Showing posts with label Info Kesihatan Kucing. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan Kucing. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Dilema Si Kucing Senior...

Assalammualaikum..Haii…
Dalam banyak2 kucing yg korang ada… berapa umur yg paling senior?? 10 thn??  12 thn??  15 thn??

Pic sekadar hiasan. Sumber: Google.com
Seperti manusia…kucing juga mampu mencapai umur senior yang panjang apabila dijaga dengan baik…walaubagaimanapun… bila dah namanya senior.. mcm2 la perubahan yg boleh berlaku.. sama ada dari segi fizikal ataupun mental…sungguhpun begitu.. selagi ada hayatnya… harus la kita menjaganya dengan penuh kasih sayang…tidak adil kiranya waktu ia muda kita sayang2 tp bila dah tua diabaikan...betul tak??

Bila usia makin meningkat (ada artikel yg menyatakan seawal 11 thn), memori, learning ability, awareness/alertness, pendengaran, penglihatan akan semakin berkurang. Ini menyebabkan berlaku perubahan pada pattern dan kekerapan mereka tidur dan juga aktiviti harian.

Kadangkala lupa akan habit kebiasaannya seperti lupa dan tercari2 bowl makanan atau bekas pasir kumbahannya…Ada masanya bertindak agresif terhadap ownernya dan kucing lain yang tinggal bersama-samanya… bukan sebab apa..tp mereka lupa!! Kesimpulannya..memahami keadaan mereka mampu membantu mereka utk cope dan adapt dengan situasi diri mereka itu selain mengurangkan kesakitan yg mungkin mereka hadapi tanpa kita sedari. 


Antara perlakuan yang kerapkali dilihat berlaku pada kucing senior:

  • Membuang najis di luar kotak kumbahannya
  • Membuang najis di tempat tidur atau di tempat ia makan
  • Kadang2 seperti tidak mengenali ahli keluarga dan pets yg serumah dengannya
  • Sesat di tempat yg dia biasa 
  • Merenung satu2 objek atau ruang dengan lama (mcm blur2 atau lost)
  • Berjalan atau merayap tanpa hala tuju walaupun di dalam rumah (mcm blur2 atau lost)
  • Stuck/tak mampu untuk meloloskan diri daripada halangan (cthnya mengiau2 minta didukung apabila berhadapan dengan tangga)
  • Kurang berminat untuk dibelai atau untuk berinteraksi, suka menyendiri
  • Minta perhatian lebih, bergantung dan clingy pada owner
  • Malas untuk groom bulu dan membersihkan diri seperti selalu 
  • Kurang selera untuk makan 
  • Kurang berminat dengan perkara sekeliling (walaupun diajak bermain)
  • Tidak betah/agitated
  •  Tidur tidak nyenyak, kerap terbangun di waktu malam
  •  Kadangkala menjadi sangat vokal berbanding biasa
Jika kucing senior kita ada menunjukkan tanda-tanda seperti di atas…sila lah segera ke vet untuk membuat pemeriksaan. Ini kerana mungkin ada antara perubahan2 itu merupa simptom untuk penyakit yang wujud akibat keadaan usia yang meningkat. Antara keadaan yang boleh kesakitan, ketidak selesaan dan menyebabkan limitasi pada pergerakkan ialah arthritis (sakit sendi), penyakit mulut dan gusi, disfungsi tiroid, kanser, gangguan pada pendengaran/penglihatan dan infeksi pada saluran urinari (termasuk kewujudan batu karang). Keadaan ini menjadi sebab mengapa kucing2 ini sangat sensitif pada sapaan dan sentuhan, menjadikan mereka moody dan seterusnya menjadi agresif. (Agresif ini bersebab - kucing tu memilih utk hissing atau menggigit untuk mengelakkan daripada disentuh kerana sakit, nak beredar atau lari dah x larat/malas/sakit).

Pic sekadar hiasan. Sumber: www.shannonspetsitting.net
Apa yg kita boleh bantu jika perubahan tingkah laku tidak disebabkan oleh sakit fizikal?

  • ·  Jika tiada masalah atau penyakit fizikal yang menjadi sbb perubahan tabiat dan perlakuan yg extreme ini..kebarangkaliannya ia disebabkan oleh aging of the brain…di luar negara, ada vet yg akan prescribe ubat anti-anxiety..walaubagaimanapun aktiviti ini kami tak pasti adakah ia dilakukan di Malaysia atau tidak.

  • Sediakan bekas kumbahan tambahan di beberapa tempat..kekalkan bekas yg sedia ada di tempatnya tapi cuba letakkan bekas tambahan di tingkas atas/bawah rumah jika kucing itu menghadapi masalah untuk turun/naik tangga. Pastikan ianya accessible..almaklum kucing senior..x larat nak jalan jauh..mata pun kabur2..deria pon dah berkurangan, lagi2 kalau dah ada masalah memory loss..so jgn la letak di tempat yg tersorok.. Pemilihan bekas kumbahan pon perlu yg sesuai..kucing senior kadang kala ada masalah untuk melompat masuk dan keluar bekas..jadi pilihla bekas yg mempunyai ruang masuk yg rendah dan luas bukaannya..

  • Kekeliruan dan disorientation kerap dilihat pada kucing yg sangat senior..bahasa mudah..nyanyuk…jadi jgnlah kerap ditukar jenis makanannya/pasir litternya, bimbang ia akan menolak makanan/tidak mahu guna pasir tersebut..jgn diubah lokasi bekas makanan dan pasir kumbahannya juga..kekalkan keadaan yg biasa dan rutin padanya…kalau keadaan distress masih ada..ada baiknya jika kucing ini dijaga pada satu ruang yang lebih kecil..bukan bermakna kita harus cage kan kucing ni tp memadailah dengan menghadkan pergerakkanya pada 1 floor saje dirumah anda atau menjaganya di dalam bilik. Ini memudahkan ia untuk mendapat access utk mknn dan pasir kumbahannya..so kurangla stress…bila kurang stress tentu moodnya makin baik..kan..mcm uollss la..kalau dah nak terbuang air tapi x jumpa2 toilet…harus korg stress kan..kan..silap2 tercirit…sama la keadaannya..

  • Ada banyak sebab mengapa wujud perubahan corak tidur.  Kucing mmg di anugerahkan night vision..bersifat nocturnal..common jika ia lebih aktive pada waktu mlm..tp  keadaan mungkin sedikit berbeza bila kucing itu dikategori senior. Perubahan pada deria mampu mengubah tahap lena tidur kucing sebenarnya. Peningkatan keperluan untuk membuang najis/kencing akibat organ dalam yg semakin menurun fungsinya ditambah dengan masalah nak mencari bekas pasir menyebabkan kucing kita ‘busy’ di waktu malam. Apa yg kita boleh bantu..selain membuat seperti apa yg disarankan pada point ke 2 dan ke 3 seperti di atas…kita boleh bermain dan menambahkan aktiviti mereka pada waktu siang..hakikatnya agak susah…dah pasif, x berapa minat bermain tp tak salah mencuba..bila dah penat bermain siang,mereka penat maka lebih mudah untuk tidur dengan lena..tidur yang berkualiti…bila ditengok balik..seperti kita menjaga baby..kan.. Tapi anxiety juga boleh menyebabkan mereka menjadi restless dan tak reti diam pada waktu malam. Mereka bising diluar pintu, ada yg memanjat2 kepala, kneading di perut dan peha..sepertinya meminta perhatian kita. Kucing yg bukan diumur senior selalunya suka bermain sesama sendiri, berlari atau mencari ‘adventure’ sendiri di rumah…sebab tu kita selalu kene pijak time tidur..betul tak…sebab mereka bermain..Menunjukkan stress kita pada kucing yg sedia stress seperti ini dengan cara memarahi, menghukum atau mengurung mereka tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan cara untuk kembalikan pattern tidur sicomel ini untuk mengurangkan ‘gangguan’ di waktu malam. Ingat..penat bermain siang..malam tidurnya lena..Ada yg mengatakan cubaan menggunakan pheromone spray atau diffuser mampu membantu tapi ada juga yg komplen kaedah ini tidak berkesan pada kucing mereka..Ini menunjukkan penerima antara satu kucing dengan kucing yg lain adalah berbeza2..tapi tak salah kalau nak mencuba..kan…

 P/S: Sayangilah kucing kita walau apapun keadaannya...tua, muda, sihat, sakit...kan..


Friday, April 4, 2014

Saya nak neuterkan kucing awak, bukan awak!

As salam...
Salam Jumaat yg penuh barokah...

Ramai yang akan mempersoalkan dan memberi alasan (kadang2 alasan bodoh juga) apabila isu pemandulan/pengkasian diutarakan..

Antaranya:

• " Saya tak mahu menghalang kucing saya dari mengingini dan menikmati hubungan kelamin serta berkeluarga"

Pencerahan: OK, ini la komen paling kelakar dan masuk dalam kategori lawak tak boleh diterima. Untuk kucing, hubungan seks hanya melibatkan pengaruh hormon dan sifat kemandirian yang memang ada dlm setiap haiwan ie animal instinct, tiada sebarang perasaaan lovey dovey atau emosi cintan cintun yang terlibat. Sebenarnya, proses ini agak menyakitkan terutama utk kucing betina.

Kalau anda pernah betul2 memerhatikan proses kucing mengawan, pada akhir proses, kucing betina akan mengerang (dlm kesakitan atau distress), berdesis (hissing) dan ada kalanya mencakar dan menghambat si kucing jantan. Kemaluan kucing jantan mempunyai satu struktur kecil yang mana boleh menyebabkan kesakitan pada kucing betina apabila ia dikeluarkan dari kemaluan kucing betina selepas proses mengawan. Kucing yang telah dimandulkan tidak mempunyai keinginan untuk mengawan. Mereka lebih tenang dan kurang membuat bising seperti biasa (belum dimandulkan).

• " Pemandulan menyebabkan kucing saya gemuk dan malas"

Pencerahan: Salah tu!! Yang menyebabkan kucing itu gemuk dan menjadi malas adalah kerana terlebih makan dan kurang bergerak/senaman. Itu jer..kan!!

• " Saya mahu anak saya menyaksikan kucing saya melalui proses melahirkan sekurang2nya sekali, untuk tujuan pembelajaran.." 

Pencerahan: Selalunya kucing akan beranak di tempat yang tersorok dan peluang menyaksikan proses ini secara live adalah sangat tipis. Jika anda mahu mendidik dan memberi penerangan pada anak2 anda tentang proses kelahiran, ada banyak video (seperti di Youtube) dan rancangan tv (seperti saluran Animal Planet, rancangan National Geographic) yang ada boleh tonton.

• "Saya masih belum bersedia la.."

Pencerahan: OK...ini sangat kelakar (facepalm)...sbb yang perlu dimandulkan itu ialah kucing nya, jadi kenapa tuannya pula yang belum bersedia...sebagai tuan yang bertanggungjawab, seharusnya kita membuat pilihan yg bijak dan tepat utk haiwan kesayangan kita..kan..

• "Kucing saya dah tua sangat, tak perlu kot"

Pencerahan: Usia kucing bukan alasan untuk tidak memandulkan kucing anda. melainkan jika ada masalah kesihatan tertentu yang dinyatakan oleh doktor veterinar.

• “Agama saya tidak membenarkan pemandulan haiwan.”

Pencerahan: Meh bukak mata besar2 sikit dan sila lihat poster di bawah. Ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM..sibuk nak pertikaikan...sape lagi pandai..JAKIM ke anda??

Ini merupakan satu isu yang agak sensitif. Meh nak tanya sikit...

Sanggupkah anda untuk membuang anak anda yang berumur 5 thn di jalanan kerana tidak mampu utk memberinya makan/minum?? Tak sanggup kan... Kenapa?? Sbb mereka tak pandai nak urus diri dan berdikari di luar sana...so..sama la mcm haiwan peliharaan kita sebenarnya...


Haiwan peliharaan tidak mampu untuk hidup dan berdikari di jalanan kerana mereka ialah HAIWAN PELIHARAAN. Tidak dinafikan mereka ada animal instict tapi sifat dan skill ini seolah2 'sudah tumpul'. Mereka sudah biasa diberi makan dan dijaga di rumah. Mereka tidak pernah kenal dengan bahaya kenderaan di jalanan, mereka takut dengan muka2 yang mereka tidak biasa lihat, mereka tak pandai meminta-minta di kaki meja atau mengorek tong sampah untuk makanan, jauh sekali bergaduh untuk mempertahankan diri kerana sudah biasa dengan persekitaran rumah yang tenang dan semua tersedia di depan mata. Mereka tidak dilatih untuk berdikari dan tidak mampu untuk mewariskan sikap utk survive di jalanan pada anak2nya nanti. Kesimpulannya, membuang mereka di jalanan adalah sama seperti menghantar mereka untuk diseksa hingga mati dengan cara yang perlahan dan menyakitkan.

Kucing yang tidak dimandulkan boleh melahirkan 4-6 ekor anak dalam 1 kali proses kelahiran. Dan apabila anak2 ini mencapai usia matang dan mula mengawan, ia akan menyumbang kepada peningkatan haiwan jalanan. Pergi ambil kalkulator dan kira kalau tak percaya. Bila tidak dijaga, kebanyakkannya tidak akan bertahan untuk mencapai usia dewasa atau mati akibat penyakit, kebuluran atau kemalangan.



Sudahnya...yang mana satu lebih ditegah oleh agama..biarkan mereka membiak dan melakukan pengabaian sehingga penyebab kepada kematian atau mandulkan mereka utk menjamin kesihatan serta membantu mengurangkan populasi haiwan jalanan yang hidup terseksa di luar sana..fikir-fikirkan la...anda kan pandai2 semuanya..kan...kan...




Reference: http://www.breeding-cats.com/spay-or-neuter.html dan google.com

Friday, March 28, 2014

Kenapa mandulkan??

As salam...

Pemandulan itu penting, selain untuk mengawal masalah populasi haiwan jalanan yang semakin meningkat dan mengelakkan risiko kehamilan yang tidak dirancang, ada beberapa alasan yang melibatkan kesihatan yang mampu menyatakan kepentingan melakukan pemandulan kepada si comel ini.

Kucing Betina

Vet akan melakukan sedikit insisi dibahagian yang telibat untuk mengeluarkan organ pembiakan kucing betina iaitu uterus dan ovari. Kucing akan disedatif sepanjang proses pemandulan. Selepas pembedahan, kucing perlu di jaga didalam cage sekurang-kurangnya 1 minggu untuk penyembuhan yang sempurna.

Mengurangkan risiko kanser kelenjar mamari
  • melindungi kucing betina daripada mendapat kanser kelenjar mamari (kelenjar susu). Mandulkan kucing betina sebelum kitar estrus pertamanya bermula. Kitar estrus boleh bermula seawal kucing betina berusia 4 bulan. Setiap kali kucing betina mencapai waktu 'on heat', risiko untuk mendapat kanser mamari meningkat.
Hapus risiko kanser uterus dan kaser ovari
  • pemandulan melibatkan proses pembuangan uterus dan ovari, tiada organ yang terlibat, tiada kanser..betul tak?!
Hapus risiko Pyometritis
  • Pyometra ialah satu masalah infeksi bakteria yang serius dan mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat. Kucing betina yang telah dimandulkan tidak mempunyai organ uterus, maka tiada infeksi uterus akan berlaku...kan?!


Uterus yang sudah terinfeksi akan membengkak dan dipenuhi dengan nanah,
ini boleh membawa kepada kematian jika dibiarkan.

Kucing Jantan

Prosesnya lebih mudah, proses penyembuhan lebih singkat, kos juga lebih murah! Kucing akan disedatif sama seperti kucing betina, tiada insisi akan dilakukan kerana testis kucing jantan memang sudah berada diluar badan.. kan...Antara kebaikan pemandulan pada kucing jantan adalah:
  • mereka tidak lagi sibuk untuk kencing merata atau gigih menyembur 'perfume' masing-masing 
  • lebih sopan dan tenang, kurang berminat utk bergaduh atau menyebabkan konflik
  • lebih suka duduk dirumah dan kurang minat untuk merayau keliling kampung
  • kesihatan lebih baik kerana kurang mendapat luka/kudis dan calar akibat bergaduh
  • mengurangkan risiko mendapat FeLV dan FIV
  • hapus risiko kanser testis
  • kawasan disekitar ekor lebih bersih dan ekor akan menjaga lebih terjaga dan kurang berminyak berbanding kucing yang tidak dimandulkan

Saya dan dia sudah dineuter..anda bila lagi???




Thursday, March 21, 2013

Catnip / Catwort / Catmint

Cuba korang tengok sekitar halaman rumah korang, atau di tepi-tepi padang tempat korang berjogging setiap hujung minggu. Ada tak ternampak tumbuhan ini? Atau ada tak antara korang yang pernah cuba tanam tumbuhan ini? 






Tumbuhan ini dikenali sebagai Catnip/Catwort/Catmint. Nama saintifiknya ialah Nepeta Cataria dan jauh beza dengan Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica).

Rupa Catnip/Catmint ni ada iras-iras daun pudina dan daunnya mempunyai bau herba yang kuat apabila dipetik. Apabila tua, ia akan menghasilkan bunga-bunga kecil berwarna ungu/putih.

Kesannya sama seperti Pokok Kucing Galak, iaitu memberi rasa seronok, gembira dan ketenangan kepada kucing-kucing yang aktif (*tak semua kucing menunjukkan kesan yang sama).

Selain kesan positif kepada kucing, Catnip/Catmint ini juga sesuai diminum dan dijadikan rawatan herba oleh mereka yang mempunyai masalah insomnia, stress, migrain, sakit kepala, dan masalah penghadaman.

So kalo korang terjumpa tumbuhan ni, cuba korang beri pada kucing korang untuk melihat sama ada ia memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Kali pertama, mungkin si comel korang buat bolayan. Lama-lama mungkin si comel korang bagi respond pada tumbuhan herba ini. Tapi make sure ianya tumbuhan yang betul tau... sebab banyak rumput/tumbuhan yang rupanya hampir sama, tapi sebenarnya berbeza ;)


Tuesday, March 5, 2013

Pemilihan Kibbles Kucing


Apakah faktor pemilihan makanan kucing yang pemilik haiwan perlu titikberatkan dalam membeli makanan untuk si comel anda? Adakah faktor harga semata-mata? Atau faktor nutrisi yang menjadi pilihan anda? 




Makanan kucing jenis kibbles terdiri daripada 3 kategori / kelas :
  • Komersial
  • Premium
  • Holistik / Super-premium.

Makanan kucing jenis komersial adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap dikomersialkan di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan anda.

Makanan jenis Premium dan Holistik jarang dikenali. Jenama-jenama ini biasanya terdapat di kedai-kedai haiwan, dan klinik-klinik haiwan sahaja. 





APA YANG MENENTUKAN KELAS MAKANAN DI ATAS?

Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. Cuba lihat bungkusan makanan si comel yang anda beli.

Kualiti jenama makanan kucing ditentukan oleh 5 ramuan / ingredient pertama yang tersenarai dalam kandungannya. 


Makanan yang berkualiti akan menyenaraikan ramuan-ramuan berkhasiat sebagai 5 atau sebahagian daripada 5 ramuan pertama. Contohnya ialah Turkey, Deboned Chicken, Chicken, Chicken Meal, Salmon, Fish Meal dan sebagainya. 

5 ramuan ini kemudiannya diikuti oleh ramuan-ramuan berkhasiat lain seperti yang tersenarai di bawah :
  • Poultry, beef, lamb or fish
  • Poultry meal
  • Fish meal
  • Chicken fat
  • Potato, sweet potato or brown rice
  • Eggs
  • Fruit and vegetables



Selain ramuan-ramuan di atas, makanan yang berkhasiat dilengkapi dengan zat tambahan dan khasiat sampingan seperti : 


  • Probiotics : Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, Streptococcus thermophilus.
  • Fish oil/ salmon oil- penyumbang Omega 3 & 6 yang bagus untuk hati dan jantung.
  • DL-Methionine - asid amino yang menyebabkan urine lebih berasid dan menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing.
  • L-lysine - asid amino yang membantu menghalang herpes, jangkitan mata dan sistem respiratori/selsema pada kucing.
  • Taurine & Vitamin A - asid amino untuk jantung dan membantu ketajaman mata kucing.
  • Vitamins and minerals




Jenama Komersial tidak mempunyai ramuan berkhasiat atau salah satu daripada 5-ramuan-pertama (first-5-ingredients) dalam pembuatannya. Sebaliknya, jenama-jenama ini menggunakan 'BY PRODUCT' di dalam ramuannya. 

Apa itu 'by product'? 

'By product' ialah bahagian haiwan yang tak sesuai dijadikan sebagai makanan manusia. Dalam penyediaan makanan manusia, bahagian-bahagian ini biasanya dibuang.

'Chicken-by-product/poultry-by-product' yang terdapat di dalam makanan jenama Komersial bermakna makanan tersebut dihasilkan menggunakan ramuan seperti paruh, kepala, kepak, tulang, cengkerang telur, isi perut ayam daripada haiwan ternakan seperti ayam, itik atau/dan burung. 





Beef/lamb-by-product pula menggunakan ekor, kaki, tulang, isi perut dan kulit haiwan daging/tenusu daripada lembu dan kambing.

By product terdiri daripada protein berkualiti rendah dan tidak mengandungi asid amino secukupnya untuk keperluan dan kesihatan si comel anda. 



BACA LABEL PADA BUNGKUSAN MAKANAN SI COMEL ANDA

Selain daripada protein dan asid amino yang disenaraikan di atas, anda juga perlu melihat ramuan yang menyumbang kepada karbohidrat dalam makanan kucing anda.


Karbohidrat dalam kandungan makanan kucing hanya berfungsi sebagai 'filler' untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada kucing anda namun tidak membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kucing. Dalam memilih makanan kucing, elakkan daripada ramuan yang terdiri daripada :
  • Corn or wheat gluten
  • Cornmeal
  • Ground wheat
  • Cellulose
  • Brewer's rice 



Dalam jenama makanan Premium, masih terdapat kanji dan karbohidrat dalam ramuannya. Ianya adalah bertujuan untuk membentuk kibbles ketika proses pembuatan.  
 
Makanan Holistik ialah kibbles yang tidak mengandungi sumber karbohidrat atau grain dalam ramuannya. Sebaliknya, makanan Holistik mengandungi probiotic (bakteria bagus), pelbagai asid amino penting, sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan menyeluruh si comel anda.

 

PERATUSAN NUTRISI YANG DIPERLUKAN OLEH SI COMEL

Makanan yang bagus perlu mengandungi 33% protein, dan kurang 5.5% ash. Makanan Holistik / Super-premium biasanya mengandungi 50-52% protein dan 3.0% ash yang membekalkan protein yang optimum untuk kucing-kucing aktif.






Namun demikian, anda juga perlu berhati-hati memilih peratusan protein untuk kucing anda. Sekiranya protein terlalu tinggi dan melebihi keperluan kucing anda, ia boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang. 

Meskipun kibbles yang bagus memberikan zat secukupnya untuk kucing anda, pemberian makanan basah dalam tin, foiled pack atau yang dimasak sendiri juga penting sebagai sebahagian diet penting kucing anda. Pengambilan air secukupnya juga perlu diberi perhatian. 




Selain daripada yang kami senaraikan di atas, pastikan tarikh luput makanan yang anda beli dan bagi pengguna Muslim, pastikan tiada kandungan 'pork', 'bacon' dan yang seumpamanya ya :)

Berikut adalah link untuk bacaan /website yang boleh anda rujuk :
Vet Info
Best Dry Cat Food Reviews
Brands of Cat Food 


Friday, March 1, 2013

Kebaikan Cuka Epal Kepada Kucing



Cuka epal (Apple Cider Vinegar / ACV) merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi pelbagai jenis mineral seperti potassium, calcium, magnesium, phosphorous, chlorine, sodium, sulfur, copper, iron, silicon dan fluorine yang menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.

ACV terhasil dengan memerah epal segar yang di tanam secara organic dan diperam dan dibiarkan mengalami proses fermentasi di dalam tong kayu (wood barrel) sehingga menjadi cuka. Warna ACV ialah keperangan. Jadi jangan tersilap dengan cuka putih / cuka buatan yang terdapat di pasaran tu ya.

ACV juga di kenali sebagai 'classic tonic' kerana manfaatnya kepada kesihatan manusia secara menyeluruh. 

Selain manusia, ACV juga mempunyai pelbagai khasiat kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing dan arnab.


Kegunaan ACV pada haiwan peliharaan :




  • Gunakan ACV dalam mandian haiwan peliharaan boleh merawat kutu dan iritasi kulit. Mandikan haiwan peliharaan anda dengan syampu lembut, bilas dan mandikan semula dengan sedikit campuran ACV dalam air mandian. Kemudian, bilas secukupnya dengan air yang bersih.
  • Campurkan sedikit ACV bersama air bersih di dalam botol spray dan boleh digunakan untuk menyembur ke bulu haiwan peliharaan anda untuk merawat kutu, kemerahan, dan gatal-gatal.
  • Campuran sesudu kecil ACV ke dalam 1.5L air minuman haiwan kesayangan anda terutama sekali kucing boleh memelihara kesihatan salur kencing, sistem penghadaman, merawat alergi dan mengurangkan bau hancing kencing.
  • ACV juga memberi manfaat mengurangkan kesakitan sendi pada haiwan yang mengalami masalah arthritis dan berfungsi sebagai penyahtoksin badan haiwan peliharaan kita.


Apa yang ingin kami kongsikan dalam artikel ini ialah kebaikan ACV dalam melegakan Feline UTI (Urinary Tract Infection / Jangkitan Salur Kencing) pada kucing.

Tanda-tanda Feline UTI :
- kencing yang sedikit
- kucing enggan menggunakan litterbox, dan akan kencing di luar litterbox
- nampak sakit ketika hendak kencing
- warna kencing kucing nampak lebih gelap, atau sedikit kemerahan.
 


Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda di atas bersama kemurungan, enggan makan/minum, menyorokkan diri dan tidak aktif, kemungkinan kucing anda mengidapi Feline UTI. Feline UTI terjadi akibat jangkitan bakteria pada saluran kencing. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.


Rawatan Feline UTI Menggunakan Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Kajian yang dijalankan oleh beberapa pengamal rawatan holistik mendapati kucing-kucing pengidap Feline UTI yang dirawat dengan menggunakan ACV menunjukkan penyembuhan positif meskipun ada sebilangan kecil yang tidak 100% sembuh sepenuhnya dengan rawatan holistik ini.

Cara rawatan yang disarankan ialah memberikan 1/4 sudu kecil ACV kepada kucing yang mengidap Feline UTI, 2 kali sehari. Anda boleh mencampurkan ACV dalam wetfood kucing anda, campurkan di dalam air minuman atau cairkan dengan air masak, kemudian di pam terus ke dalam mulut kucing anda menggunakan picagari kecil tanpa jarum.

Amalkan pemberian ACV bagi menghalang jangkitan semula. 
Pastikan anda tidak melebihi sukatan ACV yang disarankan. 

Tak rugi mengamalkan pengambilan ACV sebagai tonik harian untuk memperbaiki tahap kesihan anda dan haiwan-haiwan kesayangan anda :) 

Tuesday, December 25, 2012

Feed Responsibly and Please Spay Neuter



If you truly have compassion for stray cats, please feed them responsibly by clearing the leftover, and feeding them away from heavy human traffic to avoid complaints from people who may have phobia or hatred of cats.

And most important part is to get these cats neutered to prevent overpopulation at your feeding area. 





Please take responsibility for cats' welfare including responsibility for their neutering or spaying as well as for their health.



Monday, December 24, 2012

Mencatu Makanan Kucing Peliharaan



Gambar hiasan


Pernah tak anda membelek 'Feeding Guideline/Feeding Instruction' pada pek makanan kibbles kucing anda? Adakah anda mengikuti sukatan makanan seperti yang tertera pada pek tersebut? Atau memberi sesuka hati / free flow kibbles untuk kucing anda?

Mencatu makanan mengikut sukatan yang disarankan bukanlah bertujuan untuk menganiaya atau menzalimi kucing anda. Sebaliknya, memberi makanan kepada kucing mengikut sukatan makanan adalah sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan kucing anda berada pada tahap optimum, dan tidak obesiti.

Sekiranya kucing anda tidak menggemari makanan basah dan hanya bergantung kepada kibbles semata-mata, pastikan ia minum air yang banyak dan cuba ubah selera kucing anda dengan mempelbagaikan jenis makanannya. Terdapat banyak 'home-cook recipe' dari internet yang boleh dicuba.




Gambar hiasan



Saturday, October 27, 2012

Makanan Yang Merbahaya Untuk Kucing Anda

Sama ada sedar atau tak, kebanyakan pemilik kucing memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada kucing-kucing peliharaan mereka tanpa menyedari makanan tersebut boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.

Antara makanan-makanan yang merbahaya :

• Tuna 
Ikan tuna tidak mengandungi nutrisi dan zat yang diperlukan oleh kucing. Pemberian ikan tuna secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan merkuri (mercury poisoning)






• Segala jenis bawang dan daun bawang
Bawang dan daun bawang boleh menyebabkan kurang sel darah merah, anemia, keracunan dan masalah 'gastrointestinal upset'





• Susu dan produk tenusu
Menghidangkan susu dan keju kepada kucing dewasa boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman kerana kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamkan susu dan akan menyebabkan cirit-birit. 





• Alkohol
Keburukan alkohol sama seperti kesannya pada manusia dan boleh menjejaskan hati dan otak. 2 sudu alkohol boleh menyebabkan seekor kucing yang seberat 2kg mengalami koma. Dan sesudu lagi boleh membunuhnya! 





• Anggur dan kismis
Anggur dan kismis merupakan makanan ringan kegemaran arnab, hamster, dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Tetapi jika diberikan kepada kucing, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuhnya. 





• Kafein 
Pemberian kafein boleh memudaratkan dan kesannya tidak dapat akan dapat diubati. Antara simptom-simptom keracunan ialah lesu, bernafas dengan laju, kejang otot dan sawan. Kafein bukan saja terdapat dalam minuman seperti teh, kopi dan coklat, tetapi juga terdapat dalam minuman tenaga seperti Red Bull. Selain itu, kafein terdapat dalam ubat selsema untuk manusia dan ubat tahan sakit (painkiller) manusia. 






• Coklat
Coklat boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda keracunan sama seperti keracunan lain, iaitu degupan jantung tak stabil, kejang otot, dan sawan.






• Gula-gula dan manisan
Gula-gula, gula getah, ubat gigi, dan apa saja manisan yang mengandungi xylitol boleh mengakibatkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda, dan menyebabkan paras gula dalam badan merosot. Xylitol boleh mengakibatkan kegagalan hati. Tanda keracunan ialah muntah, lesu, hilang keseimbangan badan, sawan dan kegagalan hati. 





• Lemak dan tulang haiwan
Lemak dan tulang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit. Selain itu, tulang boleh menyebabkan masalah tercekik dan mencederakan sistem penghadaman kucing. 






• Telur mentah
Telur mentah mengandungi bakteria seperti salmonella dan E.coli. Protein dalam telur putih yang mentah yang  dipanggil avidin menghalang penyerapan vitamin B biotin dan akan menyebabkan keguguran bulu, dan masalah kulit pada kucing.





• Daging dan ikan mentah
Seperti telur mentah, daging dan ikan mentah boleh mengandungi bakteria penyebab keracunan. Enzim dalam ikan mentah boleh menghapuskan thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing anda. Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma. 





• Makanan anjing
Sekali sekala memakan makanan anjing tak mengapa. tetapi perlu diingatkan makanan anjing tidak direka khas untuk keperluan kucing anda dan isi kandungan kedua-dua makanan ini adalah berbeza. Makanan kucing mengandungi lebih banyak protein, vitamin dan fatty acids. Pemberian makanan anjing secara berterusan menyebabkan kucing anda kekurangan zat dan nutrisi. 






• Hati ayam
Kuantiti yang kecil tidak mengapa. Tetapi jika berlebihan akan menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan  ini boleh menjejaskan tulang kucing anda. Tumbesaran tulang akan terbantut dan kucing akan mengidapi osteoporosis. Keracunan vitamin A juga boleh membawa maut. 





• Terlalu banyak 'treats'
Seperti manusia, terlalu banyak makan treats boleh menyebabkan obesiti dan diabetes. 





• Yis/ragi roti
Kegunaan yis/ragi adalah sebagai penaik roti/kek. Sekiranya di makan oleh kucing, perut kucing anda akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Yis/ragi juga boleh menyebabkan keracunan alkohol pada kucing. 






• Ubat-ubatan manusia 
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat-ubatan manusia kepada kucing mereka yang sakit. Jangan memberi ubat yang diberi dari farmasi kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor. Ubatan seperti paracetamol, acetaminophen dan ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada kucing. 






Kucing adalah karnivor dan perlukan daging sebagai makanan asas. Sebagai pemilik haiwan, adalah menjadi tanggungjawab anda menyediakan makanan yang seimbang untuk memastikan kucing anda berada dalam keadaan sihat. Makanan seperti daging lembu dan beras perang (brown rice) boleh diberikan dalam jumlah yang kecil dan tidak kerap. 


Sumber artikel : Foods Your Cat Should Never Eat

Monday, September 10, 2012

Kenapa Kucing Perlu Vaksinasi?

Setiap pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan masing-masing.

Penjagaan asas seperti pemakanan, dan amalan kebersihan perlu dipraktik dengan betul.

Selain itu, perkara asas penjagaan dan kesihatan seperti menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas) dan vaksinasi perlu diambil berat untuk memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda berada pada tahap maksima.

Kenapa vaksinasi itu penting?

Seperti bayi manusia, vaksinasi haiwan juga berfungsi sebagai kunci utama dalam memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda dan melindungi haiwan ini daripada dijangkiti virus-virus dan bakteria.

Feline Leukimia Virus merupakan pembunuh utama kucing, terutama anak-anak kucing yang lemah imunisasi. Di ikuti dengan Feline Enteritis / Panleukopenia yang merupakan pembunuh kedua kucing. Juga dikenali sebagai feline distemper di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit adakalanya berdarah, muntah dan sangat mudah menyerang anak-anak kucing yg masih kecil.

Pastikan kucing-kucing anda mendapat vaksinasi seawal umur 2 bulan dan ulangan vaksinasi pada umur 3 bulan dan setiap tahun.




Bagaimana vaksin berfungsi?

Vaksinasi ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Tujuannya untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria tersebut.

Vaksinasi perlu diulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan agar menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Haiwan peliharaan perlu mengambil masa sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi badan selepas di suntik dengan vaksin.

Pastikan haiwan peliharaan anda divaksin dalam keadaan sihat. Haiwan yang divaksin dalam keadaan stress, sakit, atau selepas pembedahan boleh merisikokan kesihatan haiwan-haiwan ini.

Untuk kucing-kucing yang baru diselamatkan, doktor akan menyarankan agar kucing-kucing di kuarantikan sekurangnya 14 hari untuk memantau kesihatan kucing-kucing ini. Sekiranya tiada tanda-tanda penyakit, tiada masalah selera makan dan aktif, maka kucing ini layak di vaksin selepas dikuarantinkan dan boleh dicampurkan dengan kucing-kucing sedia ada di rumah anda.

Jenis - jenis Vaksinasi

Vaksinasi yang biasanya disarankan untuk kucing peliharaan ialah Vaksinasi 4 in 1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus-virus berikut :

  • Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda-tanda awal ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti.
  • Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Feline Panleukopenia (Distemper) - Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress, malnutrisi dan kurang tahap kebersihan.
  • Feline Chlamydia (pneumonitis) - Sejenis bakteria yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu. 
Bagi rescuer dan fosterer yang aktif menyelamatkan dan membawa pulang kucing-kucing sakit yang perlukan rawatan, doktor akan menggalakkan agar kucing-kucing yang dipelihara di rumah mereka agar diberikan Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) di mana vaksinasi kelima ini melindungi kucing peliharaan daripada dijangkiti :
  • Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian kepada kucing . Tiada rawatan untuk jangkitan FeLV. Rawatan sokongan hanya membantu kucing dari segi meringankan simptom-simptom yang dialami. Seperti Leukimia yang menyerang manusia, virus ini boleh menyebabkan kanser. Virus ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin 5 in 1 atau standalone FeLV vaccine. Bagaimanapun, sebelum mengambil vaksin ini, kucing-kucing perlu menjalani snap test untuk memastikan kucing tersebut bebas daripada FeLV sebelum pengambilan vaksin ini. FeLV dikatakan pembunuh utama kucing-kucing jalalan dan kucing-kucing 'outdoor'.
Sekiranya telah diserang dengan virus FeLV, pengambilan vaksin FeLV sudah tidak memberi apa-apa kesan perlindingan atau penyembuhan kepada kucing yang telah dijangkiti. Dapatkan pelindungan dari FeLV sebelum terlambat.


Virus-virus Lain Yang Biasa Menyerang Kucing Jalanan di Malaysia

Selain daripada virus yang disenaraikan di atas, berikut adalah virus yang kerap menular kucing-kucing di Malaysia, terutama kucing yang dibiarkan bebas bergaul dengan kucing-kucing jalanan di luar sana.

  • Feline Infectious Peritonitis (FIP) - FIP merupakan pembunuh kedua kucing dewasa dan anak-anak kucing selepas Feline Leukemia Virus (FeLV). Virus boleh disebarkan melalui air liur, air kencing dan najis haiwan yang dijangkiti. Virus ini mampu bertahan dalam persekitaran selama beberapa minggu, malah beberapa bulan. FIP terbahagi kepada 'wet FIP' dan 'dry FIP'. Tanda-tanda FIP terdiri daripada perut yang membusungkan cecair, demam, susut berat badan, hilang kawalan pergerakan badan, lumpuh, jangkitan teruk pada mata. Tiada rawatan dan vaksin untuk pesakit FIP. Kucing yang disahkan FIP akan mati dalam masa berapa minggu/bulan. 
  • Feline Immunodeficiency Virus (FIV / Feline AIDS) - Seperti pesakit HIV/AIDS pada manusia, FIV boleh mengakibatkan kematian dan tiada rawatan. Virus ini mengganggu sistem imunisasi, menyebabkan kucing yang dijangkiti mudah terdedah kepada penyakit serius yang lain. Sekiranya kucing anda mempunyai luka pada mana-mana bahagian badan yang sukar sembuh, menanah dan berulat, pastikan kucing anda menjalani ujian FIV & FeLV. Kebanyakan kucing yang diselamatkan oleh rescuer dan mempunyai luka berulat biasanya positif FIV dan mudah dijangkiti selsema dan penyakit lain. Meskipun di Malaysia ada vaksin FIV dijual, namun ia tidak disarankan kerana selepas disuntik, virus FIV akan terus menjangkiti kucing anda. Namun sekiranya ada kucing di rumah anda yang telah disahkan positif FIV, anda boleh mendapatkan saranan dari doktor sekiranya kucing-kucing yang belum dijangkiti boleh disuntik dengan FIV vaksin.
Sekiranya kucing telah dijangkiti dengan mana-mana virus di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar dan menelan belanja yang besar dan tempoh rawatan yang panjang. Kerana itu anda digalakkan mengvaksinkan kucing peliharaan anda dan mengelakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing-kucing lain yang tidak divaksinkan. 

Saturday, August 11, 2012

Si KENIT Anak Kucing Kecacingan (Chyno Radzi)

Kami menerima email pada 16 Julai yang lalu bersama gambar-gambar di bawah.

Penghantar email hanya dikenali sebagai Chyno Radzi.

Menurut Chyno, dia pernah melihat anak kucing ini dilanggar sebuah Avanza pada 5 Julai 2012 yang lalu. Chyno membawa anak kucing ini ke klinik veterinar di Kuala Kangsar Perak, namun doktor yang merawat tidak dapat mengenalpasti masalah kucing ini.

Anak kucing ini terbaring lemah 2 hari setelah dilanggar. Dan kembali sembuh pada hari ketiga.




Namun ada sesuatu yang terkeluar dari dubur anak kucing ini.




Menurut Chyno, semenjak itu anak kucing ini makan banyak dari biasa dan membuang banyak dari biasa dan mengotorkan bahagian punggungnya (cirit-birit)






Mendengar penjelasan Chyno, kami mengesyaki anak kucing ini kecacingan dan memintanya membawa ke klinik haiwan dengan segera.

Ini gambar terbaru anak kucing ini yang kami terima daripada 27 Julai 2012.


 
Perutnya masih buncit meskipun Chyno memberitahu kami dia telah membawa kucing ini mendapatkan ubat cacing.

Kami akan update lagi perkembangan anak kucing ini sekiranya menerima berita terbaru dari Chyno.

Kepada pemilik haiwan yang belum menyahcacing kucing mereka, tanda-tanda kecacingan yang perlu dikenalpasti ialah perut buncit dan cirit-birit. Sekiranya dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, ia mampu mengancam nyawa kucing kesayangan anda. 

Wednesday, July 18, 2012

Kesian Dan Sayangkan Kucing Anda?

Ramai di antara kita yang mengaku sayangkan kucing dan ramai yang terlalu sayang sampai takut untuk mengembiri/memandulkan kucing.

"Kesian,"
"Tak sampai hati,"  dan macam-macam lagi. 
Ada juga yang mengatakan "Mengembiri kucing adalah kejam!"

Di sini saya nak kongsikan pengalaman yang agak sadis berkaitan dengan pengembirian kucing. 
Ini kisah benar ye, bukan cobaan.

3 tahun lepas saya menyewa di sebuah rumah berdekatan dengan pasar [saya sengaja tulis pasar kerana ramai orang suka membuang kucing di pasar]. Satu malam saya terdengar kucing bergaduh di sekitar rumah, saya cari kucing saya tapi semuanya ada di dalam rumah.

Puas saya cari dari mana datangnya bunyi kucing bergaduh itu tapi tak jumpa, sebab hari pun sudah tengah malam waktu itu. Dan saya pun takut nak tengok lebih-lebih sebab saya takut nampak benda lain hehe.

Beberapa hari kemudian, saya terhidu bau bangkai, saya ingat mungkin bau itu datang dari 'hadiah' yang kucing saya bawa. Tapi setelah saya cari sampai ke luar verandah rumah [yang memang tak penah buka sebab bersepah dengan barang bekas penyewa], saya jumpa seekor ibu kucing dan seekor anaknya.

Dan.........

Seekor anak kucing yang telah putus kepalanya!

Ini ibu kucing yang terselamat : 


Ibu kucing

Ini pula anak kucing yang terselamat.

anak kucing

Saya sendiri telah menguruskan bangkai kucing tersebut. Sedih rasanya, anak kucing yang comel di temui begitu.

Mungkin anda rasa, "Aaaaah itu tak mungkin terjadi kepada kucing saya, sebab kucing saya duduk dalam rumah, kalau tak pun saya jaga kucing saya betul-betul,"

Tapi adakah anda pasti, kucing anda itu tak keluar rumah lansung, walaupun secara tak sengaja?

Dan mungkin anda beri anak-anak kucing anda kepada orang lain untuk dijaga tapi benarkah mereka menjaganya dan mengawasinya seperti anda? 

Kucing jantan yang terlepas dari jagaan mungkin sempat melakukan hubungan sesama kucing kucing betina yang lain dan menghasilkan anak-anak kucing yang terbiar seperti kucing tadi. Dan juga sebaliknya.

Itu soal pembiakan tak terkawal, bagaimana pula kalau satu hari dia terlepas dari rumah bila balik dah luka-luka sebab bergaduh dengan kucing luar. Mula-mula luka sikit je, tapi tanpa anda ketahui kucing luar [yang mungkin kucing liar] telah memindahkan kuman kepada kucing anda.

Beberapa kemudian kucing anda mati disebabkan virus seperti Sporotrichosis atau FIV

Jadi bila senario ini berlaku, siapa yang berlaku kejam sebenarnya?

Ada yang mengatakan hukum mengembiri adalah haram TETAPI dengan niat yang betul hukumnya adalah harus.

Berikut adalah fatwa dari JAKIM (2002) tentang pemandulan atau pengembirian kucing :

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

*Petikan fatwa diambil dari : Blog Alamkucing

Malah kalau kita pergi ke sesetengah klinik haiwan termasuk Hospital Haiwan UPM, kenyataan ini ada dipaparkan di papan kenyataan.

Jadi, apa kita tunggu lagi?

Mari kita jalankan tanggungjawab kita dalam menyayangi haiwan! 

Artikel disediakan oleh : Chics Inred untuk SCRATCH