon truly shows to us, compassion towards animal beyond racial and religious beliefs. Please mark your calender around October 

There were many activity arranged for both dogs and the owners. the earliest activity was the dog race. both dogs and owners will run for 2.4 km. There were few categories depending on the dog's size. Hey, in this gathering you could see from the smallest chihuahua to the largest breed like great dane and mastiff taking part in the dog race. oh not to mention, the malamute and husky clans were also there. 

The event was then officiated by a minister and Vince Chong (the winner of AF season 1) was there to show his support~! Aha, this Dogathon is not only for your dogs to interact with the other dogs but it is a good platform to for you to expand your social contacts. 


We were given a booth number 28 next to PawMission booth. although SCRACTH is known to advocate more of cat cases but we do subsidize and respond to dog cases too. our team members arrived around seven and set the booth for charity sales. all the donations and sales are use to fund neutering and medical subsidy. everyday, we received not less than 5 SOS e-mails pledging for medical and neutering subsidy. our team members work hard to ensure the fund will not deplete and we could extend monetary help to those who are in need. 

The limited edition t-shirts were among the items sold at our booth and they were selling fast. We were (and still are) grateful with the support shown by the public who attended the event despite we can be considered 'young' and 'new' non profit organization. apart from the t-shirts, we also had face-painting and we have talented team mates! we would like to thank those who came to our booth and supported us by donating through merchandise buying and face painting. There is no word we could find to express our gratefulness on your generosity.   



All in all we wrapped up  the day happily. we were happy to know that dogs (and animal in general) do have place on earth and we celebrate their existence. We are happy that mankind acknowledges the dogs' role in our lives not only as pets but beyond that. Seeing the Malay students working together in making this event a success make us to believe one day dogs will be equally accepted and deserve a better treatment from the society. 

We could not wait for Dogathon 2014! Mark your calender and meet us there with new merchandise to be grabbed. 

-Encik Memerangemok-


Monday, December 2, 2013

Meow..Meow..Terima Kasih..

As Salam & Salam Sejahtera...

Scratch ditubuhkan dengan tujuan utk membantu kucing dan anjing jalanan...sedaya upaya kami mencari dana melalui jualan amal serta sumbangan peribadi orang perseorangan dalam menjayakan aktivit pemberian subsidi kepada rescuer yg layak (mengikut syarat dan terma yg telah ditetapkan). Sekali lagi ingin ditekankan...fokus kami pada haiwan jalanan..bukan yg dipelihara dan mempunyai tuan.

Kadangkala apabila ada kes yg memerlukan bantuan dengan segera...kami akan shout out kes tersebut di wall kami dan syukur..sentiasa ada sumbangan yg dihulurkan. Pada kami..bukan nilai sumbangan yg menjadi ukuran..bukan x pernah kami menerima sumbangan RM3...pada kami setiap ringgit itu berharga...lagi2 apabila tujuannya utk menyelamatkan nyawa...terima kasih banyak-banyak..kami doakan semoga anda semua murah rezeki dan dipermudahkan juga urusan kerana tanpa segan silu anda semua sudi membantu kami dan anak-anak bulus yang memerlukan ini.


Di sini, kami list kan nama-nama insan yg sudi memberi sumbangan bermula dari sumbangan yg diterima hingga November 2013. Insyaallah kami akan mula memberi update setiap kes kucing-kucing yg telah bejaya diberi bantuan hasil sumbangan penama-penama di bawah.

Sumbangan setakat 25 Jun 2013

Sumbangan dari 26 Jun hingga 29 November 2013
 








P/S: Dalam bersedekah..nilai tidak penting..tp yg penting ialah keikhlasan..kami faham...setiap org ada had kemampuan masing2...apa yang penting?? Kerjasama!! Sikit2 lama jadi bukit..sama2 meringan beban mereka yg memerlukan...hari ini hari mereka...betul tak? Nantikan dari kami berita2 gembira anak2 bulus yang sihat setelah menerima rawatan hasil sumbangan orang ramai ok...daa...





Pics ehsan dari Google





Wednesday, November 27, 2013

PERTANDINGAN KUCING ANTARA BANGSA, MATIC FEST 2013

As Salam...

Kawan2....Hari Ahad kita date OK...

KTAJ/SCRATCH akan turun ke PERTANDINGAN KUCING ANTARA BANGSA, SEMPENA MATIC FEST 2013 pada hari AHAD INI (1.12.2013)...jadi marilah sama-sama memeriahkan majlis pertandingan ni...sesiapa yg berminat untuk join dalam pertandingan boleh menghubungi terus Kelab Kucing Malaysia melalui fbnya ..sila klik sini

Ada macam2 aktiviti, pertandingan dan pelancaran tabung utk taufan Hayyan akan dijalankan....datangla beramai2 untuk memberi sokongan sambil2 mencuci mata melihat kucing2 gebu dan comel...dah jalan2 tu..bolehla membeli sambil menderma di booth kami...

Walaubagaimanapon...kami hanya akan berada selama SEHARI SAHAJA iaitu hanya pada hari AHAD (1 Dis 2013)...jangan datang salah hari pula ya...datang hari Sabtu...booth pon tak ada..semuanya hanya pada hari Ahad...

PERTANDINGAN KUCING ANTARA BANGSA, SEMPENA MATIC FEST 2013
VENUE : MATIC (MALAYSIA TOURISM CENTER), 

                 JALAN AMPANG, SEBELAH SALOMA BISTRO DAN BELAKANG CONCORDE 
                 HOTEL KUALA LUMPUR
DATE : 30 NOV 2013 (SAT) & 01 DEC 2013 (SUN)


Ingat date kita...hari apa??? Yaaa...hari ahad....AHAD....Bye!


Friday, October 4, 2013

Charlie oh Charlie: Anak FIP Berlari Riang di Jambatan Pelangi

Assalam & Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas, kami menerima satu email daripada saudari Yunn. Beliau memerlukan bantuan SCRATCH secara kewangan dan juga nasihat. Di dalam emailnya, beliau telah menyatakan sahabat beliau telah menyelamatkan seekor anak kucing di kawasan semak di Segambut, tetapi tidak dapat membelanya kerana mengidap asma teruk. Saudari Yunn telah menawarkan diri untuk membatu sahabat beliau dengan menjaga anak kucing itu. Walaupun pada mulanya Saudari Yunn berasa berat hati kerana sudahpun menjaga 10 ekor kucing dirumah,  tetapi hati mana tak cair dek kecomelan anak kucing ini. Hasrat untuk mencari tuan baru bagi anak kucing tersebut dilupakan dan anak kucing comel itu diberi nama Charlie. 

Kucing comel yang dinamakan Charlie pada awalnya kelihatan sihat dan normal. Si comel Charlie aktif dan berselera makan, tetapi selang beberapa minggu, perut Charlie mulai membuncit. Setelah dibawa ke klinik haiwan yang berdekatan sebanyak dua kali, namun saudari Yunn masih tidak berpuas hati dengan penjelasan doctor yang menyatakan Charlie cuma mengalami buncit biasa. Beliau telah ke sebuah lagi klinik verterinar yang lain pada (3.8.2013) untuk mendapatkan nasihat kedua (second opinion). Disana beliau dinasihatkan untuk ke Hospital Haiwan kerana mengikut symptom-symptom, pembesaran ruang abdomen Charlie bukan pembesaran kerana kecacingan atau tidak lawas nyahtinja. Atas nasihat kawan-kawan beliau terus menuju ke hospital haiwan  pada (5.8.2013). Si Kecil Charlie telah dimasukkan ke wad dan setelah ujian dibuat sah si comel ini telah menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP). Hati mana yang tidak luruh apabila menerima berita seburuk itu. Di dalam e-mail Saudaru Yunn, dia menyatakan 
Alangkah sedih dan rasa gugur jantung bila  mendengar penjelasan dari doctor. Selama ini saya selamatkan kucing terbiar belum ada lagi kes yang melibatkan penyakit teruk lebih lebih lagi penyakit berbahaya spt FIP.
Inilah yga diluahkan saudari Yunn kepada SCRATCH dan kami sangat sangat memahami perasaan saudari Yunn kerana beberapa orang sukarelawan kami pernah mengahadapi kes FIP yang sama. 
Charlie dengan perut yang semakin membesar akibat FIP
Charlie menerima rawatan yang intensive untuk beberapa hari tetapi ada yg lebih menyayangi si comel Charlie. Segala kesakitan dan keperitan diangkat oleh Yang Maha Mencipta dan tiada lagi tertanggung oleh si kecil. Si kecil telah pergi menghadap Penciptanya. Cukup berat dugaan yang saudari Yunn alami, bukan sahaja kehilangan Charlie, sekarang kucing-kucing peliharaan saudari Yunn kemungkinan besar dijangkiti FIP juga kerana FIP sangat-sangat mudah dijangkiti. Menambahkan lagi dugaan yang ditanggung, ada pula orang yang tidak bertanggungjawab telah memecah masuk dan merompak rumah beliau. Komputer riba dan wang tunai hilang dibawa lari. Beliau memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos perubatan Charlie dan kucing-kucing lain yang dipelihara beliau (yang berkemungkinan besar menghidapi FIP). Kami disini ingin memohan kepada semua untuk sama-samalah berdoa supaya Saudari Yunn tabah dan kental mengharungi  masa-masa sedih sebegini.

Disini kami ingin juga mengambil kesempatan untuk memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya langkah berjaga-jaga ketika membawa kucing baru (adoption mahupun rescue) lebih-lebih lagi apabila rumah anda sudah ada kucing lain. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:1. Kucing yang baru diselamatkan/diadopt hendaklah DIASINGKAN dari tempat jagaannya dari kucing yang sudah sedia ada. Jikalau berkemampuan, elakkan dari kucing baru dari membuat sebarang contact terutama sekali melalui sentuhan dan air liur. Proses kuarantin ini boleh dilakukan dalam tempoh seminggu dan sebaik-baiknya 2 minggu. 2. Dalam tempoh kuarantin dan pemerhatian, kucing baru tidak boleh berkongsi bekas makanan dan minuman bagi mengelakkan penyakit2 yang menular melalui air liur menjangkiti kucing yang sedia ada. 3. Kucing baru harus dipantau dengan teliti terutamanya hari hari awal dibawa pulang. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:


  • selera makan- pastikan kucing baru makan dengan baik dan teratur. kadangkala kucing tidak begitu biasa dengan biskut kucing (kibbles) yang diberikan maka makanan alternatif adalah makanan basah. pastikan kucing tersebut makan supaya mendapat tenaga untuk memanaskan badan. 
  • nyahtinja - bahasa pasarnya berak. pastikan berak kucing tersebut bebas dari cacing dan mesti lah tidak terlalu keras, tidak terlalu cair. Tahi yang keras memberi indikasi bahawa kucing tersebut mengalami de-hidrasi dan tahi yang terlalu cair adalah sign kucing mengalami cirit birit. Pelbagai pemboleh ubah bagi penentuan cirit. Kadang kala kucing yang terlalu stress berada di tempat baru (selepas di adopt ataupun diselamatkan) mungkin akan mengalami cirit birit. Sekiranya tahi kucing cair dan berdarah, itu salah satu tanda Parvo, salah satu penyakit yang boleh membawa maut kepada kucing. 
  • kencing - paling sukar untuk diperhatikan kerana kebanyakan kucing akan kencing di dalam litter box yang berpasir atau dialas dengan kertas surat khabar. kucing yang tidak kencing untuk jangka masa yang lama mungkin mempunya salt crystals di dalam bladder. jadi mereka sangat susah untuk kencing dan pundi kencing membesar. penghasilan crystal merupakan tanda awal kucing mungkin menghidapi batu karang.  
  • suhu badan - bagi mereka yang cekap, atau mempunyai thermometer, pemantauan suhu badan kucing adalah sangat bagus. ini bagi memastikan kucing tidak demam sebelum boleh dilepaskan bersama kucing kucing lain di rumah. Sekiranya kucing tersebut deman (suhu badan yang agak tinggi) JANGAN SESEKALI BERIKAN PANADOL ATAU PARACETAMOL kepada kucing anda! sistem kumuhan kucing tidak sama seperti manusia. mereka mengambil masa untuk menyingkirkan dadah yang ada di dalam panadol tersebut dan pemberian panadol secara berterusan boleh membunuh kucing anda. 
  • hidung, mata dan mulut - pastikan tidak ada cecair yang keluar melalui rongga hidung (hingus) dan mulut (air liur). hingus yang keluar dari hidung merupakan tanda kucing mungkin selsema atau flu. flu boleh berjangkit melalui udara dan ini sangat bahaya kepada kucing yang berada di rumah. bayangkan jika anda mempunyai 10 ekor kucing dan kerana seekor kucing baru yang selesema, habis semuanya berjangkit. ini pasti menyakitkan kucing dan poket anda! air liur yang meleleh memberi beberapa maklumat kepada tuan punya. satu mungkin ada ulser di dalam mulut menyebabkan penghasilan air liur yang berlebihan. dua, ada gigi atau gusi yang yang sakit. 
  • telinga- earmite merupakan makhluk yang selalu dijumpai dalam telinga kucing jalanan dan kadang kala kucing yang di dalam rumah. kucing tidak dapat menggaru atau mengorek telinga mereka. jadi mereka akan mula menggaru bahagian pangkal telinga sehingga boleh menyebabkan pembuluh darah di cuping telinga pecah. bermula dari situ, episode ngeri akan bermula di mana adanya jangkitan kuman dan pengumpulan nanah.       

4. Kucing yang baru diselamatkan dari jalanan perlu dinyahkutu sama ada melalui semburan ataupun ubat titis. kurap dan fungus pada kucing yang diselamatkan juga boleh merebak ke kucing lain melalui udara kerana angin boleh membawa keruping keruping kurap ketika kucing menggaru. pastikan ini tidak berlaku. kita pasti tidak mahu kucing yang berada dirumah, cantik dan gebu tiba2 gugur bulunya.

5. Tuan punya atau tuan baru bagi kucing ini hendaklah membuat bacaan tentang tanda tanda penyakit terminal seperti FIP, FIV, FeLV dan Parvo. Pemeriksaan melalui mata kasar boleh membantu mengenal pasti tanda2 penyakit dan rawatan awal mampu menyelamtkan kucing yang direscue serta yang sedia ada. Kami berharap kita sama sama dapat mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada Saudari Yunn. Pesanan kepada diri sendiri dan juga independent rescuers di luar sana supaya lebih berhati hati di masa hadapan. Saudari Yunn, jangan serik menyelamatkan kucing jalanan. Rezeki yang hilang, kami yakin, Allah akan hantikan dengan suatu yang lebih baik. 




(Kredit kepada Afiq Luqman untuk penulisan kali ini.  Sahabat, terima kasih atas sifat prihatin dan empati dalam kes ini)

-Encik Memerangemok-



Friday, September 20, 2013

Bantuan diperlukan utk 16 ekor DLH yang ditinggalkan


Salam dan Selamat Sejahtera,



Minggu lepas, kami menerima 1 email yang agak mencemaskan dari Ms. C. Beliau meminta bantuan SCRATCH untuk mencarikan tuan baru bagi 16 ekor kucing Domestic Long Haired (DLH) yang ditinggalkan housemate nya dan tidak muncul2 setelah pulang ke kampung pada bulan Februari yang lepas. Rumah sewa Ms. C mesti dikosongkan pada 16 Sept dan sekiranya tidak ada adopter utk kesemua kucing2 ini, dia bercadang untuk Put To Sleep (PTS) kesemua kucing2 tersebut. 

Last week we received an emergency e-mail form Ms C. She asked a help from SCRACTH to re-home sixteen Domestic Long Haired cats, all of which were abandoned by the previous owner. The previous owner who is Ms. C's ex-housemate went back to her hometown and never appeared since last February. Ms. C is currently renting a house and unfortunately the landlord had given a short notice for her to vacate the house. Should these cats fail to find adopters, she has no choice other than to put them to sleep. Ms C was so depressed struggling with her moral dilemma. 

Kucing-kucing DLH yang menjadi mangsa..mereka ditinggalkan tuannya
Some of the cats; the victims of the abandonment. 
Sayu
Poor furbabies

Tidak terurus..
Deplorable condition

Setelah perbincangan dibuat dengan committee SCRATCH, kami bersetuju untuk membawa kesemua 16 ekor kucing2 tersebut ke event di Putrajaya pada Sabtu & Ahad (14 & 15 Sept 2013) lepas untuk dicarikan fosterer.

After having a thorough meeting assessing all the potential risks and options, SCRATCH committee members agreed to bring all these sixteen cats to the Putrajaya International Cat Show (14 & 15 of Sept 2013). Serious fosterers were sought out and these kind human beings were all interviewed before taking the cat(s) home. 

Tibanya 16 ekor kucing di Putrajaya pada Sabtu lepas, kami menjadi sedih dan sebak. Keadaan mereka tidak terurus. Bulu mereka berbau,  kotor dan comot. Badan mereka kurus seperti tidak cukup makan & dehydrated. Bau mereka sangat busuk sepertinya mereka sudah bergelumang dengan najis sendiri. Ada seekor yg buta, seekor lagi mengalami sakit batu karang dan baru discharge dari vet tetapi tidak boleh dibedah atas sebab2 tertentu. Kesemua mereka sangat takut dan gelisah mungkin kerana tidak pernah keluar dari rumah dan tidak pernah bertemu dengan orang asing. Mata mereka menceritakan 1001 kesedihan. Kami terdiam bila melihat keadaan mereka. Tidak ada kata2 yang mampu diluahkan pada waktu itu. Tapi kami kena kuat & tabah bagi memastikan mereka dapat peluang kedua untuk menikmati hidup seperti kucing2 lain.

These furbabies arrived at the hall on last Saturday and all of us, the volunteers, were overwhelmed with sorrow upon looking at their conditions. They seemed like never been groomed, the fur entangled and matted, dirty, infested with fleas, ticks and mites. Some of them were skin and bones. The pungent stinking smell suggested that, they might not have proper litter boxes. One of the cats is one-eyed blind and the other one is suspected having a kidney problem. The latter cannot be operated because an extensive check-up must be made in order to ensure the cat has no underlying diseases before going for any surgery. All of them generally were very frighten, scared of people and we understood that. All these while there were enclosed with the house's walls, never had an interaction with the outside world and coming out from the enclosure all of sudden really freaked them out. Their eyes told us 1001 stories, sad ones. We were speechless looking at their conditions. No words could describe how these majestic creature could come to this condition. However we know, as volunteers, we have to be strong so that these babies will get a second chance to live and better homes just like other pets.  


Bulu kotor dan berbau..ada yg luka dan mempunyai masalah kulit kerana kurang penjagaan dari segi kebersihan

Rata2 mereka semua mengalami kemurungan :'(

Sedih!

Ketika di booth SCRATCH..
Pencarian fosterer giat dijalankan. Ada yang ingin mengambil kucing-kucing ini kerana ingin di kahwinkan dengan kucing yang sedia ada dirumah, ada yang mampu menjadi fosterer tapi tidak menyokong prosedur pengembirian, tak kurang juga yang berkeras dan bermasam muka kerana permohonannya ditolak kerana tidak sesuai dan tidak selaras dengan tujuan SCRATCH/KTAJ. Harus difahami kami ingin mencari yang terbaik untuk kucing-kucing ini..cukupla trauma dan kesengsaraan yang mereka lalui.

The searching for fosterers was done extensively and tirelessly. There were irresponsible people who insisted to take up these cats for breeding purposes. Some could be good fosterers but they do not support the idea of neutering the pets, and nonetheless there were hard headed people who made faces when their applications to be fosterers were turned down. We need the public to support our mission and vision and the public needs to understand we tried our best to find good homes for these cats. We believe these babies had been traumatized and gone through enough hardships. 

Setelah bertalu2 soalan dikemukakan dalam sesi interview, hanya fosterer yang layak sahaja diberikan kepercayaan untuk menjaga mereka sehingga mereka sihat & dimandulkan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa semua, kesemua 16 ekor telah berjaya mendapatkan fosterer masing2. Berita terkini..kebanyakkan dari kucing-kucing ini sudah tidak murung lagi, sudah mahu utk makan dan bermain. Ini satu petanda baik, Alhamdulillah. Kini kami hanya menunggu masa yg sesuai utk menghantar kucing2 ini utk dikembirikan sebelum ia dibuka semula untuk memcari adopter. Kucing yang ingin di kembirikan mesti berada dalam keadaan sihat dan fit untuk mengelakkan sebarang komplikasi yg tidak diingini.


Questions after questions bombarded to the the potential fosterers, the qualified ones were selected and given the trust to take care of these cats until their health are restored and then will go for neutering procedure. Alhamdulillah, with passion and patient we managed to find the fosterers for all of the cats. The latest update we received from our respective fosterers, all of the cats are now no longer depressed. Some of them even have started playing and eating. This is really a good sign and we will wait for the right time for the cats to be neutered and go to forever good homes. Depressed cats and/or cats with poor health conditions are not fit to undergo any surgery and because of that we need to wait a bit longer until these cats are settled and healthy again. 


Kami ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH kepada – SCRATCH-ERS, FOSTERERS, POTENTIAL FOSTERERS YANG MEMOHON, SCRATCH FOLLOWERS DAN SEMUA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes ini.


We would like to convey our gratitude to - fellow SCRATCHers. fosterers, potential fosterers who applied to contribute, SCRATCH followers and everyone who directly or indirectly involved in this emergency case. 

Di sini kami ingin memohon jasa baik semua kiranya dapatlah membantu kami dalam pembiayaan bil2 perubatan dan pemandulan kesemua 16 ekor kucing2 ini. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun rasmi persatuan kami: 


We seek your kindness and generosity to help us with the incoming bills, both medical and neutering for these sixteen cats. We welcome any kind of donation and cash donation can be channeled to this account: 


PERSATUAN MEMBANTU KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN MALAYSIA

MAYBANK BERHAD - 5641 8240 1814



Sumbangan anda kami dahului dengan ucapan TERIMA KASIH dan hanya Tuhan dapat membalas jasa baik anda semua. Mohon emailkan kepada ktaj0311@gmail.com selepas sumbangan dibuat yea. 


No words can be expressed to thank for your donation. No amount is too small. Should you have donated either through the CDM or the Internet, please e-mail to us at ktaj0311@gmail.com.

DISCLAIMER:


**We never appoint any individuals or third party to collect donation on behalf of us. All cash donation must go into the Society's account as stated on this entry. 



**Kami TIDAK PERNAH MELANTIK mana2 individu atau mana2 pihak untuk mengutip derma bagi pihak kami. Semua sumbangan perlulah disalurkan terus ke akaun persatuan kami seperti yang tertera di atas.

BANTU SEBARKAN POST INI!

Tuesday, September 17, 2013

Terima Kasih: Program Jualan Amal dan Adoption Drive, Putrajaya

Hi kawan kawan! 

Sabtu dan Ahad yang lalu telah berlangsung adoption drive dan charity sale kami bersempena Pertandingan Kucing Antarabangsa di Putrajaya. Ucapan terima kasih terlebih dahulu kepada pihak KKM terutama sekali Presiden Kelab Kucing Malaysia, yang  telah menyediakan bukan satu tetapi DUA booth untuk kami. Semoga KKM dan 

Kami ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada follower yang tak henti2 datang mengunjungi booth kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada follower yang menyokong jualan charity kami. Buat pengetahuan semua, jualan amal ini bertujuan untuk  mengumpul dana bagi membantu haiwan2 terbiar di luar sana terutama sekali anjing dan kucing. Tiada ucapan yang lebih baik melainkan 'Semoga Allah/Tuhan memberkati Tuan/Puan/Cik/Encik' untuk mereka yang datang, membeli dan menderma dengan ikhlasnya. 

Gambar-Gambar sepanjang acara di Putrajaya
Kami juga ingin meminta maaf kepada pengunjung-pengunjung yang datang bertanya tentang pelbagai soalan kepada kami; ada soalan yang kami mampu jawab dan ada soalan yang luar dari pengetahuan kami. Kami bukan lah doktor verterinar yang bertauliah tetapi kami mengumpul dan membuat database untuk setiap case yang kami hadapi. Maka sedikit sebanyak, kami kongsikan kepada pengunjung yang datang bertanya. Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika memberi penerangan kepada pengunjung. Adakalanya kami terpaksa menggunakan nada keras supaya mesej yang ingin disampaikan didengari dengan 'jelas'.  
Cik Rosmah Awang memberi pencerahan tentang
KTAJ 

Kami juga diberi kesempatan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang misi, visi serta serba sedikit aktiviti yang kami anjur/pejuangkan. Jurucakap kami, kak Rosmah Awang merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA di negeri sembilan, mewakili SCRATCH untuk memberi penerangan ringkas serta menjawab pertanyaan dari Presiden Kelab Kucing Malaysia. Sepanjang kami membuka serta menjaga booth, soalan soalan lazim yang ditanya adalah jual beli kucing dan subsidi pemandulan. Secara umumnya kami tidak menyokong mana mana individu ataupun pet shop yang menjual beli kucing dan anjing. Ini kerana ada banyak lagi haiwan yang terbiar di luar sana memerlukan rumah untuk berlindung serta kasih sayang dari seorang tuan punya. Info tentang misi, visi dan penerangan ringkas tentang kami boleh dicapai di sini, ye, tekan la di sini. Kami belum lagi membuka subsidi pemandulan tetapi dalam masa terdekat ini selepas audit dari accountant yang dilantik, selesai dilakukan, kami akan membuka semua bantuan subsidi pemandulan untuk orang awam. Polisi pemandulan serta perubatan untuk pemandulan boleh dibaca dan difahami di sini, ye tekanlah di sini
Presiden KTAJ/SCRACTH menerima 2 beg besar makanan kering
dari Mr Joseph
Mr Joseph dari Brit juga telah bermurah hati mendermakan 2 bag 10 kilo makanan kering kucing  untuk membantu volunteer kami memberi makanan kepada kucing kucing jalanan. Buat masa ini hampir kesemua volunteer kami mempunyai feeding area tersendiri. Adanya sponsor sebegini, maka dapatlah kucing kucing jalanan makan dengan lebih sedap sedikit. Kami amat mengalu alukan sekiranya ada pihak korporat yang mahu menderma secara tetap mahupun berkala kepada kami. Untuk urusan itu, boleh terus e-mail kepada kami di sini, ye tekan la di situ. Terima kasih Mr Joseph! 


Kami sangat sangat teruja dengan kehadiran pengunjung yang ramai di event kali ini. Sepanjang penglibatan dan anjuran adoption drive/charity sales, warga Putrajaya tidak pernah menghampakan kami. kami membawa 5 ekor kucing jalanan untuk dicari tuan baru dan kelima lima mereka telah berjaya mendapat rumah baru. Dengan itu kami sebagai rescuer boleh menyediakan tempat untuk menyelamatkan kucing terbiar yang lain. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para follower page kami dan pengunjung yang datang ke booth menyokong jualan amal kami. 

Eh dengar kata, kami akan berada di DOGATHON 2013, UPM Serdang. Marilah jumpa kami lagi di sana! 


-Encik Memerangemok-