Berikut adalah senarai pemohon yang telah menerima Subsidi Pemandulan Kucing daripada Dana SCRATCH untuk sepanjang bulan Disember 2012.
Kucing-kucing ini telah dimandulkan di klinik haiwan pilihan pemohon. Subsidi disalurkan ke akaun pemohon selepas kami menerima resit, borang permohonan dan gambar-gambar bukti pemandulan.
1) Nurhuda Jamaluddin - 1 jantan + 1 betina yang di tangkap di kawasan kejiranannya.
2) Norshahadah Rusli - 2 jantan + 2 betina yang di ambil dari gerai makan ibunya.
3) Titin Ameera - 2 betina
4) Sri Rahayu Muhammad Nur - 1 betina
5) Soraya Yusof - 1 jantan
6) Hasanah Nasir - 4 betina + 1 jantan
7) Trish Neoh - Holly
8) Siti Shazalina Salleh - 1 jantan + 2 betina
9) Norlaili Baharudin - 1 jantan + 1 betina
10) Emilia Abu Bakar - 1 betina
Dana yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai dan jualan amal yang kami anjurkan. Sekiranya anda ingin menderma ke Dana SCRATCH atau memohon Subsidi Pemandulan, sila rujuk polisi dan syarat-syarat permohonan DI SINI, dan emailkan kepada ktaj0311@gmail.com.
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 12, 2013
Fotogedik 2013 : Joy, Happiness & Laughter
Sempena ulangtahun penubuhan ke-2 page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook, kami berbesar hati mengadakan FOTOGEDIK 2013 untuk si comel anda.
Tema yang menjadi pilihan pada tahun ini ialah :
Anda layak memilih salah satu atau kedua-dua kategori penyertaan di bawah :
• Gaya Menguap Paling Hazab
Ini nak menguap ke nak menyanyi? |
• Aksi Muka Paling Lawak Tak Boleh Blah
Mommy, i demand food. Now. Now. Now. |
FORMAT SERAHAN
1. Saiz imej : sekurang-kurangnya 500-1000 pixel.
2. Saiz fail dan format : tidak melebihi 1MB; JPEG with EXIF intact.
3. Setiap imej yang dihantar mestilah mempunyai semua EXIF info yang menyatakan jenis kamera yang digunakan, aperature, shutter speed, ISO dan tarikh gambar diambil.
4. Imej asal hendaklah dirakam menggunakan sekurang-kurangnya kamera digital 4 MegaPixel. Jenis kamera digital adalah bebas.
5. Peserta boleh memilih untuk menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan tetapi setiap peserta hanya layak menghantar 1 gambar bagi setiap satu kategori yang dinyatakan di atas.
6. Imej yang dipertandingkan perlulah asli. Ubahsuai seperti penambahan font, dan watermark tidak dibenarkan.
7. Border/frame tidak dibenarkan
8. Penyerahan melalui email ke ktaj.contest@gmail.com menggunakan butang fungsi ATTACH A FILE.
Setiap peserta perlu membaca, faham dan bersetuju TERMA & SYARAT PERTANDINGAN seperti yang kami nyatakan di bawah.
TERMA & SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan di buka kepada semua KUCING YANG BERASAL DARI JALANAN dan menetap di Malaysia, kecuali kucing-kucing milik warga kerja dan koordinator KTAJ-SCRATCH.
2. Kucing-kucing mestilah yang diselamatkan/adopted dari jalanan. Setiap gambar disertai dengan cerita ringkas pertemuan anda dengan si manja.
3. Peraduan bermula daripada 12 Februari 2013 sehingga 20 Februari 2013.
Undian akan bermula pada 21 Februari 2013 sehingga 28 Februari 2013.
Pemenang adalah berdasarkan undian tertinggi dan akan diumumkan pada 1 March 2013.
4. Semua penyertaan yang dikemukakan mestilah asli, tidak di ubahsuai, tidak pernah diterbitkan di mana-mana laman sesawang; atau telah memenangi hadiah dalam mana-mana pertandingan fotografi yang lain.
5. Penyertaan gambar mestilah di dalam format digital seperti yang telah dinyatakan dalam FORMAT SERAHAN. Hanya penyertaan melalui email akan layak bertanding.

6. Peserta boleh memilih untuk menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan, tetapi setiap peserta hanya layak menghantar 1 gambar bagi setiap satu kategori yang dinyatakan di atas.
7. Emailkan pernyertaan anda ke ke ktaj.contest@gmail.com bersama butiran lengkap di bawah :
7. Emailkan pernyertaan anda ke ke ktaj.contest@gmail.com bersama butiran lengkap di bawah :
[Subjek : Fotogedik 2013 : Joy, Happiness & Laughter]
Nama penuh pemilik
Nama si comel
Alamat
No telefon bimbit
Cerita ringkas pertemuan anda dengan si comel
Di bawah butiran ini, sila taip ;
" Dengan ini saya mengesahkan bahawa imej yang dilampirkan tidak pernah diterbitkan atau pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Saya memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Pertandingan Fotogedik 2013 yang dianjurkan oleh KTAJ-SCRATCH. "
** Tanpa ayat ini dinyatakan bersama gambar dan butiran anda, penyertaan anda akan dibatalkan.
8. Yuran penyertaan adalah RM5 bagi setiap imej.
Imej yang disahkan layak oleh koordinator akan diberikan nombor akaun KTAJ-SCRATCH untuk pembayaran yuran penyertaan. Bukti transaksi diperlukan.
9. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.
10. Semua gambar yang dipertandingan akan menjadi hak mutlak KTAJ-SCRATCH. Kami berhak memuatnaik, memaparkan, mengiklan, mencetak dan menggunapakai gambar-gambar ini dalam apa bentuk media tanpa perlu mendapat keizinan peserta.
11. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi Terma & Syarat Pertandingan yang dinyatakan.
HADIAH DAN PENGADILAN
Hadiah Utama : Cat Tree Model CT380 Tajaan KTAJ
Hadiah Tempat Pertama :
Smartsift tajaan KTAJ +
Supplement Set & Cat Litter tajaan Klinik Haiwan Kampar
Supplement Set & Cat Litter tajaan Klinik Haiwan Kampar
Hadiah Tempat Kedua :
Catit Super Roller Circuit tajaan KTAJ +
Pet Carrier & Pet Scratcher tajaan Klinik Haiwan Kampar
Pet Carrier & Pet Scratcher tajaan Klinik Haiwan Kampar
Hadiah Tempat Ketiga :
Catit Play Circuit tajaan KTAJ +
Pet Carrier & Cute Bowl tajaan Klinik Haiwan Kampar
Pet Carrier & Cute Bowl tajaan Klinik Haiwan Kampar
10 Hadiah Saguhati tajaan KTAJ
Pemenang Hadiah Utama diberikan berdasarkan undian tertinggi yang mencecah 1000 likes.
Sekiranya terdapat lebih dari satu Pemenang Utama, hadiah akan diberikan kepada peserta dengan undian tertinggi. Sekiranya tiada pemenang, hadiah akan di bawa ke pertandingan akan datang.
Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan LIKES yang diperolehi pada jam 11.50pm, 28 Februari 2013.
Setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Subscribe to:
Posts (Atom)