Showing posts with label Fikir-fikirkan... Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikirkan... Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Arrrghhhh...takutnya dengan kucing!!

As Salam..

Haaii...cuba baca tajuk kat atas...mcm biasa dengar je dialog ni bila kita makan di warung atau kedai mamak kan...siap ada yg angkat2 kaki atas kerusi..ada yang terus berdiri...ada yang kuis-kuis dengan kaki...ada yang muncung-muncung bibir dok syohh syohh dengan jari...mcm-mcm reaksi org boleh kita perhatikan..

Tahu kah uollss yg perasaan takut, fobia, panik pada kucing dikenali sebagai:


 

 Ye...ada 3 nama..tp semua merujuk kepada keadaan yg sama..
  • Gatophobia
  • Ailurophobia
  • Felinophobia 
Utk mereka yg suka dan sygkan kucing mmg tiada masalah..tp mereka2 yang menghadapi masalah ini..ketakutan itu mmg bukan ketakutan yang dibuat2..
Jadi kami ingin kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh membantu golongan ini..almaklum..kucing ada banyak di Malaysia ni..takkan la setiap kali kucing gesel kaki kat kedai makan, awak nak melompat atas meja atau pun jerit2 mcm org kene rasuk kan...malu!

Pic credit: quiltedcraftsman.blogspot.com
  1.  Kenalpasti masalah..apa yang anda takut sangat dengan kucing..bulunya? suaranya? trauma kenangan lama dicakar atau digigit? 
  2. Ambil tahu fakta mengenai kucing. Ini akan dapat membantu anda memahami serta memberi diri anda sendiri jawapan mengapa kucing berbunyi begitu, mengapa kucing suka menggesel..apa tanda2 kucing itu happy atau marah..kenalpasti gaya tubuhnya..mcm org juga..kita boleh predict tindakan kucing berdasarkan body language yg di tunjukkan..kita cuba fahami naturenya..mmg tuhan jadikan haiwan ini berbulu, bergigi dan berkuku..kene faham tu..
  3. Mulakan dengan perlahan..lihat kucing yang didalam cage dari jarak yg selamat untuk anda..kalau takut ajakla kawan teman..perhatikan tindak tanduk kucing tersebut..ambil masa..jgn rushing..kalau dah berani...berdiri makin dekat dengan cage..berani kan diri..jangan takut..kucing tu di dalam, anda kan di luar..hehehhe..kalau dah diketahui kucing tu garang atau moody, pilihla kucing lain yang lebih calm..sbb kita baru nak berjinak2 dan memberanikan diri..
  4. Dah tak takut sangat dengan kucing? Ok..mari kita cuba utk bersentuhan dengan kucing..get in touch untuk overcome ketakutan kita...pilihla kucing yang diketahui friendly dan suka bersosial..cthnya kucing kawan2..kucing masih didalam cage...mesti anda perasan depa suka menggesel2 badan/bulunya kan...cuba pegang perlahan2 bulu tersebut...kucing juga suka nak bau2 tangan anda..take your time..kalau kucing tu cuba capai anda atau baju anda..jgn panik...kata berkawan..cuba tegur ia perlahan2 dan cuba untuk adakan sentuhan yang anda selesa...
  5. Wahh..dah makin confident?? Ok..apa kata kita mula dengan pegang2 kucing dengan ditemani kawan..cuba relax dan fokus..adalah perkara biasa kucing suka mencium2 dan mengesel..itu cara mereka berkomunikasi dgn kita selain mengiau..kang kucing berckp awak pengsan pulak..kan..kita duduk diam2..biarkan ia dtg dengan sendiri untuk menggesel dan mencium2..kalau nmpak ok..apa kita anda cuba usap bulunya perlahan2..anda perlu kenal pasti bahagian yang ok disentuh dan bahagian yang bahaya..contohnya..it's ok utk pat the head dan tengkuk/badannya...tp bukan perut dan ekornya..kita kan baru nak belajar2 berani dengan kucing jadi pilihla spot yg sesuai untuk place tangan kita tuh..kan..Ingat..relax..sbb kucing ni pon boleh sense org yg tak suka atau takut dengan dia..lagilah dia datang..kehehheeh..Ouhh..jgn lupa bawa toys..kucing ni lincah dan suka bermain..x perlu mahal2..setakat lidi yang hujungnya diikat dengan riben atau tali sudah memaidai utk buat si comel berlari2 keriangan..percayalah!
  6. Ulang aktiviti ini sampai anda rasa ketakutan terhadap kucing berkurangan...kalau dibandingkan..saiz kita ni lagi besar..so harusnya kucing takut ngan kita bukan sebaliknya..
Cuba berkasih sayang dengan haiwan kesayangan nabi ni..mulakan dengan memberi makan kucing jalanan..kucing jalanan ada yg stray dan tak tak takut org..ada yg bersifat feral, sgt2 shy dan prefer untuk menjauhi org..cuba feed mereka..lama2 rasa takut akan hilang..timbul pula rasa sayang walaupun asalnya anda hanya merasa kasihan...percayalah..

Pic credit: thecarousel.com

Kucing suka berdiri dan pegang lutut anda atau tarik kain anda di kedai makan..cuba fikir logik..kan kedai makan..mestilah kucing tu nak minta makan sbb lapar..bukannya nak ajak gaduh atau suka2 nak cederakan awak...so buat apa nak takut..betul tak?? Ada yg komplen sakit lututnya sbb kuku kucing tu tajam..logiknya sekali lagi...nama pon kuku..dah tu kucing terbiar..siapa pulak nak tolong potongkan kukunya tiap2 minggu..betul tak??

Pic credit: memegenerator.net
Kalau nak takut..takut la pada perkara yg logik utk ditakuti..kan...Bukan nak perkecil2kan sesiapa tp kami rasa ketakutan pada kucing merupakan sesuatu yang boleh diselesaikan dengan adanya ilmu..ala...dengan buaya, jerung pon ada orang yang tak takut..kenapa?? sbb mereka ada ilmunya...betul tak?? Diketahui kucing juga memberikan gigitan manja sbb nak bermain dengan tuannya..yg ni anda letak tepi...yang penting..kita beranikan diri dulu ok..so good luck!



Thursday, August 7, 2014

Ihsan dan Perikemanusian Yang Hilang

Assalammulaikum kawan kawan,
Hari ni kami nak kongsikan cerita sedih dan sadis. Di sebalik laungan kemanusiaan yang sekarang heboh dipekikan, ada juga manusia yang mendiamkan kekejaman kepada haiwan yang tidak bersuara ini.

Lynn merupakan feeder dan core volunteer kami. Tengah malam semalam Lynn pergi ke feeding area untuk member makan kepada kucing jalanan tetapi sampai agak lewat dari kebiasaan. Sesampainya di tempat kedua feeding area, Lynn ternampak seekor kucing terbaring di atas garisan kuning dibahu jalan raya. Tidur barangkali? Mana mungkin tidur dalam keadaan hujan rintik rintik? Tanggapan buruk yang berlegar di kepala rupa-rupanya adalah kenyataan pahit iaitu kucing yang disangka tidur itu sebenarnya telah kembali ke Penciptanya dengan darah yang masih pekat meleleh tanda baru dilanggar. Kucing jantan hitam dengan tompok putih, berbadan besar terbaring kaku dilanggar oleh manusia yang biasanya begitu lantang melaungkan perihal kemanusiaan. Dengan apa yang ada di dalam kereta, Lynn membungkus badan kaku tadi dan diletakkan di tepi kaki lima supaya tidak kebasahan dan kemudiannya boleh ditanam selepas selesai member makanan di semua feeding spots.

Berpindah ke feeding spot yang ketiga, Lynn ternampak satu tompokan hitam di tengah tengah jalan raya. Jalan sehala, dua lorong merupakan tempat yang paling baik untuk kereta mahupun motor dipandu laju tanpa perlu menghiraukan hidupan yang lalu lalang. Jangan kan kucing, manusia pun pasti tidak terlepas dari risiko untuk dilanggar. Lynn melintas menyeberang jalan tersebut untuk memberi makan seekor kucing feral yang lain dan ketika itulah dia perasan tompokan hitam itu adalah anak kucing tortoiseshell berumur lebih kurang 4 bulan terbaring. Lynn tidak berlengah meluru ke arah anak kucing tersebut dengan sangkaan pastilah anak kucing tersebut telah pun mati dilanggar. Namun mungkin kerana tahu ada orang yang mahu menyelamatkannya, anak kucing tersebut mengangkat kepala nya. Hidup lagi!! Tetapi kereta sangat laju dan tidak ada pun yang mahu berhenti memberi peluang kepada Lynn untuk mengangkat anak kucing tersebut. Banyak kereta hanya mengelak dari melanggar anak kucing tersebut dan sekiranya anak kucing itu bergerak sedikit sudah pasti dia akan bersemadi di atas jalan raya tersebut.

Tidak menghiraukan keselamatan dirinya Lynn menyambar anak kucing itu tetapi oleh kerana post trauma dilanggar, anak kucing tersebut menggelupur ketakutan tidak tentu arah. Darah bersemburan keluar dari mulut dan hidungnya. Hampir pasti, ada kecederaan dalaman cuma tidak tahu tahap kerseriusannya. Keinginan untuk hidup yang tinggi memberi semangat kepada Lynn yang ketika itu sangat panik untuk membawa anak kucing tersebut ke Vet. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Hanya beberapa Vet sahaja yang menerima kes emergency seperti ini tetapi kos rawatan tambahan (surcharge) adalah sangat mahal. Terima kasih kepada Kak Nana dan Saudara Jimmy yang membantu Lynn mendahulukan deposit rawatan anak kucing ini di Gasing Vet Hospital.

Anak kucing ini telah menerima rawatan yang extensive dan buat masa ini dalam keadaan stabil. Pihak SCRACTH telah bersetuju untuk memberi bantuan  kewangan 100% kepada Lynn memandangkan kesungguhannya untuk menyelamatkan anak kucing malang ini.


Kami kongsikan juga gambar anak kucing yang dilanggar tanpa perikemanusiaan. Lihat bagaimana darah yang keluar menitis dari mulutnya. Ngeri?? Sakit?? Kami yakin pasti ramai yang tidak sanggup melihat gambar ini tapi ini adalah kenyataan. Kami yakin ada antara kawan kawan yang akan menyuruh kami jangan upload gambar sebegini, tidak sampai hati nak tengok. Tapi sampaikah hati kita mendiamkan apa yang terjadi kepada anak kucing kecil sebegini?  Mampukah kita menutup mata berpura pura ini semua tidak berlaku?


Kami kongsi kan cerita dan gambar ini bukan mahu meraih simpati tapi kami ingin membuka minda kawan kawan bahawasanya ini adalah kenyataan yang berlaku. Anak kucing ini bertuah kerana berjumpa dengan Lynn. Lynn meletakkan kepentingan dirinya terkemudian dengan mendahulukan keselamatan dan rawatan anak kucing ini. Berapa ramai antara kita yang sanggup berbuat sedemikian? Berapa ramai antara kita yang mendabik dada bercerita tentang hal hal kemanusian, membaca ayat-ayat Quran menceritakan kesempurnaan penciptaan manusia tetapi gagal berlaku adil kepada haiwan yang dalam kesakitan dan memerlukan bantuan?  Mengapa kita manusia selalu merasakan species kita yang paling berhak hidup di mukabumi ini sehingga  mengabaikan kebajikan haiwan jalanan yang dianggap menumpang? Mengapakah kita tidak boleh berlaku ihsan kepada mereka? Dalam kes ini mungkin si pemandu tidak sengaja terlanggar anak kucing ini. Setidak-tidaknya apa yang boleh dia lakukan adalah sama ada letak di tepi supaya tidak berkali kali dilanggar ataupun bawalah ke clinic veterinary untuk rawatan. Begitu lokek dan bakhil kita dengan haiwan jalanan seolah olah kita akan miskin untuk membantu mereka dan kita masih boleh mendabik dada manusialah khalifah/pemimpin di mukabumi ini?



Kami ingin mohon  kawan kawan untuk bantu kami dengan mengubah sikap dan pandangan terhadap haiwan jalanan. Mereka juga punyai hak di atas muka bumi ini. Betul mereka tidak bersuara sama seperti kita tetapi biarlah kita menjadi suara untuk mereka. Jadilah insan yang pertimbangan dan ihsan. Jangan bakhil memberi bantuan kepada haiwan jalanan yang memerlukan. Bertimbangrasa dalam setiap perbuatan itu termasuklah ketika memandu. 

-Encik MemeranGemok-

Thursday, June 19, 2014

Meow Meow Ku Notty~!

Ramai yg komplen....antaranya:

  • Kitten saya ni kecik lagi, sgt comel tp mulut bising mcm bertih goreng..mcm mana ye??? Masalahnya kadang2 kita sampai x tahan..mana tidaknya...pagi meowww....ptg...meowww...dah bg mkn minum tdo cukup semua pun meow lagi...mcm mana ni??
  • Kitten saya ni mkn 3x sehari...tp bila mkn tu demand nak makan wetfood sajer..kalau tidak dia mogok lapar..takpun pergi gaduh dgn kucing yg lain utk lepas geram..apa perlu saya buat??
  • Kitten yg saya baru adopt ni kejenya memanjat sajer...abis semua langsir dan alas meja rabak..mcm mana yea??

Aha..kucing anda kuat 'berborak' dan buat 'bising'??
Kucing ada demand dan berani tunjuk perangai besar kepala??

Hmmm...memang ler...itu la cara nya kucing tu nak mendptkan perhatian drpd tuannya, sama ada bila nak meminta makan/minum atau saja2 minta utk dimanja  Dan tidak dinafikan sesetengah kucing mmg ada sifat lebih vokal berbanding jenis yang lain. Sudahla jadual tidur manusia dan kucing tidak sama, bila waktu malam kita tidur time tu la si comel2 ni nak buat orkestra sambil bermain ala2 sarkis..kan...

Ignore saje sememangnya tidak akan menyelesaikan masalah dan dikhuatiri nanti kurang perhatian pula..jd ada beberapa perkara yang boleh dicuba untuk selesaikan masalah ni.


Perlu untuk menyediakan pelbagai toy yg boleh memberi interaksi dan stimulasi pada kitten nie...almaklum budak kecik ni tenaganya banyak..main je kejenya x reti duduk diam..adventurous katanya...so kita boleh tinggalkan beberapa toys ditempat yang selalu sicomel ni lepak2..Permainan yang berjuntai2...yang bergerak2, berlampu2, ada bau2 catnip atau silvervine mmglah sgt disukai...disamping membizikan si comel, kita pon boleh la buat keje lain..takde la dia mengekor kita 24 jam..kan.. tak perlu mainan mahal2...DIY pon boleh...ikat string atau apa2 tali pada batang penyapu lidi pon boleh...atau ikat tali di tombol pintu pon boleh...runyuk2 dan kepal2 kertas jadi boleh pon layan...ikut la kreativiti sendiri..

Atau boleh juga letakkan small treats atau sedikit mknn utk si comel ni ‘discover’ masa tgh sibuk2 main tu...pendek cerita..we try to keep the kitten busy dengan cara create satu environment yang interesting untuk dia bermain sendiri.  Jadi takde la dia hanya bergantung pada tuannya saje bila nak bermain atau minta makan. faktor bosan turut boleh menyumbang kenapa kucing kita hyperactive sgt...almaklum takde kawan nak main..sunyi..


Kalau kitten  ni bersikap demanding, kita sebagai tuannya yg berakal boleh memilih mana yg lebih baik utk si manja ni. Kalau diikutkan sgt perangai nak makan wetfood sahaja mana boleh sbb nanti dikhuatiri boleh merosakkan gusi dan gigi, kalau nak ikut sajer pe’el asyik nak minum susu esp susu yg bukan khas utk kucing, dikuatiri nanti dpt sakit perut dan cirit birit kerana kucing mmg tidak boleh menghadam susu yang mempunyai laktos seperti susu lembu.

Kucing ni haiwan yg bijak, bila kita nak train dia..dia pon mula lah tukar taktik..sbb dia dah tau dengan hanya mengiowww x jadi apa...jadinya...apabila kita nak train dia...mesti pastikan ahli keluarga juga turut take part sama2..berkat kesabaran dan kerajinan..kita boleh ubah sikap anak kucing kita ni..


Kalau x jalan jugak...maybe it's a bout time utk kita beri new companian padanya...carikkan kawan...iyer...kawan...bukan jodoh!! Adoption boleh dibuat dimana2 shelter...ada yg beri FOC ada yg beserta dgn adoption fee..sbb ada yg dah siap deworm deflea dan neuter semua kan...nak beri kawan baru pon ada caranya..nanti kami kongsikan dlm penulisan yang akan dtg ok..daa...


P/S: Jangan lupa utk upah kucing kita ni dgn treats kegemaran atau catnip apabila dia menunjukkan sikap yg kita ingini..ohh...kata2 peransang juga perlu..apa la sgt kita puji dia ‘Good boy/girl’ kan...positive reinforcement tu....selamat mencuba!

Pic ehsan dr Ain Honey dan google

Tuesday, June 3, 2014

Sebelum bawa balik kitten....

As Salam...

Hari ni..mari kita semak balik..checklist kita sebelum bawa balik anak kucing baru ke rumah...especially kalau kita  ni baru nak berjinak2 dengan arena membela kucing....atau kembali membela setelah lama xde kucing...Jgn gopoh gapah angkut semua balik tanpa mengetahui dan menyediakan beberapa keperluan asasnya...

Yela..uolls kalau nak bawak balik baby dari hospital pon siap2kan barang keperluannya jugak kan...beli pampers la..susu la...barut la hape kan...kan....anak kucing pon tidak terkecuali...mereka masih dlm proses pembesaran so owner kene ambil tau serba sedikit mengenainya...

1. Will I be at home enough to help my kitten settle in and to build a bond between us? - pada pendapat iolls...kalau uolls keje tak tentu masa...out station 35 hari sebulan (pergh...busy betul tuuu...)..tak payah la bela kucing..baik bela plushie kucing sajork..hehehehe...anak kucing tu benda hidup..kalau bela tapi setakat kurung dlm cage seekor2 dia mcm tu...lebih mendera jiwa kucing tu kot...sbb fitrahnya anak kecil..mmg suka bermain dan berkawan2...unless kalau bela 2 ekor sekali maybe OK...buat peneman bila uollss keje...xde la dia boring mati kutu duduk dlm cage sepanjang uolls keje x balik2 tu kan...kan...

2. Is there a secure area where my kitten can spend time during the and sleep at night? - Aha...ini keperluan menyediakan ruang yg selamat... diulangi...SELAMAT....x perlu bermewah2...x payah uolls nak tempah khas cage wrought iron ke..cage ukiran burung merak kayu meranti ke...x payah...kucing x pandang tu semua...yg penting...semua tingkap, sliding door dan ruang2 yang dikhuatiri boleh jadi laluan kucing meloloskan diri ditutup...dipasangkan net dan sebagainya...Kucing ni licik...ingat..kalau kepala dia boleh muat maksudnya dia boleh loloskan badannya juga..

3. Is there a suitable position for the litter box? - Pasir kumbahan kucing ni..perlulah diletakkan di tempat yang sesuai...bukan di tempat yang terlalu bising atau dilaluan org ramai...selain mengawal masalah bau..ia memberi privasi kepada anak kucing untuk menyesuaikan diri..gunakan pasir/serbuk kayu yang bersesuaian dgn kucing dan juga poket kita...kan...kan...ada yang suka pasir yg clumping..ada yang suka menggunakan serbuk kayu biodegradable yang boleh diflush di tandas..pilihla mana yg sesuai..

4. Where will my kitten's food and water bowl sit? - Ini perlu diletakkan ditempat yang paling mudah di akses oleh anak kucing...gunakan bekas dengan saiz dan ketinggian yang sesuai...ada yang gemar menggunakan bekas stainless steel atau seramik kerana mudah untuk dibersihkan berbanding bekas plastik yang mudah kotor dan memerangkap bakteria...kadangkala kucing mendapat 'jerawat' dibahagian dagu kerana kerap bergesel dengan bekas makanan plastiknya..

5. Will I be able to keep my other pets safely separated while my kitten settles in? - Kucing yang baharu sebaiknya dikuarantin dulu sebleum dibenarkan bercampur dengan kucing yang sedia ada di rumah terutamanya kalau kita mambawa pulang kucing jalanan yang belum diketahui taraf kesihatannya..selain mampu mengelakkan daripada kutu atau hama berjangkit...kuarantin juga dpt mengelakkan kecederaan akibat pergaduhan ...kucing perlu diberi masa untuk berkenalan sebelum dibenarkan bermain bersama..

6. Who will be responsible for cleaning out the litter box? - Perkara ini perlu dibincangkan sebelum keputusan untuk membela kucing dibuat...anak kucing walaupun comel..dia masih lagi benda hidup yang perlu makan, minum dan membuang air..dan pasir kumbahan ini perlu dibersihkan setiap hari...kenapa? Mudah aje...sbb hari2 kucing akan kencing dan buang air besar...maka nya hari2 la kene bersihkan...kan...kan...kerapkali org terlupa perkara ini bila ada kucing...masa kucing tu tgh main comel2 sibuk nak main nak gomol...time dia buang air..semua lari! Boleh juga assign pada anak2..sebagai tugasan...so secara tak lansung mengajar anak kita bertanggungjawab...tp pastikan cuci tangan bersih-bersih ok..

7. Have I obtained all the necessary equipment for my kitten? - Apa yg dikatakan barang keperluan ni? Tentunya bekas makanan dan minuman, kibbles..bekas pasir...pasir kumbahan..mainan untuk elakkan kebosanan

8. Have I researched local veterinary clinics and have I made provisions for the cost of treatments? - Sebagai seorang pemilik haiwan yang bertanggungjawab...harus kita sedar kucing itu ada potensi untuk jatuh sakit...jadi perlu tau la dimana lokasi klinik vet terdekat...selain tu mesti ada financial plan yang baik...bukanla maksudnya kene ada gaji beribu2 baru boleh bela kucing tapi kene alert ..sbb ada masa kucing sakit mata..kadang boleh kene jangkitan fungus..kita gatal2 tukar makanannya nanti boleh cirit birit...itu semua perlu duit utk ke vet...bukan bayar pakai bulu hidung yea....


P/S: Pic ehsan dari google.com

Monday, May 26, 2014

Adab-Adab Meminta Bantuan

   Hi kawan kawan, apa khabar? Harap harap semua yang sedang membaca entri kali ini berada dalam keadan sihat dari segi fizikal dan mental. Kami?! Seperti rutin harian biasa, di awal pagi ada di antara kami yang memeriksa/membalas e-mail, ada yang sibuk membuat keputusan untuk subsidi dan ada juga yang bekejar ke veterinary hospital/klinik untuk follow up kes kes yang memerlukan operation. Semua ini dilakukan sebelum kami clock in kerja hakiki kami. Ya, kami ini semuanya adalah sukarelawan yang mempunyai pekerjaan hakiki. Mungkin kawan kawan memikirkan kami menghadap Faceboook dan e-mail untuk menjawab setiap shoutout S.O.S dan permohonan subsidi, tetapi itu bukan lah reality nya. Setiap hari kami akan membahagi kan masa untuk mengejar due date pekerjaan hakiki tetapi kami tidak pernah meletakan tanggung jawab kerja sukarelawan ini di tempat kedua.

Jadi hari ini kami ingin berkongsi perkara perkara yang perlu kawan kawan tahu tentang kami dan adab-adab meminta pertolongan yang kawan kawan pekikkan samada dalam page KTAJ mahupun dalam e-mail. Mari kami perihalkan dulu apa yang kawan kawan fikirkan tentang kami dan apa sebenarnya keadaan kami:

1. Kuasa Luarbiasa Ala-Superman dan Superwoman
Kawan kawan mungkin merasakan kami ini manusia luar biasa yang mempunya kuasa untuk menyelamatkan setiap kucing yang dalam kesusahan.

Hakikatnya, kami adalah manusia biasa seperti kawan kawan juga. Malahan tidak keterlaluan kami ini banyak kekurangan dan kekangan sehingga kadang kadang terpaksa membuat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Jadi kadang kadang kami tidak mampu untuk terbang ataupun teleport diri kami ke tempat di mana kucing tersebut memerlukan bantuan. Selalunya apabila kami gagal untuk respond kepada S.O.S yang dipekikkan didalam e-mail ataupun page, kami terus dilabel sebagai sukarelawan yang tidak berguna dan selektif. Seperti yang dinyatakan, kami ini ada banyak kekangan dan jujurnya kalau ditanya, kami sebolehnya mahu membantu. Jadi kami memohon kepada kawan-kawan yang ingin meminta pertolongan mengambil kira keadaan kami. Kawan kawan yang mahu menjadi independent rescuer perlu membuat bahagian masing masing bukan hanya sekadar mengambil gambar kucing yang sakit/dilanggar/luka dan meminta kami menyelamatkan ianya. Kerja kerja menyelamat ini melibatkan usaha semua pihak. Kawan kawan perlu membuat apa yang patut seperti membawa kucing tersebut ke klinik untuk mendapat rawatan awal dan kemudian berbincang dengan kami tentang subsidi. Sekali lagi kami ingin memberitahu kepada kawan kawan, kami bukan manusia super dan kami tidak mungkin sekali kali dapat terbang atau teleport diri kami untuk menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan.

2. Kuasa Telepathy Professor Xavier of X-Men

Kawan kawan mungkin merasakan kami mempunyai kuasa telepathy yang dapat menelaah penyakit yang dialami kucing kawan kawan, ataupun alamat lokasi kawan kawan bila meminta bantuan.

Hakikatnya, tidak. Kami tidak mempunyai kuasa sedemikian. Sudah kami katakan yang kami ini manusia biasa. Untuk kes kes pertanyaan penyakit kucing kawan kawan adalah lebih baik dan wajar sekiranya dibawa terus ke klinik/hospital veterinary. Kami hanyalah sukarelawan yang sangat sedikit pengetahuan tentang penyakit penyakit kucing dan anjing. Kami mungkin boleh kongsikan cara penjagaan ataupun soalan soalan yang boleh diajukan kepada doctor haiwan ketika kawan kawan membawa kucing kesayangan/jalanan masing masing. Sekiranya kawan kawan mahu memohon subsidy untuk pemandulan dan bertanyakan hospital/klinik yang murah tanpa memberitahu lokasi kediaman kawan kawan, sesungguhnya kami memang tidak dapat berbuat apa apa melainkan bertanya dan bertanya. Apabila kami bertanya ada kawan kawan yang terasa dan menjawab secara kasar. Melekehkan keprihatinan kami. Kadangkala kami pun tak pasti jawapan yang bagaimana dapat memuaskan hati kawan kawan yang sebegini kerana kami tidak mempunya kuasa telepathy. Kawan kawan, sekurang kurangnya sediakan informasi yang lengkap kepada kami supaya mudah kami memberi jawapan. Kita sama sama sibuk dengan tugasan masing masing, apa salahnya kawan kawan ringankan bebanan otak kami.

3. Kuasa Kuasa Khas Yang Di-Pertuan Agong

Kawan kawan berpendapat apabila ada kucing atau anjing yang tersangkut di tengah jalan raya, kamilah yang berkuasa untuk memberhentikan semua kenderaan dan sekaligus megawal lalulintas.

Hakikatnya, tidak sama sekali. Sebagaimana kawan kawan tidak mampu membantu kucing dan anjing di tengah tengah kesibukan lalulintas, begitu juga kami. Adalah sangat tidak adil dengan mengharapkan kami terbang ke sana sini untuk menyelamatkan kucing di tengah jalanraya, di bumbung rumah jiran sebelah dan hatta ada juga yang bertanya kepada kami ‘boleh kah kita berbuat sesuatu dengan animal cruelty di negera jiran’. Kami minta kawan kawan yang sebegini untuk menghubungkan saraf-saraf synapse sebelum menulis message S.O.S kepada kami. Kami bukan kerabat di-Raja. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia masih lagi bersemayam di takhta dan tidak ada siapa menjadikan kawan kawan YDPA  untuk menyuruh kami menyelamatkan kucing/anjing yang tersekat di jalanraya yang sibuk. 


4. Anugerah Bintang Penyelamat Haiwan Paling Popular

Kawan kawan pasti merasakan kami membuat kerja sukarelawan ini dengan agenda tertentu, seperti untuk popularity dan glamour.

Hakikatnya kami ini wujud untuk memberi kesedaran tentang pengurangan populasi haiwan jalanan melalui kaedah TNRM – Trap Neuter Rehome/Release Manage. Oh kalau nak tahu kawan kawan  pasti ada selalu baca di page KTAJ kami tentang jualan amal kami di beberapa lokasi/event. Percaya atau tidak, ada di antara sukarelawan kami dilabel sebagai peminta sedekah yang suka menyuruh orang membeli untuk memenuhkan tabung dana. Kami mengumpul dana untuk diberikan kembali kepada mereka yang memerlukan terutama golongan yang berpendapatan rendah untuk memandulkan kucing mereka ataupun kucing jalanan. Kami juga mengumpul dana untuk meringankan beban kos perubatan kucing kucing yang diselamatkan oleh rescuer. Kami mempunyai S.O.P yang telus di mana setiap kes yang akan disubsidi perlu mendapat persetujuan ahli komiti persatuan. Kami adalah NGO yang berdaftar maka kami akan diaudit setiap akhir tahun kewangan persatuan kami.

Secara am nya, kami sering dipandang hina kerana suka meminta minta dan disalah anggap memenuhkan kocek sendiri. Tidak semua orang boleh memikul beban pertuduhan sebegitu tetapi kami tebalkan muka membuat kerja kerja ini semua dan kami berterima kasih kepada kawan kawan yang menyokong kami. Yang selalu datang ke booth dan membeli sambil beramal. Yang datang berbual dengan kami. Tidak ada yang menggembirakan bila mengetahui ada kawan kawan yang menghargai dan menyokong misi/visi kami.

5. Hati Bukan Kristal

Kawan kawan pasti ingat hati kami ini dari besi waja dan urat kami dari kasa dawai. Kami nampak gagah perkasa dalam menjalankan kerja kerja sukarelawan ini.

Hakikatnya, hati kami sama sahaja seperti kawan kawan. It bleeds. Terguris kalau dilempar dengan kata caci maki atau jerit pekik ketika berkomunikasi. Kami manusia biasa, punyai perasaan. Setiap hari kami berhadapan dengan kes kucing atau anak kucing mati tidak dapat diselamatkan, samada mati dalam proses menyelamatkan ataupun dalam jagaan. Kadang kadang kucing kami juga ada yang mati. Itu bukan suatu hari yang mudah untuk dihadap setiap hari. Jadi adalah tidak adil jika kawan kawan berkata ‘menjadi sukarelawan dan admin page mesti kental’. Betul!! Betul sama sekali! Tidak ada yang betul melainkan betul semata mata. Tetapi kawan kawan kena ingat, manusia itu dicipta dengan pelbagai limitations dan had kecuali 2 perkara; kesombongan dan kebodohan. Dua perkara ini tidak ada had dan kadang kadang tak tercapai akal manusia yang waras.
 
Sebagai contoh, sekiranya kawan kawan berjaya mendapat subsidi dari kami, maka kawan akan diberikan pautan untuk melengkapkan proses sehingga pembayaran boleh dibuat. Kami tidak pasti ada di antara kawan kawan yang samada sengaja tidak membaca isi kandungan pautan tersebut atau pun kawan kawan selectively membaca isi kandungan pautan tersebut. Kesemua sukarelawan kami dilatih untuk menjawab dan menerangkan mana mana klausa yang agak kabur atau sukar difahami oleh kawan kawan. Sekiranya kawan kawan masih tidak faham, sukarelawan kami akan menghubungi kawan kawan. Sehingga tahap sebegitu layanan yang kami berikan kerana meraikan sokongan kawan kawan untuk menyelamatkan kucing ataupun memandulkan kucing peliharaan/jalanan. Sukarkah untuk kawan kawan berbahasa dengan penuh hemah dan berlemah lembut? Prosedur dan polisi kami bukan suatu yang boleh diubah ubah mengikut kesesuaian kawan kawan.  Ianya terpakai kepada semua kawan kawan  yang lain hatta kepada kami sendiri.

Kami ingin memberitahu dan, jangan terkejut, baru baru ini ada sukarelawan kami dijerit semasa berbual di dalam telefon hanya kerana menyatakan kebiadapan seorang pemohon subsidi yang melekehkan amaun subsidi yang kami tawarkan. Sukarelawan kami diberikan penghormatan panggilan STUPID. Kawan kawan, adil kah untuk sukarelawan tersebut menerima makian sebegitu? Ada juga antara kami yang dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati. Kawan kawan perlu ingat, kami ini manusia, sama seperti kawan kawan. Sekiranya kawan kawan tidak suka ditengking, diherdik dan dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, kami juga tiada bezanya. Dan apabila kami membalas apa yang kawan kawan katakan,  kami terus dilabel kurang ajar dan tidak professional. Kami masih mencari cari rational untuk melengkapkan equation professional tersebut tetapi gagal. Bantu kami?

6. Kalau Kami NGO Kaya, Hari Hari Stray Cats dan Dogs Boleh Raya

Kawan kawan pasti ingat kami NGO yang sangat kaya raya dan mempunyai dana sehingga puluhan atau ratusan ribu.

Hakikatnya, kami hanyalah organisasi yang kerdil tetapi kami sentiasa berkolaborasi dengan NGO yang lain. Kami masih lagi dalam lengkung pembelajaran untuk kami setiap derma/donation yang diberikan tidak ada satu pun amaun nya yang kecil. No amount is small to us. Begitu juga sekiranya subsidi yang kami berikan kepada kawan kawan  yang memohon. Setiap ringgit dan sen akan diaudit (kepada yang Muslim, duit ini akan dihisab di hari kebangkitan kelak). Jika kawan kawan merasakan SOP untuk mendapatkan subsidi ini terlalu sukar dan tidak berbaloi dengan amount yang diberikan, kami dengan rendah diri memohon maaf. Tetapi adalah tidak adil untuk memperkecilkan jumlah subsidi kerana selain dari derma orang ramai, sukarelawan kami berhempas pulas membuat jualan amal di booth, mengorbankan masa hujung minggu mereka, malahan sanggup menghabiskan duit sendiri. Kami betul betul terguris dengan ungkapan ‘.... because it has been too long waiting/communicating just for RM 500 ringgit,  then forget it ‘. Kawan kawan boleh menolak dengan baik sekiranya merasakan kami ini menyusahkan. Kami yakin, duit  tersebut mampu dimanfaatkan kepada kawan kawan atau kucing kucing yang lain. Kami NGO kecil dan janganlah dihina usaha kami untuk member subsidi kepada kawan kawan.


Jadi kesinambungan dari itu kami nak kongsikan pula adab adab berkomunikasi, berinteraksi, mengomen di email atau di FB dengan kami:

1. Sekiranya kawan kawan menulis e-mail kepada kami, sila perkenalkan diri kepada kami. Kami tidak ada kuasa telepathy untuk meneka nama kawan kawan dari alamat e-mail yang kadang kadang tergeliat lidah kami menyebutnya. Sekiranya keberatan memberitahu nama sebenar, kawan kawan boleh perkenalkan diri dengan nama singkatan.

2. Sekiranya kawan kawan mahu membuat shoutout untuk menyelematkan kucing, sila nyatakan lokasi. Sama juga halnya sekiranya mahu memandulkan kucing. Sila nyatakan lokasi dan jumlah kucing yang mahu dimandulkan berserta jantina. Ini penting supaya kami boleh estimate jumlah yang akan dikeluarkan untuk subsidi dan membuat kira kira kekuatan dana kami.

3. Laras bahasa. Kami sangat sangat menghargai kawan kawan yang menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris yang boleh kami fahami. Kadang kadang kami berhempas pulas untuk memecahkan ayat-ayat yang penuh dengan kosa kata singkatan. Bersimpatilah dengan kami. Sebagai bangsa yang mempunya peradaban yang tinggi, jika kita memohon pertolongan sila rendahkan diri dan carilah kosa kata yang  tidak menampakkan kita mengarah itu dan ini. Sekiranya diberikan terma dan syarat, sila patuhi kerana kita ini diposisi yang meminta. Jangan sombong.

4. Setiap permohonan subsidi akan dibawa kedalam mesyuarat untuk mendapatkan persetujuan committee members. Kemudian jumlah subsidi juga akan ditentukan berdasarkan dana yang ada. Untuk pengetahuan kawan kawan, ini semua tidak boleh diselesaikan dalam tempoh sehari. Kadang kala kami terpaksa membuat investigation bagi mengelakkan double claim. Sekarang faham tak kenapa kami memerlukan RESIT ASAL? Sepanjang penubuhan kami, telah banyak kali kami ditipu oleh manusia sebegini. Ya mereka ini wujud dan kami sangat berhati hati. Bukan senang nak mengumpul walaupun RM 500 dan kerana itu kami sangat sangat offended dengan kawan kawan yang menghina jumlah subsidi kami. Intipatinya, sabar dan boleh buat follow up dengan kami dengan sela masa yang sesuai. Kami tidak galakkan kawan kawan buat follow up setiap dua jam sekali.

5. Menerima teguran dengan hati yang terbuka. Samada di dalam talian telefon ataupun di dalam e-mail. Sekiranya kawan kawan beranggapan bahawa alam cakerawala berputar berpaksikan diri kawan kawan, sila tampar diri sendiri dan segera sedar itu adalah fantasi. Sebahagian kami yang mempunyai pengalaman akan memberi teguran tentang sesuatu perkara dan sekiranya pihak kawan kawan tidak boleh menerimanya serta merta berhenti berkomunikasi dengan kami. Ini sebenarnya adalah win-win situation. Kami tidak perlu menerangkan bahawa paksi cakerawala adalah BUKAN pada diri kawan kawan dan kawan kawan juga tidak perlu meyakinkan kepada kami sebaliknya.

6. Menjawab persoalan yang ditanya di dalam e-mail. Kami akan bertanya banyak soalan dalam satu e-mail ataupun rentetan email yang lain. Sila baca dan fahamkan sebelum membuat email balas. Ini bagi memastikan kami tidak bertanya soalan yang sama berulang kali. Kami adalah kumpulan orang yang sangat practical dan kami amat menghargai sekiranya pihak kawan kawan menjawab soalan kami secara pendek ringkas direct. Kami tidak mempunyai kekuatan untuk menafsir ayat tersirat dan prosa klasik dalam jawapan kawan kawan. Bantu kami dengan ayat mudah untuk melancarkan proses pemberian subsidi.


Kawan kawan perlu ingat bahawasanya subsidi ini dari kawan kawan untuk kawan kawan juga. Ianya bukan milik kami tetapi kami adalah  pemengang amanah untuk mentadbir subsidi ini.  Oleh itu kita perlu saling hormat menghormati sesama kita supaya lebih banyak kucing jalanan dapat diselamatkan dan populasi mereka dapat dikawal dengan lebih berperikemanusiaan. 



Menulis bagi pihak SCRATCH team members

-Encik MemeranGemok-

Friday, April 4, 2014

Saya nak neuterkan kucing awak, bukan awak!

As salam...
Salam Jumaat yg penuh barokah...

Ramai yang akan mempersoalkan dan memberi alasan (kadang2 alasan bodoh juga) apabila isu pemandulan/pengkasian diutarakan..

Antaranya:

• " Saya tak mahu menghalang kucing saya dari mengingini dan menikmati hubungan kelamin serta berkeluarga"

Pencerahan: OK, ini la komen paling kelakar dan masuk dalam kategori lawak tak boleh diterima. Untuk kucing, hubungan seks hanya melibatkan pengaruh hormon dan sifat kemandirian yang memang ada dlm setiap haiwan ie animal instinct, tiada sebarang perasaaan lovey dovey atau emosi cintan cintun yang terlibat. Sebenarnya, proses ini agak menyakitkan terutama utk kucing betina.

Kalau anda pernah betul2 memerhatikan proses kucing mengawan, pada akhir proses, kucing betina akan mengerang (dlm kesakitan atau distress), berdesis (hissing) dan ada kalanya mencakar dan menghambat si kucing jantan. Kemaluan kucing jantan mempunyai satu struktur kecil yang mana boleh menyebabkan kesakitan pada kucing betina apabila ia dikeluarkan dari kemaluan kucing betina selepas proses mengawan. Kucing yang telah dimandulkan tidak mempunyai keinginan untuk mengawan. Mereka lebih tenang dan kurang membuat bising seperti biasa (belum dimandulkan).

• " Pemandulan menyebabkan kucing saya gemuk dan malas"

Pencerahan: Salah tu!! Yang menyebabkan kucing itu gemuk dan menjadi malas adalah kerana terlebih makan dan kurang bergerak/senaman. Itu jer..kan!!

• " Saya mahu anak saya menyaksikan kucing saya melalui proses melahirkan sekurang2nya sekali, untuk tujuan pembelajaran.." 

Pencerahan: Selalunya kucing akan beranak di tempat yang tersorok dan peluang menyaksikan proses ini secara live adalah sangat tipis. Jika anda mahu mendidik dan memberi penerangan pada anak2 anda tentang proses kelahiran, ada banyak video (seperti di Youtube) dan rancangan tv (seperti saluran Animal Planet, rancangan National Geographic) yang ada boleh tonton.

• "Saya masih belum bersedia la.."

Pencerahan: OK...ini sangat kelakar (facepalm)...sbb yang perlu dimandulkan itu ialah kucing nya, jadi kenapa tuannya pula yang belum bersedia...sebagai tuan yang bertanggungjawab, seharusnya kita membuat pilihan yg bijak dan tepat utk haiwan kesayangan kita..kan..

• "Kucing saya dah tua sangat, tak perlu kot"

Pencerahan: Usia kucing bukan alasan untuk tidak memandulkan kucing anda. melainkan jika ada masalah kesihatan tertentu yang dinyatakan oleh doktor veterinar.

• “Agama saya tidak membenarkan pemandulan haiwan.”

Pencerahan: Meh bukak mata besar2 sikit dan sila lihat poster di bawah. Ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM..sibuk nak pertikaikan...sape lagi pandai..JAKIM ke anda??

Ini merupakan satu isu yang agak sensitif. Meh nak tanya sikit...

Sanggupkah anda untuk membuang anak anda yang berumur 5 thn di jalanan kerana tidak mampu utk memberinya makan/minum?? Tak sanggup kan... Kenapa?? Sbb mereka tak pandai nak urus diri dan berdikari di luar sana...so..sama la mcm haiwan peliharaan kita sebenarnya...


Haiwan peliharaan tidak mampu untuk hidup dan berdikari di jalanan kerana mereka ialah HAIWAN PELIHARAAN. Tidak dinafikan mereka ada animal instict tapi sifat dan skill ini seolah2 'sudah tumpul'. Mereka sudah biasa diberi makan dan dijaga di rumah. Mereka tidak pernah kenal dengan bahaya kenderaan di jalanan, mereka takut dengan muka2 yang mereka tidak biasa lihat, mereka tak pandai meminta-minta di kaki meja atau mengorek tong sampah untuk makanan, jauh sekali bergaduh untuk mempertahankan diri kerana sudah biasa dengan persekitaran rumah yang tenang dan semua tersedia di depan mata. Mereka tidak dilatih untuk berdikari dan tidak mampu untuk mewariskan sikap utk survive di jalanan pada anak2nya nanti. Kesimpulannya, membuang mereka di jalanan adalah sama seperti menghantar mereka untuk diseksa hingga mati dengan cara yang perlahan dan menyakitkan.

Kucing yang tidak dimandulkan boleh melahirkan 4-6 ekor anak dalam 1 kali proses kelahiran. Dan apabila anak2 ini mencapai usia matang dan mula mengawan, ia akan menyumbang kepada peningkatan haiwan jalanan. Pergi ambil kalkulator dan kira kalau tak percaya. Bila tidak dijaga, kebanyakkannya tidak akan bertahan untuk mencapai usia dewasa atau mati akibat penyakit, kebuluran atau kemalangan.



Sudahnya...yang mana satu lebih ditegah oleh agama..biarkan mereka membiak dan melakukan pengabaian sehingga penyebab kepada kematian atau mandulkan mereka utk menjamin kesihatan serta membantu mengurangkan populasi haiwan jalanan yang hidup terseksa di luar sana..fikir-fikirkan la...anda kan pandai2 semuanya..kan...kan...




Reference: http://www.breeding-cats.com/spay-or-neuter.html dan google.com

Thursday, July 25, 2013

Pet Boarding During Holiday.




Going away for holiday? So you plan to board tour pets at the boarding centre? Then it is about time to plan for your pet’s healthy, happy stay by creating a boarding checklist to avoid last-minute hassles. Following this checklist may seem like a daunting task. But keep in mind why you’re taking these steps, it’s about the safety and health of your pet after all.

Bercadang untuk bercuti? Jadi, anda merancang untuk menghantar haiwan kesayangan anda ke pusat penjagaan haiwan? Jika ya, ini adalah masa yg sesuai untuk mewujudkan satu senarai semak sebelum ia dihantar ke sana bagi mengelakkan kelam kabut disaat akhir jika keperluan ini tidak di titikberatkan. Ini mungkin dilihat sebagai satu perkara mudah tetapi sebenarnya langkah-langkah ini perlu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan haiwan kesayangan sepanjang peninggalan bercuti.


The Before-boarding Checklist
Take these precautions before you board your pet:

Senarai Semak Sebelum Menghantar Haiwan ke Pusat Jagaan Haiwan
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil:
  • Visit your boarding centre – To ensure a clean, comfortable environment for your pet, and keeps the potential for spreading illness between animals to a minimum. Having many other animals in the environment adds to the potential for stress.  Some pets become nervous, anxious, or depressed if they're not accustomed to being in this situation.  Too much interaction with other animals can sometimes exhaust smaller pets.  In some cases, especially if a pet has no place to retreat, this can affect their eating and take a toll on their body.    
  • Melawat pusat penjagaan terlibat - Untuk memastikan persekitaran yang bersih, selesa untuk haiwan kesayangan anda selain memastikan potensi untuk menyebarkan penyakit antara haiwan adalah pada tahap minimum. Pusat jagaan yang terlalu sesak boleh berpotensi meningkatkan ketidakselesaan pada haiwan yang mana ia akan gelisah, cemas, atau tertekan jika mereka tidak biasa dengan dalam situasi ini. Terlalu banyak interaksi dengan haiwan lain kadang-kadang boleh menyebabkan kepenatan melampau terutamya untuk haiwan yang bersaiz kecil. Dalam beberapa kes, terutamanya jika haiwan kesayangan tidak mempunyai tempat untuk berundur, ini boleh ia boleh memberi kesan kepada kadar pengambilan makanan dan seterusnya kesihatan mereka.
  • Update vaccinations - Make sure all vaccinations are current at least a week to 10 days before boarding.
  • Vaksinasi yang dikemaskini - Pastikan semua telah divaksin sekurang-kurangnya seminggu hingga  10 hari sebelum dihantar ke pusat jagaan.
  •  Check requirements - Call the boarding facility to inquire what its test/vaccination requirements or are. Bring proof of the vaccinations with you when you arrive at the facility.
  • Kenalpasti keperluan – Dapatkan maklumat dari pusat jagaan berkenaan ujian, jenis vaksinasi yang membolehkan haiwan ditempatkan disitu, Jangan lupa untuk membawa sekali kad kesihatan haiwan kesayangan anda sebagai bukti vaksinasi.
  • Visit your veterinarian - Even if a facility doesn’t require a veterinarian’s clearance, it’s a good idea to schedule a checkup within 30 days of its stay, especially if your pet has chronic ailments or is elderly.
  • Membuat pemeriksaan di vet – Walaupun pusat jagaan tidak memerlukan haiwan untuk diperiksa oleh vet, tapi ini merupakan satu tindakan yang baik untuk mengenalpasti tahap kesihatan haiwan kesayangan terutama jika ia sudah dikenalpasti mengidap penyakit kronik atau tergolong dalam golongan yang sudah tua.
  • Double-check medication supplies - Ensure medication supplies are adequate for the stay and bring the prescription in its original container so the staff knows exactly what the prescription is as well as the dosage amount.
  • Periksa bekalan ubat - Memastikan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang peninggalan anda dan jangan lupa untuk membawa preskripsi di dalam bekas asal untuk rujukan dos penggunaan ubat.
  • Keep up with flea prevention - Almost every facility will require you to treat your pet with a monthly flea preventive.
  • Pencegahan kutu - Hampir setiap kemudahan akan memerlukan anda untuk merawat haiwan kesayangan anda dengan rawatan pencegahan kutu. 


Questions to Ask
Steer clear of boarding facilities that don’t offer direct, fully explained answers to all your questions. Here’s what to know:
Soalan untuk ditanya
Pusat jagaan yang mengelak untuk menjawab semua soalan anda bukanlah sebuah pusat jagaan yang baik. Berikut adalah apa anda yang perlu tahu:
  • Can your pet eat its usual food? Some may have touchy digestive systems so likely fare better if it can follow its usual diet by bringing their kibbles from home. Carefully label its food before boarding.
  • Bolehkah haiwan kesayangan anda makan makanan yang biasa? Mungkin ada yang mempunyai sistem pencernaan yang sensitif maka adalah lebih baik jika ia boleh mengikuti diet biasa dengan membawa makanan mereka dari rumah. Label makanan dengan teliti.
  • What treats are given? A facility might serve your pet its usual food but offer unfamiliar treats.
  • Apakah jenis makanan kudapan yang diberi? Pusat jagaan mungkin akan memberikan makanan biasa si manja tetapi mungkin akan memberikan makanan kudapan atau treats. Kenalpasti treats yang diberikan untuk mengelakkan alahan atau masalah kesihatan yang lain.
  • How will the facility handle health issues? Ask if the centre has a relationship with a veterinarian or if veterinary technicians are on staff.
  • Tanyakan jika pusat jagaan ini mempunyai contact dengan vet jika ada wujud apa-apa masalah berlaku sepanjang peninggalan anda.




Share the Right Information
Your pet is more likely to enjoy a safe, healthy stay if you also keep the boarding facility well informed. Let the centre know the following:
Kongsi maklumat haiwan dengan pusat jagaan anda
Haiwan kesayangan anda adalah lebih cenderung untuk menikmati kemudahan yang lebih baik apabila perkara-perkara berikut dimaklumkan kepada pusat jagaan.
  • Special needs - If your pet is prone to anxiety, aggression or other issues, let the centre know well in advance. Booking early can ensure that your pet receives the right boarding space or cage.
  • Keperluan Khas – Maklumkan jika haiwan kesayangan anda cenderung atau mudah mengalami masalah tekanan dan mudah bersikap agresif . Tempahan awal boleh memastikan haiwan kesayangan anda ditempatkan di ruang atau sangkar yang bersesuaian dengan keperluannya.
  • Your contact info - Share your emergency contact number, along with a local number for someone not traveling with you. Provide contact information for your pet’s veterinarian.
  • Nombor untuk dihubungi – Maklumkan nombor anda yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan ataupun keluarga/kenalan terdekat yang boleh dihubungi jika anda gagal dikesan.
  • Any allergies - Provide a list of your pet’s potential allergens along with its other known health information if any.
  • Alahan -  Menyediakan senarai alergen yang berpotensi menyebabkan alahan pada haiwan kesayangan anda dan lain-lain  maklumat kesihatan yang dirasakan perlu.



Sumber dikongsi daripada  Prepare Your Dog for Holiday Boarding oleh Kim Boatman.
Pic credit kepada NorShatila, Bazilah dan Shah