Email yang kami terima dari Latifah :
Jumaat, 22 Jun 2012 - 10.01am
Kepada Ktaj
Saya terjumpa kucing ni di LRT Dato Keramat. Kucing ni saya dah bawa ke vet. Masalah fungal yang kritikal dan perlu diberi ubat setiap hari. Saya bawa pulang ke apartment saya tetapi kucing ni tak mahu duduk dalam sangkar. Dia asyik cuba untuk keluar dan membuatkan luka nyer lebih teruk. Saya tinggal di apartment jadi tak boleh biarkan kucing ni keluar takut mengganggu jiran.Saya tidak ada cara lain, jadi saya lepaskan semula di stesen LRT tersebut. Setiap hari saya akan cuba beri ubat yg telah di campur ngan wet food. Tetapi ada kalanya saya tidak jumpa kucing ni dan ubat tidak dapat diberikan secara berterusan.Minta jasa baik KTAJ untuk tolong cari fosterer. Saya akan tanggung medication untuk kucing ni.Terima KasihLatifah Rahman017-245xxxx
Melihat kepada gambar-gambar yang dikirimkan, kami memaklumkan Latifah yang kucing ini menghidapi Sporo.
Rawatan dan boarding fee untuk kucing Sporo menelan perbelanjaan RM600-750 sebulan dan tempoh rawatan bergantung kepada jangkitan. Kos rawatan sendiri di rumah hanya menelan belanja lebih kurang RM200 sebulan untuk ubat-ubatan. Bagaimanapun, kucing Sporo perlu dikuarantinkan jauh dari kucing-kucing lain yang sihat dan individu yang merawat perlu mengamalkan penjagaan kebersihan yang teliti ketika mengendalikan kes Sporo.
Latifah bersedia mengeluarkan perbelanjaan dan kos rawatan untuk kucing Sporo yang diberi nama OTIS ini.
Berita baiknya, setelah salah seorang SCRATCH-er berbincang dengan Dr Emi dari Klinik Haiwan Port Dickson, OTIS diterima untuk menjalani rawatannya di sana. Kesemua kos ubat-ubatannya di biayai oleh Latifah dan Dana SCRATCH sehingga sembuh dan kos boarding sepanjang rawatan ditanggung oleh Dr Emi.
Malah, kami menerima email dari Saudari Azie Damiri untuk adopt OTIS selepas dia sembuh 100% dari Sporo.
Kami sedang menunggu update dari Klinik Haiwan Port Dickson berkenaan perkembangan rawatan OTIS di sana. Di harap, lebih banyak klinik haiwan yang sanggup merawat kes Sporo. Kebanyakan klinik haiwan menyarankan kucing Sporo di PTS (dimatikan secara euthanasia) memandangkan kos dan tempoh rawatannya yang boleh mencecah sehingga 6 bulan.
Semoga OTIS cepat sembuh dan dapat tinggal di rumah pemilik barunya nanti. InsyAllah.
Penyakit sporo kucing boleh diubati.
ReplyDeletehttps://www.psherbs.com/bolehkah-kucing-berpenyakit-sporo-diubati-dan-sembuh/