Tuesday, July 31, 2012

Update On KAY (fostered by SCRATCHers)

Memandangkan keadaan KAY memerlukan penjagaan khusus dan tidak mahu nasibnya terabai, pasangan R & F (SCRATCHers) telah menawarkan untuk menjaganya KAY semenjak hari pertama di hantar ke klinik haiwan untuk rawatannya. 

KAY mengalami cirit birit teruk minggu lalu. Fosterernya menukarkan dietnya kepada hirisan dada ayam rebus, dan cirit biritnya lega serta-merta.

KAY di bawa ke HVC untuk pemeriksaan. Luka di perutnya telah mengecil. Bagaimanapun, Dr Nurul mendapati kelenjar pada leher KAY membengkak dan menyarankan ujian FIV/FeLV di jalankan ke atas KAY. 




UJian FIV/FeLV menunjukkan keputusan yang membimbangkan. KAY POSITIF FELV.

R & F membuat keputusan untuk terus menjaga KAY memandangkan adalah mustahil mendapatkan adopter bagi kucing yang positif FeLV. 

Buat masa ini apa yang boleh dilakukan ialah memberi perhatian dan kasih sayang kepada KAY dan berdoa agar KAY segera sembuh dengan rawatan yang diberikan kepadanya. 

Terima kasih R & F kerana sudi menerima KAY dan menjaganya meskipun mereka sendiri mempunyai kucing-kucing veteran dan yang memerlukan penjagaan rapi di rumah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk KAY dan pemilik barunya. InsyAllah.

No comments:

Post a Comment