Friday, September 7, 2012

HERA (SCRATCH)

Ini email yang kami terima dari Sabrina : 


Selasa, 21 Ogos 2012 - 6.28pm

Kucing ni dijumpai saya di Blok 4, Rumah pangsa Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di belakang Maybank Sri Serdang. Kucing tersebut telah tempang kaki kanannya kerana mempunyai 3 luka baru yg agak dlm sehhingakan saya ternampak tulang kakinya. 1 lagi di bwh lehernya. ia dtg btl2 dpn rumah saya utk meminta bantuan. saya telah beri makanan & minuman kpd kucing tersebut namun ia masih meraung kesakitan. teringin membantunya namun saya tidak mempunyai pengangkutan utk menghantarnya ke Vet. Saya bimbang ia akan kehilangan kaki kanannya sekiranya tidak dirawat. Diharap Pihak SCRATCH dpt membantunya. Kucing tersebut juga tlh hilang suaranya akibat drpd meraung kesakitan.

Bantuan drpd pihak SCRATCH amat diperlukan.

Diharap rescurer Scratch dpt membantunya segera.

Terima Kasih.






Kami terlepas pandang email Sabrina, lalu terus menghubungi beliau. Dan email yang kami terima sangat memeranjatkan kerana setelah 6 hari melihat kucing itu di situ, tiada usaha dan bantuan yang diberikan untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Isnin, 27 Ogos 2012 - 8.27am

The cat is still injured, its raining non stop and its as cold as air cond in the morning here. No on cares abt her. She was sitting in a corner at the staircase because the box that i made for her was thrown by the cleaner. She got thinner a lot day by day. i tried to fed the cat with dried food but she did not want 2 eat. And i noticed that the cat's injured wound was infected. I juz look at herat a glance 30min ago as i was going to work. Could u please ask some1 to take care of her??? Her condition is getting worse.

She lost her voice and couldnt purr to me as always. I couldnt brought her into my house as i ardy had a kitten that i need to keep an eye on her and she is afraid of new cats.

-----------------------------

Im going bck 2 penang on this thursday after completed my industrial training in UPM. I couldnt keep the cat because my cat in house will attack strangers espacially a new cat. I will try 2 post it on different pages on FB. Im so sorrry. Its not that i dont want to but i dont hv the ability 2 take care of it. thts y i asked for ur help.

Mujur ada admin yang bertugas ketika itu. Bayangkan jika admin berkenaan tak perasan email tersebut, atau tiada masa membuka serta membalas email kerana tuntutan kerja, adakah anak kucing ini akan dibiarkan mereput di situ dan harap malaikat akan turun dari langit membantu haiwan malang ini?

Kisah dan gambar kucing malang ini segera kami siarkan di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook sekiranya ada yang sudi membantu. 



 
Wallpost kami mendapat perhatian saudara Darren dan beliau telah membantu menghantar kucing ini ke Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine pada hari yang sama, dengan mendahulukan wangnya sebanyak RM100 sebagai deposit. (Kami relah membayar semua deposit kepada Darren. Terima kasih, Darren). 



 




Nasib anak kucing tidaklah begitu baik kerana tiada perancangan susulan untuknya setelah mendapat rawatan di klinik tersebut. Dengan bahasa yang lebih mudah, ini adalah salah satu contoh kes, 'rescued-then-dumped'. 

Anak kucing telah diselamatkan dan diberikan rawatan awal tetapi kemudiannya dibiarkan di klinik haiwan dengan harapan pihak SCRATCH akan mencari adopter ataupun fosterer untuk kucing yang ditinggalkan di sana, termasuk membiayai semua kos perubatan kucing ini.

Pada 28 Ogos 2012, pihak klinik telah dihubungi oleh Coordinator kami. Dan kami bernasib baik kerana salah seorang SCRATCHer, Ayie, telah menawarkan diri untuk berbincang dengan pihak klinik tentang keadaan kucing ini, mendapatkan anggaran kos untuk rawatan dan berbincang tentang rawatan yang akan diterima oleh kucing ini. 

Kucing ini diberikan nama HERA oleh saudara Ayie. 




Menurut Dr Zul, HERA mengalami lecur akibat disiram dengan air panas oleh manusia yang tidak berhati perut. Kesan lecur ini kemudian menjadi luka di bahagian kaki hadapan serta di bawah dada. 




Luka yang terdedah telah dijahit. 





HERA kelihatan sangat lapar dan muntah kerana makan terlalu lahap. 



Lebih memburukkan lagi keadaan kesihatan HERA, terdapat 10x5 cm benjolan keras di bahagian bawah perut HERA. Bila ditekan menyebabkan kesakitan kepada HERA. Doktor yang merawat mengesyaki benjolan itu adalah tumor. 

Klinik haiwan ini tidak mempunyai kelengkapan untuk mengesahkan benjolan tersebut. Maka Doktor menyarankan agar HERA dirujuk ke UPM. 

HERA di keluarkan dari Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine pada 29 Ogos 2012, dan kemudian di bawa ke UPM pada keesokannya oleh Ayie. Baki bil HERA RM342 dan bayaran bil di UPM telah didahulukan oleh Ayie. Terima kasih Ayie!



Menurut doktor di UPM, HERA berumur 6 bulan. Anak kucing biasanya jarang mendapat tumor. 

Setelah xray dilakukan, doktor memaklumkan benjolan itu mungkin hanya inflammation yang boleh dirawat dengan antibiotic dan melalui pemakanan serta kasih sayang yang banyak! 







Dalam kesibukan mencari penjaga baru untuk HERA, kami ditemukan dengan saudari Suliana Ab Mohd Khalid. Beliau kebetulan sedang bercuti 2 minggu dan menawarkan diri menjaga HERA sementara HERA sembuh dan sesuai ditempatkan di Adoption Drive kami bagi mendapatkan tuan baru. 

Syukur Alhamdulillah, kini HERA ditempatkan sementara di bawah jagaan Suliana yang sangat penyanyang dan sangat rajin memberitahu perkembangan kesihatan HERA. Terima kasih, Suliana!

Sebagai seorang rescuer ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Sekiranya mahu menyelamatkan kucing atau apa sahaja haiwan, kita perlu mempunyai perancangan. Menyelamatkan haiwan itu wajib, utama dan pertama dalam apa keadaan sekalipun tetapi perancangan selepas rawatan bukanlah ditangga kedua. 

Ini bagi mengelakkan pihak lain yang ingin membantu (contohnya seperti SCRATCH-ers dan DANA SCRATCH) tidak dibebankan dengan masalah yang tidak perlu. 

Pekerjaan dan pendapatan tidak sepatutnya dijadikan issue dalam hal menyelamatkan haiwan dan kemudiannya mengalihkan tanggungjawab seterusnya ke pihak lain. Sekiranya kita tidak mampu membawa haiwan cedera ke vet ataupun ada keterbatasan belanjawan, bantulah menjadi penjaga sementara sehingga kucing atau haiwan tersebut pulih. Jangan melepaskan tangan dan membiarkan orang lain memikul beban. 

Rescuer juga perlu ada pengetahuan atau rawatan asas untuk menyelamatkan haiwan. Penting untuk rescuer mendapatkan second, third dan kalau boleh fourth opinion dari vet yang berlainan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jangan mudah berputus asa membantu haiwan yang anda selamatkan.

Menyelamatkan haiwan adalah usaha yang murni, janganlah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab.  

Kami terpaksa menolak untuk membantu menjaga memandangkan kami sedang menjaga kucing-kucing yang perlukan rawatan perubatan dan sesetengahnya perlu dikuarantinkan kerana membawa jangkitan dan sebagainya. Sekiranya semua pihak saling memahami peranan masing-masing, kerja-kerja menyelamat haiwan pasti akan lebih mudah. 

Keseluruhan bil perubatan dan rawatan HERA dibiayai oleh Dana SCRATCH. 


No comments:

Post a Comment