Tuesday, November 8, 2011

Bones

Kami menerima emel daripada Amirul Adli pada 30 Oct lepas.




Melihatkan gambar² yang dikirimkan bersama emel tersebut, kami terus menghubungi Aishah Ismail di Penang. Ketika dihubungi, Aishah sudah pun dalam perjalanan ke Klinik Haiwan Hazlim, Seberang Jaya.

Dr Hazlim mengesahkan kaki kucing tersebut patah, sehingga tulang pehanya terbonjol keluar dari daging. Ini gambar yang dikirimkan oleh pembantu beliau.


Bahagian peha yang cedera


Kakinya tidak dapat diselamatkan dan vet mencadangkan agar di potong terus bagi mengelakkan jangkitan dan bagi menyelamatkan kucing betina yang diberi nama Bones oleh Aishah.

Pembedahan mengambil masa sejam setengah. Pemandulan hanya akan dijalankan sebulan dari pembedahan ini bagi membenarkan luka pembedahan kakinya pulih.

Sebentar tadi Cik N melawat Bones sebelum diambil pulang oleh penyelamatnya Aishah. Gambar² Bones yang sempat dirakam :


Bones di pangkuan Aishah Ismail.



Bahagian kaki yang terpaksa di potong.


Menurut Aishah, kucing bertuah ini ditemui di gerai sate di Penanti. Kerana tidak sanggup melihatkan penderitaan kucing ini, Aishah tetap membawanya ke vet bagi menyelamatkan haiwan ini meskipun beliau sendiri sudah mempunyai 4 ekor kucing dan tinggal di apartment.

Kos pembedahan dan rawatan ialah RM400. Aishah telah membiayai separuh daripada kos rawatan Bones.

Alhamdulillah, lagi seekor kucing jalanan mendapat pembelaan dan perhatian insan yang berhati mulia dan ada belas kasihan. Diharap Bones boleh menyesuaikan diri dengan keadaaan, persekitaran, adik beradik dan mama papa baru. InsyALLAH :)

11 comments:

  1. mana gambar Aishah Ismail hah?????? hahahaha

    ReplyDelete
  2. ekor bones mcm ekor pakcik oghen

    ReplyDelete
  3. Serius tak terpikir nak snap wajah Aishah masa ni.. aiyoooo

    ReplyDelete
  4. aisyah and KTAJ..
    all of you..
    AWESOME!!!!!

    ReplyDelete
  5. nsb baik bones jumpa Aishah...nnti updatela citer bones dr masa ke semasa ye

    ReplyDelete
  6. pd aishah...brusaha lh mberi yg trbaik buat2 kucing2 peliharaan awk..Smuga ALLAH mngangkat darjat kmu sekeluarga setinggi2 nya...rahmat ALLAH sntiasa brsama kmu selamanya. pkirlh jln yg trbaik utk kucing2 yg aishah ada spaya tak d aniaya...smuga da jln trbaik utk segalanya.

    ReplyDelete
  7. kucing ni dijumpai di kedai satay mengkuang kan cik aishah?

    ReplyDelete
  8. Ya Allah...Sakitnya..kesian...

    ReplyDelete
  9. salam...klinik dr hazlim dah pindah kan? boleh minta jasa baik anda memberi no telefon klinik dr hazlim yg baru? saya dah cuba nombor2 telefon yg ada tapi semua x ada dlm perkhidmatan & saya x tahu mcm mana nk cari klinik tu tanpa alamat lengkap...kucing saya perlukan rawatan segera & kwn yg duduk di seberang jaya pun x tolong tgk2 klinik atau mendptkan no telefon klinik tu...sigh...
    saya benar2 berharap agar sesiapa yg tahu no telefon baru klinik tu...tolong beri no telefon klinik tu kpd saya...saya tinggal jauh dari seberang jaya so saya sgt2 berharap pertolongan dari anda semua...semoga ALLAH membalas jasa anda yg dpt membantu..amin...

    ReplyDelete
  10. hazlim Animal clinic :
    010-3899572
    clinic hazlim pindah pi area rumah kedai blakang shell dekat2 situ ja.

    ReplyDelete