Wednesday, July 18, 2012

Kesian Dan Sayangkan Kucing Anda?

Ramai di antara kita yang mengaku sayangkan kucing dan ramai yang terlalu sayang sampai takut untuk mengembiri/memandulkan kucing.

"Kesian,"
"Tak sampai hati,"  dan macam-macam lagi. 
Ada juga yang mengatakan "Mengembiri kucing adalah kejam!"

Di sini saya nak kongsikan pengalaman yang agak sadis berkaitan dengan pengembirian kucing. 
Ini kisah benar ye, bukan cobaan.

3 tahun lepas saya menyewa di sebuah rumah berdekatan dengan pasar [saya sengaja tulis pasar kerana ramai orang suka membuang kucing di pasar]. Satu malam saya terdengar kucing bergaduh di sekitar rumah, saya cari kucing saya tapi semuanya ada di dalam rumah.

Puas saya cari dari mana datangnya bunyi kucing bergaduh itu tapi tak jumpa, sebab hari pun sudah tengah malam waktu itu. Dan saya pun takut nak tengok lebih-lebih sebab saya takut nampak benda lain hehe.

Beberapa hari kemudian, saya terhidu bau bangkai, saya ingat mungkin bau itu datang dari 'hadiah' yang kucing saya bawa. Tapi setelah saya cari sampai ke luar verandah rumah [yang memang tak penah buka sebab bersepah dengan barang bekas penyewa], saya jumpa seekor ibu kucing dan seekor anaknya.

Dan.........

Seekor anak kucing yang telah putus kepalanya!

Ini ibu kucing yang terselamat : 


Ibu kucing

Ini pula anak kucing yang terselamat.

anak kucing

Saya sendiri telah menguruskan bangkai kucing tersebut. Sedih rasanya, anak kucing yang comel di temui begitu.

Mungkin anda rasa, "Aaaaah itu tak mungkin terjadi kepada kucing saya, sebab kucing saya duduk dalam rumah, kalau tak pun saya jaga kucing saya betul-betul,"

Tapi adakah anda pasti, kucing anda itu tak keluar rumah lansung, walaupun secara tak sengaja?

Dan mungkin anda beri anak-anak kucing anda kepada orang lain untuk dijaga tapi benarkah mereka menjaganya dan mengawasinya seperti anda? 

Kucing jantan yang terlepas dari jagaan mungkin sempat melakukan hubungan sesama kucing kucing betina yang lain dan menghasilkan anak-anak kucing yang terbiar seperti kucing tadi. Dan juga sebaliknya.

Itu soal pembiakan tak terkawal, bagaimana pula kalau satu hari dia terlepas dari rumah bila balik dah luka-luka sebab bergaduh dengan kucing luar. Mula-mula luka sikit je, tapi tanpa anda ketahui kucing luar [yang mungkin kucing liar] telah memindahkan kuman kepada kucing anda.

Beberapa kemudian kucing anda mati disebabkan virus seperti Sporotrichosis atau FIV

Jadi bila senario ini berlaku, siapa yang berlaku kejam sebenarnya?

Ada yang mengatakan hukum mengembiri adalah haram TETAPI dengan niat yang betul hukumnya adalah harus.

Berikut adalah fatwa dari JAKIM (2002) tentang pemandulan atau pengembirian kucing :

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

*Petikan fatwa diambil dari : Blog Alamkucing

Malah kalau kita pergi ke sesetengah klinik haiwan termasuk Hospital Haiwan UPM, kenyataan ini ada dipaparkan di papan kenyataan.

Jadi, apa kita tunggu lagi?

Mari kita jalankan tanggungjawab kita dalam menyayangi haiwan! 

Artikel disediakan oleh : Chics Inred untuk SCRATCH

5 comments:

  1. macam mana nak mohon dana untuk kembiri kucing?
    saya ada 13ekor kucing :
    2ekor ibu (sekor baru beranak sekor lagi tengah mengandung)
    1ekor bapak
    7ekor baby (4@5bulan)
    3ekor baby (seminggu)

    ReplyDelete
  2. Tapi, bukan ke itu lumrah hidop kucing? binatang2 lain jugak same macam kucing. dah habitat binatang macam tu. bergadoh sesame sendiri untuk berebut kawasan, betina. memang ia dicipta sebegitu. kucing kene belajar cari makan macam binatang lain, x boleh harapkan manusie je,. binatang lain boleh kenape kucing tak boleh?? memang lazimnya hidop ni yang lemah akan ditindas, yg kuat akan sentiase diatas. yg lemah akan kebuluran & yg kuat akan kekeyangan. dekat hutan liar sane banyak binatang yg senasib dengan kucing ni.

    tolong bagi reason yg kuat untuk saye percaye yg memnadulkan kucing ini adalah tindakkan yg betol dan saya akan percahya ia tindakan yg betol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada kelapangan, singgah di SPCA atau shelter home berdekatan. Dan sekiranya anda berada di KL Selangor, sila ke Pusat Kurungan DBKL di Setapak untuk melihat sendiri apa nasib haiwan jalanan akibat overpopulasi dan terlalu banyak.

      Pemandulan ialah satu alternatif kami menyelamatkan haiwan ini sebelum diserahkan kepada keluarga baru dan supaya tak dibuang semula sekaligus menyumbang kepada populasi haiwan jalanan.

      Banyakkan pembacaan tentang pro dan kontra pemandulan haiwan. Dan banyakkan buat kerja-kerja komuniti dengan shelter home dan NGO sedia ada untuk melihat sendiri realiti haiwan jalanan dan mengapa kami sangat2 menekankan pemandulan haiwan peliharaan.

      Experience is the best teacher. Good luck.

      Delete
  3. We do castrating male cat at kota kinabalu sabah...Rm50 only..can call me at 0109455500 (olie)

    ReplyDelete