Saturday, July 7, 2012

PATCHES Kucing Lumpuh Separa Badan (Alex Kam)


Klik pada imej untuk ke posting asal


Kucing betina ini lumpuh separuh badan dan rerscuernya meletakkannya di hadapan Klinik Dr Rosli, sebelah CIMB - No. 47, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18.

Kisahnya di siarkan di Facebook kami pada 24 Jun 2012 yang lalu. 

Melihatkan keadaannya, saudari Alex Kam telah bergegas ke sana untuk menyelamatkan kucing betina yang diberi nama sebagai PATCHES ini.





Menurut Doktor yang merawat, PATCHES yang berumur lingkungan 1-2 tahun ini seperti baru sahaja melahirkan anak sebelum atau selepas ia dilanggar. Melihat kepada keadaanya, PATCHES dilanggar kenderaan sama ada kereta atau motorsikal.




Gambar xray menunjukkan tulang belakangnya patah pada bahagian L1 dan L2.

Melihatkan kepada bahagian yang patah tersebut, cederaannya nampak seperti PATCHES telah dilanggar lebih kurang 1-2 minggu sebelum ditemui. Memandangkan kecederaannya sudah agak lama, maka sudah terlewat untuk melakukan pembedahan ke atasnya. Menurut vet, adalah agak berisiko untuk menjalankan pembedahan, maka Alex mengambil keputusan untuk cuba merawat kucing ini dengan cara konservatif seperti rawatan fisio dan akupuntur. 






PATCHES tidak dapat mengawal pembuangan najis, maka Alex terpaksa membantunya membuang najis 2-3 kali sehari. PATCHES bergantung kepada Laxapet, Neurobion, dan makanan yang lembut untuk melancarkan pembuangan najis. Belakang badannya terpaksa dibotakkan untuk memastikan kebersihannya.

PATCHES sangat bertuah dipertemukan dengan Alex. Alex bersungguh-sungguh mendapatkan rawatan untuk PATCHES agar ia dapat berjalan semula. Di harap usaha Alex membuah hasil dan PATCHES dapat sembuh dengan segera.

Bil rawatan pertama PATCHES ialah RM375.40.

Alex membiayai 50% kos perubatan PATCHES, dan 50% lagi daripada Dana SCRATCH.





11 comments:

  1. Hoping dat Patches will hv her speedy recovery!..and Alex u such a good person may god bless u..

    ReplyDelete
  2. get well soon ya Patches...& to Alex...thank you so much!!! <3

    ReplyDelete
  3. thank you Alex dan SCRATCH...semoga Patches sembuh semula..

    ReplyDelete
  4. boleh sy tau kt mne nk buat treatment? mcm yg patches dpt? anak kucing sy pon lumpuh lepas kne serang dgn kucing jantan. =(

    ReplyDelete
  5. God Bless Alex....and I have the same situation now... ; (

    ReplyDelete
  6. Alex saya ada kucing yg lumpuh mcm patches, tapi dia masih kecil dah dlm proses membesar. Stngah bdn nya membesar dgn baik tp kakinya semakin kurus seperti tulang. Saya x tahu nak buat apa, nak hantar dimana. Saya boleh nampak tulang kakinya terpisah dari badan.

    ReplyDelete
  7. can I have Alex contact number? I just found one kitten same situation with PATCHES..

    ReplyDelete
  8. Sama lah dgn kucing yg sy jumpa nie, patah tulang belakang dan dah exray... Kejadian mungkin baru 2hari... Hr nie masuk hari ke4 kucing nie

    ReplyDelete
  9. Alex mmg hebat. Tahniah kerana memiliki hati emas.

    ReplyDelete