Monday, May 26, 2014

Adab-Adab Meminta Bantuan

   Hi kawan kawan, apa khabar? Harap harap semua yang sedang membaca entri kali ini berada dalam keadan sihat dari segi fizikal dan mental. Kami?! Seperti rutin harian biasa, di awal pagi ada di antara kami yang memeriksa/membalas e-mail, ada yang sibuk membuat keputusan untuk subsidi dan ada juga yang bekejar ke veterinary hospital/klinik untuk follow up kes kes yang memerlukan operation. Semua ini dilakukan sebelum kami clock in kerja hakiki kami. Ya, kami ini semuanya adalah sukarelawan yang mempunyai pekerjaan hakiki. Mungkin kawan kawan memikirkan kami menghadap Faceboook dan e-mail untuk menjawab setiap shoutout S.O.S dan permohonan subsidi, tetapi itu bukan lah reality nya. Setiap hari kami akan membahagi kan masa untuk mengejar due date pekerjaan hakiki tetapi kami tidak pernah meletakan tanggung jawab kerja sukarelawan ini di tempat kedua.

Jadi hari ini kami ingin berkongsi perkara perkara yang perlu kawan kawan tahu tentang kami dan adab-adab meminta pertolongan yang kawan kawan pekikkan samada dalam page KTAJ mahupun dalam e-mail. Mari kami perihalkan dulu apa yang kawan kawan fikirkan tentang kami dan apa sebenarnya keadaan kami:

1. Kuasa Luarbiasa Ala-Superman dan Superwoman
Kawan kawan mungkin merasakan kami ini manusia luar biasa yang mempunya kuasa untuk menyelamatkan setiap kucing yang dalam kesusahan.

Hakikatnya, kami adalah manusia biasa seperti kawan kawan juga. Malahan tidak keterlaluan kami ini banyak kekurangan dan kekangan sehingga kadang kadang terpaksa membuat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Jadi kadang kadang kami tidak mampu untuk terbang ataupun teleport diri kami ke tempat di mana kucing tersebut memerlukan bantuan. Selalunya apabila kami gagal untuk respond kepada S.O.S yang dipekikkan didalam e-mail ataupun page, kami terus dilabel sebagai sukarelawan yang tidak berguna dan selektif. Seperti yang dinyatakan, kami ini ada banyak kekangan dan jujurnya kalau ditanya, kami sebolehnya mahu membantu. Jadi kami memohon kepada kawan-kawan yang ingin meminta pertolongan mengambil kira keadaan kami. Kawan kawan yang mahu menjadi independent rescuer perlu membuat bahagian masing masing bukan hanya sekadar mengambil gambar kucing yang sakit/dilanggar/luka dan meminta kami menyelamatkan ianya. Kerja kerja menyelamat ini melibatkan usaha semua pihak. Kawan kawan perlu membuat apa yang patut seperti membawa kucing tersebut ke klinik untuk mendapat rawatan awal dan kemudian berbincang dengan kami tentang subsidi. Sekali lagi kami ingin memberitahu kepada kawan kawan, kami bukan manusia super dan kami tidak mungkin sekali kali dapat terbang atau teleport diri kami untuk menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan.

2. Kuasa Telepathy Professor Xavier of X-Men

Kawan kawan mungkin merasakan kami mempunyai kuasa telepathy yang dapat menelaah penyakit yang dialami kucing kawan kawan, ataupun alamat lokasi kawan kawan bila meminta bantuan.

Hakikatnya, tidak. Kami tidak mempunyai kuasa sedemikian. Sudah kami katakan yang kami ini manusia biasa. Untuk kes kes pertanyaan penyakit kucing kawan kawan adalah lebih baik dan wajar sekiranya dibawa terus ke klinik/hospital veterinary. Kami hanyalah sukarelawan yang sangat sedikit pengetahuan tentang penyakit penyakit kucing dan anjing. Kami mungkin boleh kongsikan cara penjagaan ataupun soalan soalan yang boleh diajukan kepada doctor haiwan ketika kawan kawan membawa kucing kesayangan/jalanan masing masing. Sekiranya kawan kawan mahu memohon subsidy untuk pemandulan dan bertanyakan hospital/klinik yang murah tanpa memberitahu lokasi kediaman kawan kawan, sesungguhnya kami memang tidak dapat berbuat apa apa melainkan bertanya dan bertanya. Apabila kami bertanya ada kawan kawan yang terasa dan menjawab secara kasar. Melekehkan keprihatinan kami. Kadangkala kami pun tak pasti jawapan yang bagaimana dapat memuaskan hati kawan kawan yang sebegini kerana kami tidak mempunya kuasa telepathy. Kawan kawan, sekurang kurangnya sediakan informasi yang lengkap kepada kami supaya mudah kami memberi jawapan. Kita sama sama sibuk dengan tugasan masing masing, apa salahnya kawan kawan ringankan bebanan otak kami.

3. Kuasa Kuasa Khas Yang Di-Pertuan Agong

Kawan kawan berpendapat apabila ada kucing atau anjing yang tersangkut di tengah jalan raya, kamilah yang berkuasa untuk memberhentikan semua kenderaan dan sekaligus megawal lalulintas.

Hakikatnya, tidak sama sekali. Sebagaimana kawan kawan tidak mampu membantu kucing dan anjing di tengah tengah kesibukan lalulintas, begitu juga kami. Adalah sangat tidak adil dengan mengharapkan kami terbang ke sana sini untuk menyelamatkan kucing di tengah jalanraya, di bumbung rumah jiran sebelah dan hatta ada juga yang bertanya kepada kami ‘boleh kah kita berbuat sesuatu dengan animal cruelty di negera jiran’. Kami minta kawan kawan yang sebegini untuk menghubungkan saraf-saraf synapse sebelum menulis message S.O.S kepada kami. Kami bukan kerabat di-Raja. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia masih lagi bersemayam di takhta dan tidak ada siapa menjadikan kawan kawan YDPA  untuk menyuruh kami menyelamatkan kucing/anjing yang tersekat di jalanraya yang sibuk. 


4. Anugerah Bintang Penyelamat Haiwan Paling Popular

Kawan kawan pasti merasakan kami membuat kerja sukarelawan ini dengan agenda tertentu, seperti untuk popularity dan glamour.

Hakikatnya kami ini wujud untuk memberi kesedaran tentang pengurangan populasi haiwan jalanan melalui kaedah TNRM – Trap Neuter Rehome/Release Manage. Oh kalau nak tahu kawan kawan  pasti ada selalu baca di page KTAJ kami tentang jualan amal kami di beberapa lokasi/event. Percaya atau tidak, ada di antara sukarelawan kami dilabel sebagai peminta sedekah yang suka menyuruh orang membeli untuk memenuhkan tabung dana. Kami mengumpul dana untuk diberikan kembali kepada mereka yang memerlukan terutama golongan yang berpendapatan rendah untuk memandulkan kucing mereka ataupun kucing jalanan. Kami juga mengumpul dana untuk meringankan beban kos perubatan kucing kucing yang diselamatkan oleh rescuer. Kami mempunyai S.O.P yang telus di mana setiap kes yang akan disubsidi perlu mendapat persetujuan ahli komiti persatuan. Kami adalah NGO yang berdaftar maka kami akan diaudit setiap akhir tahun kewangan persatuan kami.

Secara am nya, kami sering dipandang hina kerana suka meminta minta dan disalah anggap memenuhkan kocek sendiri. Tidak semua orang boleh memikul beban pertuduhan sebegitu tetapi kami tebalkan muka membuat kerja kerja ini semua dan kami berterima kasih kepada kawan kawan yang menyokong kami. Yang selalu datang ke booth dan membeli sambil beramal. Yang datang berbual dengan kami. Tidak ada yang menggembirakan bila mengetahui ada kawan kawan yang menghargai dan menyokong misi/visi kami.

5. Hati Bukan Kristal

Kawan kawan pasti ingat hati kami ini dari besi waja dan urat kami dari kasa dawai. Kami nampak gagah perkasa dalam menjalankan kerja kerja sukarelawan ini.

Hakikatnya, hati kami sama sahaja seperti kawan kawan. It bleeds. Terguris kalau dilempar dengan kata caci maki atau jerit pekik ketika berkomunikasi. Kami manusia biasa, punyai perasaan. Setiap hari kami berhadapan dengan kes kucing atau anak kucing mati tidak dapat diselamatkan, samada mati dalam proses menyelamatkan ataupun dalam jagaan. Kadang kadang kucing kami juga ada yang mati. Itu bukan suatu hari yang mudah untuk dihadap setiap hari. Jadi adalah tidak adil jika kawan kawan berkata ‘menjadi sukarelawan dan admin page mesti kental’. Betul!! Betul sama sekali! Tidak ada yang betul melainkan betul semata mata. Tetapi kawan kawan kena ingat, manusia itu dicipta dengan pelbagai limitations dan had kecuali 2 perkara; kesombongan dan kebodohan. Dua perkara ini tidak ada had dan kadang kadang tak tercapai akal manusia yang waras.
 
Sebagai contoh, sekiranya kawan kawan berjaya mendapat subsidi dari kami, maka kawan akan diberikan pautan untuk melengkapkan proses sehingga pembayaran boleh dibuat. Kami tidak pasti ada di antara kawan kawan yang samada sengaja tidak membaca isi kandungan pautan tersebut atau pun kawan kawan selectively membaca isi kandungan pautan tersebut. Kesemua sukarelawan kami dilatih untuk menjawab dan menerangkan mana mana klausa yang agak kabur atau sukar difahami oleh kawan kawan. Sekiranya kawan kawan masih tidak faham, sukarelawan kami akan menghubungi kawan kawan. Sehingga tahap sebegitu layanan yang kami berikan kerana meraikan sokongan kawan kawan untuk menyelamatkan kucing ataupun memandulkan kucing peliharaan/jalanan. Sukarkah untuk kawan kawan berbahasa dengan penuh hemah dan berlemah lembut? Prosedur dan polisi kami bukan suatu yang boleh diubah ubah mengikut kesesuaian kawan kawan.  Ianya terpakai kepada semua kawan kawan  yang lain hatta kepada kami sendiri.

Kami ingin memberitahu dan, jangan terkejut, baru baru ini ada sukarelawan kami dijerit semasa berbual di dalam telefon hanya kerana menyatakan kebiadapan seorang pemohon subsidi yang melekehkan amaun subsidi yang kami tawarkan. Sukarelawan kami diberikan penghormatan panggilan STUPID. Kawan kawan, adil kah untuk sukarelawan tersebut menerima makian sebegitu? Ada juga antara kami yang dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati. Kawan kawan perlu ingat, kami ini manusia, sama seperti kawan kawan. Sekiranya kawan kawan tidak suka ditengking, diherdik dan dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, kami juga tiada bezanya. Dan apabila kami membalas apa yang kawan kawan katakan,  kami terus dilabel kurang ajar dan tidak professional. Kami masih mencari cari rational untuk melengkapkan equation professional tersebut tetapi gagal. Bantu kami?

6. Kalau Kami NGO Kaya, Hari Hari Stray Cats dan Dogs Boleh Raya

Kawan kawan pasti ingat kami NGO yang sangat kaya raya dan mempunyai dana sehingga puluhan atau ratusan ribu.

Hakikatnya, kami hanyalah organisasi yang kerdil tetapi kami sentiasa berkolaborasi dengan NGO yang lain. Kami masih lagi dalam lengkung pembelajaran untuk kami setiap derma/donation yang diberikan tidak ada satu pun amaun nya yang kecil. No amount is small to us. Begitu juga sekiranya subsidi yang kami berikan kepada kawan kawan  yang memohon. Setiap ringgit dan sen akan diaudit (kepada yang Muslim, duit ini akan dihisab di hari kebangkitan kelak). Jika kawan kawan merasakan SOP untuk mendapatkan subsidi ini terlalu sukar dan tidak berbaloi dengan amount yang diberikan, kami dengan rendah diri memohon maaf. Tetapi adalah tidak adil untuk memperkecilkan jumlah subsidi kerana selain dari derma orang ramai, sukarelawan kami berhempas pulas membuat jualan amal di booth, mengorbankan masa hujung minggu mereka, malahan sanggup menghabiskan duit sendiri. Kami betul betul terguris dengan ungkapan ‘.... because it has been too long waiting/communicating just for RM 500 ringgit,  then forget it ‘. Kawan kawan boleh menolak dengan baik sekiranya merasakan kami ini menyusahkan. Kami yakin, duit  tersebut mampu dimanfaatkan kepada kawan kawan atau kucing kucing yang lain. Kami NGO kecil dan janganlah dihina usaha kami untuk member subsidi kepada kawan kawan.


Jadi kesinambungan dari itu kami nak kongsikan pula adab adab berkomunikasi, berinteraksi, mengomen di email atau di FB dengan kami:

1. Sekiranya kawan kawan menulis e-mail kepada kami, sila perkenalkan diri kepada kami. Kami tidak ada kuasa telepathy untuk meneka nama kawan kawan dari alamat e-mail yang kadang kadang tergeliat lidah kami menyebutnya. Sekiranya keberatan memberitahu nama sebenar, kawan kawan boleh perkenalkan diri dengan nama singkatan.

2. Sekiranya kawan kawan mahu membuat shoutout untuk menyelematkan kucing, sila nyatakan lokasi. Sama juga halnya sekiranya mahu memandulkan kucing. Sila nyatakan lokasi dan jumlah kucing yang mahu dimandulkan berserta jantina. Ini penting supaya kami boleh estimate jumlah yang akan dikeluarkan untuk subsidi dan membuat kira kira kekuatan dana kami.

3. Laras bahasa. Kami sangat sangat menghargai kawan kawan yang menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris yang boleh kami fahami. Kadang kadang kami berhempas pulas untuk memecahkan ayat-ayat yang penuh dengan kosa kata singkatan. Bersimpatilah dengan kami. Sebagai bangsa yang mempunya peradaban yang tinggi, jika kita memohon pertolongan sila rendahkan diri dan carilah kosa kata yang  tidak menampakkan kita mengarah itu dan ini. Sekiranya diberikan terma dan syarat, sila patuhi kerana kita ini diposisi yang meminta. Jangan sombong.

4. Setiap permohonan subsidi akan dibawa kedalam mesyuarat untuk mendapatkan persetujuan committee members. Kemudian jumlah subsidi juga akan ditentukan berdasarkan dana yang ada. Untuk pengetahuan kawan kawan, ini semua tidak boleh diselesaikan dalam tempoh sehari. Kadang kala kami terpaksa membuat investigation bagi mengelakkan double claim. Sekarang faham tak kenapa kami memerlukan RESIT ASAL? Sepanjang penubuhan kami, telah banyak kali kami ditipu oleh manusia sebegini. Ya mereka ini wujud dan kami sangat berhati hati. Bukan senang nak mengumpul walaupun RM 500 dan kerana itu kami sangat sangat offended dengan kawan kawan yang menghina jumlah subsidi kami. Intipatinya, sabar dan boleh buat follow up dengan kami dengan sela masa yang sesuai. Kami tidak galakkan kawan kawan buat follow up setiap dua jam sekali.

5. Menerima teguran dengan hati yang terbuka. Samada di dalam talian telefon ataupun di dalam e-mail. Sekiranya kawan kawan beranggapan bahawa alam cakerawala berputar berpaksikan diri kawan kawan, sila tampar diri sendiri dan segera sedar itu adalah fantasi. Sebahagian kami yang mempunyai pengalaman akan memberi teguran tentang sesuatu perkara dan sekiranya pihak kawan kawan tidak boleh menerimanya serta merta berhenti berkomunikasi dengan kami. Ini sebenarnya adalah win-win situation. Kami tidak perlu menerangkan bahawa paksi cakerawala adalah BUKAN pada diri kawan kawan dan kawan kawan juga tidak perlu meyakinkan kepada kami sebaliknya.

6. Menjawab persoalan yang ditanya di dalam e-mail. Kami akan bertanya banyak soalan dalam satu e-mail ataupun rentetan email yang lain. Sila baca dan fahamkan sebelum membuat email balas. Ini bagi memastikan kami tidak bertanya soalan yang sama berulang kali. Kami adalah kumpulan orang yang sangat practical dan kami amat menghargai sekiranya pihak kawan kawan menjawab soalan kami secara pendek ringkas direct. Kami tidak mempunyai kekuatan untuk menafsir ayat tersirat dan prosa klasik dalam jawapan kawan kawan. Bantu kami dengan ayat mudah untuk melancarkan proses pemberian subsidi.


Kawan kawan perlu ingat bahawasanya subsidi ini dari kawan kawan untuk kawan kawan juga. Ianya bukan milik kami tetapi kami adalah  pemengang amanah untuk mentadbir subsidi ini.  Oleh itu kita perlu saling hormat menghormati sesama kita supaya lebih banyak kucing jalanan dapat diselamatkan dan populasi mereka dapat dikawal dengan lebih berperikemanusiaan. 



Menulis bagi pihak SCRATCH team members

-Encik MemeranGemok-

Wednesday, May 7, 2014

Entri Pendek: Bagai Anjing dengan Kucing

Hello kawan kawan, 

Hari nih kami nak kongsi kan sedikit perihal hubungan kucing dan anjing. Bidalan orang melayu dulu dulu ada berkata kalau bergaduh bagai anjing dengan kucing. Rata rata dari kita yang berbangsa melayu mempercayainya. Jadi kami nak tunjuk kan bahawa bidalan itu hanyalah bidalan metafora semata mata. Realitinya ada kucing dan anjing boleh hidup sebumbung dan bersama sama! percaya atau tidak kawan kawan? okay mari kita tengok gambar gambar bukti dari volunteer/rescuer kami. Ini memang kisah benar tau. 

Bukti Pertama: Darcy dan adikPolka

Abang Darcy lick lick adik Polka
Bukti Kedua: Darcy, SunBear dan Yoyo

Yoyo piggy rides abangDarcy and BearBear looking from afar


Bukti Ketiga: Darcy dan adikTommy 

Awww! adikTommy, are you trying to suckle bangDarcy's nenen??
Bukti Keempat: bangKerby and adikTommy 


bangKerby nih memang suka manja kan kitten! 

Bukti Kelima: bangKerby, bangDarcy, SunBear dan AbangAm



Amboi! Tidur beramai ramai katanya ni. Siap berselimut pulak tu

Bukti Keenam: bangKerby dan MegatJeksen

Adik beradik lain species yang bekerjasama 

Bukti Ketujuh: Pluto the dog and Benjy the cat

Alalalala manja betul! 



Haa sekarang kawan kawan dah percaya kan? Anjing dan kucing sebenarnya memang boleh hidup bersama bergantung kepada cara kita manusia yang berakal untuk menentukan cara hidup mereka. 

Eh tetapi kan, ada juga kan anjing jalanan yang mengejar kucing yang berkeliaran di luar sana. Acapkali kita mendengar cerita kucing di makan anjing dan sebagainya. Nanti kami kongsi kan kenapa perkara ini terjadi dan bagaimana kita nak menangani masalah ini secara win-win situation! 

Selalu lah check blog kami! 



kredit gambar- terima kasih kepada rescuer/volunteer kami kak katts, kak M, adekBell

-Encik MemeranGemok-