Tuesday, June 26, 2012

LATTE (Elizabeth Leong)


Email yang kami terima dari Elizabeth, 

Isnin, 21 Mei 2012 - 7:31pm

Dear KTAJ,

Thank you very much for your time and attention - also, for the possible future help that you would be offering. As I have posted on your wall last week and today, I have a cat that was saved from Taman Bunga Raya's roadside after a hit-and-run accident and the cat seems to have an owner.


My friend and I would like to request for the help of KTAJ to locate his owner / possibly find him a new owner. Also, as mentioned previously for the possibility of having our bills subsidized, we would like to know all of the documents / info we are needed to provide.


I would also like to apologize as I am unable to care for a cat who has difficulty walking/balancing as I have 10 cats myself and I am living more than 20 floors up on a condo. The last time I had rescued a cat from accident who has minor problem in balancing, the cat fell off the balcony after she sneaked out. I do wish this cat finds a loving owner.


Breed : Unknown. Possibly mixed Persian/Siamese/etc.

Gender : Male
Colour : Light yellow / cream
Eye : Light green
Location : Taman Bunga Raya, Setapak (near Mali's Corner/TAR College)

Once again, I thank you and your team for your time and consideration to lend a hand to this case. I will submit all the needed documents by tonight/tomorrow if we are able to obtain any form of help at all.


Cheers.

Menurut Elizabeth, kucing jantan yang diberi nama LATTE ini temui ditemui jalan di Taman Bunga Raya, dipercayai dilanggar, pada 16 Mei 2012. Kucing ini dipercayai bertuan, melihat daripada keadaan asal kucing ini.


Ketika ditemui


Akibat perlanggaran, kucing ini mengalami kecederaan pada rahang dan kepala, menyebabkan kerosakan pada mata dan mengakibatkan kucing ini mengalami masalah mengimbangi badan untuk bergerak dan berjalan.

Gambar semasa rawatan

Gambar semasa rawatan
Gambar sebelum pembedahan mata
Gambar selepas pembedahan mata

Kos rawatan untuk kucing ini termasuk pembedahan ialah RM797 dalam 3 bil.
50% daripada bil pertama dan kedua diberi bantuan subsidi oleh Dana SCRATCH.
50% daripada bil ketiga diberi subsidi oleh My Animal Care.

Sekiranya ada pihak ingin menuntut atau ingin adopt kucing ini, sila hubungi Elizabeth di alamat email di - 
elizabeth.leong@my.offgamers.com atau cielelric@gmail.com

Subsidi Pemandulan (Fasya Neza Zainal Abidin)

Fasya Neza Zainal Abidin telah memohon subsidi pemandulan untuk kucing betina seperti dalam gambar di bawah.


Sebelum pembedahan



Selepas pembedahan


Pemandulan telah dilakukan di Klinik Kembiri Setapak pada 9 Jun 2012.

Kos pemandulan ialah RM70 dan subsidi pemandulan adalah 100%, dan menggunakan Dana SCRATCH.

Wednesday, June 6, 2012

Perbicaraan Kes Kekejaman Haiwan oleh Pet Boarding Service


Ingat tak lagi TRAGEDI 4 SEPTEMBER 2011 mengenai berita kekejaman haiwan peliharaan oleh sebuah pet boarding service di Damansara Damai?

Kes ini akan dibicarakan di mahkamah beberapa hari lagi. DVS akan mendakwa pet boarding service tersebut di atas kecuaian dan kekejaman yang telah mereka lakukan. Kepada beberapa saksi yang telah dihubungi, harap kalian dapat memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan kes ini dibicarakan dan diadili dengan lancar.

Kepada pencinta haiwan yang ingin datang dan turut serta memberi sokongan kepada mangsa-mangsa yang teraniaya, berikut adalah tarikh dan masa perbicaraan kes tersebut di MAHMAKAH PETALING JAYA.

11th June - 1430 hrs
12th June - 1030 hrs
13th June - 1100 hrs
18th June - 1100 hrs
19th June - 1100 hrs

Do you remember the tragedy that occured on the 4th of September 2011, the cruelty towards animals and pets that was perpetrated by a pet boarding service in Damansara Damai?

This case will be brought to trial in a couple of days. DVS will be pressing charges against the pet boarding service for their negligence and cruelty to the animals that were placed under their care. To the witnesses that have been summoned, we hope that your full cooperation will allow the case to be conducted smoothly, and the guilty parties face the consequences of their heartless and greedy actions.

To animal lovers that would like to attend and provide moral support to the victims, please take note of the dates and times above, that the case will be mentioned at the Petaling Jaya courthouse.


RIP Callie. We miss u :(






Saturday, June 2, 2012

Nek Jah di Johor Bahru


Sebaik saja pulang dari rumah Nek Zaharah, Sabariah dan Zetty terus menuju ke rumah Nek Jah.


Seperti Nek Zaharah, Nek Jah juga merupakan seorang pemberi makan haiwan jalanan di sekitar Pasar Taman Universiti, Skudai juga.

Nek Jah berusia 85 tahun, tinggal berdua bersama suaminya yang sedang sakit dan hanya mampu duduk sahaja.


Pandangan hadapan rumah Nek Yah

Nek Jah mempunyai lebih dari 100 ekor kucing, seekor itik dan angsa. Nek Jah menguruskan haiwan-haiwan peliharaannya sendiri tanpa dibantu sesiapa. Sesekali jirannya datang membantu beliau mencuci baju. Ada individu-individu yang telah mengumpulkan wang dan membelikan untuk memudahkan beliau bergerak. 

Nenek yang sangat fasih berbahasa Inggeris ini bangun pada pukul 3 pagi setiap hari untuk membersihkan halaman rumah sehingga pukul 10pagi. Kemudian, beliau akan mengayuh basikalnya ke pasar dan kawasan sekeliling untuk memberi makan anjing dan kucing jalanan. 



Keadaan rumahnya sangat daif. Kucing-kucing di rumah ini diajar membuang menggunakan pasir kucing. Namun memandangkan kucing peliharaannya terlalu banyak, persekitaran rumahnya berbau lebih-lebih lagi selepas hujan, dan menyebabkan ada jiran yang melaporkan kepada pihak berwajib tempatan.

MPJBT telah datang beberapa kali setelah menerima aduan dari jiran tetangga, namun setelah beberapa kali amaran tak diendahkan, akhirnya jiran tetangga pun sudah berhenti dari membuat aduan kepada MPJBT. 







Setiap bulan, Petmaster Petshop di JB akan menyumbangkan seguni kibbles untuk kucing-kucing di rumah Nek Jah.

Tahun lalu, Dr Raymond dari Noah's Ark datang ke rumah Nek Jah bersama Spay Shuttle untuk memandulkan lebih dari 60 ekor kucing milik Nek Jah. 



 



Apabila ditanya mengapa kucing-kucing ini tidak diberikan kepada orang lain untuk dipelihara, jawapan Nek Jah, beliau sangat sayangkan setiap kucingnya seperti anak sendiri. Malah, setiap seekor nama kucing beliau, diingati satu persatu.  

Keadaan di rumah Nek Jah sangat membimbangkan kami. Sangat tidak terurus. Keadaan begini boleh mengancam kesihatan beliau dan suami.

Memandangkan usianya yang sudah terlalu tua, suami yang sakit dan bilangan kucingnya yang terlalu banyak, kami cuma memujuk Nek Jah agar membenarnya sebahagian kucing-kucingnya diserahkan kepada orang yang boleh menjaga dengan lebih baik. 

Apa gunanya jika sayang, namun kebajikan tidak terjaga? 



 


Ada beberapa anak kucing yang sakit mata. Ada juga kucing yang luka di sana sini sampai terkeluar daging di kaki. Kemungkinan bergaduh. Zetty memberikan theramycin pada Nek Jah untuk digunakan pada mata anak-anak kucing tersebut dan merawat kucing yang cedera menggunakan Skinheal spray.  




Menurut Nek Jah, beliau sendiri letih menjaga kucing-kucing yang terlalu banyak ini. Kudrat tuanya sudah tidak membenarkan beliau untuk menjaga kucing-kucing ini dengan baik. Tapi ada saya orang membuang kucing di hadapan pintu rumahnya. Malah, beberapa hari lepas, ada orang yang meletakkan 2 ekor anak kucing yang berumur sebulan dihadapan rumahnya, kemudian melarikan diri dengan memecut motorsikal. Ada juga kucing Nek Jah yang tak dimandulkan dan beranak-pinak. Maklumlah, bila dah banyak, ada yang terlepas pandang.





Kami sedang cuba mengaturkan pemandulan kucing-kucing milik Nek Jah dan mendapatkan kedai-kedai haiwan di JB yang boleh memberikan harga murah untuk membeli kibbles dan didermakan kepada Nek Jah dan Nek Zaharah. InsyAllah. 

Kami memerlukan sedikit sumbangan untuk aktiviti-aktiviti di atas. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan, makanan (kibbles untuk kucing/anjing dan beras untuk Nek Jah dan Nek Zaharah), sangkar terpakai, atau ingin membantu sebarang aktiviti sukarela di JB, emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Kami akan update info Nek Jah dan Nek Zaharah dari masa ke semasa. 

Ralat ejaan : 
Nama nenek ini ialah NEK JAH, bukan Nek Yah seperti yang disiarkan sebelum ini. Terima kasih. 

Nenek Zaharah di Johor Bahru


Nek Zaharah
Gambar di atas telah di kongsikan oleh saudari Sabariah di wall Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook.

Beberapa hari selepas itu, SCRATCH-er kami di Johor, Cik Zetty Abdillah telah ke Taman Universiti, Skudai, Johor bersama Sabariah untuk melawat Nek Zaharah.

Nek Zaharah sudah berumur 75 tahun, kematian suami sejak tahun lalu dan kini tinggal sendirian bersama 10 ekor kucingnya. Nek Zaharah tidak mempunyai anak. Namun sekali-sekala, anak tiri beliau akan datang membantu dan menjengah keadaan Nek Zaharah.

Rutin harian Nek Zaharah setiap hari ialah menaiki bas ke pasar Taman U untuk memberi makan kucing-kucing yang dibuang di sana. Ada anak-anak kucing yang dibawanya pulang kerana kasihan, meskipun berbekalkan beg plastik/kotak dengan menaiki bas.



Ketika ditemui oleh Sabariah, Nek Zaharah sedang menyediakan kotak untuk membawa pulang anak kucing di atas ribanya.


Rumah yang menempatkan 10 ekor kucing. Namun persekitarannya bersih dan terjaga dengan baik.


Si Penyambut tetamu yang menanti ketibaan Sabariah dan Zetty

 

 
 








Gambar-gambar ini merupakan antara kucing-kucing yang mendiami rumah Nek Zaharah.

Anak-anak kucing yang baru dikutipnya dari pasar.

Ben-10

Kucing yang diberi nama Ben-10. Dikutip dari dalam longkang dengan mata yang penuh berlumpur. Sekarang dah handsome :D


Mok



Yang di atas ni Mok namanya. Ditemui oleh Nek Zaharah dalam keadaan kakinya terkulai dan membusuk. Kerana tiada wang, Nek Zaharah hanya mencurahkan minyak gamat pada kaki yang membusuk. Keesokannya, kaki yang terkulai tertanggal sendiri. 

Mok sudah dimandulkan oleh Nek Zaharah.

Ada beberapa ekor yang masih belum dimandulkan. Setelah berbincang dengan Dr Marlia dari Klinik Haiwan Tiram yang pernah menjalankan program Cat Speutering Day dengan SCRATCH, 4 ekor kucing Nek Zaharah di hantar ke sana untuk dimandulkan menggunakan Dana SCRATCH.










Terima kasih kepada SCRATCH-ers kami di JB, Cik Zetty dan Afiq Luqman yang sudi meminjamkan carriers dan menguruskan penghantaran pergi balik kucing-kucing ini dari rumah Nek Zaharah ke Klinik Haiwan Tiram. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Zetty yang membiayai kos boarding kucing-kucing betina milik Nek Zaharah.






Kenapa Masih Teragak-agak Memandulkan Haiwan Peliharaan Anda?
















Gambar di atas tentu 'familiar' di mata anda, kan? 

Gambar di atas hanyalah sebahagian kecil daripada beratus-ratus gambar anak-anak kucing tanpa ibu yang kami pernah siarkan bagi tujuan mendapatkan tuan baru. 

Ada yang kematian ibu akibat dipatuk ular, digigit anjing liar, dilanggar kenderaan. Ada yang dibuang dan ditinggalkan di di dalam kotak, di belakang bangunan, di kedai-kedai makan, dan di tepi jalan. 

Daripada gambar-gambar yang kami iklankan, hanya beberapa ekor saja yang survived. Selebihnya mati akibat kurang imunisasi badan, sakit akibat serangan virus, malnutrisi dan gagal mendapat penjagaan baik oleh individu-individu yang menemui mereka.

Salah siapa?? 
Semuanya berpunca daripada kegagalan pemilik haiwan yang gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka atas pelbagai alasan. 

Tiada wang? Sekarang banyak klinik haiwan yang menyediakan pemandulan pada harga berpatutan. Apa salahnya membelanjakan RM90-200 untuk memandulkan haiwan peliharaan sendiri dari menanggung dosa menyebabkan kematian anak-anak kucing yang bakal dilahirkan tanpa mendapatkan penjagaan sempurna? Bagi yang berpendapatan rendah, anda boleh mendapatkan subdisi daripada My Animal Care, Petfinder dan SCRATCH. 

Tiada masa? Bukannya korang yang kena lakukan pembedahan tersebut. Serahkan semuanya pada doktor haiwan yang bertauliah.

Ramai orang di Malaysia, terutamanya orang Melayu dan beragama Islam tiada pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang hukum pemandulan dan menganggap memandulkan adalah suatu dosa. Akibatnya, kucing peliharaan sendiri dibiarkan membiak dengan banyak dan tidak mampu terbela.

Lihat gambar di atas,dan fikir-fikirkan sendiri. 
Apa lagi alasan yang ingin anda beri?