Thursday, September 6, 2012

BOY (Nurul Saadah)

Pada 12 Ogos yang lalu, Nurul Saadah membuat posting di wall kami bertanyakan klinik haiwan 24jam. Tak lama selepas itu, kami menerima email ini daripada Nurul Saadah, 

Ahad, 12 Ogos 2012 - 9.37pm

Salam ktaj,
Td sy ade post pasal clinic 24 hours kt FB..boy kucing stray yg dibuang depan umah saya dlm sebulan dua yg lepas..boy sgt takut dgn org..so sy n jiran bg dia makan..tadi boy kene langgar depan umah jiran sy..sy bawak dia ke animal medical centre KL..kecederaan boy serious..die cedera di kepala dan pelvis..doctor bg anggaran dlm 800 hanya untuk diagnos kecederaan dia..sy mmg x mampu..jadi sy minta doktor bg pain killer utk boy..doctor bg ubat mata,antibiotik ,pain killer dan ubat lain..it cost me rm150..esok husband sy akan hantar boy ke UPM..sy nak mohon sekiranya ktaj boleh memberi sedikit sumbangan..nanti sekejap lg sy sampai rumah sy akan emailkan gambar dan estimation bill dr doktor..sy mmg x mampu lebih2 lg skrg musim perayaan..mohon jasa baik ktaj..sbb sy x sanggup nak pts boy..

Bersama email ini, Nurul Saadah menghantar gambar kucing yang dimaksudkan. Kucing ini di panggil BOY. Selepas menghantarnya mendapatkan rawatan, baru Nurul Saadah sedar kucing yang diberi nama BOY ini adalah kucing betina. 


Gambar sebelum kemalangan
   

 

 


BOY si kucing betina ini cedera pada kedua-dua belah mata dengan mata kirinya berdarah, dan kecederaan dalam pada bahagian peparu di mana menurut doktor yang merawat, ada pendarahan di situ. Tiada hernia, tulang peha yang senget sedikit tapi tak serius, patah kaki kiri dan kesukaran membuang najis akibat kesakitan yang dialami. 

Pada 14 Ogos, doktor yang merawat telah membalut kaki BOY dan melakukan ujian darah. 


 


Pada 17 Ogos, BOY dibenarkan keluar dari wad. Kakinya dibalut untuk 2 minggu bagi memulihkan tulang yang patah. BOY terpaksa memakai e-collar selama seminggu selepas dilepaskan dari wad bagi mengelakkannya menggaru atau mencederakan matanya. Untuk kecederaan dalamannya, doktor telah memberikan ubat-ubat dan supplement. 




Ini pula update yang kami terima selepas BOY keluar dari wad. Dan gambar ini diambil pada hari raya yang lalu. 


  
Ahad, 26 Ogos 2012 - 9.39pm

Boy kuat betul makan...membuang pun ok...poopoo x cair...normal je...bila bg boy keluar aktif dia mcm x sakit pun...walaupun kaki pengko tp laju berdezup jek...kuat semangat boy...Alhamdulillah trauma dia dgn manusia dh kurang...sangat2 manja...cuma boy masih suka kt tempat2 tersorok sbb dulu dia selalu tido n berteduh kt longkang yg ditimbuni dgn barang2 dkt rumah uncle selang sebuah rumah..Insyaallah sy n hubby akan bg kasih syg n perhatian dgn secukupnya kpd boy (kucing2 sy yg lain jeles btul sbb boy super duper manja ngan mommy n daddy diaorg...huhuuh)..klau dlm masa terdekat mata boy masih berair saya akan bawa dia ke vet...mungkin bkn UPM tp vet yg biasa kami pergi di Shah Alam Veterinary Clinic Seksyen 13...
TQ KTAJ...

Dan ini kad yang dibuat khas oleh Nurul Saadah untuk kami.



Terima kasih kepada Nurul Saadah dan suami.

RM430 daripada jumlah bil keseluruhan BOY dibiayai oleh Dana SCRATCH hasil derma orang ramai. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk perubatan BOY.


1 comment: