Showing posts with label Santai² KTAJ. Show all posts
Showing posts with label Santai² KTAJ. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Kucing, Outstation dan Rindu

Hi kawan-kawan, 

Korang ada tak berperasaan macam ni bila selalu kena pergi outstation? How we wished yang anak-anakbulu kita nih boleh text dan update keadaan diri mereka kan? 

Kredit Gambar: Cik Idaxu Rais


kebiasannya kita akan tinggalkan kunci rumah kepada rakan yang kita percayai untuk menjaga mereka sekiranya tempoh outstation agak panjang. kalau outstation sekejap-sekejap biasanya anak anak tinggal sendiri. tapi nanti bila balik akan ada banyak harta karun di atas lantai! bertabah lah tuan punya anak anak bulu yer! 

Apa pun bila balik dari outstation melihat telatah mereka memang boleh menghilangkan stress dan penat. okay okay lepas tuh penat jugak la kutip harta karun but we, of course, dont mind kan?! ;-) 

-Encik Memerangemok-
#kucingkembirikool #rinduanakbulu

Monday, December 29, 2014

Bertabahlah Malaysia

As Salam dan Selamat Sejahtera,

Belum surut lagi kesedihan kerana kehilangan MH370 dan tragedi MH17, kini kita dikejutkan pula dengan kehilangan QZ8501 dikala kita bertungkus lumus menghadapi masalah banjir. Berat betul dugaan dan ujian yang terima.

Credit: Artwork by Lydia Rayyan

Kami amat2 bersimpati dan berduka dgn kejadian yang menimpa.

Anak2 bulus di rumah selesa tidur dan bermain, makanan dan air tidak ada yang kurang..

Bila melihat keadaan banjir di pantai timur, kami terfikir, bagaimana dengan anak2 bulus..penduduk yang terlibat tentunya akan diselamatkan dan diberi bantuan, tapi bagaimana dengan haiwan di kawasan tersebut..tak kira la haiwan peliharaan anjing, kucing ataupun haiwan ternakan. Namun kami gembira bila ada pihak2 yg berani tampil untuk memberi bantuan baik dari segi makanan ataupun keperluan anak bulus ni..tidak kurang juga yang menaiki rakit atau bot untuk menyelamatkan anak2 bulus yang cuba menyelamatkan diri. Banyak viral pic di laman sosial menunjukkan kucing yang dilihat duduk di atas bekas terapung, ada yang sedang berenang mencari perlindungan, bergayut di atas pokok, tidak kurang juga yang panjat bumbung rumah. Terima kasih banyak2.

Ada owner yang sanggup menunggu pasukan penyelamat bersama kucing peliharaannya untuk diselamatkan, ada yang menjinjing anak bulus dikiri dan kanan mengharungi air deras untuk ke pusat perlindungan. Paling menyayat hati bila pic bangkai kucing disebar2kan..Sedih sangat2..dah tak larat tangan ni asyik  nak meng 'hide' kan pic tersebut..

Kami mendoakan agar keadaan segara kembali kepada sediakala..Usaha akan terus dipergiatkan dalam menghulurkan bantuan. Hari ini hari mereka, hari kita entah esok atau lusa..makanya jangan lokek utk turut membantu ikut kemampuan masing2. Semoga ada hikmah disebalik kejadian.


Sunday, September 21, 2014

Arrrghhhh...takutnya dengan kucing!!

As Salam..

Haaii...cuba baca tajuk kat atas...mcm biasa dengar je dialog ni bila kita makan di warung atau kedai mamak kan...siap ada yg angkat2 kaki atas kerusi..ada yang terus berdiri...ada yang kuis-kuis dengan kaki...ada yang muncung-muncung bibir dok syohh syohh dengan jari...mcm-mcm reaksi org boleh kita perhatikan..

Tahu kah uollss yg perasaan takut, fobia, panik pada kucing dikenali sebagai:


 

 Ye...ada 3 nama..tp semua merujuk kepada keadaan yg sama..
  • Gatophobia
  • Ailurophobia
  • Felinophobia 
Utk mereka yg suka dan sygkan kucing mmg tiada masalah..tp mereka2 yang menghadapi masalah ini..ketakutan itu mmg bukan ketakutan yang dibuat2..
Jadi kami ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu golongan ini..almaklum..kucing ada banyak di Malaysia ni..takkan la setiap kali kucing gesel kaki kat kedai makan, awak nak melompat atas meja atau pun jerit2 mcm org kene rasuk kan...malu!

Pic credit: quiltedcraftsman.blogspot.com
  1.  Kenalpasti masalah..apa yang anda takut sangat dengan kucing..bulunya? suaranya? trauma kenangan lama dicakar atau digigit? 
  2. Ambil tahu fakta mengenai kucing. Ini akan dapat membantu anda memahami serta memberi diri anda sendiri jawapan mengapa kucing berbunyi begitu, mengapa kucing suka menggesel..apa tanda2 kucing itu happy atau marah..kenalpasti gaya tubuhnya..mcm org juga..kita boleh predict tindakan kucing berdasarkan body language yg di tunjukkan..kita cuba fahami naturenya..mmg tuhan jadikan haiwan ini berbulu, bergigi dan berkuku..kene faham tu..
  3. Mulakan dengan perlahan..lihat kucing yang didalam cage dari jarak yg selamat untuk anda..kalau takut ajakla kawan teman..perhatikan tindak tanduk kucing tersebut..ambil masa..jgn rushing..kalau dah berani...berdiri makin dekat dengan cage..berani kan diri..jangan takut..kucing tu di dalam, anda kan di luar..hehehhe..kalau dah diketahui kucing tu garang atau moody, pilihla kucing lain yang lebih calm..sbb kita baru nak berjinak2 dan memberanikan diri..
  4. Dah tak takut sangat dengan kucing? Ok..mari kita cuba utk bersentuhan dengan kucing..get in touch untuk overcome ketakutan kita...pilihla kucing yang diketahui friendly dan suka bersosial..cthnya kucing kawan2..kucing masih didalam cage...mesti anda perasan depa suka menggesel2 badan/bulunya kan...cuba pegang perlahan2 bulu tersebut...kucing juga suka nak bau2 tangan anda..take your time..kalau kucing tu cuba capai anda atau baju anda..jgn panik...kata berkawan..cuba tegur ia perlahan2 dan cuba untuk adakan sentuhan yang anda selesa...
  5. Wahh..dah makin confident?? Ok..apa kata kita mula dengan pegang2 kucing dengan ditemani kawan..cuba relax dan fokus..adalah perkara biasa kucing suka mencium2 dan mengesel..itu cara mereka berkomunikasi dgn kita selain mengiau..kang kucing berckp awak pengsan pulak..kan..kita duduk diam2..biarkan ia dtg dengan sendiri untuk menggesel dan mencium2..kalau nmpak ok..apa kita anda cuba usap bulunya perlahan2..anda perlu kenal pasti bahagian yang ok disentuh dan bahagian yang bahaya..contohnya..it's ok utk pat the head dan tengkuk/badannya...tp bukan perut dan ekornya..kita kan baru nak belajar2 berani dengan kucing jadi pilihla spot yg sesuai untuk place tangan kita tuh..kan..Ingat..relax..sbb kucing ni pon boleh sense org yg tak suka atau takut dengan dia..lagilah dia datang..kehehheeh..Ouhh..jgn lupa bawa toys..kucing ni lincah dan suka bermain..x perlu mahal2..setakat lidi yang hujungnya diikat dengan riben atau tali sudah memaidai utk buat si comel berlari2 keriangan..percayalah!
  6. Ulang aktiviti ini sampai anda rasa ketakutan terhadap kucing berkurangan...kalau dibandingkan..saiz kita ni lagi besar..so harusnya kucing takut ngan kita bukan sebaliknya..
Cuba berkasih sayang dengan haiwan kesayangan nabi ni..mulakan dengan memberi makan kucing jalanan..kucing jalanan ada yg stray dan tak tak takut org..ada yg bersifat feral, sgt2 shy dan prefer untuk menjauhi org..cuba feed mereka..lama2 rasa takut akan hilang..timbul pula rasa sayang walaupun asalnya anda hanya merasa kasihan...percayalah..

Pic credit: thecarousel.com

Kucing suka berdiri dan pegang lutut anda atau tarik kain anda di kedai makan..cuba fikir logik..kan kedai makan..mestilah kucing tu nak minta makan sbb lapar..bukannya nak ajak gaduh atau suka2 nak cederakan awak...so buat apa nak takut..betul tak?? Ada yg komplen sakit lututnya sbb kuku kucing tu tajam..logiknya sekali lagi...nama pon kuku..dah tu kucing terbiar..siapa pulak nak tolong potongkan kukunya tiap2 minggu..betul tak??

Pic credit: memegenerator.net
Kalau nak takut..takut la pada perkara yg logik utk ditakuti..kan...Bukan nak perkecil2kan sesiapa tp kami rasa ketakutan pada kucing merupakan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan adanya ilmu..ala...dengan buaya, jerung pon ada orang yang tak takut..kenapa?? sbb mereka ada ilmunya...betul tak?? Diketahui kucing juga memberikan gigitan manja sbb nak bermain dengan tuannya..yg ni anda letak tepi...yang penting..kita beranikan diri dulu ok..so good luck!



Tuesday, January 8, 2013

The Price :: The Black Cat

Kucing hitam biasanya mempunyai karekter yang unik dan tersendiri, berbeza dengan kucing-kucing lain. Menurut kebanyakan pemilik kucing hitam, kucing hitam kurang bersosial dengan kucing-kucing lain.

Kucing hitam yang saya diberi nama Bellack, ditemui 3 tahun yang lepas di lif lobi apartment saya. Saya sedang melangkah keluar lif sambil bercakap dalam telefon. Dan ketika itulah seekor anak kucing berwarna hitam berusia lebih kurang 2 bulan, terjelepok di kaki, meminta dimanja. Saya berjalan melangkah keluar dari lobi lif. Dan ketika itu juga ia berlari mengejar kemudian terjelepok lagi di kaki saya.

Bellack sangat manja. Namun apabila semakin dewasa, Bellack lebih banyak menjauhkan diri, tidak bersosial dengan kucing lain, lebih banyak memerhati dan membuat aktiviti sendiri. Kadang2 mengejar bola kertas sendirian, kadang2 membelasah kucing2 lain, kadang2 melepak di atas grill pantry dapur menghirup udara malam. Bila melangkah, ia sangat berhati-hati. Bila dipeluk, suka merengus.

Dan bila menonton video ini, terasa ingin pulang ke rumah, mencium dan memeluk Bellack saya sepuas-puasnya...

Setiap kucing/anjing yang dipertemukan dengan kita, pasti ada cerita tersendiri. Lebih-lebih lagi, si kucing hitam. Tonton video ini, dan kongsikan cerita anda pula, ya :) 



-GB-

Wednesday, July 20, 2011

Encik Kucing Tuala

Ketika sedang mencari-cari contoh kraf berkenaan kucing (yang bole jual untuk mengisi Dana KTAJ), tetiba jek terjumpa satu website cool cara² membuat patung kucing menggunakan tuala dari Dollmaker.




Cool gile, kan?

Kucing tuala ni diberi nama Terry. Sukati korang la kalo nak bubuh nama Encik Kucing Tuala sekalipun. Hehe..

Cara membuat Encik Kucing Tuala ni senang jek...

1) Lukiskan atas tuala. Guna kain lain pun bole. Ikut kreativiti korang. Asal korang hepi.. hek hek hek..




2) Potong luar garisan yang korang dah lukis tu. Pastu jahit dan cantumkan bagi membentuk kepala dan badan seperti di bawah ni. Jangan lupa pasang ekor ye. Kang jadik kucing cacat pulek!




3) Terbalikkan jahitan yang dah siap tadi.





4) Sumbat dengan fibre filling. Kat kebanyakan kedai kraf ada menjual pada harga RM3 bagi 100g. Cari fibre filling tau. Bukan fibre sheeting. Kalo takde, sila kumpul bulu² gugur kucing² korang kat rumah tu untuk sumbat dalam tuala ni. *acah jeeee...*




5) Gunakan benang sulam/benang kait/apa² benang yang tebal, jahitkan mulut, misai dan mata Encik Kucing Tuala ni. Boleh jugak kalo nak gunakan mata palsu yang ada dijual di kedai² kraf tu. Nampak lagi comel.






5) Jahitkan kepala ke badan Encik Kucing Tuala.




6) Taraaaaaaa~ Siap dah!! Suka tak?? ;)


Tuesday, July 19, 2011

Kucing vs Ayam. Sape lagi miskin?

Gambar dari The Telegraph
(kisah benar persahabatan kucing dan ayam!)

Kucing : Ayam, kau ni mesti miskin. Pakai seluar sampai lutut jek. Tengok macam aku, pakai baju satu badan. Siap berstokin lagi.

Ayam : Aku pakai seluar sampai lutut pun takde la macam kau. Tutup sampai kuku, berstokin bagai, tapi lubang pungkok nampak. Apa kes? Seluar koyak kah?

KAH KAH KAH!!

Teka Teki Matematik Kucing! Hehe..

Imej dari internet


Soalan 1 :

Dalam sebuah bas ada 7 orang awek. Setiap orang awek membawa 7 buah beg. Dalam setiap beg ada 7 ekor kucing betina. Setiap ekor kucing betina ada 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing ada 4 kaki. Jadi ada berapa kaki dalam bas tersebut?

Takyah kira kaki drebar, tukang tiket dan yang tak berkaitan dengan soklan dia atas ye ;)


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Soalan 2 :

Seorang pencinta haiwan memiliki beberapa ekor burung dan beberapa ekor kucing menjadikan jumlah keseluruhan haiwan belaannya 30 ekor. Jumlah kaki haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki oleh orang itu???

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Imej dari internet

Soalan 3 :

Kucing munchkin = RM1000 sekor
Kucing parsi = RM500 sekor
Kucing siam = RM50 sekor

Dengan wang RM10000, sila beli 100 ekor kucing.
Berapa ekor kucing munchkin, parsi dan siam yang bole dibeli dengan RM10000 tu?