Thursday, October 30, 2014

Neutering Day @ Klinik Kembiri Setapak Sponsored by The Bodyshop

Hi kawan-kawan!

Many weeks ago we were approached by The Bodyshop personnel who wanted to be known as Amy. Amy contacted us and informed us a good news! The Bodyshop agreed to sponsor our Neutering Program and we managed to neuter 18 stray cats, 9 of which are females. The program was conducted on last Sunday and this event has benefited both the stray cats and the public. The sum of this neutering sponsorship is MYR 1500 and apart from that, The Bodyshop was so generous (we bet they are still generous!) to donate 2 bags of Starpro Kibbles and more 50 cans of wetfood amounting more than MYR 500. 

The Bodysop gang and SCRATCH volunteers

Nurse Hannah (white T), Dr Goh (Orange T) assisting our
Neutering Coordinator
The neutering operations were all done in Klinik Kembiri Setapak, We would like to thank Nurse Hannah and Dr Goh (he was also with another female Vet Doc) for being very helpful to us that day. 


Food donation and distribution

The total amount received and paid to KKS
This is part of The Bodyshop CSR project and we were grateful being selected to receive this sponsorship. We were also told that Anita Roddick, the founder of The Bodyhsop, loved to do charity events both to humans and animals. This program was to keep the spirit Anita nurtured in her company. 

There is no word to convey our gratitude to Amy and her bunch of friends who came on Sunday and of course The Bodyshop. Thank you! Thank you! and again Thank you!!

If your company would like to sponsor similar program or giving donation please contact us at ktaj0311@gmail.com . Our admins will certainly get in touch with you. 

-Encik MemeranGemok-

Wednesday, October 8, 2014

S.C.R.A.T.C.H @ Kulaijaya

Hello kawan kawan, 

Hujung minggu (4th Oktober 2014) lepas kami telah dipelawa oleh pihak pegurusan IOI Mall Kulaijaya untuk terlibat dalam program World Animal Day 2014. Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan Trap-Neuter-Release/Rehome-Manage kepada populasi haiwan terbiar di luar sana sama ada kucing ataupun anjing. KAmi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Eric, iaitu salah seorang organizer dan contact person yang banyak berurusan dengan kami. 


Sebahagian dari sukarelawan kami sampai sehari awal. Maklumlah ramai antara kami tinggal di Kuala Lumpur. Demi berkongsi pengalaman dan pengatahuan bersama sama mereka di Kulaijaya, kami gigihkan ke sana walaupuan hari esoknya adalah Raya Haji. 

Program yang dianjurkan terarah kepada sesi penjagaan haiwan dan juga kesedaran tentang kezaliman terhadap haiwan. Kami juga ada membuka booth untuk jualan amal bagi menambah dana untuk membantu haiwan yang diselamatkan ataupun membantu kos pengembirian. 



ouh ya, memang volunteer kami sangat sangat limited jumlahnya. kalau ada kawan kawan yang mahu menjadi volunteer kami sila lah hantar kan email kepada 

ktaj0311@gmail.com dan tuliskan title VOLUNTEER 

kami memang senantiasa memerlukan sukarelawan untuk membantu terutama sekali menjaga booth ni. kami diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada follower yang datang ke IOI Mall Kulaijaya. Alhamdulillah sesi pengenalan telah disempurnakan oleh sukarelawan kami, Cik Idaxu. sekitar hampir tengah hari, dua volunteer kami datang juga! mereka bernama Kerby dan Kash! mereka berdua ini banyak membantuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang dogma melayu-islam-anjing yang tidak pernah habis. Kash dan Kerby adalah anjing yang direscue oleh sukarelawan kami. Kini mereka bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi boleh membantu kami mengumpul dana dan juga menjaga booth!  


sekitar selepas makan tengah hari, dengan pelanggan makin ramai datang ke IOI Mall Kulaijaya, kami mengadakan aktiviti ringkas tentang penjagaan kucing kepada kanak kanak yang hadir. 



Pelbagai telatah dan karenah anak anak kecil ini dalam memberi respon kepada soalan yang diajukan. Terima kasih kepada adik adik, anak anak yang menyertai aktiviti ini. 

Okay itu sahaja nak kongsikan ceritanya. Insha Allah nanti kami akan sertai lebih banyak program untuk bertemu dengan kawan-kawan semua! 

-Encik MemeranGemok- 
   

Tuesday, October 7, 2014

My Happy Ending #7 - Miss Lola

As Salam..

#myfurrykidsnamescratchktaj
         
Before Dulu
Now Sekarang
1         Cat/Dog’s Name
Nama kucing/anjing
Miss Lola a.k.a Bola
2         Cat/Dog’s Caretaker Name
Nama Penjaga kucing/anjing
Cik Jilapah
3         Location Rescued
Lokasi Diselamatkan
Kawan rescue dari Simpang Pulai. Masa tu ada trip ke Pulau Pinang. Jadi semasa perjalanan pulang tu, singgah la dekat Petronas sebab kawan minta tolong foster,  kembiri dan seterusnya ‘put for adoption’.
4         Date Rescued
Tarikh Diselamatkan
Disember  2012
5         Cat/Dog’s Condition when rescued
Keadaan kucing/anjing semasa diselamatkan
Masa tu Miss Lola baru melahirkan anak. Seekor anaknya juga saya foster. Miss Lola dulu kurus dan mukanya cengkung. Dia membebel sepanjang perjalanan menaiki kereta dari Simpang Pulai hinggalah Kuala Lumpur. Rasa macam berdarah telinga saya mendengarnya sebab saya lebih mudah menjaga kucing yang pendiam. Kucing di rumah yang kuat membebel pun saya latih supaya jadi pendiam dan pemalu seperti saya.
6         Cat/Dog’s Character
Sifat Kucing/Anjing
Masih kuat membebel. Nak makan, dia membebel. Nak minta sikat bulu, dia membebel. Kucing lain lalu pun dia membebel. Miss Lola suka bersantai di beranda dan akan membebel memanggil saya untuk menyikat bulunya.
7         How my cat/dog got his/her name
Macam mana  kucing/anjing mendapat namanya?
Saya ada sistem untuk menamakan kucing-kucing sama ada kucing komuniti/rescue dengan menggunakan urutan huruf bagi memudahkan saya dari segi tak pening kepala mencari ilham. Dan bila nak beri kepada adopter pun senang, biar la keluarga baru memberi nama yang sesuai dengan mereka.
Nama asal Miss Lola ialah Kucing L. Setelah sekian lama saya mencari keluarga baru yang sesuai untuk Miss Lola tetapi gagal. Saya pun tak sangk,  cabaran mencari keluarga yang sesuai untuk kucing berbulu panjang sama hebat tapi berbeza situasi dengan kucing berbulu pendek.  Ramai yang menunjukkan minat tetapi tidak menyokong pemandulan kucing atau ingin menjadikan Miss Lola kucing indoor-outdoor. Disebabkan saya dah kenal perangai Miss Lola yang  perasan  lasak tetapi sebenarnya diva, saya mengambil keputusan untuk terus menjaganya. Nama timangan Miss Lola ialah Bola, sebab saya telah meniru kawan saya yang menamakan kucingnya Lola Bebola.  Tapi cuba tengok gambar sekarang tu, memang macam bola!
8         My cat/dog condition now is….
Keadaan kucing/anjing saya sekarang… .
Miss Lola sudah membulat dan membola. Bulunya pun sudah kembang dan perlu disikat selalu. Malasnya! Bulu pendek kan senang. . . Tapi jangan risau, sebab Miss Lola akan menbebel sehingga saya sikat bulunya. Diva!
 Tabiat suka membolos dan melepaskan diri sudah tidak ada kerana dia sudah jadi mem besar di rumah.
9         Why I chose to spay/neuter my cat/dog
Mengapa saya memilih untuk memandulkan Kucing/anjing saya
Saya memilih untuk memandulkan kucing-kucing saya dan kucing-kucing komuniti saya kerana saya menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan saya. Saya akan terus memandulkan kucing selagi ada kucing terbiar yang tidak ada tempat berteduh, tidak dapat makanan yang secukupnya, disepak terajang oleh syaitan bertopengkan manusia. Saya juga memandulkan kucing demi kesihatan mereka juga. Awet muda tau!