Showing posts with label Charity Sales. Show all posts
Showing posts with label Charity Sales. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Jualan Sampul Raya Scratch!!

Haiii!!!

Kami ingin mewarwarkan...jualan untuk sampul duit raya KTAJ/SCRATCH telah pun dibuka!! Yes!! Yes!!
Cantik tak?? Cantik tak???

Hari tu ada yg bertanya pasal sampul duit raya kami tahun ni kan? Ni kami nak share design tahun 2014.. Comel kan...pasti bergaya tau..bila uollss bagi anak buah duit raya dlm sampul ni...lain dari yg lain...harussss limited edition...

Sampul ni masih dalam proses percetakan, InsyaAllah dalam masa seminggu lagi kami dah boleh mula pos. 
Skrg kami membuka pembelian sampul secara online..membeli sambil menderma ni tau..

Cara untuk membeli:

  1. Email ke ktaj0311@gmail.com dengan title SAMPUL RAYA supaya senang admins proses order. 
  2. Sertakan nama, alamat lengkap untuk urusan pos dan juga bilangan sampul yg dibeli.
  3. Buat bayaran pada akaun Maybank PMKTAJM melalui online transfer, cash deposit machine (CDM) atau bayaran tunai di kaunter (no akaun hanya akan diberi selapas anda membuat pesanan melalui email).
  4. Printscreen, scan atau gambar resit CDM atau Ref number (jika melalui online) sebagai bukti pembayaran.
  5. Sampul raya akan dipos segera setelah pembayaran disahkan.

Harga??? Tak mahal..namapun menderma..bila lagi nak tambah pahala..lagi2 di bulan ramadhan Al-Mubarak ni kan....

1 set sampul raya(10pcs) = RM6 (hanya utk COD)

1 set sampul raya + pos = RM7

3 set sampul raya + postage =RM21

10 set sampul raya + postage = RM70



Kiriman akan menggunakan pos biasa (pakai setem). Walaubagaimanapun anda boleh request untuk menggunakan khidmat pos laju dan kos akan ditanggung oleh pembeli ok... :)

Perkhidmatan COD juga kami sediakan tapi bagi kawasan2 tertentu sahaja. 
Kami akan update kawasan COD secepat mungkin.

Lekas email....bilangan sampul raya adalah terhad..ingat...membeli sambil menderma...

Semoga Tuhan murahkan rezeki uollss...

Terima kasih...



Sunday, March 30, 2014

Meoww...Meoww....Pet Fiesta this time!

Meoww...Meoww...

Hey hey hey!!! InsyaAllah kami akan turut serta dalam event PET FIESTA, Malaysia Largest Indoor & Outdoor Pet Expo.

Tahun ni pertama kali PET FIESTA diadakan di Setia City Convention Centre Shah Alam!
Event akan berjalan dari 11 APRIL hingga 13 APRIL 2014.
 
Anda boleh dapat kan merchandise eksklusif dari SCRATCH yang sememangnya limited edition, membeli sambil menderma! Nak derma ajer pon boleh....x pasti pulak sape yg akan kami bawa kali ni utk jadi model di booth....Papa Giant, si kucing kelabu temban tu dah resign katanya....si Jax yg rajin round sambil bawak tabung donation pulak ntah free ke tak....nak bawak cik Eowyn x pasti lagi mak dia bagi datang ke tidak...so suprise suprise okeh....

Ouhh...product Euky Bear juga ada...ala....spray dan hand sanitiser yg best tu la...beli jgn x beli..ada percent yg akan disumbangkan kpd kucing terbiar ni tau...

Macam menarik je kan? Apa lagi org2 Shah Alam...mai ler turun memeriahkan majlis...kan..kan...

Tanda siap2 dalam kalendar sekarang supaya tak terlepas! Event berlansung selama 3 hari...so pilihla mana2 hari yg free atau nak datang pada ketiga2 hari pon boleh....hehehhe


Oh ya...kami mencari2 juga volunteer yang sudi bersama2 kami join event ni....kalau anda ada masa terluang, suka kucing, tidak mendiskriminasikan kucing jalanan dan suka untuk berkenalan dengan kawan baru...bolehlah melayangkan email pada kami di ktaj0311@gmail.com dengan subject title "VOLUNTEER"

 Email kami di ktaj0311@gmail.com dengan subject title "VOLUNTEER" dan insyaallah akan di reply A.S.A.P oleh admin yang bertugas...

P/S: Untuk maklumat lanjut...silalah layari weblink event ini disini (sila click)


Thursday, March 20, 2014

PET FIESTA..yehaaaaa!!

As Salam...Hello...Hello...


Hey hey hey!!!
InsyaAllah kami akan turut serta dalam event 
PET FIESTA, Malaysia Largest Indoor & 

Outdoor Pet Expo.

Anda boleh mendapatkan merchandise eksklusif SCRATCH, membeli sambil menderma!


Tahun ni pertama kali PET FIESTA diadakan di 
Setia City Convention Centre Shah Alam! 

Event akan berjalan selama 3 hari dari 


11 APRIL (Jumaat) hingga 13 APRIL 2014 

(Ahad).



Macam menarik je kan? 

Tanda siap2 dalam kalendar sekarang supaya xterlepas!


Selain merchandise Scratch, kami juga dijangka akan membawa produk Euky Bear favourite kami..so bolehla beli sambil menderma, produk ini selamat untuk manusia dan pets tau...ok, cya!!


Tuesday, December 24, 2013

S.C.R.A.T.C.H at MATICS

Hai kawan kawan ~!

kami nak kongsi cerita event. alhamdulillah hampir setiap bulan kami mendapat jemputan untuk menganbil bahgaian dalam program untuk menambah dana kami melalui jualan amal. Kami benar benar terhutang budi dan berterima kasih dengan presiden KKM, Pak Khalid yang sentiasa menghubungi kami sekiranya ada program yang boleh kami sertai. Kawan kawan sila support page KKM juga yer! Oh boleh tekan di sini, ye di situ ada linknya, tekan lah. 
Program ini berlangsung pada 30 November dan 1 December 2013 yang lalu. Walau bagaimanapun oleh kerana kesuntukan masa dan short of manpower kami hanya dapat hadir pada 1 December sahaja. Walaupun acara bermula pada jam 11 pagi, volunteers kami telah tiba seawal jam 9 untuk menyusun dan mengagihkan kerja kerja di booth kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuaca pun menyebelahi kami kerana pada hari tersebuut tidak terlalu panas. 

face painting atau conteng-conteng muka adalah aktivti paling 'panas' di booth kami. untuk pengetahuan kawan kawan, kami ada 3 orang cik adik yang comel, mempunyai bakat membuat face painting. setiap contengan akan dikenakan 5 ringgit dan terpulang kepada kawan kawan sekiranya mahu menderma lebih. semua bayaran untuk face painting masuk ke dana kami. face painting tidak terhad kepada kanak kanak sahaja. ada jugak cik akak, cik abang yang sangat sporting membenarkan kami menconteng muka mereka menjadi harimau, kucing cute dan sebagainya. terima kasih kepada mereka yang menyokong face painting kami. 

Seperti biasa kami akan ada kucing ataupun kitten untuk di berikan melalui proses adoption kepada pemilik baru. kucing dan anak kucing ini adalah kucing2 yang diselamatkan dari jalanan dan telah menerima rawatan sebelum dibawa untuk adoption. kami tidak ada adoption fee tapi kami amat amat berbesar hati sekiranya kawan kawan, tuan puan yang mahu mengambil kucing kami sebagai ahli keluarga baru untuk menderma seadanya. 

gambar di sebelah ini adik nienie. adik nienie dijumpai di foodcourt salah sebuah IPTS di selangor. adik nienie dijumpai berjalan2 tanpa ada ibu dan kelihatan lost. rescuer kami mengambil keputusan untuk membawa pulang dan membawa ke vet pada 3 hari berikutnya setelah semuanya tenang. adik nienie berada dalam keadaan kesihatan yang tiptop! dan dia adalah anak kucing yang paling naughty!  





ini Jimmy Boy dan Oren. diselamatkan oleh volunteer kami yang paling cute. Jimmy Boy dan Oren pernah berada di event putrajaya bulan september yang lalu. walau bagaimanapun nasib belum lagi menyebelahi mereka kerana masih belum bertemu dengan keluarga yang benar2 menyangi kucing berbulu pendek. rata rata yang bertanya kepada kami 'ada tak kucing berbulu panjang' atau 'baka itu dan baka ini'. kawan kawan,  tuan puan, kucing kampung adalah yang paling unik kerana attitude dan personalitinya. jangan diskriminasikan kucing kampung hanya kerana mereka berbulu pendek. kenali mereka dan pasti tuan tuan, puan puan dan kawan kawan akan jatuh cinta. percayalah, kami sudah menyelamatkan pelbagai jenis baka kucing dari yang mahal hinggalah yang diimport, tetapi kucing kampung tetap di hati! 

Eh nanti kami akan berada di SACC Mall Shah Alam! marilah berjumpa dan beramah mesra~~




Kredit: Gambar dari Kak Po dan Encik Bull Terrier yang Terrer.

-Encik Memerangemok-

Monday, December 9, 2013

Pet World Johor Bahru 2013

As Salam... Selamat Sejahtera..

Kawan-kawan..kami ingin mewarwarkan satu berita gembira....sila excited cepattt!!! Heehehehhe..

Sukacitanya dimaklumkan warga kerja SCRATCH akan turun ke Johor Bahru untuk turut sama memeriahkan event Pet World Johor Bahru 2013...

Kami akan bawa bersama design terbaru T-shirt limited edition kami...ya!! limited edition tau....jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal utk membelinya..Kl pon kami belum jual lagi...khas utk org JB!! panas panas ni!! Selain dari baju, kami juga ada pelbagai headbands untuk kawan kawan beli. ada juga barangan chomel seperti key-chain, wristband dan juga penanda buku. semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung dana bantuan untuk anjing dan kucing terbiar di luar sana. Jadi kami amat berbesar hati kalau kawan boleh ajak kawan yang lain, kawan kepada kawan even kawan yang dah tak kawan pun tak per untuk datang dan membeli barangan kami. 



Bantu kami untuk membantu haiwan yang memerlukan batuan terutamanya perubatan dan pengkasian. 


Datang jangan tak datang...Jumpa di sana...jgn malu2 utk bertegur sapa dan singgah di booth kami ya...beli sambil beramal..nak ambil gambar pon boleh...

oh ya...insyaallah adoption drive pon ada....

Lai..lai...lai..








Friday, September 20, 2013

Bantuan diperlukan utk 16 ekor DLH yang ditinggalkan


Salam dan Selamat Sejahtera,



Minggu lepas, kami menerima 1 email yang agak mencemaskan dari Ms. C. Beliau meminta bantuan SCRATCH untuk mencarikan tuan baru bagi 16 ekor kucing Domestic Long Haired (DLH) yang ditinggalkan housemate nya dan tidak muncul2 setelah pulang ke kampung pada bulan Februari yang lepas. Rumah sewa Ms. C mesti dikosongkan pada 16 Sept dan sekiranya tidak ada adopter utk kesemua kucing2 ini, dia bercadang untuk Put To Sleep (PTS) kesemua kucing2 tersebut. 

Last week we received an emergency e-mail form Ms C. She asked a help from SCRACTH to re-home sixteen Domestic Long Haired cats, all of which were abandoned by the previous owner. The previous owner who is Ms. C's ex-housemate went back to her hometown and never appeared since last February. Ms. C is currently renting a house and unfortunately the landlord had given a short notice for her to vacate the house. Should these cats fail to find adopters, she has no choice other than to put them to sleep. Ms C was so depressed struggling with her moral dilemma. 

Kucing-kucing DLH yang menjadi mangsa..mereka ditinggalkan tuannya
Some of the cats; the victims of the abandonment. 
Sayu
Poor furbabies

Tidak terurus..
Deplorable condition

Setelah perbincangan dibuat dengan committee SCRATCH, kami bersetuju untuk membawa kesemua 16 ekor kucing2 tersebut ke event di Putrajaya pada Sabtu & Ahad (14 & 15 Sept 2013) lepas untuk dicarikan fosterer.

After having a thorough meeting assessing all the potential risks and options, SCRATCH committee members agreed to bring all these sixteen cats to the Putrajaya International Cat Show (14 & 15 of Sept 2013). Serious fosterers were sought out and these kind human beings were all interviewed before taking the cat(s) home. 

Tibanya 16 ekor kucing di Putrajaya pada Sabtu lepas, kami menjadi sedih dan sebak. Keadaan mereka tidak terurus. Bulu mereka berbau,  kotor dan comot. Badan mereka kurus seperti tidak cukup makan & dehydrated. Bau mereka sangat busuk sepertinya mereka sudah bergelumang dengan najis sendiri. Ada seekor yg buta, seekor lagi mengalami sakit batu karang dan baru discharge dari vet tetapi tidak boleh dibedah atas sebab2 tertentu. Kesemua mereka sangat takut dan gelisah mungkin kerana tidak pernah keluar dari rumah dan tidak pernah bertemu dengan orang asing. Mata mereka menceritakan 1001 kesedihan. Kami terdiam bila melihat keadaan mereka. Tidak ada kata2 yang mampu diluahkan pada waktu itu. Tapi kami kena kuat & tabah bagi memastikan mereka dapat peluang kedua untuk menikmati hidup seperti kucing2 lain.

These furbabies arrived at the hall on last Saturday and all of us, the volunteers, were overwhelmed with sorrow upon looking at their conditions. They seemed like never been groomed, the fur entangled and matted, dirty, infested with fleas, ticks and mites. Some of them were skin and bones. The pungent stinking smell suggested that, they might not have proper litter boxes. One of the cats is one-eyed blind and the other one is suspected having a kidney problem. The latter cannot be operated because an extensive check-up must be made in order to ensure the cat has no underlying diseases before going for any surgery. All of them generally were very frighten, scared of people and we understood that. All these while there were enclosed with the house's walls, never had an interaction with the outside world and coming out from the enclosure all of sudden really freaked them out. Their eyes told us 1001 stories, sad ones. We were speechless looking at their conditions. No words could describe how these majestic creature could come to this condition. However we know, as volunteers, we have to be strong so that these babies will get a second chance to live and better homes just like other pets.  


Bulu kotor dan berbau..ada yg luka dan mempunyai masalah kulit kerana kurang penjagaan dari segi kebersihan

Rata2 mereka semua mengalami kemurungan :'(

Sedih!

Ketika di booth SCRATCH..
Pencarian fosterer giat dijalankan. Ada yang ingin mengambil kucing-kucing ini kerana ingin di kahwinkan dengan kucing yang sedia ada dirumah, ada yang mampu menjadi fosterer tapi tidak menyokong prosedur pengembirian, tak kurang juga yang berkeras dan bermasam muka kerana permohonannya ditolak kerana tidak sesuai dan tidak selaras dengan tujuan SCRATCH/KTAJ. Harus difahami kami ingin mencari yang terbaik untuk kucing-kucing ini..cukupla trauma dan kesengsaraan yang mereka lalui.

The searching for fosterers was done extensively and tirelessly. There were irresponsible people who insisted to take up these cats for breeding purposes. Some could be good fosterers but they do not support the idea of neutering the pets, and nonetheless there were hard headed people who made faces when their applications to be fosterers were turned down. We need the public to support our mission and vision and the public needs to understand we tried our best to find good homes for these cats. We believe these babies had been traumatized and gone through enough hardships. 

Setelah bertalu2 soalan dikemukakan dalam sesi interview, hanya fosterer yang layak sahaja diberikan kepercayaan untuk menjaga mereka sehingga mereka sihat & dimandulkan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa semua, kesemua 16 ekor telah berjaya mendapatkan fosterer masing2. Berita terkini..kebanyakkan dari kucing-kucing ini sudah tidak murung lagi, sudah mahu utk makan dan bermain. Ini satu petanda baik, Alhamdulillah. Kini kami hanya menunggu masa yg sesuai utk menghantar kucing2 ini utk dikembirikan sebelum ia dibuka semula untuk memcari adopter. Kucing yang ingin di kembirikan mesti berada dalam keadaan sihat dan fit untuk mengelakkan sebarang komplikasi yg tidak diingini.


Questions after questions bombarded to the the potential fosterers, the qualified ones were selected and given the trust to take care of these cats until their health are restored and then will go for neutering procedure. Alhamdulillah, with passion and patient we managed to find the fosterers for all of the cats. The latest update we received from our respective fosterers, all of the cats are now no longer depressed. Some of them even have started playing and eating. This is really a good sign and we will wait for the right time for the cats to be neutered and go to forever good homes. Depressed cats and/or cats with poor health conditions are not fit to undergo any surgery and because of that we need to wait a bit longer until these cats are settled and healthy again. 


Kami ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH kepada – SCRATCH-ERS, FOSTERERS, POTENTIAL FOSTERERS YANG MEMOHON, SCRATCH FOLLOWERS DAN SEMUA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes ini.


We would like to convey our gratitude to - fellow SCRATCHers. fosterers, potential fosterers who applied to contribute, SCRATCH followers and everyone who directly or indirectly involved in this emergency case. 

Di sini kami ingin memohon jasa baik semua kiranya dapatlah membantu kami dalam pembiayaan bil2 perubatan dan pemandulan kesemua 16 ekor kucing2 ini. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun rasmi persatuan kami: 


We seek your kindness and generosity to help us with the incoming bills, both medical and neutering for these sixteen cats. We welcome any kind of donation and cash donation can be channeled to this account: 


PERSATUAN MEMBANTU KUCING TERBIAR DAN ANJING JALANAN MALAYSIA

MAYBANK BERHAD - 5641 8240 1814



Sumbangan anda kami dahului dengan ucapan TERIMA KASIH dan hanya Tuhan dapat membalas jasa baik anda semua. Mohon emailkan kepada ktaj0311@gmail.com selepas sumbangan dibuat yea. 


No words can be expressed to thank for your donation. No amount is too small. Should you have donated either through the CDM or the Internet, please e-mail to us at ktaj0311@gmail.com.

DISCLAIMER:


**We never appoint any individuals or third party to collect donation on behalf of us. All cash donation must go into the Society's account as stated on this entry. 



**Kami TIDAK PERNAH MELANTIK mana2 individu atau mana2 pihak untuk mengutip derma bagi pihak kami. Semua sumbangan perlulah disalurkan terus ke akaun persatuan kami seperti yang tertera di atas.

BANTU SEBARKAN POST INI!

Tuesday, September 17, 2013

Terima Kasih: Program Jualan Amal dan Adoption Drive, Putrajaya

Hi kawan kawan! 

Sabtu dan Ahad yang lalu telah berlangsung adoption drive dan charity sale kami bersempena Pertandingan Kucing Antarabangsa di Putrajaya. Ucapan terima kasih terlebih dahulu kepada pihak KKM terutama sekali Presiden Kelab Kucing Malaysia, yang  telah menyediakan bukan satu tetapi DUA booth untuk kami. Semoga KKM dan 

Kami ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada follower yang tak henti2 datang mengunjungi booth kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada follower yang menyokong jualan charity kami. Buat pengetahuan semua, jualan amal ini bertujuan untuk  mengumpul dana bagi membantu haiwan2 terbiar di luar sana terutama sekali anjing dan kucing. Tiada ucapan yang lebih baik melainkan 'Semoga Allah/Tuhan memberkati Tuan/Puan/Cik/Encik' untuk mereka yang datang, membeli dan menderma dengan ikhlasnya. 

Gambar-Gambar sepanjang acara di Putrajaya
Kami juga ingin meminta maaf kepada pengunjung-pengunjung yang datang bertanya tentang pelbagai soalan kepada kami; ada soalan yang kami mampu jawab dan ada soalan yang luar dari pengetahuan kami. Kami bukan lah doktor verterinar yang bertauliah tetapi kami mengumpul dan membuat database untuk setiap case yang kami hadapi. Maka sedikit sebanyak, kami kongsikan kepada pengunjung yang datang bertanya. Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika memberi penerangan kepada pengunjung. Adakalanya kami terpaksa menggunakan nada keras supaya mesej yang ingin disampaikan didengari dengan 'jelas'.  
Cik Rosmah Awang memberi pencerahan tentang
KTAJ 

Kami juga diberi kesempatan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang misi, visi serta serba sedikit aktiviti yang kami anjur/pejuangkan. Jurucakap kami, kak Rosmah Awang merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA di negeri sembilan, mewakili SCRATCH untuk memberi penerangan ringkas serta menjawab pertanyaan dari Presiden Kelab Kucing Malaysia. Sepanjang kami membuka serta menjaga booth, soalan soalan lazim yang ditanya adalah jual beli kucing dan subsidi pemandulan. Secara umumnya kami tidak menyokong mana mana individu ataupun pet shop yang menjual beli kucing dan anjing. Ini kerana ada banyak lagi haiwan yang terbiar di luar sana memerlukan rumah untuk berlindung serta kasih sayang dari seorang tuan punya. Info tentang misi, visi dan penerangan ringkas tentang kami boleh dicapai di sini, ye, tekan la di sini. Kami belum lagi membuka subsidi pemandulan tetapi dalam masa terdekat ini selepas audit dari accountant yang dilantik, selesai dilakukan, kami akan membuka semua bantuan subsidi pemandulan untuk orang awam. Polisi pemandulan serta perubatan untuk pemandulan boleh dibaca dan difahami di sini, ye tekanlah di sini. 
Presiden KTAJ/SCRACTH menerima 2 beg besar makanan kering
dari Mr Joseph
Mr Joseph dari Brit juga telah bermurah hati mendermakan 2 bag 10 kilo makanan kering kucing  untuk membantu volunteer kami memberi makanan kepada kucing kucing jalanan. Buat masa ini hampir kesemua volunteer kami mempunyai feeding area tersendiri. Adanya sponsor sebegini, maka dapatlah kucing kucing jalanan makan dengan lebih sedap sedikit. Kami amat mengalu alukan sekiranya ada pihak korporat yang mahu menderma secara tetap mahupun berkala kepada kami. Untuk urusan itu, boleh terus e-mail kepada kami di sini, ye tekan la di situ. Terima kasih Mr Joseph! 


Kami sangat sangat teruja dengan kehadiran pengunjung yang ramai di event kali ini. Sepanjang penglibatan dan anjuran adoption drive/charity sales, warga Putrajaya tidak pernah menghampakan kami. kami membawa 5 ekor kucing jalanan untuk dicari tuan baru dan kelima lima mereka telah berjaya mendapat rumah baru. Dengan itu kami sebagai rescuer boleh menyediakan tempat untuk menyelamatkan kucing terbiar yang lain. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para follower page kami dan pengunjung yang datang ke booth menyokong jualan amal kami. 

Eh dengar kata, kami akan berada di DOGATHON 2013, UPM Serdang. Marilah jumpa kami lagi di sana! 


-Encik Memerangemok-

Saturday, September 14, 2013

SCRATCH Charity Sales and Adoption Drive September 2013

Hello Friends! 

In conjunction with Putrajaya International Cat Show 2013, Kelab Kucing Malaysia has invited SCRATCH to organize an adoption drive and charity sales. We are  thankful to the President of Kelab Kucing Malaysia, Pak Khalid for granting us a booth for this event.  

Set your GPS to this location :

Dewan Cempakasari PPj
Perbandanan Putrajaya
Precint 3 Putrajaya

We will be there from 930 am to 6 pm on Saturday and Sunday. 


Please support this 2 days event by visiting our booth and our furbabies that will be there for adoption. 

These are some of the adult cats and kittens up for adoption. From clockwise 

(i) Jojo the hamster look alike kitten with a love-marking fur
(ii) Kucing L, the Green-Lantern eyes
(iii) Caillet-Ko, a newly rescued and super friendly adult kitten you would ever meet (Seriously she is! We can guarantee you).
(iv) Kucing S the sneaky, energetic growing kitten. Loves to be pampered and petted. 
(v) Boy, the zoro-masked marking and wearing extra long socks. He likes to be cuddled. 
(vi) Tabby Boi a 5 months old kitten full with love and ready to be part of your family member. 

These cats and kittens are litter trained and healthy. If you could spare a space in your heart, please bring one of them (or perhaps all of them! ) home. 

If you are not ready to adopt, you may donate or buy our merchandise. There will be awesome limited edition T-Shirts, woven bags, eye catching car stickers and many more. 

SCRATCHers amd some of the volunteer crews will be there to meet you guys today and tomorrow! 

Please come and support us! Ouh don't forget to tell your friends too. See you there~!


-Encik Memerangemok-