Tips ini sesuai untuk mereka yang baru meng'adopt' atau di'adopt' kucing.
PERKARA YANG PERLU DIBUAT:
1 . Letakkan kucing yang baru tu dalam cage untuk membiasakan dia dengan rumah baru. Dan lagi satu sebab adalah untuk elakkan dia lari dari rumah (kalau belum neuter boleh jadi bohsia bohjan)
Tempoh sesuai: 1 -2 minggu
2 . Luangkan masa dengan kucing baru tu, belai2 dia, cakap2 dengan dia. Biar kucing tu kenal dengan 'bau' tuannya. Paling bagus buat macam ni semasa/selepas bagi kucing tu makan.
Sekiranya kucing ini diadopt dari rescuer/fosterer, ada sesetegah mereka ada mainan/bantal/lapik/tuala. Sekiranya ada kucing-kucing ini terbiasa dengan permainan atau 'bantal busuk' macam ni, kalau boleh mintak dari rescuer/fosterer. Biar kucing tu ada dengan benda yang dia dah biasa
Tempoh sesuai - seumur hidup
3. sekiranya anda adopt dari rescuer/fosterer, pastikan anda tanyakan jenis makanan yang diberi sebelum ini. Ikut brand yang sama, jangan tukar secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan kucing mengalami masalah seperti cirit birit dll. Tukar secara sikit-sikit dengan mencampurkan makanan baru dengan yang jenis lama, sehingga kucing tu dah biasa, baru boleh tukar sepenuhnya.
Untuk anak kucing, jangan bagi makan terlalu banyak bagi setiap meal. perut terkejut kang leh cirit birit jugak. cirit birit adalah berbahaya terutama untuk anak kucing
4 . Sekiranya ada kucing lain di rumah, buat perkara 1 dan 2, tapi adakalanya bawak keluar cage tu ke dapur atau kawasan yg mana kucing lain selalu lepak. Just biar kucing-kucing senior perasan akan kehadiran kucing baru ni. Tempoh yang sesuai adalah selama 30minit setiap sesi, sekali sehari, selepas kucing baru tu makan.
(kalau sebelum makan, mungkin kucing tu akan takut dan terus jadi tak lalu nak makan. Utk kucing senior, lepas makan, dorang kenyang dan hepi, so masa tu yg sesuai utk kenalkan 'kawan' baru)
Peringatan: Semasa tips no 3 dibuat, adakalanya kucing-kucing senior tersebut akan ada keluarkan bunyi-bunyi macam nak gaduh, hissing dan sebagainya. Jangan takut, biarkan saja..buat muka kering. Kucing yang baru tu mungkin akan berundur ke sudut cage. Tapi biarkan jugak, tak perlu cakap apa2 kecuali jika ada body contact dgn cage yg boleh memudaratkan. Tabahkan hati ye..jiwa kasi kental
Biasanya selepas 3-4 hari bunyian kurang sedap didengar tu akan berkurangan. Selalunya juga, dalam tempoh ni jangkamasa yg diambil oleh kucing senior utk kepochi cium-cium kat cage kucing baru tu makin hari makin sekejap, berbanding hari pertama.Kalau ini terjadi, dia dah masuk dalam mode 'Whateverlah sapa pun ko ni'. Maknanya penerimaan tahap satu hampir berjaya.Yess!
5 . Ulang tips no.2 kepada kesemua kucing di rumah, pada masa2 yang berasingan antara kucing senior dan kucing baru. Jangan bg kucing senior nampak anda belai kucing baru. Nanti dorang jeles. Dorang sudah jeles kalu..lambatla dorang nak accept
6 . Sedia menjadi macam orang tak betul cakap dengan kucing. Kucing sebenarnya sikit sebanyak boleh menangkap/faham emosi tuannya. Lagi bagus kalau cakap gaya orang dewasa, bukan cakap bahasa baby. Cayolah cakap den
7. [optional] Sekiranya ada kucing lain di rumah dan anda boleh letakkan kucing2 senior dlam bilik.
Selepas seminggu, keluarkan kucing baru tu dari cage, bagi dia ruang utk explore persekitaran rumah sambil diawasi oleh anda. Tapi pastikan kucing2 lain tiada di tempat yang sama. lakukan ni setiap hari dalam 5 minit, mungkin pada waktu malam.
8 . Sabar dan tabahkan hati. Insyallah jika anda bersabar dan cuba perkara-perkara di atas..kucing-kucing anda dapat menjadi geng b̶a̶s̶ ̶s̶e̶k̶o̶l̶a̶h̶
PERKARA YANG JANGAN DIBUAT
1 . Biarkan kucing baru terus bebas dalam rumah. Kemungkinan untuk lari adalah sangat tinggi.
2 . Tak sabar nak kawankan kucing lama dan baru lepas tu bila kucing-kucing gaduh nak bagi balik kat rescuer. Padahal baru sehari je kot..Ini namanya menyusahkan dan kdg kala boleh menaikkan tekanan darah, toksah dibuat ye
Sekian #tipskomeng pada hari ini
p/s:
Komeng kata kena baca tajuk tips di atas tu kuat-kuat dengan gaya #Doraemon, dan share post ni kat ramai orang baru berkesan!
Thursday, April 17, 2014
Nutrisi Asas Untuk Kucing
ASAS YANG PERLU TAHU:
1. Kucing ni sebenarnya adalah karnivor (kata dah keluarga rimau kan). Ini bermakna diet kucing perlulah banyak protein.
2. Kucing boleh beri respon pada rasa masam, pahit dan masin. Rasa manis sangat kurang atau tiada langsung
(semua rasa tu cam rasa ubat je, padanlah seksa)
3. Tunas rasa kucing yang kurang diganti dengan kebolehan menghidu yang baik. Kedua-dua deria rasa dan bau ni terletak dalam kawasan otak yang sama.
Makanan yang dipanaskan/suam lebih menyelerakan berbanding makanan yang sejuk kerana aromanya lebih kuat. Kalau kucing sakit atau makanan tu dari dalam peti ais, seeloknya perangat sikit makanan sebelum bagi kucing makan.
4. Makanan asasi kucing (sebelum didomesticatedkan) seperti tikus mengandungi 40% protein, 50% lemak dan 3% karbohidrat (umang aii lemak)
5. Diet yang baik untuk kucing dewasa haruslah ada 26% protein dan lemak secukup rasa, dalam 9%
6. Lemak penting utk kucing pasal ia membantu dalam kelangsungan sistem saraf, kulit dan proses metabolisma
7. Kucing ni takde enzim amilase kat air liur. Jadi tiada keupayaan yang efisien untuk mencerna karbohidrat dan kanji yg ada. Cerna tu boleh, tapi lambatla
Dry food/kibbles pun ada kandungan karbohidrat yang tinggi. tapi masa proses buat kibbles tu, ianya dibakar pada suhu yang agak tinggi, jadi kanji dalam karbohidrat tu dah terpecah (break down) dan ini memudahkan kucing mencerna karbohidrat
Kalau nasi tu memang sah-sah karbohidrat, kalau boleh kurang atau tiadakan langsung. Lebih banyak tahap karbohidrat terkumpul yang tidak mampu atau lewat dicerna, maka tahap glukos kucing akan tinggi dan semakin tinggi. (err..bagaimana pula dengan beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal yang tanpa kanji tu?)
8. Kucing tidak makan sayur. Jadi jangan mengarut m̶a̶c̶a̶m̶ ̶a̶d̶a̶ ̶s̶o̶r̶a̶n̶g̶ ̶t̶u̶a̶n̶ ̶k̶u̶c̶i̶n̶g̶ ̶y̶a̶n̶g̶ ̶k̶a̶t̶ ̶n̶e̶g̶a̶r̶a̶ ̶a̶t̶a̶s̶ ̶a̶n̶g̶i̶n̶ ̶t̶u̶ nak bagi kucing makan sayur.
OK..ini yang asas saja ya..banyak lagi maklumat tapi takut berdarah mata nak membaca. Mungkin boleh buat episod-episod lain.
Jangan lupa share!
p/s:
Komeng kata intipati utama ialah dia nak bagitau kalau boleh jangan bagi kucing makan nasi.
Tapi apapun, kepentingan untuk berkongsi rezeki yang ada sesama makhluk tu lebih penting, dari tak bagi langsung :)

Friday, April 4, 2014
Saya nak neuterkan kucing awak, bukan awak!
As salam...
Salam Jumaat yg penuh barokah...
Ramai yang akan mempersoalkan dan memberi alasan (kadang2 alasan bodoh juga) apabila isu pemandulan/pengkasian diutarakan..
Antaranya:
• " Saya tak mahu menghalang kucing saya dari mengingini dan menikmati hubungan kelamin serta berkeluarga"
Pencerahan: OK, ini la komen paling kelakar dan masuk dalam kategori lawak tak boleh diterima. Untuk kucing, hubungan seks hanya melibatkan pengaruh hormon dan sifat kemandirian yang memang ada dlm setiap haiwan ie animal instinct, tiada sebarang perasaaan lovey dovey atau emosi cintan cintun yang terlibat. Sebenarnya, proses ini agak menyakitkan terutama utk kucing betina.
Kalau anda pernah betul2 memerhatikan proses kucing mengawan, pada akhir proses, kucing betina akan mengerang (dlm kesakitan atau distress), berdesis (hissing) dan ada kalanya mencakar dan menghambat si kucing jantan. Kemaluan kucing jantan mempunyai satu struktur kecil yang mana boleh menyebabkan kesakitan pada kucing betina apabila ia dikeluarkan dari kemaluan kucing betina selepas proses mengawan. Kucing yang telah dimandulkan tidak mempunyai keinginan untuk mengawan. Mereka lebih tenang dan kurang membuat bising seperti biasa (belum dimandulkan).
• " Pemandulan menyebabkan kucing saya gemuk dan malas"
Pencerahan: Salah tu!! Yang menyebabkan kucing itu gemuk dan menjadi malas adalah kerana terlebih makan dan kurang bergerak/senaman. Itu jer..kan!!
• " Saya mahu anak saya menyaksikan kucing saya melalui proses melahirkan sekurang2nya sekali, untuk tujuan pembelajaran.."
Pencerahan: Selalunya kucing akan beranak di tempat yang tersorok dan peluang menyaksikan proses ini secara live adalah sangat tipis. Jika anda mahu mendidik dan memberi penerangan pada anak2 anda tentang proses kelahiran, ada banyak video (seperti di Youtube) dan rancangan tv (seperti saluran Animal Planet, rancangan National Geographic) yang ada boleh tonton.
• "Saya masih belum bersedia la.."
Pencerahan: OK...ini sangat kelakar (facepalm)...sbb yang perlu dimandulkan itu ialah kucing nya, jadi kenapa tuannya pula yang belum bersedia...sebagai tuan yang bertanggungjawab, seharusnya kita membuat pilihan yg bijak dan tepat utk haiwan kesayangan kita..kan..
• "Kucing saya dah tua sangat, tak perlu kot"
Pencerahan: Usia kucing bukan alasan untuk tidak memandulkan kucing anda. melainkan jika ada masalah kesihatan tertentu yang dinyatakan oleh doktor veterinar.
• “Agama saya tidak membenarkan pemandulan haiwan.”
Pencerahan: Meh bukak mata besar2 sikit dan sila lihat poster di bawah. Ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM..sibuk nak pertikaikan...sape lagi pandai..JAKIM ke anda??
Ini merupakan satu isu yang agak sensitif. Meh nak tanya sikit...
Sanggupkah anda untuk membuang anak anda yang berumur 5 thn di jalanan kerana tidak mampu utk memberinya makan/minum?? Tak sanggup kan... Kenapa?? Sbb mereka tak pandai nak urus diri dan berdikari di luar sana...so..sama la mcm haiwan peliharaan kita sebenarnya...
Haiwan peliharaan tidak mampu untuk hidup dan berdikari di jalanan kerana mereka ialah HAIWAN PELIHARAAN. Tidak dinafikan mereka ada animal instict tapi sifat dan skill ini seolah2 'sudah tumpul'. Mereka sudah biasa diberi makan dan dijaga di rumah. Mereka tidak pernah kenal dengan bahaya kenderaan di jalanan, mereka takut dengan muka2 yang mereka tidak biasa lihat, mereka tak pandai meminta-minta di kaki meja atau mengorek tong sampah untuk makanan, jauh sekali bergaduh untuk mempertahankan diri kerana sudah biasa dengan persekitaran rumah yang tenang dan semua tersedia di depan mata. Mereka tidak dilatih untuk berdikari dan tidak mampu untuk mewariskan sikap utk survive di jalanan pada anak2nya nanti. Kesimpulannya, membuang mereka di jalanan adalah sama seperti menghantar mereka untuk diseksa hingga mati dengan cara yang perlahan dan menyakitkan.
Kucing yang tidak dimandulkan boleh melahirkan 4-6 ekor anak dalam 1 kali proses kelahiran. Dan apabila anak2 ini mencapai usia matang dan mula mengawan, ia akan menyumbang kepada peningkatan haiwan jalanan. Pergi ambil kalkulator dan kira kalau tak percaya. Bila tidak dijaga, kebanyakkannya tidak akan bertahan untuk mencapai usia dewasa atau mati akibat penyakit, kebuluran atau kemalangan.
Sudahnya...yang mana satu lebih ditegah oleh agama..biarkan mereka membiak dan melakukan pengabaian sehingga penyebab kepada kematian atau mandulkan mereka utk menjamin kesihatan serta membantu mengurangkan populasi haiwan jalanan yang hidup terseksa di luar sana..fikir-fikirkan la...anda kan pandai2 semuanya..kan...kan...
Reference: http://www.breeding-cats.com/spay-or-neuter.html dan google.com

Subscribe to:
Posts (Atom)