Semasa di awal penubuhan Kucing Terbiar Anjing Jalanan, kami tidak mempunyai sebarang Dana untuk menyelamatkan haiwan jalanan. Setiap kali ada rescuer perlukan bantuan kewangan merawat haiwan tersebut, kami akan shout-out derma kilat di Facebook. Apabila jumlah bantuan yang diterima mencukupi, kami akan hentikan derma kilat. Begitulah untuk kes-kes seterusnya.
Namun setelah beberapa kali berdepan dengan sikap dan ragam manusia tak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan, maka kami terpaksa menetapkan Polisi. Dan dari masa ke semasa, kami sentiasa memperbaiki polisi yang ada bagi membantu semua penyelamat haiwan dengan adil tanpa ada yang mengambil kesempatan.
Kes 1:
Seorang ahli SCRATCH meminta kami shout out derma untuk satu page kucing di Facebook. Menurut follower kami kucing tersebut perlu bedah segera, atau doktor akan PTS, maka yuran perubatan sebanyak RM600 perlu dikumpulkan dengan segera. Setelah wang berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada tuan punya page tersebut, tiada sebarang bukti atau update berkenaan kucing yang dikatakan perlu menjalani pembedahan tersebut.
Tiada shout out tentang kucing tersebut di page tersebut. Sebaliknya, tuan punya page mendapatkan bantuan dari orang ramai melalui PM di Facebook.
Tiada gambar kucing tersebut sehingga selepas pembedahan atas alasan telah diserahkan kepada tuan baru setelah selesai pembedahan.
Kerana kes ini, setiap permohonan Subsidi Bantuan Perubatan kucing jalanan perlu disertakan dengan resit asal, cop dan tandatangan dari doktor yang merawat.
Kes 2:
Seorang founder kelab kucing di Facebook meminta bantuan sukarela membawa beliau dan kucing jagaannya ke klinik haiwan dan meminta sukarela kami membayar bil perubatan rawatan kurap kucing berkenaan yang sebanyak RM 30. Sedangkan di page beliau ada membership RM 10 untuk mereka yang menjadi ahli. Kenapa tidak shout out bantuan derma sendiri di page tersebut?Atau menggunakan yuran keahlian yang diperolehi dari page tersebut?
Kerana kes ini, kami terpaksa menetapkan minimum RM200 untuk kes-kes yang memerlukan bantuan subsidi kami. Untuk kes yang kurang dari RM200, rescuer boleh shout out sendiri di page masing-masing.
Kes 3:
Seorang rescuer memerlukan bantuan kewangan dari Dana SCRATCH untuk kos rawatan kucing tersebut yang mencecah RM 800 dan meminta kami mencarikan tuan baru untuk kucing ini. Kami bersetuju untuk memberikan bantuan dana (bantuan ketika itu diberikan 100%), tapi kami diberitahu yang hasil shout-out sendiri, rescuer tersebut telah berjaya mengumpulkan hampir RM 1200 untuk kucing tersebut.
Jadi adilkah rescuer ini menerima bantuan kami sedangkan di luar sana banyak lagi haiwan jalanan yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan?
Kerana kes ini, kami menetapkan maksimum subsidi ialah 50% dan hanya RM500 had untuk setiap satu kes.
Perlu diingatkan bahawa Dana SCRATCH yang kami ada, 30% adalah derma daripada orang ramai. Sebanyak 70% daripada Dana SCRATCH adalah hasil jualan amal yang kami lakukan di Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, aktiviti amal seperti kelas renang dan kelas gitar, serta hasil jualan di booth-booth kami.
Amat menyedihkan sekiranya ada pihak yang cuba menangguk air keruh di atas usaha para sukarela kami selama ini. Niat kami adalah untuk membantu sebanyak mana haiwan jalanan yang memerlukan bantuan, bukan membantu pihak lain mengambil kesempatan.
Kes 4 :
Sama ada berdaftar atau tidak, banyak kumpulan pejuang haiwan jalanan muncul di Facebook.
Ada beberapa kes di mana kumpulan aktivis di Facebook ini telah menyelamatkan haiwan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi dan memohon bantuan Dana SCRATCH untuk membiayai perubatan haiwan tersebut.Dalam masa yang sama, mereka sendiri berjaya mengumpulkan dana mereka dengan shout out di page kumpulan mereka. Alasan yang mereka berikan ialah - dana yang mereka berjaya kumpulkan sendiri akan digunakan untuk kes-kes akan datang. Kenapa tidak mereka gunakan saja dana yang mereka kumpulkan tu? Kenapa perlu meminta dana dari NGO atau kumpulan lain? Sedangkan kami juga seperti mereka, sentiasa ada kes baru yang memerlukan bantuan.
Kerana kes di atas, kami terpaksa menetapkan polisi baru di mana NGO, Kelab, Fan Page, serta individu-individu yang aktif dengan page seperti kami nyatakan di atas, tidak layak untuk mendapat bantuan Dana kami.
Once I emailed KTAJ and asked to make a contribution. The reply I got was KTAJ does not accept monetary contribution. But then again, I read about people giving money on SCRATCH's fb page and here.
ReplyDeleteHi Ms A,
DeleteWe're sorry. Our current account will be ready in a few days more and after that, we will welcome all kinda donation to us :)
Hye,nk tanya..Kucing sy bari jatuh dr 6th floor from my flat.. so kaki dya patah dua2 belah.. Dah xray.. i tried to find gov pnya utk surgery..tp xdak.. now doctor said mmg dya kna surgery cost about rm1k overnn i da pening xtau nk bt cmna.. can u suggest anything yg blh i bt so that i can see cat running and active again? :'(
ReplyDeleteHati-hati di here. Tidak Ada yang DAPAT Membantu anda di sini ATAU Sebaliknya menyarankan Bagaimana Anda bebas untuk mendaptkan Bantuan Kewangan. Links Setiap jawapan anda Makam pemberi Pinjaman Kredit Atas soalan anda, You need to mengabaikan, karena Bye Apakah Penipuan ... penipuan Yang NYATA ... Saya ADALAH korban Yang Saya robek Ribuan dolar ... Baik terima kasih Tuhan Untuk saudara Kristen yang dimaksudkan Jogja Untuk Sebuah organisasi Pinjaman Yang dibentuk Oleh Beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
ReplyDeleteBye Membuat Hidup Saya Yang berharga dan memberikannya MAKNA. Ketika adik memberiku semata-mata Untuk Untuk kenalan lanjut, Saya Menghubungi dia. Bye menyetujui Pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan Dalam 48 jam Setelah Bertemu semata-mata Untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, Pinjaman Jogja disimpan di rekening bank Jogja Tanpa fake. Saya menyesal Akan Jumlah hidupku, Karena Pada Takat waktu Jogja Hanya bercerai ayat Masjid Sultan Jogja anak, dan anak Jogja (Ridwan) dihadapkan Dengan budak Hidup dan Mati. Jangan ragu Untuk Menghubungi melalui E-mel: Claraloans@financier.com. Untuk Pertanyaan lanjut. Saya hubungi melalui: Yunitanurudeen@gmail.com